Tuesday, January 28, 2014

Kunci istiqamah adalah sabar

Meeting.

Membicarakan perihal org2 lain. Lama sungguh xrasa meeting sebegini. Menaikkan himmah dan memuhasabah diri kembali. Banyak yg dipelajari, banyak yg direnungi.

Dalam mengatur langkah dan membicarakan perihal dnt.. adakalanya aku merasakan..

Gembira. Semangat. 'Izzah. Terkesan. Dan pelbagai perasaan, seolah sang khalifah mahu menawan hati2 manusia utk diberi cahaya.

Tetapi kadang2 dihinggapi perasaan yg lain. (Mungkin juga most of the time?) Perasaan yg berbeza sekali dr yg disebut di atas.

Left out. Lambat. Tak setuju. Terasa. Mencari kesalahan orang. Dan pelbagai perasaan, seolah aku tidak layak berada bersama mereka atau aku rasa ada cara yg lebih baik.

Tetapi harus dihalau perasaan2 itu sejauh jauh nya. Bukan dgn jati diri, bukan dgn kekuatan akal fikiran. Tetapi, dengan hanya gerakan hati dan lidah, menyebut namaNya, beristighfar dgn Nya. Kerana dgn amal jamaie lah, kita kan masuk syurga secara berbondong2. Ila jannati zumara.
Dan bukan yg diinginkan adalah kuantiti. Bukan jua kehebatan. Malah yg akan dinilai adalah usaha, pengorbanan, keikhlasan, ketaqwaaan, dan segala yg tidak terlihat dgn mata kasar tp mungkin bisa dgn mata hati.

Dan akhirnya meeting diakhiri dgn ayat surah kahfi: 28-30. Aku tertunduk memuhasabah diri dengan beberapa kepingan ayat ini. Sebak. Jauh di sudut hati terasa remuk jiwa. Perasaan yg seolah sgt mengharap kekasihnya tidak memgecewakanNya di tengah jalan cintaNya. Allah..tolonglah aku untuk terus istiqamah di jalanMu membawa bersamaku keluargaku dan 'keluarga'ku. Nangis lagi. Harapan yg sgt tinggi. Aku hambaMu yg lemah insylh kan mencuba kerana ku tahu Kau hanya kan membantu hambaMu yg mahu mbantu dirinya sendiri. Allahu..

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

(Kahfi: 28-30)

Sungguh..aku yakin masing-masing yg berbicara sebenarnya mahu memperbaiki amalan mereka. Dan aku pun.

Nangis laju2. Potong bawang.

Wallahu'alam

No comments: