Monday, August 30, 2010

Terengganu-Kedah 1-0

Aku orang mana?

huh..soalan cepumas tu..xtau nak jawab mana satu..

aku asal- terengganu..
aku lahir- selangor..
aku duduk (tinggal)- kedah..

tapi aku lebih prefer kata, aku orang terengganu..manakan tidak, semua anak beranak ada kat sna..sape je y ada kt kedah ni..emm..ada la sorang..tok saudara..ya, darah ini, darah terengganu (nada ala2 perwira melayu)

tamat je persekolahan, aku xbrapa nak cakap kedah. Kat rumah, cakap terengganu, dgn kwn kl sikit2 (walau pun ada y kata xjadi kl sgt..huhu..) Nampak ja duk tulis dlm kedah kt fb/msg..itu sebab dah terbiasa..tapi, kalau cakap kedah, skrg kurang pekat, kecuali dgn kwn2 lama seasrama dulu.

27/8/2010
turun ke KL. buat visa & ambil contract dari bank..
dlm meeting room, di Bank, diberi 'taklimat' oleh slh seorg HR (human resource), k.nang. Ketika itu, ramai y belum datang. Hanya ada 5 scholars je dlm tu. Janji pukul 3. Bila dah 3.30 lebiih, datang la sekumpulan, sekumpulan, sekumpulan scholars..lambat sebab jam. maklumlah, Selangor cuti..

Tiba2, k.nang melantik aku, utk sampaikan kpd diorg y lmbat, ttg apa y telah diperkatakannya tadi..aku pun, dgn gaya ala2 HR, pun sampaikn 'taklimat' itu..campur melayu & inggeris..

"...for those that have weird names for the emails, it's better to change it to a more formal-like email. xnak la emel2 y pelek-pelek e.g ttg@bla.bla.com.."

tiba2 ada suara mencelah.."pelek-pelek.." aku dengan confident..jwab, "ha ah..pelek-pelek..nak y formal, ok"

28/8/2010
pergi medical check-up.
balik diceritakan kepada pak n mak sedra aku dalam kereta...
"tadi pergi, xla ramai sgt kt klenek tuh. klenek tu dekat je dgn KL sentral...bla...bla.."

habis cerita, semua terdiam. Khusyuk mendengar, agaknya.
tiba2 pakcik ku, y berasal dari Kajang bersuara... "haih..Klenek, klenek...."
aku y xmemahami.."..." (napa..betul la kn?)
makcik aku y juga dri terengganu, pun menyokong, "dh betul la kn.."
sepupu kecilku berkata... "orang sebut KLINIK la..bukan klenek...macam nenek je.."

hah! baru aku faham, knapa dlm meeting room tu, ada y menyebut.."pelek-pelek"
sepatutnya, PELIK-PELIK..
fine... warga KL.... tergeliat aku nak sebut PELIK-PELIK tuh..
-.-"

29/8/2010
balik pulang..bas durian burung..
(xleh lawan la bas Pancaran Matahari...Pancaran laaaaggii best!)

tanya mak aku
"ummi, nak turun A.Setar ke Jitra?"
mak aku menjawab
"kalau boleh, berhenti kat tol Jalan Langgar ok?"

ayah aku telefon kemudian..
"una..turun kat tol Jlan langgar taw..dekat sikit"

so, aku dah install dlm mind..
"tol Jalan Langgar", "tol Jalan Langgar", "tol Jalan Langgar"

berjalan ke arah pak cik driver..
"bang! turun kat tol Langgar boleh?"
driver itu, terpinga2..
"hah??? tol Langgar"
terlopong juga mulut dia
aku pun..
"ha ah..Jalan Langgar"
dlm hati, "xkan aku terer lagi dari driver :P"
driver tu still xpaham..
aku....Ha....!!!!
"ha..! Jalan LANGGAQ!!! turun kt tol Langgaq!"
driver itu gelak.."ha..ok, ok...boleh2..LanggaQ!"
-.-"

perlu ke utk aku polish up skill2 bahasa ini? xpela..maintain cakap gini dah la..asalkn org fhm..

hurmmm....sekadar mencatit kenangan di blog.

p/s: aku suka pada orang2 yang 'menjaga.
Jadilah seorang y 'menjaga'....
mahupun di depan atau di belakang..
baik bagi lelaki atau perempuan..
anda sudah matang..
gunakan kefahaman Islam bukan keseronokan


Wallhu'alam.

Thursday, August 26, 2010

Allahu Akbar, Allahu A'lam

Masya Allah..betapa sayu nya hati ini, pagi ini..terasa seperti Dia sedang berbicara dgnku...Wallahu'alam (dan Allah lah y Maha Mengetahui)

Pagi- jam 930 lebih

aku: Ummi, daeng dapat gi exeter..
ummi: iye? kira nnti economics una sorang melayu/dari malaysia kat sana?
aku: em..setakat ni mcm tu lah kot..
ummi: ili pun exeter kan?
aku: ha ah..xpe ummi..insylh ok..xpe2..:)
ummi: okk...nak try exeter ke?
aku: em..biar je lah..ok ape kat sana..rase seronok nk ke sana jek..
ummi: ....

kemudian..

ummi buka quran, nak baca..aku bersiap..

tiba..ayat 23:29...

Dan Berdoalah "Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pemberi tempat"

wallahu'alam

Wednesday, August 25, 2010

Why do i blog?

Why??

"Never leave the WHY questions, if you do, you'll loose your real aim(s)"


kdg2 aku terfikir..

sbb aku sebenarnya bukan lah seorang y suka menulis..lebih2 lgi kalau diari..n etc.
aku pun bukanlah ada byk idea utk di share..bg pendapat..kalau ada pun, kdg sukar utk dijelaskan dl bentuk penulisan..

ntah..aku pun xtau..mungkin kehidupan di lembah beringin (kyuem) y kdg2 membosankan myebabkan aku mencari 'aktiviti' utk buat..
manakan tidak..kdg2 kwn2 prgi midvalley/ balik rumah sebab rumah diorg dekat..aku ditinggal kesorangan (kadang ada beberapa lagi) di dalam chalet..
jadi, bila tgok kwn2 ada blog, cuba2 la utk buat jugak..hujung2 minggu tullis sikit..lgipun, ummi ayah kat rumah, boleh baca :)

tapi, bila dah duduk rumah..macam2 aktiviti ada..kira, jarang la duk saja..kalau ada pun, xkan nak duk dlm bilik...gi la ber'socialise' dgn family..ha..itulah 'quality time' y patut diberi pda keluarga..
jadi, lama kelamaan, nak blog pun malas..ade jugak bbrapa post y dituilis di rumah, tapi, tu pun sblm tido..

em..so, berbalik pada soalan..
KENAPA? WHY? LIMAZHA? KEPASA? BAKPE? AWAT?

bila di analyse..aku rasa, aku nak blog ini, ditulis utk
-isi masa lapang di uni nnti
-utk keluarga baca..boleh la share sikit sebanyak pengalaman kat sana
-juga kawan2 di malaysia dan negara2 lain..
-simpan utk kenangan..nanti2, bleh baca balik..tunjuk kat anak2 ke..huhu~

(husnaaa....ape point kamu, nih..)
point saya adalah, saya..
xperlu kejar berapa ramai y komen
xperlu nak promote2 blog
xperlula nak pikir nak update selalu ke x
xperlu tanya sampai bila nak berblog..


i blog for myself.. :)
nanti2 rasa dah xsesuai utk berblog, i'll stop..


itu sahaja..
sekadar terfikir sejenak..
ter'reflek' dari satu post y aku ter baca bbrpa hari lalu..

Wallahu'alam.

Monday, August 23, 2010

New Template :)

Huhu..baru shaja selesai mendesign template.. xlama mana pun..saja try2..

kadang tgok mcm lawa, kdg mcm x..

rasa part y header tuh xbrape nak kena..

em..biar jelah..buang masa pulak klu nak baiki2..

cukup lah buang masa takat tuh jek .. :D

tukar template..saje2 ja.. tukar mood blogging

dulu putih, skrg hitam pulak..

ok kot..asalkan blog post punya backgroud color cerah..xsuka gelap2..




Wallahu'alam

Sunday, August 15, 2010

Lihatlah dari sudut y lain

"Dengar ni, takpe klu nak sedih, tapi jangan frust, tau. Sedih itu normal. Tapi klu frust xelok. Allah dah bg macam tu. Ok la, y penting fly. Kena redha. Sedih kejap2 je,taw! "

Sedih, tapi jgn frust. Kata2 ayah y begitu terkesan padaku. Alhamdulillah, aku dapat teruskan pljrn ke UK, walaupn bukan pada universtiti pilihan pertama aku, UCL (university college London).

Kalau kita reflek balik, bukankah telah banyak nikmat y Allah telah bagi pada kita?

Bukankah selama ini, kita dilimpahi pelbagai kesenangan duniawi?

Jadi mengapa kita perlu bersedih hati pada sedikit nikmat y Allah tarik ini?

Xmengapa klau kita nak sedih sekejap, tetapi jgn la berpanjangan. Bukankah mu'min y kuat lebih disukai dari mu'min y lemah? Sesungguhnya, dia ada perancangan Nya yang tsendiri.

Bila aku reflek balik, selama ini, aku Alhamdulillah, dipermudahkan jalan kehidupan.

Keluarga..bahagia..sihat..taat perintah Allah.

Agama..tidak tercari2..dilahirkan Islam

Kewangan..murah rezeki, cukup makan..senang

Ibu bapa..supportive..caring..

Tubuh badan..sempurna..sihat..xdak sakit2 kronik

UPSR, PMR, SPM..semua lepas..

Rumah..jiran baik2, aman..tenteram

Sekolah, kolej..cikgu2 bagus, professional..kawan2 soleh, baik, supportive

Dan…macam2 lagi..!

Bukankah ini semua nikmat dari Nya? Sedang mereka y diluar bergelumang dengan kesusahan, keperitan hidup, terumbang-ambing..ada y ayah mak ntah ke mana, kita di sini… dibuai kesenangan hidup. Nak itu dapat, nak ini dapat.

Bersyukur lah kamu…jangan lah kamu tergolong dalam golongan yang banyak, kerana hanya segelintir sahaja y bersyukur. Firman Allah, "sedikit sahaja dari kamu y bersyukur".

Bagi pihak aku, Alhamdulillah..boleh ke Uk, bawah tajaan BNM..itu dah satu nikmat y besar..lain orang, lain cara rezeki datang.

Yang penting, janganlah kita putus doa kepadaNya, kerana sesungguhnya, Allah tidak pernah jemu mendengar doa dari hambaNya, sehinggalah, hambaNya itu y jemu untuk berdoa.

Jaga lah, syariat AllahTunaikan segala kewajipan. Jaga rukun Iman dan Islam, tutup aurat, jaga pergaulan, batasan2 laki perempuan, dengar dan patuh cakap Ibu bapa, perbaiki hubungan manusia, sesama rakan2 dan lain2. .

Jagalah hak2 Allah, dan insyaAllah, Dia akan jaga hak2 kita sbg hambaNya.

Kesusahan y dihadapi, hanyalah sementara. Lihatlah dari kaca mata seorang y beriman. Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan kita kepadaNya. Perbanyakkan doa di bulan Ramadhan ini. Mudah2 an dimakbulkan, dan tergolong di kalangan hambanya y tabah dan bersyukur.

Sama2 kita renungkan…

p/s: aku doakan semua dapat lepas bank, insyaAllah. Nak sangat sama2 realisasikan impian kita di UK nanti, insyaAllah. J

Friday, August 06, 2010

Si dia...


Why do the birds go on singing?

Why do the stars glow above?

Don't they know it's the end of the world

It ended when I lost your love...



Why does my heart go on beating?

Why do these eyes of mine cry?

Don't they know it's the end of the world?

It ended when you said goodbye..

- by KAREN CARPENTER

Malam ini, 6 Julai 2010, pada jam 9 lebih, bertempat di hadapan supermarket C-Mart, Jitra, tercipta suatu sejarah dalam kehidupanku..fuuuhh..

Aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada si dia..

Kata kumpulan Iklim- Bukan ku tak sudi..

setelah mendalaminya, selama lebih 1 tahun, aku mula sedar yang dia adalah terbaik buatku, walaupun, kalau nak diikutkan, banyak lagi yang lebih baik..

dialah yang sering menyanyikanku lagu2 indah, tatkala, keseorangan di bilik..
dia jugalah yang mengejutkan ku di pagi hari, baik untuk qiyam, solat, atau sarapan..
di setiap ketika, susah dan senang, dia sentiasa disisiku,
dia jugak sering membuatkanku senang hati dengan merapatkan hubungan kami sekeluarga..
dialah sumber inspirasiku, kerana padanya, ada seribu satu kenangan aku dengan keluarga, dan sahabat2 ku..

sungguhpun, kadang kala, diri ini kurang menghargai kehadirannya, dia tetap setia padaku, berkhidmat sepanjang masa, tanpa keluhan..
kekadang jua, aku menyakitinya kerana kecuaian ku, tapi, dia tetap bertahan dengan karenahku..
ada kala, dia merajuk..
untuk beberapa ketika, dia menghilang..
tapi, kehilangan itu hanya sementara..dia datang semula setelah dipujuk..

tapi...
semalam, lain..
tidak seperti dahulu..
dia pergi, tanpa meninggalkan pesanan,..
perginya dia, semalam..
adalah untuk selamanya..
aku pasrah..
mungkin, kita tidak ditakdirkan bersama..
maafkan aku kerana sering menyakitimu..
terima kasih untuk segalanya..

aku sangat mengharap yang kau fahami perasaan ini..
namun, hakikatnya, kau xkan bisa memahaminya..
dan membalasinya...
kerna kau hanyalah sebuah Handphone biasa... XD

[nice ar husna...jiwang habis! eeee..this is ssooooo NOT me..]

maaf..di harap jangan tiru perbuatan ini..
ini dikatakan, lagha..
astaghfirullahal 'azim..


*handset aku sering kali 'sakit' terpadam,tapi semalam dia sangat kronik, dan hari ini, ayahku memutuskan untuk beli yang baru ,memandangkan ada jualan handset 'harga gudang' di hadapan C-Mart*













*gambar hiasan*
[sony ericson- z 710i dalam kenangan]



p/s: sebenarnya, xlayan pun lagu Iklim, tapi, tetiba terjumpa dalam file Music komputer ini.. letak je lah,cam sesuai jek..huhu~