Aku ingin melihat dunia seperti mana Allah hendak aku melihatnya dan Aku ingin hidup di dalamnya seperti mana Allah hendak aku hidup.
Friday, November 14, 2014
the first post after since i got married
after approximately 3months and 14 days we've got married, we agreed that there are still more to learn.
the first that i really am struggling for right now, is time.
though he is far away in Penang, my family is with me. We live under one roof.
My job itself, takes up MOST of the time i have. approximately 10-11hours of my daylight. and the left 12 hours is left for the family.
But, it's 12 hours of night. and what would you expect?
6 hours of sleeping. 1-2 hours of eating and self 'settlement'
and left with 4 hours for family. what about dakwah and tarbiyah? 2-3hours of usrah. so left with one hour.
MasyaAllah.
I really want to have equal and stable time for both my family and dnt. i really2 do. but, sometimes i just pity my brothers, thinking what if they are my children? :'(
insyaAllah, i'll try to cope myself slowly and progressingly. but not forgetting the family needs and attention.
Maybe i just have to do something about my worklife. Maybe?
At least i have to stand for another 9 years more before shifting to something else.
But i guess i need to start exploring. Like, now...
I pray that me, my husband, my family and our friends would still have patience and struggle together to tsabat and istiqamah. We may not see products now. We may whine now. We may struggle now. But do also figure and think about it now. For the betterment of later. And so that the trap is not always a trap for your whole life.
Dakwah is wide. See the opportunity. Explore the niche area. May Allah ease and keep us in the right path.
Ustaziatul alam. That's our vision. Smile :")
Friday, May 23, 2014
Overload
Husna buat tu..husna buat ni.
Husna nnt jgn cmni.. husna nnt cuba cmni.
Husna xtahu lg ke? Husna kena tau
Itu ini itu ini..kdg2 overload. Expectations demi expectations. Semua menarik2 tgn ni suh bt tu ini. Bkerja dgn abt 5-6 different teams..n 6-7 managers, n 2 dds, sometimes make me overload n overlook certain things.
Tears in heart.
Friday, February 07, 2014
Wednesday, February 05, 2014
The not-so me
When working station is not a place for you to mingle around bcause of u being a minority..
When home is not a place for you to share happiness or sadness because of u being unattached..
When friends are only to say hi and bye, and speak when needed or for advice only..
You'll feel that there's no one for you out there to care on your life, to share on your laughters and theirs, to have two way conversation and bonding..
Except for your family and some who are far away and some who used to be with
And that makes me miss them very much..and struggle being strong by days
And...
That's how I feel.
I may not show signs of sadness, but be mindful..everyone has emotions :'(
Whoelse is closest to you, if it's not the ppl living under ur roof?
Wallahu'alam
Tuesday, February 04, 2014
Impact
Alhamdulillahh..rasa mcm xpercaya yg kerja yg dibuat selama ni sbnrnya beri impact pada dunia di luar.
Pada mulanya nampak mcm sekadar adjust slides, discussion, meeting, technical debate, theoretical issues and concepts, etc. Berbulan2 buat bnda gini.
Tapi rupanya, benda2 ni lah yg mghasilkan something yg mungkin presentation nya hnya ambil 1 jam dan buy in dari industry hanya dlm 5-15 minit.
Otw balik pukul 715pm, dalam perasaan gembira, sy reflek.
Agaknya begini jugaklah bila kita brusrah, bawa usrah, ulang alik pegi program dgn org2 yg sama jugak, meetg nampak teori, debat bnda yg xhabis, qudwah xserupa kalimah, dan mcm2 lagi, yg pada fikiran dan hasutan, hanyalah perkara2 teori dan boleh hidup bahagia tanpa bnda2 ni.
Tapi, serupa dgn projek yg sy buat tu, sbnrnya mmg ada impact di luar sana dan sedikit sebanyak, kerja2 yg teori dan usaha2 yg berterusan tu lah yg akan mencorakkan impact tersebut.
