Thursday, October 27, 2011

facebook limiter and self-discipline

take-five..

langkau-langkau blog sebentar..

terjumpa ini


huhuh...sape2 yang rasa selalu xproduktif sebab duk tengok fb or youtube, sila-sila try.

(seolah bercakap dengan diri sendiri T_T)

sejauh mana keberkesanan? Saya belum tahu. (sebab belum try)

Tapi, apa yang aku terfikir ialah..

"ish3..sampai nak kena ada fb limiter?? di mana SELF-DISCIPLINE??"

Tapi, rasanya bagus je app ni kalau utk mak ayah control kepenggunaan internet oleh anak-anak diorang kat rumah.

Sekadar ter reflect discipline diri saya, dan ummah yang kata nak kan kejayaan dunia dan akhirat.

Thursday, October 20, 2011

Basikal Baru! Alhamdulillah :)


Basikalku yang baru dibeli.

Basikal ni sebenarnya di beli dari sebuah kedai komputer. Ya, kedai komputer. Bukan kedai basikal. Bagaimana? Ikuti kisah di bawah.

Aku sebenarnya memang sudah lama menginginkan sebuah basikal untuk dikayuh sekali-sekala ke uni. Terutama untuk kelas2 yang habis lewat atau yang satu atau dua jam sahaja. Tiap2 hari aku akan survey tempat2 parking basikal di uni. Jenis2 basikal yang biasa digunakan. Cara diorang guna basikal; pakai helmet ke x, bawa atas jalan raya atau kat tempat pejalan kaki, laluan2 nya dsb. Tempat2 yang nak beli pun telah disurvey, cuma susah nak sampai dari segi pengangkutan.

Sehinggalah semalam, aku ke kedai komputer dekat dengan uni, untuk check masalah internal microphone laptopku. Namun, kedai tu caj mahal, jadi terus aku batalkan niat untuk baiki.

Sebelum melangkah keluar, tiba2 terdetik nak bertanya pada tuan kedai tentang basikal. Ya..sangat random. Ntah apa tah yang kufikir waktu itu, tapi hati ni mendesak untuk bertanya.

Aku: do you know any shops that sell cheap bikes in birmingham?
Tuan kedai: huh?? *muka terkejut..blurr kejap*
Aku: hehe. Just wondering, if u know.
(ape aku ni..kedai komputer kot..)
Tuan kedai: emm..got some shops. But I dont really know. Sorry....
Ohh yeahh.. I've got a friend who wants to sell off his bike. He doesnt want it. Come have a look inside.
Aku: er..okay

Aku pun ikuti dia ke belakang kedai. Dan sememangnya ada sebuah basikal yang masih elok untuk diguna. Harga yang diletak ialah £25. Apelagi. Terus aku setuju, dan alhamdulillah, dapat juga akhirnya ku kayuh basikal ke rumah. Sepanjang perjalanan balik, aku tesenyum sendirian. Rasa syukur yang tidak terhingga, kerana rezekiNya tiba2 datang bergolek. Rasa seakan aku sedang bermimpi.

Pergi kedai komputer, tapi komputer xdibaiki, barang komputer xdibeli, tapi yang dibeli ialah basikal.

                                                                       ***********
Begitulah kehidupan. Rezeki Dia di mana2 sahaja. Kalau Allah nak kasi sesuatu, dengan apa jua cara pun Dia mampu sediakan, dan kadangkala dengan cara yang tidak pernah kita sangka2 kan.

Allah itu Maha Teliti. Dan Dia Maha Merancang. He is the best Planner. Setiap yang berlaku dalam hidup kita, ada perancanganNya dan ada pengajaranNya bagi mereka yang berfikir. Kerana tidak semua manusia itu sama.

Ada yang Dia tarbiyyah kan melalui pengalaman.

Ada yang Dia tarbiyyah kan melalui kesukaran dan kesempitan.

Ada yang Dia tarbiyyah kan melalui kehadiran2 insan2 di sekelilingnya.

Dan lain2.

Semoga dengan kisah se simple ini, dapat dijadikan analogi untuk meletakkan Dia sebagai perancang mutlak hidup kita ini.

P.s: siapa sangka dapat berjumpa dengan orang catholic yang menjawab persoalan diri yang tertanya2 selama ini, di atas train? :) (hanya utk mereka y faham.hehe)

P.s: tarbiyyah= mendidik (supaya dekat pada Nya)

Wallahu'alam.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, October 18, 2011

Sahabat yang menangis

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: 
"Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Bacakanlah al-Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, apakah saya akan membacakan al-Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain." Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat- yang ertinya: "Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas ummat ini?" - Surat an-Nisa' 41.


Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada baginda s.a.w., tiba-tiba kedua mata baginda itu meleleh airmatanya." (Muttafaq 'alaih)

 Dari Anas r.a., katanya: 
"Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Baginda s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)

Anas r.a. menceritakan
Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahi beliau sebagaimana Rasulullah selalu menziarahinya sebelum kewafatan baginda. Sampai di rumahnya, mereka dapati beliau menangis. Mereka berdua bertanya; “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulullah s.a.w..”. Ummu Aiman menjawab; “Aku menangis bukan kerana tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi baginda, akan tetapi aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit (dengan kewafatan baginda)”. Jawapan Ummu Aiman menyebabkan Abu Bakar dan Umar terharu dan turut menangis bersamanya (HR Imam Muslim)

**************************
Betapa banyak kisah sahabat  dan Rasulullah, yang menitiskan air mata apabila salah seorang dari mereka, mengucapkan kata-kata yang dapat menjadi tazkirah (peringatan) kepada mereka. Sungguh mudah air mata mereka keluar kerana Allah dan Rasul.

*************************
Sudah dua sittings (usrah) aku hadiri di sini. Dan sungguh, pada tiap sitting itu, air mata ku seakan sangat murah untuk keluar. Sebak di dada ditahan dan ditahan. Hingga terasa perit di tekak.
Aku tidak tahu mengapa egoku untuk menitiskan air mata sukar sangat dilenturkan dan kata-kata rindu sukar untuk diluahkan terhadap sahabat-sahabatku. 
Bukankah air mata ini keranaNya?
Sejak di kolej, aku melatih diriku untuk menelan kesedihan dan kemarahan. Hinggakan sukar untukku kini, melafakan kata-kata yang tersimpan.

Lama sungguh rasanya diri ini tidak duduk dalam halaqah. Dan apabila, akhirnya, halaqah itu kembali, dan dilihat satu-persatu muka2 yang hadir dan di kanan dan kiriku lutut-lutut yang bertemu adalah rakan2 yang terdekat denganku, terus terasa sebak di dada.
Bukanlah kerana rindu atas persahabatan sangat.
Tapi, yang dirasai ialah,
merekaa...sahabat2 ku yang aku kenal dalam gelak tawa ini lah, yang akan memanduku dalam mencari kebaikan dan mengingatkan aku dalam kealpaan. 
hati-hati inilah yang sama2 akan dididik dengan tarbiyyah.
Aku lebih sukakan; persahabatan yang disaluti dengan tarbiyyah, berbanding tarbiyyah yang disaluti dengan persahabatan. Walaupun pada dasarnya dua-dua adalah bagus.
Dan sebak ini lahir tiap kali mereka mengeluarkan kata-kata hikmah, refleksi mereka terhadapa ayat-ayat quran. 
Setiap kata-kata mereka seolah mencairkan air mataku.
Namun sekali lagi, dan sekali lagi, aku menahan sebak hingga perit rasa tekak ini.

Dan apabila sitting seterusnya membicarakan tentang kematian, dan kiamat.
Terasa diri ini terlalu lemah untuk bertahan.
Akhirnya menitis jua. 
Namun, cepat2 di lapkan dan muka terus merah kerana malu.
Haruskah diri ini sebegitu?
Berperang dengan kesedihan. Apakah egomu terlalu tinggi? Apakah air mata ini terlalu mahal?
Aku rasa tidak salah untuk menangis dalam majlis ilmu.
Bukankah kita duduk bersama, untuk renew iman?
Sedangkan sahabat2 dahulu, tanpa rasa malu dan penuh rendah diri menyatakan kerinduan mereka dan ketakutan mereka dan dikongsi bersama, sebagai tazkirah dan tazkiyatunnafs.

Sekiranya diri ini terlalu sukar untuk menyatakan atau berkongsi kesedihan, maka aku berharap sekurang-kurangnya aku dapat menjadi salah seorang dari golongan yang terakhir yang disebut dalam hadits ini:

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya:
 "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tujuh jenis orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya - yakni hari kiamat, iaitu imam - kepala atau pemimpin - yang adil. Pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya tergantung kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas), juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingati pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu menitislah airmata dari kedua matanya." (Muttafaq 'alaih)

Moga penulisan ini dapat menjadi pengganti kata bicara.
Maaf sekiranya aku tidak menyumbang apa2 dalam perkongsian ilmu kerana menahan sebak di dada.


Wallahu'alam. (And He who knows best.)

Tuesday, October 11, 2011

kata-kata

Pernah x, korang rasa menyesal dgn keterlanjuran kata2? Tapi hakikatnya lidah anda, telah menutur kata2 y kita sbnrnya xnak pn kata. Rasa hendak memadam semula atau menarik semula kata2 itu tapi tak kan boleh..un less, tiba2 anda ada laser merah y mcm men in black tu, utk menghilangkan certain2 ingatan yang anda nak hilangkannya.

Itulah hakikat kata2.

Cuba lihat berapa banyak peribahasa atau kata2 hikmat ttg 'kata2'. Cth: terlajak perahu, boleh..terlajak kata, buruk padahnya. *err..lupa..lebih kurang gitu la* dll. Begitu juga dgn alquran dn hadis. Banyak y dpt dilihat ttg kata2. Cth: surah alhumazah dn sbhgian surah alhujurat dn byk lg, spt ayat2 y mnunjukkan kata2 hanya dimulut bukan pd hati dn amal. Para ulama dn tokoh pn, ada sebut2 ttg mjaga kata2 spt: ''beruntunglah orang y menahan kelebihan ucapannya dn org y menyedekahkan kelebihan hartanya.'' dan ''aku mengingatkan kalian agar tidak berlebihan dalam perkataan. Cukup bg seseorang mengucapkan suatu prktaan y dpt mgungkapkan keperluannya.

Tapi kenapa kata2?
Kerana dgn sepalit kata2 saja, yang mungkin diucapkan dlm keadaan emosi kurg stabil, atau tanpa brfikir betul2, atau kerana seronok tlebih, atau kerana trlalu yakin pada diri dsb. boleh mnyebabkan suatu kebahagiaan yang telah lama dibina rosak dlm beberapa ketika sahaja, sedangkan sekali-kali bukan itu yang dimahukan.

Mungkinkah kerana itu, lafaz cerai, atau talak tletak pada si suami? Kerana sifat perempuan y bcakap mgikut emosi? Mungkinkah kerana itu, makruh untuk seseorang ucapkan salam pada hakim y sdg mnjatuhkan hukuman? Kerana mcelah xkena tempat boleh mgubah konsentrasi sesorang thadap situasi y hakim itu bhadapan dgn?

Emm..seandainya aku boleh memadam kata2 ku y semalam,supaya dpt ku genggam bahagia hari esok akn aku lakukan sedemikian. Tapi hakikatnya masa tak akan dapat diputar semula. Jam tidak akan berdetik terbalik (kecuali y dh rosak atau jam 'kidal'..huhu)
Cuma satu yang aku harapkan..biarlah liku2 ini,akan menemui jua pengakhiran yang baik spti y kita harapkan. Moga Dia senantiasa memandu kita semua..


