Friday, July 24, 2009

Cinta ~dilayan atau dilawan

C


I


N


T


A

=cinta..ha...malu nak sebut, tapi memang kena sebut..bukan niat untuk berjiwang, bukan juga untuk tarik perhatian, bukan untuk meluahkan perasaan..tapi sekadar perkongsian ilmu buat teman-teman yang sedang membaca..

Bila saya sebut perkataan lima huruf ini, apakah perasaan anda?seronok?curious?takut?meluat? atau stabil ja...??? ha...tengoklah bagaimana gabungan lima huruf ini dapat memberi suatu impak kepada diri anda..kenapa?? silalah teruskan pembacaan anda..

Perasaan ini tidak dapat dinafikan kehadirannya. Kehadirannya, bagaikan ujian bagi sebahagian kita, tetapi menjadi kesyukuran bagi sebahagian yang lain.

Bagi yang ingin menjauhkannya..pelbagai alasan diberi..study dulu, belum cukup umur, lambat lagi, haram, hilang fokus, geli, mak ayah tak kasi dan macam-macam lagi..

Bagi yang menginginkannya, pelbagai hujah pula dikemukan..motivate untuk study, biar tak cukup umur;taruh dulu,nanti melepas, islam halalkan kasih sayang, menag fitrah manusia, boleh study sama, mak ayah dulu2 bercinta jugak, perasaanku hanya padanya (eeee..), dan macam-macam lagi..

Hendak seribu daya, tak nak seribu alasan...

Cinta (manusia) itu datang dan pergi..setiap yang patah diganti..

Jadi, di alam remaja ini, kita seharusnya berfikiran matang dalam soal ini. hendak dibenci tak boleh juga,-orang kata nanti yang tu kita akan suka, hendak dimeluat-nanti melawan fitrah pulak katanya, hendak dijauhkan-nanti jumpa yang lain dah..............tapi, hendak dilayan-nanti dibawa arus, hendak membalas-takut terhenti sekerat jalan, hendak diterima-takut diperkena, hendak luahkan-takut tak diterima.........

Konfius,konfius,konfius....(gramatical error!hope my english teachers don't read this...tetiba speaking) Kenapa perlu konfius? Tahukah anda, siput babi lambat berjalan kerana konfius dia tu siput, ke..babi ke, siput ke babi ke???

Sebenarnya, tidak ada apa-apa yang perlu dirunsingkan. It's just a matter of your teen's emotions..kalau kita berbalik kepada sunnatullah (ketentuan Allah), semua akan settle..Jodoh di 'tangan' (kuasa) Nya..jadi, tidak perlu terlalu risau akan masanya..itu kerisauan yang negatif! Cuma buatlah persediaan awal..dari segi aqidah, ibadah, akhlak dan lain-lain..agar dapt seprti mana yang diinginkan kerana pabila bertanya pada orang, inginkan pasangan yang bagaimana..jawapan yang lazimnya diberi..alim, solehah, menjaga perilakunya, pandai kemas rumah, masak sedap, pembersih..tapi, bagaimana pula dengan empunya diri??adakah seperti itu??

Sepertimana juga kematian....Allah telah menetapkannya sejak kita lahir lagi. tetapi ramai yang ber 'diet', bersukan, dan mengamalkan gaya hidup sihat..kenapa??kerana ini persediaan hari2 tua...syurga neraka juga telah ditetapkan,tetapi masih ramai yang tidak putus berusaha melipatgandakan amalan...kenapa??kerana ini persediaan untuk hari2 muka..persediaan tersebut bersifat positif keran hasilnya adalah dari kerisauan yang positif....dengan kerisauan sedemikian sudah pasti kita akan membuat persediaan awal sebelum tiba masanya..dan dapat mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini..

Konklusinya, jika perasaan c**** (segan nak sebut byk kali) itu datang,..biarkan saja ia disitu..tidak layu dan tidak mekar..jangan dilawan dan jangan pula dilayan....anggaplah seolah-olah ia singgah sebentar..cukup sekadar melayannya seperti sahabat-sahabat yang lain.....jika ianya memang milikmu ia akan berkekalan dan takkan lari ke mana, jika tidak, mungkin ada yang lebih baik..

Berdoalah...sesungguhnya Allah mendengar rintihan doa hamba-hambaNya..

Sunday, July 12, 2009

Tidakku Duga..

