Friday, September 21, 2012

Raya #2012

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang untuk beraya di Terengganu pada tahun ini. Seingat saya, hampir setiap tahun kami beraya di sana. Pernah sekali sahaja kami tidak beraya di sana, kerana ketika itu ummi saya sedang sarat mengandung adik saya, Arrasyid. Maka perayaan Aidilfitri kami hanya berlangsung selama sehari, dan yang lagi menyedihkan ialah kami tidak tahu untuk beraya di mana, kerana jiran-jiran semua sudah balik ke kampung, dan kami tidak punyai saudara mara di Kedah. Jika ada pun, mereka akan balik ke Terengganu juga. Akhirnya, kami hanya beraya di Istana Anak Bukit, dan dapatla duit raya sebanyak RM5. T__T (waktu tu, duit raya adalah the most essential thing of my life bila raya..huhuh)

Perayaan Aidilfitri kali ini, agak berbeza dari tahun-tahun lain.

antara sebabnya ialah:

1 -rasa semakin 'kurang' gap dengan generasi atas dan mereka yang dah berkahwin (agak-agak dah semakin dekat la kot turn abang saya. (eh..?) )

sepasang pengantin baru di sebelah kanan gambar


2 -along bawa balik kamera DSLR dan penggunaannya tahun ini lebih kerap (terima kasih along sebab banyak ambil gambar saya)



bukti-bukti penggunaan kamera yang cukup optimal kali ni..

potrait ayah (serupe sultan mizan..huhu)










udin (adik) (gaya macho)















irsyad (adik) (eh..dia pun nak jugokk)

















along (abang) (tiru style yowayowacamera)













udin (adik) (ehh..gambar udin lagiiiii..??=.= mana gambar arrasyid)









3  -  2 orang sepupu sebelah ayah baru sahaja berkahwin dan sorang baru sahaja melahirkan anak. Jadi extended la this big extended family ni.

first anak sepupu. comeell..! moga menjadi anak solehah kelak. ameen


4  -  mak-mak saudara mula share2 resipi dengan saya. (rasa macam, 'wah..' dah masuk sembang2 orang2 besar ni >.< at least tahun ni paham la sikit turutan resipi tu, kalau tak, nak imagine pun xboleh sbb kurang reti masak. huhu)

(oh..xde gambar pulak..hoho)


5  - first time ikut ummi ayah ke kebun getah, melihat tanah warisan tok.

sebahagian keluarga belah umi (muka macam ada keturunan cina gituu..)



dan itu juga first time tgok biji getah.




kalau budak-budak kampung dulu-dulu siap buat mainan biji ni..


ayah demo. tengok biji mana yang pecah, yang tu yang kalah.


6. dan yang paling-paling best sekali ialah masih berpeluang untuk jumpa tok wan tahun ni :') alhamdulillah. moga Allah beri kesihatan yang padanya..

haa..ni pun gambar arrasyid. (kami saayangg tokwan :) )

demikian lah raya untuk tahun ini. (huh..lama betul post ni ada dalam draft baru sekarang publish =.=)



dan...
seperti biasa, Arrasyid yang paling banyak dapat duit raya T__T huu~~



Wallahu'alam.

No comments: