Saturday, August 22, 2009

Perhatian!! Mesej Pemalsuan Hadis ttg RAMADHAN

Beep2..telefon berbunyi..(bukan Wonderpets punya lagu)

Ini SERIUS..

Mesej:

Pesanan Jibril a.s kpd Rsulullah S.A.W..
Menjelang Ramadhan ..jgn lupa memohon maaf dgn 3 golongan
1)maaf kpd ibubapa
2)maaf sesama suami isteri
3)maaf kpd keluarga, shbt,dan mereka di sekelilimg kita

pada keesokan hari, ade ceramah di surau As-Saad (perempuan shj) bersama Ust. Hazri Hashim..

beliau mengatakan bahawa tidak pernah ade hadis sebegitu..

dan diharap kita tidak forward2 kannya kerana boleh menjadi suatu pembohongan terhadap Baginda S.A.W..

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini



Apakah ianya suatu Kebetulan??

Tengok kalendar..22hb Ogos..Sabtu..wah...mesti meriah kat rumah nnti..

Aku membayangkan mak aku membuat kek harijadi untuk ayah..terliur..lazat benor kek blackforest umi...

Tahun ini, ayah aku genap stengah abad..(er..abad?mcm tua la pulak..)baru 50thun..

Sgguh pun begitu, masih ramai rakannya yang meneka bahawa umurnya adalah 30-40+..memang terkejut biawak jugak diaorang pabila ayah aku senyum seraya menjawab, "nak masuk 50 la taun ni.."

Mungkin amalannya yang tidak pernah gagal untuk bgun pd 5 pgi setiap hari, menyebabkannya kelihatan muda naturally (ummi jangan jeles..huhu) ..sungguh indah Sunnah baginda Rasulullah S.A.W..

Aku beralih pandangan ke tarikh bulan islam pula..

1 Ramadhan..RAMADHAN KAREEM...!!! ALLAHU AKRAM..!! (ramadan y mulia..!!Allah y memuliakannya..!!)

Wow..masya Allah..birthday ke-50 ayah aku jtuh pada 1 Ramadhan thun ini..! Bukan mudah untuk melihat senario sebegini..mungkin ada diantara yang sedang membaca, mengatakan.. "kebetulan je pun", "ala..tiap2 taun, ade je y kena mcm tu..", dan lain-lain la..

tapi, bagiku... Aku mengharap doaku pada ayahku yang disayangi dimakbulkanNya lebih2 lagi pabila doa itu dipanjat tatkala menjelang bulan yang mulia ini..RAMADHAN

Ya Allah,

Ampunilah dosa kedua ibubapaku,

Rahmatilah mereka sepertimana merka menyanyagiku sewaktu kukecil,

Panjangkanlah umurnya dalam lingkungan keredhaanMu, ya Allah,

Kurniakanlah kesihatan, kekuatan, kemuliaan kepada mereka, ya Allah,

Kekalkanlah Nursakinah dan kebahagiaan dalam keluarga ini,

Tetapkanlah iman di dalam jiwa kami,

Lindungilah kami dari 'azab dunia, kubur dan api neraka...

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar lagi Maha Berkuasa..


Alhamdulillah..segala puji atas Nikmatnya yang telah memberi nikmat seorang ayah yang amat,amat,amat,amat penyayang, baik, soleh,supporting, dan..xtau nk gmbrkan..

Terimakasih dan tahniah Tok Wan, kerana melahirkannya dan membesarkannya (dengan izin Allah)-aku tahu, tokwan takkan baca post ni...sebab dia xtau membaca..huhu..sekadar luahan semata-mata..

Al fatihah untuk Tok Ki ku...

Terimakasih ummi yang tidak terhingga kerana menerima ayah sebagai suami dengan penuh redha dan rela hati..semoga dirimu ditempatkan bersama bidadari syurga,Insya Allah..

Dan..