Hmm..deep2....
Sekian utk hari ni.
Alhamdulillah.
Wallahu'alam
Wednesday, January 29, 2014
Work
Sometimes I hope to be a perfectionist.
Or maybe..
I'm sometimes become impatient with my learning curve?
Well..maybe.
P.s: when you always have to work alone and find that your work is always dissatisfying. Sigh.
P.ss: everytime going back. Walking alone. Look up on the sky. I try to make me feel that my heart is there, and Allah is with me. Go forward. Smile.
Wallahu'alam
Tuesday, January 28, 2014
Kunci istiqamah adalah sabar
Meeting.
Membicarakan perihal org2 lain. Lama sungguh xrasa meeting sebegini. Menaikkan himmah dan memuhasabah diri kembali. Banyak yg dipelajari, banyak yg direnungi.
Dalam mengatur langkah dan membicarakan perihal dnt.. adakalanya aku merasakan..
Gembira. Semangat. 'Izzah. Terkesan. Dan pelbagai perasaan, seolah sang khalifah mahu menawan hati2 manusia utk diberi cahaya.
Tetapi kadang2 dihinggapi perasaan yg lain. (Mungkin juga most of the time?) Perasaan yg berbeza sekali dr yg disebut di atas.
Left out. Lambat. Tak setuju. Terasa. Mencari kesalahan orang. Dan pelbagai perasaan, seolah aku tidak layak berada bersama mereka atau aku rasa ada cara yg lebih baik.
Tetapi harus dihalau perasaan2 itu sejauh jauh nya. Bukan dgn jati diri, bukan dgn kekuatan akal fikiran. Tetapi, dengan hanya gerakan hati dan lidah, menyebut namaNya, beristighfar dgn Nya. Kerana dgn amal jamaie lah, kita kan masuk syurga secara berbondong2. Ila jannati zumara.
Dan bukan yg diinginkan adalah kuantiti. Bukan jua kehebatan. Malah yg akan dinilai adalah usaha, pengorbanan, keikhlasan, ketaqwaaan, dan segala yg tidak terlihat dgn mata kasar tp mungkin bisa dgn mata hati.
Dan akhirnya meeting diakhiri dgn ayat surah kahfi: 28-30. Aku tertunduk memuhasabah diri dengan beberapa kepingan ayat ini. Sebak. Jauh di sudut hati terasa remuk jiwa. Perasaan yg seolah sgt mengharap kekasihnya tidak memgecewakanNya di tengah jalan cintaNya. Allah..tolonglah aku untuk terus istiqamah di jalanMu membawa bersamaku keluargaku dan 'keluarga'ku. Nangis lagi. Harapan yg sgt tinggi. Aku hambaMu yg lemah insylh kan mencuba kerana ku tahu Kau hanya kan membantu hambaMu yg mahu mbantu dirinya sendiri. Allahu..
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
(Kahfi: 28-30)
Sungguh..aku yakin masing-masing yg berbicara sebenarnya mahu memperbaiki amalan mereka. Dan aku pun.
Nangis laju2. Potong bawang.
Wallahu'alam
Monday, December 16, 2013
Ada Apa Dengan Jalan Ini?
Sering kali ku mengulangi pada diri ku..
Aku mahu terus tsabat dan istiqamah di jalan ini
Biar masa memamah usia
20an? 30an? 40an? 50an? 60an? 70an? dan yg mendatang, jika umur panjang
Biar generasi demi generasi dilahirkan
sibuk dengan anak2? cucu2 pula? kalau ada rezki, cicit2 pula?
Semakin besar keluarga, semakin ramai yang memerlukan perhatian
Tapi, ku tetap katakan pada diri,
Aku mahu tumpuan ku pada jalan ini, menjadi utama untuk diriku,
Kerana adanya ia, akan mendatang yang lain. Dan tanpanya ia, tidak pasti kudapat menggapai yang lain
Ku cuba selami..
kata-kata sufi:
Kejar akhirat, pasti dunia akan mengikuti. Jika kejar dunia, maka akhirat anda tergadai
Firman Allah:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampong akhirat dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik padamu.” (Q.S. Al Qashash : 57).