Demand, Supply...Deficit, surplus.. aku kini bermain dengan wang, berinteraksi dgn sikap manusia yang tiada henti kehendaknya.. benarkah ini msa depan ku???

Bukankah dahulunya aku sentiasa memekakkan telinga ini apbila TV mnyiarkan ttg saham, bisnes, dan..EKONOMI..??!!

Sememangnya aku bercita2 utk memakai kot putih,dengan stereoskop di leher lbih2 lgi dlm operation theatre..itulah menjadi impian ku..iaitu seorang doctor bedah..surgeon..tapi itu tinggal khayalan...aduh...

Mulanya begini...

"Beep, beep," telefonku berbunyi..ade mesej masuk..terhenti sebentar perbualan saya bersama rakan-rakan di kelas 5ikram

"TAHNIAH!! Anda telah terpilih untuk meyertai Program Latihan Khidmat Negara,utk maklumat lanjut, sila layari http://khidmatnegara.gov.my/"

"aaaarrrrgghhh....!!!tidak!!!aku xmau,aku xmau!!"bentak aku. Semua pandangan di kelas itu tertumpu padaku. "kenapa Husna?"soal salah seorang rakanku. Aku sememangnya tidak mahu mengikuti PLKN..aku ingin berada di rumah selepas SPM..sudah puas berada di asrama selama 5tahun.

Sejak dari itulah, aku berhempas pulas mencari sponsorships kerana menurut salah seorg rakanku, kalau ada surat tawaran untuk sambung belajar, maka, akan ditangguh, tapi kemungkinan untuk kita 'join' balik PLKN tuh, amat tipis..pendek kata, boleh la terlepas...! Jadi, aku pon cuba2 la nasib dengan menggunakan keputusan trial...yang diisi hanyalah borang Sime Darby dan MARA (program JAD).

Seminggu selepas tu, tetiba Cikgu Jayyid datang ke kelasku, time tu, xda cikgu.. "Ok...saya nak 10 orang..cepat2.."..tecengang, apesal cikgu tetiba je ni..."utk apa cikgu??"soal kami semua.. "takpa2, ok lah, mcm ni..cikgu nak sapa yang dapat 8A1 dan ke atas utk trial baru2 ni.."

Beberapa orang rakan sekelasku keluar, termasuk aku..cikgu pun cari lagi dari kelas2 lain sampai cukup 10 orang.. kami dibawa ke bilik kaunseling..

Disitulah kami di inform tentang tawaran biasiswa BANK NEGARA MALAYSIA..terkejut aku dan rakan2.."layak ke aku..?"desis hati kecilku.. setahu aku BNM hanya layak utk yang 'betul-betul kaw'.. rupa2 nya tawaran ini dibuka kepada sekolahku kerana telah berjaya mendududk tempat ke 10 dalam ranking SBP bg SPM 2007..

Senarai kos yang ditawarkan dibentangkan oleh Cikgu Jayyid

  • Jurutera kewangan
  • Matematik
  • Kewangan korporat
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Kewangan perbankan
  • Actuarial science
  • Law

Dan beberapa lagi...

"Eeee..ape menda suma nih..?? xpernah dengar.."rungut kitaorang. Semua tu tak langsung menarik minat ku..cikgu kata, sapa tak minat, boleh tarik diri dan buka peluang kepada yang lain..beberapa orang keluar..aku tidak.. mahu mencuba nasib..mana tahu boleh keluuar PLKN..

Aku tak tau nak pilih kos apa.. "Bismillahirrahmanirrahim...." jariku terhenti di kos Ekonomi.

Kebetulan.

Sekali lagi. Kali ini, panjang sikit, kerana ditambah pula selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ekonomi lagi. Kebetulan....

Kali ini, upgrade sikit, guna pen. Dibaca basmalah+selawat+doa sikit+pusingkan pen tu...=EKONOMI lagi!

Cukuplah..aku pon tulis je..dan meletakkan Negara UK sebagai pilihan Negara ku kerana hanya tiga pilihan diberi iaitu:

  • US (xnak..sbb byk crime)
  • Australia (errmm..pernah duk kt sana 2 tahun)
  • UK (the only left...pilih je lah)

Macam tu la ceritanya.. nak dipendekkan cerita, aku terpilih untuk menghadiri temuduga BNM, ada 3 part..essay(2jam), grouping(>1jam), personal interview (1jam) . katanya, dalam bulan 12 atau bulan 1, dia akan contact sekiranya kita terpilih..

Aku menghitung hari..