Wallahu'alam.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, October 07, 2011

Parenting skill- I will marry you!!


cuba klik link di atas.

apa anda rasa? kelakar? kesian? etc.

pada mula melihat video ni, memang rasa kelakar yang amat. huhu. manakan tidak. budak yang berumur dalam 7 tahun dah pandai cakap macam tu.

tapi apabila conversation atau lebih tepat, pergaduhan, ini berpanjangan, aku merasakan ini adalah suatu 'torture' bagi si anak kecil.

Kalau dilihat semula, kita, orang2 dewasa ini, seringkali menggelakkan telatah anak2 kecil. Gelak kerana geli hati itu tidak salah. Tapi kalau dalam certain2 situasi, gelak kita tu, boleh jadi seolah 'mentertawakan' dia.

Sikap mentertawakan telatah seorang anak apabila dia benar2 dalam keadaan serious, sama ada dalam memberikan pendapat, atau menafikan sesuatu atau menceritakan sesuatu, adalah tidak patut sama sekali. 

"Eh, dah kelakar, xkan xleh gelak sikit kot? serious giler.." 

"Chill la..anak aku je pun. Tak ceria la kalau takde senda gurau"

Bagi aku, bukan masalah ceria tak ceria dalam perbualan anak dan ibu atau bapa. Tapi masalah yang ingin aku kemuka kan ialah confidence si anak dalam menyuarakan atau melakukan sesuatu perkara. 

Sebagai ibu bapa, (walaupun aku kahwin pun xlagi) mereka haruslah support anak2 dalam proses pembesarannya. Mentertawakan mereka boleh menjatuhkan 'level of confidence' nya, kerana, bagi pihak si anak itu, dia sedang serious dan betul2 menyuarakan hasrat hatinya atau fikirannya. Lalu dia akan merasakan buah fikiran nya atau perasaannya tidak lagi dihargai, dan lama kelamaan, akan sering memendam segala idea dan perasaan yang mana boleh melahirkan personaliti; pendiam dan malu untuk ke hadapan.

Dalam masyarakat kita, berapa ramai ibu bapa atau waris2 di luar sana yang benar2 melayan anak2 kecil dengan layanan yang matang?

Matang yang aku maksudkan di sini ialah seperti:
(yang merah ialah cara yang salah dan biru menandakan cara yang sepatutnya)

(1)
Menjawab pertanyaan2 mereka dengan jawapan yang logik dan benar sungguhpun soalan mereka mungkin tak masuk akal atau terlalu advance.
contoh: "Mak..kenapa monyet tu pandai panjat pokok? adik xpandai panjat pun."
Mak: Haa...kena jadi monyet lah baru pandai. adik nak jadi monyet? Hehe..
Mak: Monyet pandai panjat pokok sebab tangan dia panjaaangg. Kaki dia pun fungsi dia macam tangan. Kita, Allah jadikan untuk berjalan atas tanah. Jadi, kaki sesuai untuk jalan2 bukan untuk panjat2.

(2)
Menyambut cita-cita nya yang baik dan cerita-ceritanya yang mungkin menarik, dan mungkin tak sangat. Huhu
contoh: Ayah..tadi kan.. kat sekolah, tadi adik makan ayam seketul, air sirap. Kawan2 adik makan *bla, bla, bla*...Ayah, adik tengok, semua orang bagi duit kt pakcik kantin tu, bila beli. Banyak la duit dia. Adik nak kerja situ la bila besar. *muka sengihh...yakin je..*
Ayah: Haa, yelah2..dah2. Cepat salin baju sekolah tu. Mandi2. Baru balik sekolah, badan berpeluh tu.
Ayah: Sedapnyaaa makanan kantin tuh. Adik..kalau nak dapat duit banyak, kena belajar rajin-rajin dulu. Dapat kerja besar, duit banyak, pastu boleh derma banyak jugak. Kan?

(3)
Tidak mengajuk-ajuk atau mengikut pelat nya. Bercakaplah dengan benar dan tepat bahasanya.
contoh: Ayong, ayong..buyeh toyong atek butak pintu. atek tak campai.
(maksud: Along, along..boleh tolong adik bukak pintu? adik tak sampai)
Along: Buyeh, buyeh..atek tak campai ye. Kejap ye..
Along: Boleh, boleh..adik tak sampai ye. Kejap ye..

