Perkataan lima huruf ni, cukup menggambarkan keadaan aku sekarang ni. Dulu, pernah dengar, orang cakap, "Semakin kita besar, semakin banyak pilihan yang harus dibuat, dan semakin penting pilihan itu untuk kita." Aku akui, benar sungguh kata2 itu. Kalau dulu, kena pilih;
Nak belajar ke x,
nak gi sekolah ke x,
nak makan ke tak,
nak beli barang X ke x..
nak kawan dengan dia ke x...
n so on..tapi, sekarang pilihan itu dah jadi semakin 'crucial'..jadi..
nak kos apa?
Nak universiti mana?
nak masak apa?
Cukup x duit nak beli barang X,
Nak KAWIN dgn dia ke x..??? (erkk..apekah...??haha)
Perhatikan, perbezaannya..
Apa2 pun, ingin di'share di sini ialah perihal, universiti yang bakal dipilih. Sepatutnya, aku dah start reply kepada UCAS (Universities & Colleges Admissions Service) universiti mana yang nak dipilih, tapi, aku takut..takut ape??ntah la..macam2 duk pikir..
Ini 'over'... exaggerating..
To start of with, Alhamdulillah, aku dapat reply dari 4/5 universiti yang di apply..
-exeter
-warwick
-birm
-UCL
-Takut untuk hidup di London-
Ini yang paling ku takut. Nak pergi KL pun, kena fikir dua tiga kali. Bandar2 besar la katakan, takut sesat. Baru2 ni, ada tutorial trip ke KL. Suma kena pergi, bawah jagaan Miss Linda. Huh! Bila sampai The Curve, aku mula terbayang, diriku ini di London. Errrkkk.. boleh ke survive ni? Kat The Curve tu, aku melekat je dgn kawan2 ku, xpun, dengan Miss Linda..Diorg ke sana, aku pun gi sana, diorg ke sini, aku ikut je..1st time la, katakan..Kalau bandar Tg. Malim, atau Jitra, xde la aku takut sangat, walaupun 1st time..mungkin sebab bandar kecik kot..ermm..ade penyakit urbanophobia kot..(nama saintifik rekaan semata2)
-Takut untuk berkawan dgn Mat Salleh-
Setakat ni, orang Melayu yang ambil Economics di UCL utk intake 2010, xramai lagi y kudengar. Kalau dari Kolejku ini,KY, ada, 3 orang lagi, sorg laki melayu, dua lagi, my chinese friends-girls. Bila terbayang, nak kena speaking 24jam..huh~ takut..bukan xreti, tapi bayangkan..langsung xckp melayu kat kelas..pastu xley ada, imbuhan "lah" , "ha"...Kalau di Warwick, at least, ramai jugak melayu di sana, so xde la pelik sgt..
(haih..kata nak gi UK..apela -.-")
-Takut nak study di universiti-
Katanya, banyak self-study kalau masuk alam Uni..aku takut, kalau2 x ter 'cope up' dgn pelajaran..ingat dah cukup study, tapi, benda yang penting xtahu..end up, tertinggal..xnak
-Takut terlalai dalam keseronokan-
Duduk sorang2 di negara orang, tanpa ibubapa di sisi..hanya kawan sebagai peneman.. katanya, mudah terhanyut, kalau xpandai jaga diri. aku pun xtau..jadi harap2 seniors spt k.ami, k.aina, dll. and sahabat2 spt najwa (mek wang@wa), herda, mira fasiha, buleh la tlg2 sy ni ye.. ;) insyaAllah, bila kita ada dlm jemaah, sama2 dpt tazkiratunnafs..
-Takut perasaan hati-
Yang ni, paling kutakut..takut kalau2 hati ini, terlupa bahawa ini adalah rezeki dari Nya.. Aku tidak pilih UCl atas sebab namanya. Apa y aku cari ialah, universiti yang terbaik utk ku dunia dan akhirat, yang dapat menjadi platform utk ku menaikkan lagi nama Islam..xkisah la uni mna pun.. Semoga ini adalah y tbaik bagiku..amin..
kenapa xpilih yang lain??
simple.. sebab..
aku pilih ni, kerana, aku xnak pilih yang lain..
Exeter- mak kata jauh, senior xramai..(tapi, insya Allah, KYUEM nak 'bukak kampung' kat sana, taun ni) lgipun, nak dekat sama jugak requirement dia, dgn UCL..
Warwick- ntah..parents kata, xyah la..ramai sangat dah kat sna..lagipun, aku xtrasa nk gi sna..mungkin sbb kos hidup, y smkin tggi, tapi elaun y dapat, tetap banyak tu jugak..so, makin 'worse-off' la kalau nak bershopping di sana :P
Lse- rejected
Tapi, apa2 pun..tawakkal kepada Allah itu penting.. dan insyaAllah, aku akan teruskan perjuangan ini, dengan bimbingan umiayah, dan sokongan kawan2 dan sahabat2 semua..
Ayah pesan:
"Sudah2 la fikir,..una kena buat y tbaik, dan berdoalah spt mana, Nabi Yunus berdoa kepada Allah, ketika dalam perut ikan paus..orang lain boleh, iA, una pon boleh.."
Ummi pesan:
"berdoalah kepada Allah, sesunggunhnya, Kekuasaan Allah itu mengatasi, undang2 manusia.. contoh: Nabi Zakaria masih lagi dikurniakan cahaya mata, walau, di usianya yang tua..yang mana, amat mustahil di sisi pemikran manusia..
Wallahu'alam...(sesungguhnya Allah y Maha Mengetahui)
p/s: insyaAllah, akan reply UCAS ptg ni..Mira fasiha, mek wang, juju..jom wt skli neyh..