Disember

Januari

Tiada apa2 berita ku terima... aku lenyapkan harapan ku terhadap tawaran ini.. aku hanya sempat berPLKN selam seminggu dan telah menerima tawaran program MARA JAD kos engineering...kata ayah ku, "cukuplah along yang jadi engineer,una jadi la doctor ke apa2 yang lain"

Setelah 'menanam anggur' selama sebulan lebih..tetiba..pihak BNM telefon, menyatakan aku terpilih..

4 februari-tawaran dimaklum

7 februari-perlu beri jawapan..huh..???!!!apekah?? mana sempat..!!

Hasil istikharah aku, dan ummi ayah, mereka mengatakan eloklah sekiranya aku menerima tawaran itu. Agak sukar untuk percaya..

apa yang memeningkan aku lagi ialah harapan keluarga untuk aku menjadi doktor..

"Doh bakpe g pilih hok pelek2??" ..... "x emboh jadi dokkter ke?? Guane..?? nok keje mende kang nanti??" ..."Doh berahi ke tuh??"

Dush2!! Aku ditalu dengan pelbagai soalan terutama dari tok, tok saudara, mak pak saudara dan sepupu sepapat di TERENGGANU. Ummi ayah pon teragak2 tapi mereka tetap yakin dengan istikharah mereka.. "Insyaallah, Allah lebih mengetahui.. ramai lagi yang boleh jadi doctor,biarlah kita cuba bantu ummah Islam dari segi ekonomi..peluang ni susah dapat.."

Begitulah..

Dan kini, aku berdiri di bumi Kolej Yayasan United Engineering Malaysia (KYUEM), di Lembah Beringin, Tg. Malim. Melanjutkan pengajian dalam bidang EKONOMI..dan

Alhamdulillah banyak perkara yang telah dimudahkan-Nya, dan kini aku merasakan, inilah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui..

Rupa2 nya, hampir semua kawan2 ku yang under BNM, melalui nasib yang sama sepertiku

  • Uya; maths (cita2-doktor, dah siap packing &medical check up untuk ke Intec; medic- Russia)
  • Ili ; ekonomi (cita2-engineer)
  • Amy dan Mira (xde cita2, tapi telah masuk UTP sebelum tu)
  • Haq; ekonomi (berdasarkan majalah sekolahnya..cita2-neurologist)
Sungguh benar ayat-ayat Allah..dan ayat (2:216) ini amat terkesan kepadaku :

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Thursday, July 09, 2009

Brownies Recipe...

Errmm..delicious!!! thank you Aiman Arif...for the brownies! That was my first time eating such lovely brownies..

It was during Sapphire's Farewell party, our house's captain, Aiman Ariff, brought his mom's-home-made brownies to all Sapphire's members..and I've decided to google up its recipe..i've tried at home, and...yup! it tastes the same as the one I ate..! so, do try it out..especially to my friends who also loved it too!


Easy Double Chocolate Chip Brownies

Another brownie recipe. I wonder how many zillions of them are out there? Anyway, this one was tasty. Not my favorite but a good one. Enjoy!

----------------------------------------

Easy Double Chocolate Chip Brownies


2 cups (12 ounce package) Semi Sweet Chocolate Chips*
1/2 cup (1 stick) butter or margarine, cut into pieces
3 large eggs
1-1/4 cups all-purpose flour
1 cup granulated sugar
1 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon baking soda
1/2 cup chopped nuts, optional

Preheat oven to 350* F. Grease a 13x9 inch baking pan.

Melt 1 cup of the chocolate chips and butter in a large heavy duty sauce pan over low heat; stir until smooth. Remove from heat. Stir in sugar until combined. Stir in eggs and vanilla. Stir in flour and baking soda. Stir in remaining chocolate chips and nuts. Spread into prepared pan.

Bake for 18-22 minutes or until toothpick inserted in center comes out slightly sticky. Cool completely in pan on a wire rack.

Makes 2 dozen brownies

* Try using half semi sweet chips and half peanut butter chips, white chocolate chips or any other of your favorite flavors. If you can find them try the mint flavored chips. They are very good in brownies!


Pearls=Patience


Most of us can afford to take a lesson from the OYSTER. The most extraordinary thing about the OYSTER is this;
Irritations get into the shell;
he does not like them and tries to get rid of them.
But when he settles down to make them one of the most beautiful things in the world.
My FRIENDS, if there are irritations in our lives, today there is only one prescription:
A PEARL CALLED PATIENCE....