Setiap orang dalam hidupnya, pasti akan diuji dalam hidupnya. Ujian.. Diberi kesenangan, supaya dia bersyukur atau diberi kesusahan supaya dia bersabar.
Kata Hamka:
Hidup ini, adalah antara Syukur dan Sabar.
**************
Alhamdulillah, pagi ini, di bulan Ramadhan, aku bangun dari lena dalam kecukupan nikmat dariNya.
Namun dalam kecukupan ini, kadang kala membuatkan ku lalai dan mengambil ibadah itu sambil lewa.
Quran..di baca bagi cukup-cukup makan.
Solat sunat..didirikan hanya mengikut kepentingan.
Tahajjud..bangun hanya bila terjaga malam dan xboleh tidur.
Lemah nya aku…lemah…
Apabila melihat sahabat2 di luar sana, berlumba utk berdiri malam, bertadarrus, berdoa sepenuh hati, dan berpesan2 pada kebaikan di bulan Ramadhan ini, aku merasakan betapa aku ini, pemalas. Jauh sekali ku ditinggalkan oleh mereka. Mereka, sepertiku, ummat akhir zaman..
Apatah lagi, ibadah mereka yang terdahulu? Jangan mimpi nak dibandingkan dgnku. Memang teramat rendah nilai yang kuletakkan pada Ramadhanku, selama ini.
Aku berfikir sejenak..
“Apakah kecukupan ini, mebuatkan aku semakin lemah? Semakin di ‘manja’ kan?”
“Apakah aku menunggu saat2 secubit dari nikmat2 ini ditarik, barulah, aku akan menghargai nikmat sujud padaNya? Nikmat penghambaan padaNya?”
“Apakah perlu Dia mencampakkan ujian2 berat padaku, untuk aku meringankan badan beramal padaNya?”
“Apakah aku ingin menjadikan bulan Ramadhan ini, lebih ‘sikit je’ dari bulan2 sebelum ini?”
Aku tersentap dgn pertanyaan2 y bermain di fikiranku.
Ya…aku leka…
Satu juzu’ sehari..ku kira cukup. Sudahku berkira2 dgn helaian yang dibaca. Sedangkan, masa yang berbaki masih banyak. Masih sempat untukku menutur kata2 lara. Sedangkan, di luar sana, ada jiwa2 yang mencari ketenangan melalui ayat2 Nya, hinggakan dibacanya, terus-menerus tanpa dikira.
Tarawih lapan dgn bacaan surah2 makkiyah, seolah sudah extra dari bulan2 lain. Sedangkan, makcik2 terus menggagahkan diri, berdiri untuk rakaat yang ke dua puluh. Kaki yang kebas, dan sakit, diketuk2 nya, dan dipaksa untuk terus bangun. Kalau tak dapat bangun, masih lagi, dia teruskan secara duduk.
Begitu juga, solat malam..Dah 11 hari berpuasa. Berapa kalikah aku bangun untuk menghadapkan wajahku padaNya? Merintih kasih padaNya?
Aku ingin jadi hamba yang bersyukur di kala senang, sabar di kala susah..
Benarlah kata Hamka,
“Adakalanya bersyukur itu lebih tinggi dari bersabar.”
Kerana ramai dari kita yang boleh bersabar, dan terpaksa bersabar, tapi tak ramai yang akan bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Doa seseorang di zaman Khalifah Umar:
“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang sediikit”
Kerana, dalam Quran, dinyatakan..
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. [Surah Saba' 34:13]
Lagikan, Rasulullah yang dijanjikan syurga itu, solat hingga kaki berlebam, kerana rasa syukur baginda pada Allah. Inikan pula, aku..
T___T
Aku ingin mencari hikmah ramadhan di tahun ini.. Inginku hentikan segala yang mengambil masaku, tiap detik dan saat ramadhan ini, untuk seketika..
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buatku. Berpuasa dgn sebenar-benar puasa.
Kini baru ku benar2 mengerti makna; Ramadhan, An Academy.
Moga Kau permudahkan, langkahku yang baru terjaga dan bertatih..
Lagi 19 hari je tinggal!!!!! :’(
Wallahu’alam.