Haaa...untuk masa ni, tiga je contoh yang lahir di benak fikiranku. Ada banyaaakk lag contoh2 yang dapat kita ambil pelajaran kalau perhati betul2 sekeliling anda.

Tapi, pokok pangkal nya.. ialah, cubalah sebaik mungkin untuk melayan mereka dengan matang sungguhpun mereka masih anak-anak. Kerana anak-anak sentiasa memerlukan kasih sayang, rasa keterimaan, rasa dihargai, dan rasa kehadirannya dirasai dalam keluarga itu.
Mereka akan jadi dewasa. Dan basic2 ini lah yang penting untuk melahirkan dan membentukkan personaliti diri dan prinsip kehidupannya.


Kerana bayi itu ibarat kain putih. Dan kita lah yang mencorakkannya dengan berus-berus kelakuan, percakapan, layanan baik secara directly atau indirectly. :)


p.s: emm..rasa byk lagi ni kalau nk ckp pasal parenting ni..huhu..ni bdasarkan observation dan pembacaan je. :)
p.ss: parenting skill = tarbiyyatul aulad :DD


Wallahu'alam.

Tuesday, October 04, 2011

UK panas?? -Indian Summer-

Indian summer..
Begitulah fenomena yang kini melanda bumi UK. Keadaan yang jarang-jarang berlaku pada musim Autumn (luruh) di mana, suhu pada siang hari lebih dari suhu normal. Suhu normal autumn: lebih kurang 10-15 degree. Pendek kata, sekarang ni, panas dan suhunya sama spt Malaysia. Tapi bahangnya lebih dirasai kerana kurangnya awan di langit.

Suasana panas, di negara mat salleh. Apa yang dapat digambarkan? Ya..kepelbagaian fesyen. 

Setiap kali berjalan ke kelas, pastinya dikelilingi oleh orang2 mereka. Tidakku nafikan, pakaiannya ada yang cantik2 bunganya dan coraknya. Dengan spek mata hitam yang besar dan menawan, serta hidung-hidungnya yang mancung bak kata orang, 'boleh sangkut hanger' (yang mana still aku xdapat figure out betul ke x =.='') dan jugak muka putih, licin dan dengan rambut kuning berterbangan. fuhhh..habis fesyeneble~

Aku...yang bertudung, dan bertutup lengan dan kaki, pula berjalan di tengah2 diorang.

Agak2 apa yang diorang akan fikir ek?

"mm..aren't you hot wearing like that?"
"err..why is she wearing like that, on this hot summer day?"

mungkin xsemua yang akan terfikir mcm tu. Tapi, 'kalau aku dalam kasut diorang' (suppose to be english idiom :P ) at least, aku akan terdetik soalan2 tu, jauh di sudut hati aku.

Namun, alhamdulillah atas nikmat Islam ini, aku bukanlah di pihak yang bertanya. tapi di pihak yang menjawab persoalan2 itu.

Dan jawapanku ialah..

"Ya...aku juga panas. aku juga berpeluh. Tapi aku harus bertahan"

***********

Tiap kali aku masuk ke dalam dewan kuliah, dan mata meliar mencari tempat duduk, di saat itu jugalah aku dapat merasakan jantung berdegup laju setelah berjalan dan menaiki tangga, lalu sistem badan ini juga merembeskan beberapa titisan air, yang di namakan peluh.

Biasanya aku akan elak daripada terlalu mengipas2, untuk menjaga imej aku yang bertudung kerana tidak mahu sebahagian mereka beranggapan seperti..
"look..pity her. She's sweating hot. What a religion!"

Malah, aku berharap di hati mereka akan terdetik persoalan seperti..
"How could she stand the heat?? There must be something that motivates her. She won't be holding on to it, for nothing.."

************
Kalau ikutkan nafsu, boleh je aku pakai ikut suka. Lagi cantik, apa..

Kalau ikutkan nafsu, boleh je aku berseronok sesuka hati lelaki perempuan sambil berjemur di bawah sinar matahari.

