Saturday, February 26, 2011

Birthday Wishes.

Tengok ada pula seorang kawanku dari kolej... lagi 10 hari birthday dia, dia buat senarai barang-barang yang agak-agak orang boleh bagi dia.

Aku pun tertarik dengan idea tu. Mungkin la kan, orang yang tengah tak ada idea nak bagi apa untuk birthday saya boleh rujuk je kat entri ni.

Moga bermanfaat kepada semua kan? :)

1) Xbox 360 Elite dengan Kinect



Sebabnya memang aku mmg suka game..tmbh2 klu main dgn adik2 ku y sumenya laki :DD! Walau macam mana pun, tanggungjawab lain tak kan dilupakan. Jangan risau! Sekarang dah besar, pandai bahagi masa dah. :)
If I get one of this, boleh main tembak2! Kinect kot!

2) Apple iPad


Benda ni agak bermanfaat la kalau dapat. InsyaAllah boleh la contribute sikit dalam dunia media ni. Mungkin lebih rajin kot kalau nak update atau cari bahan untuk sesuatu perkara tu. Kan? Tak kisah la nak bagi yang ada 3G ke tak. Anda bagi, kuberbesar hati menerima.

3) iPod Touch 4th Generation



Benda ni pun insyaAllah akan jadi bermanfaat untukku supaya tak lah malas nak baca ma'thurat dalam train. Ada teman dalam video at least. Hehe.

4) iPhone 4 White


Ni best jugak. Tapi kalau dapat belikan iPhone 5 yang dikatakan bakal keluar June ni pun bagus jugak. Style sikit. Dah banyak sangat iPhone 4 kat UK ni.

5) TV LCD 32"


Ni untuk compliment permintaanku yang pertama tu. Kurang bermakna Xbox 360 tanpa televisyen dengan paparan HD. Memberikan kepuasan kepada setiap pemain dan pemerhati. :)

***************************

Tak tau sejak bila aku ni menjadi salah seorang daripada Apple freak. But using Apple is so simple and cool though. Sangat senang nak menggunakan softwarenya.

Very user-friendly. Will recommend it to anyone who's planning to buy a new laptop! Currently, Apple is the best! Trust me!

Let's wait until my birthday comes. :)

Hehe....

Wallahu'alam.

Sunday, February 13, 2011

Qalb


Equation...


+



+



+



=


****************
Duhai hati..
Lakukanlah pendzikiran..
Sebagai sentalan terhadap titik2 hitam..

Sudahlah berkata2, wahai hati
Kerana kamu akan timbulkan prasangka
Yang akan menyebabkan kamu menilai sesuatu dgn penilaian y salah
Sesungguhnya, Allah lebih dekat dari urat lehermu

Allah lebih dekat dari urat lehermu
Allah lebih dekat dari urat lehermu
Allah lebih dekat dari urat lehermu

Dia mengetahui segala sesuatu yang kamu sembunyikan atau kamu menyuarakan

" Dan sungguh, kami telah ciptakan manusia, dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat dari urat lehernya"
(Qaff: 16)

**************
Duhai org2 beriman, takutilah seandainya, amalan2 baik y dilakukan itu, terhapus dek suatu perlakuan yang tidak Allah redhai..

Banyak manala sgt pahala y dikerjakan, untuk menjamin kita ke syurga..
kita hanyalah makhluk penuh dosa..
yang lemah
yang penuh kekurangan
dan
Hanya mengharap rahmatNya untuk ke syurga..



Jangan biarkan titik hitam itu menghalang hati untuk terus diterangi cahaya hidayahNya

moga hati ini, sesuci hati bayi..
tiada langsung kata2 bermain di hatinya..

bayi...insan y lemah tanpa adanya dosa..
hatinya sesuci kain putih

Wallahu'alam.

Sunday, February 06, 2011

Ingin berlari bersamamu ke syurga...ya Allah, bantuilah kami..




"Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri." (19:95).

Bukan dtg dgn kawan, dgn geng sendri etc2. Maka jagalah dirimu dr perkara2 yg tak disukai Allah..

Jika kamu benar2 org2 y beriman.

*************
Dan jika aku dipanggil, untuk kembali pada Allah

Apakah aku bisa membawa harta pahala y banyak untuk di 'present' kpda Nya..?

atau...

harta amalanku sedemikian rupa...


nauzubillah..

**************

Reflek diri..
Reflek hati..
Lupakan y silam..
Untuk terus mara ke hadapan..

Ingin berlari bersamamu ke syurga..

Wallahu'alam.