Saturday, March 20, 2010

Oohh Jitraku...

Aku berpindah rumah. Kali ini ke Kepala Batas, Kedah (take note ye..KEDAH..bukan Penang ye..huhu). Perpindahan kali ini merupakan yang ketiga belas bagi keluargaku. Manakan tidak, ayahku merupakan seorang pegawai tentera, dalam KOR Pendidikan; makna kata, beliau adalah 'cikgu' dalam tentera, untuk mengajar Bahasa Inggeris. Aku yang merupakan anak kedua dalam keluarga, telah bersekolah di 9 buah sekolah berbeza, manakala, abangku, di 10 buah sekolah, berikutan daripada perpindahan2 tersebut. Berikut merupakan sekolah2 yang pernah menjadi tempatku menimba ilmu:

  1. 1) SK Sungai Kantan

    2) SK Saujana Impian, Kajang

    3) SK Sri Rusa, Port Dickson

    4) Werribee Islamic School of Victoria, Australia

    5) SK Pulau Rusa, Terengganu

    6) SK Senawang, Seremban

    7) SK Jitra, Kedah

    8) SMK Agama Kedah

    9) SBPI Kubang Pasu

    Tapi, yang paling lama ku menetap ialah di Jitra, selama 7 tahun (sejak darjah 5), dan di situlah, aku mula merasai kemanisan persahabatan sebab sebelum ini, xsempat nak kenal betul2 kawan sekelas, dah berpindah ke tempat lain. Oh ya, mengapa kali ini aku berpindah, padahal dekat ja? Begini, rumah quarters tentera yang sedia ada, telah penuh, dan perlu dibina lagi, dan alhamdulillah, baru siap dibina. Jadi, perlulah bagi kami untuk masuk rumah ini, lagipun dekat dengan Kolej Tentera Udara (KTU), tempat kerja ayahku.


Baru sehari duduk di sini, aku telah rindukan rumah yang lama walaupun, nak diikutkan, memang jauh beza saiz kedua2 rumah ini. sebenarnya, bukan rumah yang kurindukan, tapi kawasan itu sendiri. JITRA. Kini, sudah tiada Kedai Melayu, kedai India, kedai fotostat murah, Yawata (Aneka- jrg pi sbb sesak/ramai), Pustaka Jitra, tmpat basuh kereta automatik, SKJ, badminton di dewan PJ2, fairy bread, jogging di tasik darul aman, benjo Taman Sri Aman dll. Yang ada di sini, hanyalah bunyi kapal terbang, helikopter, rangka2 jet, sawah padi, kereta lalu-lalang kat Highway dan tempat keja ayahku yang dekat. Kedai2 yang terdekat kena naik kereta dalam dua tiga minit, tapi xsemua ada. Tesco akan menjadi pengganti Yawata, dewan di quarters pengganti dewan PJ2, dan yang paling best, ada Go-kart kat sini..tapi.. bayar RM25 (-.-'')...pokai, em.. tarik balik la..xbest2.. "Kepala Batas is a dead town especially at night time", aku setuju dengan kata2 ummiku ini.

Haih..banyak complain pulak aku nih..maaf, ini bukan complain, ini hanyalah comparison semata2. Kami bersyukur kepada Allah, atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Rumah ini besar, selamat (insya Allah), dan sejuk. Banyak kemudahan yang disediakan, Katil2 dapat yang baru, surau lagi dekat, ada playground kat sebelah rumah, guard ada..xrisau sangat Arrasyid main kat luar sorang2.

Tapi, dalam duk seronok dapat rumah ini, ada suatu yang mengetuk pintu hatiku. Semua ini bersifat sementara sahaja, bukanlah milik kami. Seronok bila rumah besar, tapi suatu hari nanti kena pindah jugak. Seronok dapat katil baru, tapi bila lihat tilam dan kayu dia, ada cop "HAK MILIK KERAJAAN" dan macam2 lagi. Bila difikirkan, ini semua hanyalah pinjaman yang sementara. Begitu juga dengan dunia ini... Biarlah rumah sebesar mahligai, biarlah harta setinggi gunung, biarlah tanaman berekar2 ladangnya, biarlah muka secantik bidadari, biarlah otak segenius Kyle XY, biarlah badan setough popeye, tapi, kalau kita ingat bahawa semua itu bukan kita yang punya, tetapi anugerah Allah yang dikurniakan untuk sementara sahaja di dunia ini, tiada apa yang hendak dibanggakan, cukuplah sekadar mengucap ALHAMDULILLAH "segala PUJIAN HANYALAH bagi Allah". Kita hamba Nya. Hamba=tidak punyai harta, tidak boleh membantah, menggantung kehidupan pada Nya, perlu tunduk, semua barang adalah pinjaman, perlu patuh SETIAP suruhannya.

Semoga nikmat yang kita ada akan lebih mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.

***********

Bagi kawan2 ku yang di Jitra, janganlah dikau merinduiku...Huhuh..susahlah sekarang nak kunjung-mengunjungi rumah eh.. terutamanya bagi, Paan (Farhanis), Khod, Ikin, Una, Ain izati, dan Ain Ishak...Insya Allah (dengan izin Allah), aku akan bawak hampa suma mai sini, suatu hari nanti, kalau boleh tahun ini jugak. Insya Allah.

p/s: Maaf, xdapat upload gambar lagi sebab internet broadband slow sikit. Kena tunggu modem pasang. Nanti tengok blog ni lagi, pada hari Khamis depan, insyaallah, akan ada gambar2 di upload.

14 comments:

Akmal Hayat said...

mna nya gmbq rumah? yg tu yg nk tgk tu..huhu

mAd~TAU^^ said...

xpa2............mang la rumah ank ngan depa makin jauh............tapi jangan risau umah aku makin dekat ngan ank hehehehheh^^

nurulhusnazubir said...

akmal hayat~
kan dh hbq, xdak..nnti2 ak upload..intnt slow..tpi gmbq umah ni xtaw nk upload ka dak..privacy2..huhu..kna mai sndri

mad taw~
oo..ha ah kn..tpi buat apa..buang karan ja...hahah.. :P

nurulhusnazubir said...

akmal hayat~
kan dh hbq, xdak..nnti2 ak upload..intnt slow..tpi gmbq umah ni xtaw nk upload ka dak..privacy2..huhu..kna mai sndri

mad taw~
oo..ha ah kn..tpi buat apa..buang karan ja...hahah.. :P

Akmal Hayat said...
This comment has been removed by the author.
Akmal Hayat said...

agak rr..privacy kowt..huhu..
aku pi kang, tkjut hgpa satu rumah..
"weh! bdk mana dtg nih?? guard2!" menyesai ak pi..

cikgu zainurin said...

Lauh berjalan luas pandangan, banyak pengalaman. Lagipu dekat saja tu. Kira masih lagi dalam area Jitra lagi tuh.. Kata orang tua-tua, tak sampaipun sepenanak nasi kalau berjalan kaki..

nurulhusnazubir said...

cikgu zainurin~
wahhh..cikgu komen blog sy..huhu..teruja..cikgu mai la dtg rumah sy..insylh, sblum sy pi UK,dlm bulan 9-10 ni, sy akan jumpak/ contact ckgu dulu.. :)

cikgu zainurin said...

Husna.. Tahniah untuk ke UK. Cg tumpang seronok.. Semoga berja gapai cita2.. Insyaallah kita akan jumpa nanti.

nurulhusnazubir said...

alhamdulillah..insylh akan ke sana..doakan sy cgu..trima kasih yer, cgu..byk y cgu tlong..nmpk je nama cgu, sy sllu trigt suasana dlm mkml KH..dan mrkah A free y prnh cgu bg..huhu~ :)

Anonymous said...

Analisis yang baik sebagai bakal ahli ekonomi. Mari kita tegakkan ekonomi ummah yang adil dan berkebajikan, tinggalkan kepitalisme yang menindas.

Tahniah, bakal graduan UCL. :)

nurulhusnazubir said...

hazman~
insyallah2..
haih..ha nih, xabih2 dgn ekonomi..huhu..tpi,bguih la associate dgn Islam..semoga Allah pmudahkn jln mu..

Stag & Vixen said...

i think i know how ur house lookes like. haha. pasni cuti2 bleh la come to my house. mkn2 ke. haha. =D

nurulhusnazubir said...

erk...aiseh~