AKU INGIN JADI SEPERTI IMAM NAWAWI...
Aku ingin melihat dunia seperti mana Allah hendak aku melihatnya dan Aku ingin hidup di dalamnya seperti mana Allah hendak aku hidup.
Saturday, March 27, 2010
Aku = Imam Nawawi??
Saturday, March 20, 2010
Oohh Jitraku...
Aku berpindah rumah. Kali ini ke Kepala Batas, Kedah (take note ye..KEDAH..bukan Penang ye..huhu). Perpindahan kali ini merupakan yang ketiga belas bagi keluargaku. Manakan tidak, ayahku merupakan seorang pegawai tentera, dalam KOR Pendidikan; makna kata, beliau adalah 'cikgu' dalam tentera, untuk mengajar Bahasa Inggeris. Aku yang merupakan anak kedua dalam keluarga, telah bersekolah di 9 buah sekolah berbeza, manakala, abangku, di 10 buah sekolah, berikutan daripada perpindahan2 tersebut. Berikut merupakan sekolah2 yang pernah menjadi tempatku menimba ilmu:
1) SK Sungai Kantan
2) SK Saujana Impian, Kajang
3) SK Sri Rusa, Port Dickson
4) Werribee Islamic School of Victoria, Australia
5) SK Pulau Rusa, Terengganu
6) SK Senawang, Seremban
7) SK Jitra, Kedah
8) SMK Agama Kedah
9) SBPI Kubang PasuTapi, yang paling lama ku menetap ialah di Jitra, selama 7 tahun (sejak darjah 5), dan di situlah, aku mula merasai kemanisan persahabatan sebab sebelum ini, xsempat nak kenal betul2 kawan sekelas, dah berpindah ke tempat lain. Oh ya, mengapa kali ini aku berpindah, padahal dekat ja? Begini, rumah quarters tentera yang sedia ada, telah penuh, dan perlu dibina lagi, dan alhamdulillah, baru siap dibina. Jadi, perlulah bagi kami untuk masuk rumah ini, lagipun dekat dengan Kolej Tentera Udara (KTU), tempat kerja ayahku.
Haih..banyak complain pulak aku nih..maaf, ini bukan complain, ini hanyalah comparison semata2. Kami bersyukur kepada Allah, atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Rumah ini besar, selamat (insya Allah), dan sejuk. Banyak kemudahan yang disediakan, Katil2 dapat yang baru, surau lagi dekat, ada playground kat sebelah rumah, guard ada..xrisau sangat Arrasyid main kat luar sorang2.
Tapi, dalam duk seronok dapat rumah ini, ada suatu yang mengetuk pintu hatiku. Semua ini bersifat sementara sahaja, bukanlah milik kami. Seronok bila rumah besar, tapi suatu hari nanti kena pindah jugak. Seronok dapat katil baru, tapi bila lihat tilam dan kayu dia, ada cop "HAK MILIK KERAJAAN" dan macam2 lagi. Bila difikirkan, ini semua hanyalah pinjaman yang sementara. Begitu juga dengan dunia ini... Biarlah rumah sebesar mahligai, biarlah harta setinggi gunung, biarlah tanaman berekar2 ladangnya, biarlah muka secantik bidadari, biarlah otak segenius Kyle XY, biarlah badan setough popeye, tapi, kalau kita ingat bahawa semua itu bukan kita yang punya, tetapi anugerah Allah yang dikurniakan untuk sementara sahaja di dunia ini, tiada apa yang hendak dibanggakan, cukuplah sekadar mengucap ALHAMDULILLAH "segala PUJIAN HANYALAH bagi Allah". Kita hamba Nya. Hamba=tidak punyai harta, tidak boleh membantah, menggantung kehidupan pada Nya, perlu tunduk, semua barang adalah pinjaman, perlu patuh SETIAP suruhannya.
Semoga nikmat yang kita ada akan lebih mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.
***********
Bagi kawan2 ku yang di Jitra, janganlah dikau merinduiku...Huhuh..susahlah sekarang nak kunjung-mengunjungi rumah eh.. terutamanya bagi, Paan (Farhanis), Khod, Ikin, Una, Ain izati, dan Ain Ishak...Insya Allah (dengan izin Allah), aku akan bawak hampa suma mai sini, suatu hari nanti, kalau boleh tahun ini jugak. Insya Allah.
p/s: Maaf, xdapat upload gambar lagi sebab internet broadband slow sikit. Kena tunggu modem pasang. Nanti tengok blog ni lagi, pada hari Khamis depan, insyaallah, akan ada gambar2 di upload.