Tapi aku pilih untuk tidak.

Kerana cara kita lihat dunia ini berbeza.

Cantik padaku bukan hanya pada luaran rupa.
Seronok bagiku bukan hanya pada senda tawa yang seketika.

Kerana melalui Islam, Allah mengajar kita untuk melihat dunia hanya sebagai persinggahan.

Cantik kita berlandas pada akhlak Al-Quran dan bukan santun budaya.
Seronok kita pula, bermatlamatkan kehidupan akhirat.

*************
em.....seems ''dull' to you, huh?

not at all, to me.. :) because I refrain myself for the Bless and Love of You, My Lord, 
The ONE and ONLY
ALLAH..

-Kerana ''kaca mata'' kita, berbeza..-


Wallahu'alam.

Monday, October 03, 2011

zero-konklusi


Ya. Aku akui telah lama tidakku update blog ini. Bukan xmahu, bukan xmahu ambil tahu. Tapi setiap kali ingin aku tulis sesuatu, mesti dua tiga terfikir tentang para pembaca atau followers. “apakah yang akan aku tulis ini, sesuai dengan pembaca, yang terdiri dari pelbagai tahapan pemahaman?” , “apakah yang akan aku tulis ini, akan terkena pada orang2 tertentu, disebabkan dia baru publish post yang hampir sama?atau pun dia baru bercakap mengenai hal itu? Aku xmahu timbulkan kontroversi”. Begitulah sedikit sebanyak monolog dalaman aku, hinggakan aku “menulis” di dalam hati dan mindaku sendiri…

Itulah akibatnya, kalau ‘terlalu’ memikirkan tentang apa yang tidak patut difikirkan. Ia akan berakhir dengan zero-konklusi.

***************

Baiklah. Buang segala tanggapanmu, husna. Tulislah dengan seikhlas hati, dan apa yang lahir darimu secara fitrahnya, kerana aku tidak mahu menjadi hipokrit dalam penulisanku ini. Supaya dengan niat yang ikhlas dapat menyentuh hati-hati yang ikhlas membaca.

**************
Selama pemergian aku jauh dari alam blog ini, kerap aku terfikir tentang ‘tsabat’. Tentang ‘fikrah yang ‘sebenar’’. Tentang ‘atittude’ daie di kalangan kita, berbanding dengan mereka yang dah lama. Tentang kepelbagaian sikap para sahabat dahulu. Dan macam2 lagi. Kerap, dan sangat kerap. Hinggakan aku takut, jika Dia menarik nikmat iman dan pemahaman itu dariku kerana terlalu memikirkan perkara-perkara kecil.

Tapi..itulah aku..i am an observer, and love to observe. (Tapi takut nak suarakan pendapat)

Aku dapati, semua orang sukakan kebaikan, dan ingin menjadi lebih baik.

Ramai yang tertarik dengan pendekatan pertama; qudwah dan ukhuwwah.

Namun, perlahan-lahan, kita dapat melihat seorang demi seorang, mengambil landasan sendiri.

Aku? Aku ingin mengambil ‘pace’ aku yang tersendiri. Mengambil semua yang berlaku di sekeliling sebagai pengajaran dan pelajaran buatku.

Persoalanku, apakah yang telah berlaku pada yang ‘meninggalkan’?

Mungkin panjang analisanya. Lain orang, lain bicaranya. Namun, aku ingin meletakkan hidayah Allah dan ketentuan Allah, pada tangga analisa yang teratas.

Perkara ini terlalu kompleks untuk diperkatakan. Kerana ia berkisar dengan kehidupan.

Kehidupan membabitkan pengalaman. Dan pengalaman semuanya berbeza2.

Dan pengalamanku hanya setahun jagung, baru.

Tetapi, sekiranya lain kali ada buah fikiran yang inginku lontarkan di sini..aku harus berbuat sedemikian, sekiranya itu dapat memanfaatkan yang lain. Kerana aku tidak ingin lagi berakhir dengan 'zero-konklusi'.


Wallahu'alam.