SELAMAT HARI JADI AYAH..SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI..
LOVE U ALWAYS!!

~ini adalah gambar tahun ini..

Friday, August 07, 2009

Bahangnya Kian Kurasa...

aduh...(mengeluh)


asal banyak sangat kerja ni?? (mengeluh kali kedua)


eee...penatnya..(mengeluh lagi??!)


takpe2, petang ni, ak nak buat tu, ni..malam pulak plan...(plan,plan...xabis2)


STOP PLANNING!! START WORKING!!!


bahang A-level kian dirasai..being an 18-monthers is not easy..gotta stress on some self-effort...kadang kala, aku teringat time spm..alangkah bahagianya..


Trial AS 1st september..3 weeks more!!
Personal Statement
UCAS Application
DOE
AS level exams 12 0ct.


Semuanya, memerlukan persediaan yang rapi..Sememangnya diri ini telah plan, ada menjadi, ada yang tak..bahkan, ada yang kadang jadi kadang tak jadi..ape pasal..jangan tanya..

aku telah betul2 mengehadkan diriku aku sendiri dengan mesin2 yang telah menjadikan dunia ini kecil, sejak masuk sem ini..cuma kadangkala terlalai (sebentar saja)...manakan tidak, terlalu banyak untuk diexplore...di bawah ialah sebahagian restrictions i've made to myself..


Computer

-games; di rumah (Jitra) sahaja

-online internet; -whenever ade kerja yang memerlukan internet research
-time kelas ICT and psychology
-YM..yang xdapat tidak,sebab..dia otomatik on bila aku bukak laptop..sebab through meebo

- weekends; bila dah bosan atau sambil2 bukak buku

-exploring computer softwares; di rumah (Jitra) sahaja

so, SORRY la kalau lama xupdate blog


Handset

-bila penting sahaja


Outing

-keluar kalau ada barang nak beli; yang susah untuk dipesan


Sports

-6-7pm; sekali sekala 5:30pm-nanti malam penat


Huh..?bila list, cam xbanyak pulak...erm..habis tu ape yang mencuri masa ku ini??


masa sangat cepat berlalu..aku sangat berharap supaya diri ini mampu mengejarnya, dari semua aspek..rohani, fizikal, akademia, dan sosial..


ingin aku mengucap jutaan terima kasih kepada


Ayah
kerana nafkahmu dan menjadi pembimbingku; setiap gerak-gerimu adalah nasihat buatku yang sangat2 bermakna


Ummi
kerana menjadi ibu dan teman sejatiku yang sangat penyayang; mengikut setiap langkah yang kuambil..


Along
kerana menjadi contoh teladan dan idolaku...(sedih bila terkenang jauhnya jarak yang memisahkan kita)


Adik2
kerana sentiasa menceriakan hidup ini..(sentiasa???haha...)


Cikgu2
kerana banyak mencurah ilmu..xpernah kau jemu mengukangi pelajaran itu over and over again..


Kakak2 seniors
kerana menjadi contoh yang baik dan sentiasa berusaha mengerat ukhuwah kita..terutama batch 10 Kyuem..


Kawan2
kerana menghargai diriku sebagai sahabat kalian..


Dengan kehadiran anda semua, aku sampai ke peringkat ini...aku hargainya..dan kini akan kukumpulkan semuanya dan corakkannya ke dalam hidup ini...


Satu lagi yang kupinta..


DOAKAN KEJAYAAN AKU...

TERUTAMANYA A-LEVEL INI..


Aku setuju dgn kata-kata Dai;

Aku wajib Fly,

Aku wajib ke Universiti di UK

Aku wajib membanggakn Mak Ayah aku

Aku wajib 'grad' 1st class degree dalam Ekonomi...

JADI..

Aku haram untuk tidak fly

Aku haram untuk ke Universiti selain UK

Aku haram untuk menghampakan Mak Ayah aku

Aku haram untuk 'grad' selain 1st class..

INSYA ALLAH