Frankly, tahun-tahun sebelum ni, rasa sangat malas untuk stay di uni/library sebab prayer room jauh dan untuk mencari ruang yang tiada sesiapa lalu lalang, amatlah susah. Setiap sudut itu, mesti akan ada orang-orang mereka yang bertungkus-lumus dengan kerja masing-masing. Ada yang berjalan cepat mengejar urusan yang perlu diselesaikan, ada yang membaca journal sehingga nampak seolah bintang-bintang menari di atas kepalanya, ada yang tersengih sorang-sorang di depan komputer, rupanya tengah tengok facebook, ada yang menunggu kertasnya di print, ada pula yang bersembang, ada yang gelak terbahak-bahak lama-lama kat tempat orang lain study
Ianya bermula dengan post ini di facebook, oleh salah seorang kawan local yang muslim,
"So I was working in the library and it came to maghrib - so as you do, I went on the hunt for a good spot to pray..lower ground floor - and when I got there, found all the Muslims already there praying! Beautiful feeling :)
#God'searth"
Lepas dari post ini, saya terus mencari 'port' nya. Berdasarkan kawan saya itu, katanya, "it's between the shelves" and this leads me to this..
a'ah..memang xde orang lalu kat sini. it's like one of the end of the library. dan buku-bukunya punn.. seperti Engineering journals, Australia Mathematics Society dsb. Berapa orang sangat yang nak cari buku-buku tu, kan? Boleh dapat online, mungkin.
Dan, baru-baru ni, pada hari Rabu, since di UK, hari Rabu ialah 'half-day' iaitu, pelajaran hanya akan berlangsung hingga jam 1 petang, dan masa-masa seterusnya adalah untuk sports activities bagi sesiapa yang nak main, saya pun mengambil kesempatan untuk solat asar di salah sebuah bilik kuliah yang tidak ada orang guna. Kebetulan, masa mencari kiblat tu, ada seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu untuk berbual di telefon. Dengan kehadirannya, saya pun terpaksa melengah-lengahkan masa mencari kiblat itu dan buka pintu seluasnya. Berdasarkan dialeknya, saya mengagak dia adalah orang Afrika. Namun, dia seperti ingin berbual panjang di taliannya. Jadi, saya pun keluar dari bilik itu, dan menunggu hingga dia keluar.
Seolah dia memahami yang aku ingin bersembahyang, dia pun terus keluar dan menyambung perbualannya di luar. Melihat itu, apalagi, teruslah dihamparkan jaket dan solat di ruangan itu. Usai solat, lelaki tersebut memberi salam dan memberitahu beberapa tempat yang biasanya digunakan untuk solat. Oh, muslim rupanya dan benar tekaanku, dia dari Afrika, Kenya. Jawabku ringkas, "oh, okay, thanks. Jazakallah". Alhamdulillah. Sungguh mudah bahasa Allah ini. Sudah cukup untuk mendoakannya, dan tidak perlu untuk berbual panjang.
Dengan itu, Alhamdulillah, ku jumpai beberapa tempat yang lain untuk solat.
ini di tepi tangga, level Lower Ground di Muirhead Tower.
dan ini di ruangan exit di Starcity, Birmingham.
Dan, solat di luar kadang kala lebih terasa 'izzah dan manisnya berbanding solat di rumah.
Dan bila solat begini, rasa macam..memang benar, Islam datang bukan untuk menyusahkan malah untuk menjadi syariat dalam kehidupan.
Jadi, bila difikirkan balik, takde apa pun yang menghalang orang Islam untuk menunaikan kewajipannya; solat, kecuali suatu perasaan, iaitu perasaan malas.
Wallahu'alam
1 comment:
semoga Allah sentiasa menjaga mu,wahai gadis penjaga solat..
Post a Comment