Monday, August 30, 2010

Terengganu-Kedah 1-0

Aku orang mana?

huh..soalan cepumas tu..xtau nak jawab mana satu..

aku asal- terengganu..
aku lahir- selangor..
aku duduk (tinggal)- kedah..

tapi aku lebih prefer kata, aku orang terengganu..manakan tidak, semua anak beranak ada kat sna..sape je y ada kt kedah ni..emm..ada la sorang..tok saudara..ya, darah ini, darah terengganu (nada ala2 perwira melayu)

tamat je persekolahan, aku xbrapa nak cakap kedah. Kat rumah, cakap terengganu, dgn kwn kl sikit2 (walau pun ada y kata xjadi kl sgt..huhu..) Nampak ja duk tulis dlm kedah kt fb/msg..itu sebab dah terbiasa..tapi, kalau cakap kedah, skrg kurang pekat, kecuali dgn kwn2 lama seasrama dulu.

27/8/2010
turun ke KL. buat visa & ambil contract dari bank..
dlm meeting room, di Bank, diberi 'taklimat' oleh slh seorg HR (human resource), k.nang. Ketika itu, ramai y belum datang. Hanya ada 5 scholars je dlm tu. Janji pukul 3. Bila dah 3.30 lebiih, datang la sekumpulan, sekumpulan, sekumpulan scholars..lambat sebab jam. maklumlah, Selangor cuti..

Tiba2, k.nang melantik aku, utk sampaikan kpd diorg y lmbat, ttg apa y telah diperkatakannya tadi..aku pun, dgn gaya ala2 HR, pun sampaikn 'taklimat' itu..campur melayu & inggeris..

"...for those that have weird names for the emails, it's better to change it to a more formal-like email. xnak la emel2 y pelek-pelek e.g ttg@bla.bla.com.."

tiba2 ada suara mencelah.."pelek-pelek.." aku dengan confident..jwab, "ha ah..pelek-pelek..nak y formal, ok"

28/8/2010
pergi medical check-up.
balik diceritakan kepada pak n mak sedra aku dalam kereta...
"tadi pergi, xla ramai sgt kt klenek tuh. klenek tu dekat je dgn KL sentral...bla...bla.."

habis cerita, semua terdiam. Khusyuk mendengar, agaknya.
tiba2 pakcik ku, y berasal dari Kajang bersuara... "haih..Klenek, klenek...."
aku y xmemahami.."..." (napa..betul la kn?)
makcik aku y juga dri terengganu, pun menyokong, "dh betul la kn.."
sepupu kecilku berkata... "orang sebut KLINIK la..bukan klenek...macam nenek je.."

hah! baru aku faham, knapa dlm meeting room tu, ada y menyebut.."pelek-pelek"
sepatutnya, PELIK-PELIK..
fine... warga KL.... tergeliat aku nak sebut PELIK-PELIK tuh..
-.-"

29/8/2010
balik pulang..bas durian burung..
(xleh lawan la bas Pancaran Matahari...Pancaran laaaaggii best!)

tanya mak aku
"ummi, nak turun A.Setar ke Jitra?"
mak aku menjawab
"kalau boleh, berhenti kat tol Jalan Langgar ok?"

ayah aku telefon kemudian..
"una..turun kat tol Jlan langgar taw..dekat sikit"

so, aku dah install dlm mind..
"tol Jalan Langgar", "tol Jalan Langgar", "tol Jalan Langgar"

berjalan ke arah pak cik driver..
"bang! turun kat tol Langgar boleh?"
driver itu, terpinga2..
"hah??? tol Langgar"
terlopong juga mulut dia
aku pun..
"ha ah..Jalan Langgar"
dlm hati, "xkan aku terer lagi dari driver :P"
driver tu still xpaham..
aku....Ha....!!!!
"ha..! Jalan LANGGAQ!!! turun kt tol Langgaq!"
driver itu gelak.."ha..ok, ok...boleh2..LanggaQ!"
-.-"

perlu ke utk aku polish up skill2 bahasa ini? xpela..maintain cakap gini dah la..asalkn org fhm..

hurmmm....sekadar mencatit kenangan di blog.

p/s: aku suka pada orang2 yang 'menjaga.
Jadilah seorang y 'menjaga'....
mahupun di depan atau di belakang..
baik bagi lelaki atau perempuan..
anda sudah matang..
gunakan kefahaman Islam bukan keseronokan


Wallhu'alam.

3 comments:

ImaginE said...

haha..aku boleh bayang hg sebut pelek-pelek dgn klenek~

lawak²~

Anonymous said...

lepas tu kedah menang 1-0 di stadium darul aman. aggregate 1-1 tapi kedah menang on penalty shoot-out. ^_^

semoga anda dianugerahkan orang yang 'menjaga' daripadaNya. :)

afifah said...

haha lwk2...
memang loghat kedah x ley buang..
aku pun sama.. kalo ckap.. depa igt org kedah.. aku iyakan ja hehehe