Bila rak buku tidak lagi dihuni buku-buku,
Bila semua barang-barang telah di ship kan,
Baru terasa sangat yang the farewell is approaching.
Kalau dulu, ketika saya first year, saya pernah tulis post tentang 'tsunami' yang bagaikan menimpa selly oak, kini, saya merasakan, batch saya pula yang menjadi orang-orang yang ditarik tsunami itu.
Banyak yang difikirkan apabila nak balik ni..
Antaranya ialah...
****************
Kita semua tak tahu..
Kerjaya?
Kawan2?
Duit?
Kehidupan?
Tarbiyyah?
Tsabat?
Futur? Nauzubillahi min dzalik..
Itu baru kita..
Bagaimana dengan kehidupan kawan2 yang lain pula? Housemates saya? Batchmates? Usrahmates?
Pastinya saya mahukan yang terbaik juga untuk mereka.
Tapi, semua ini percaturan Allah. Kita tidak tahu, melainkan terus berdoa kepadaNya. Bagi saya, saya sangat yakin dengan dua perkara ni,
1) Doa untuk ditempatkan di sebaik-baik tempat,
Dan berdoalah dengan berkata: `Wahai Tuhanku, tempatkanlah daku ditempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat."
(surah almukminun: 29)
2) Dan terus berdoa untuk rakan-rakan yang lain,
".......Sesungguhnya do’a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa’a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo’akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’anya. Tatkala dia mendo’akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi............."
(Shohih) Lihat Ash Shohihah (1399): [Muslim: 48-Kitab Adz Dzikr wad Du’aa’, hal. 88]
Bagi saya, walau apa pun yang kita dapat atau tidak dapat, insyaAllah, selagi kita berdoa kepadaNya, Dia akan hadirkan kita ke tempat yang tak di sangka-sangka adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. Dan tidak rugi juga untuk kita berdoa kepada yang lain kerana kita jua akan mendapat semisalnya. Mungkin seseorang itu tampaknya pada luaran, mudah jalannya, tapi kita tak tahu yang mungkin ada suatu yang Allah akan uji padanya. Seperti mana kita tidak tahu bila kita akan teruji, seperti itu jugalah kita tidak tahu bila Dia akan memberi rezki pada kita.
**************
Itu adalah sebahagian dari perkara-perkara yang terfikir tentang masa depan.
Sangat ambiguous, dan anxious nak tahu what lies ahead. Dan juga sangat berharap perkara-perkara itu mudah dan baik-baik belaka.
Itu yg di hadapan. Bagaimana pula yang di belakang?
Perlu juga difikirkan..
******************
Apa yang telah saya tinggalkan di sini?
Apa perubahan yang telah saya cuba lakukan?
Kehadiran saya ada memberi apa-apa kesan atau sama sahaja sperti tiada?
Adakah saya telah beul2 menghargai kehadiran mereka di sini dalam hidup saya?
Adakah ijazah sahaja yang saya dapat?
Bila difikir kembali, rasa seperti loser jugak.
Rasa seolah saya banyak lagi yang saya tak hargai dalam hidup ini.
Banyak lagi yang sebenarnya saya boleh cuba buat sebelum ini.
Saya lebih banyak menerima daripada memberi.
Tapi, apa-apa pun saya masih bersyukur kerana Allah telah campakkan saya ke sini. Banyak yang saya belajar dari setiap warga Selly Oak dan coursemates saya. Dunia ini penuh warna-warni. Bila kita dapat selami kehidupan seorang demi seorang kita dapat rasa yang semua yang hadir dalam hidup kita adalah untuk kita berfikir betul2 tentang nikmatNya, tentang risalahNya, tentang perjuangan baginda dalam kepelbagaian manusia, tentang bagaimana rahmat dan ujian Allah itu indah dan kasih sayangNya diberi kepada setiap orang dari cara yang pelbagai. Dimudahkan seseorang itu suatu jalan, diujinya jalan yang lain.
(alfatihah buat adik Sumayyah..)
*****************
Atau mungkinkah yang menunggu kita tidak lama lagi adalah kematian? =')
Apa-apa pun teruslah berdoa dan buat yang terbaik dalam hidup ini. Housemate saya pernah cakap, "kita tak kan tahu bila kita mampu patah balik, sebab itu buatlah yang terbaik."
Wallahu'alam.
4 comments:
semoga dipermudahkan urusan. =). be positive. iA, things are going all right. ummi husna kata bulan 8 boleh melawat husna. heee. grad kat sana ke? or balik sambung study lagi kat sini?
i think i'll really feel the lost once i go to back to selly oak in this coming september. looking at the same streets and buildings, but do not feel the same as it is before
yes, ill still be with the akhwat, but not with the same akhwat, who witnessed my turning point. and the akhwat who pulled my hands and said 'lets walk in this road together'
:"
*on this road
Excellent, semoga terus berterusan dalam muhasabah diri dan jiwa!
Post a Comment