aku belajar nih, kerana Allah..
Aku ingin melihat dunia seperti mana Allah hendak aku melihatnya dan Aku ingin hidup di dalamnya seperti mana Allah hendak aku hidup.
Sunday, September 19, 2010
Kenduri Raya - Jihad
Monday, September 06, 2010
Ragam Ramadhan ‘10
Ramadhan-Perang badar-Nuzul Quran-Lailatulqadr..antara peristiwa2 penting dalam bulan mulia ini
Tapi xakan dihuraikan di sini, sebab ada byk lagi website y anda boleh rujuk, y lebih mantop isi nya..
**********
Alhamdulillah, tahun ini, 99% aku berpuasa di rumah..wahhh..setelah 7 tahun xfull puasa di rumah sbb berada di asrama+kolej
Jadi, byk lah ragam adik2 ku y aku dapat kutip utk kenangan hari muka.
***********
Arrasyid ǁ bongsu (stakat ini) ǁ 7 tahun ǁ panggilan-Asyid
1.
Puasanya pd 10 hari pertama, spt, Nabi Daud. Selang sehari. Hari ini puasa, esok x..n so on..lepas 10 pertama, hentam sajala, labu. Ikut kederat.
Aku perasan, kalau ambil dia lewat sikit dari sekolah, mesti hari tu, puasa 'nyangyok' sebab penat main kejar2/lawan2 kat sekolah -.-".
Tengok baju sekolah pun dah tau.. huuhu~ (seronoknya, zaman sekolah).
2.
Kadang2..
Puasa adik kecil ini special..
Sahur- habis pukul 8
Buka- 2.20pm selepas sekolah
Emm..mungkin dia ikut puasa autumn/winter di UK..
Sunat Berbuka dgn- air mineral sejuk di beli di Pustaka Jitra.
3.
Ada suatu hari, perbualan ini berlangsung di talian telefon..
Ummi: Asyid, along dulu masa darjah 1, puasa byyyykkkk hari..nah cakap telefon dgn along
Arrasyid: Along, dulu masa along darjah 1, along puasa, penat x?
Along: hmm..Penat..
Jujur sungguh jawapan abgku.
Arrasyid: Along puasa mcm mna?
Along: Along xmkn, xminum..tapi kan, bila nak buka tuh, along sokmo xtahan..5minit je lagi.. along kata kt ayah " Nak buka..bila lagi nak buka…lambatnya.." Pastu along makan terus.
Riak muka asyid seolah mngatakan, "Yes! Aku ada geng.."
Arrasyid: Along puasa berapa hari?
Along: Ntah la..kdg2 puasa, kdg2 x..
Senyuman di muka Arrasyid semakin lebar.
Perbualan itu dihentikan oleh ummi. "lah..orang suruh bagi semangat..jujur betul la~"
4.
Ummi ayah aku xmemaksanya..
Malah kdg2 galakkannya utk berbuka..
Aku rasa, Inilah Psychology utk budak2.
Tidak memaksa. Bagi pilihan.
Ayahku, mmg pandai main psychology dgn anak2. Kagum
"xpe..sekarang darjah 1. Kecil lagi. Nanti darjah dua kena puasa penuh, ok. Letih eh? Gi bukak"
Xsilap aku, tahun lepas, ayat dia mcm ini..
"xpe..asyid umur 6 tahun baru..Tadika.. Nanti dah masuk sekolah, kena puasa penuh taw. Kawan2 semua puasa"
Lebih kurang..
Tapi, hasilnya, lama2 arrasyid mula utk tetapkan pendirian.
Kalau dia kata, dia nak puasa, dia puasa, sampai habis hari.
Dan sejak, rumah ini cukup kuota, 7 orang, semua berpuasa..dia lagi BERSEMANGAT!
Walaupun, waktu sahurnya, adalah berdasarkan waktu dhuha..bukan imsa'=D
5.
Dan…apabila dia berpuasa penuh, utk dua hari berturut2..ini lah jadinya..
buka peti, jenguk2..tapi, alhamdulillah, xcuri2 makan
rasa kesian sgt..nampak letih..tidur sepetang, termiss asar..tapi, respect.., he's very determined!
huh..makan xtgok dah kat lain dah..
termenung..baru bangun tidur..terus berbuka
"Asyid nak nasik..lapor..xnak puding dah.."
*************
Irsyad ǁ ke-4 ǁ form 2 ǁ panggilan- Ishad
Latar- di belakang rumah, Ayah sedang gunting rambut Ishad.
Cuaca- Nyaman, matahari tidak terik. Tanah basah-malam hujan
Ayah: Una! Una! Mari tengok matahari kat luar nih. Putih2 je kan? Boleh tgok dgn mata.
Aku: Ha ah la..wow..err..Lailatulqadr ke semalam?
Aku rasa, sejak malam ke 20, siang2 hari, cuacanya selalu begini..malam hujan, siang sejuk..xterik
Aku: Alaa..semalam una ngantok sgt..xsempat solat
Ayah: *senyum je*
Ayahku ketuk pintu berkali2. Aku sedar. Bangun. Sengih kat ayah. Tidur balik. 2 3 kali. Kdg2 liat jugak.
Tiba2..
Irsyad: ha..ishad semalam habis satu quran..
Aku: eleh..ye kee..pegang quran pun tidak..
Irsyad: ehhh..yelah. ishad habis khatam 1 quran.. sbb Ishad baca 3 kali "Qul huAllahu Ahad" (al-ikhlas)
Aku: ceh..hebatnye, Ishad..
Biaq la, kat dia..dia pun nak jugakkk~ hehe..
Wallahu'alam