Dan apakah itu dunia?
Bagiku, segala-galanya di depan, di belakang, di tepi dan di dalam kamu. Katakan apa sahaja. Kesihatan? Pasangan? Keluarga? Harta? Pekerjaan? Ya. Semua dunia.
Tapi kan menjadi hasil tuai di akhirat jika kita panjangkan cita2 dan tarbiyah (didikan) terhadapnya semua itu dengan niat untuk ke akhirat.
Anak soleh, doanya adalah bekalan mati kita.
Pasangan soleh dan istiqamah, penguat dan teman di jalan ini.
Harta yang banyak, dikongsi bersama di jalan ini dan bersama yang memerlukan.
Keluarga soleh, sebahagian unit dari kita untuk terus menyebar fikrah islam ke dalam masyarakat.
Pekerjaan, 'alat' untuk mencapai perkara yang lebih besar.
Masih ingatkah kita tentang hadis yang Rasulullah melukis di tanah?
Hadisnya pernahku dengar dan ia berbunyi:
Berkata Ibnu Masu'ud : Rasulullah SAW melukis garisan lurus di atas tanah lalu baginda bersabda : Ini adalah jalan Allah, lalu nabi melukis garisan-garisan yang bersimpang-siur di kiri-kanan garisan lurus di atas tanah, lalu baginda bersabda : Ini adalah jalan-jalan. Dan di atas setiap jalan ada syaitan yang mengajak insan kepadanya. Kemudian Rasulullah membaca ayat surah al-Ana'am ayat ke 153.
[Hadis Hasan. Riwayat Addarimy 1/67; Ahmad bin Hambal 1/435, 456; at-Tobary 14168, al-Hakim 2/318 dan disohihkan oleh Ibnu Hibban (6), (7)]
Ya. Jalan ini bersimpang siur. Banyak cara untuk futur. Apatah lagi, bila banyak perkara 'baik2' yang telah ada di luar sana, semakin kurang lah penghargaan anak2 muda kini pada tarbiyah usrah yang pernah menyentuh mereka. Lahirnya kata2 seperti "tidak ikut usrah xpe, banyak lagi cara nak dapatkan tazkirah kat luar sana. Asalkan ada biah solehah untuk diri dan keluarga" sering membuatkan ku kecewa. Tapi apakan daya, perkara itu tidak salah. Malah menyalahkan statement itu, adalah sgt kontroversial. Ku faham beza wajib qat'ie dan wajib haraki dan tidak patut untuk menilai kata2 seperti itu. Islam itu syumul. Ya. Banyak sudut boleh dilihat. Panjang bicara jika ingin menyokong kata2 itu.
Tapi yang ku ingin di sini adalah jalan perjuangan. Definisi perjuangan itu luas dari perspektif yang berbeza. Yang ku lihat di sini ialah jalan perjuangan dalam menyebarkan agama ini. Adanya perjuangan pada diri sendiri, adanya perjuangan dalam kumpulan itu sendiri, perjuangan sesama kumpulan dan liku2 yang lebih besar. Perasaan, hati, kefahaman, dan the other inner part of ourselves pasti akan diuji. Hanya iman dan amal mampu menguatkan keyakinan kita.
Kerana apa ku katakan semua ini?
Kerana aku yakin 5 perkara ini masih ada padaku
- lapang; masih ada masa untuk ku tidur lena
- kaya; belum lagi papa hingga tidak terdaya untuk makan dan minum
- muda; pemuda, belum warga emas
- sihat; tidak terlantar atas katil
- hidup; masih hidup
Sebelum datang 5 yang lain...
p.s: Bila nikmat sihat ditarik walau sementara. Kita dapat lihat kemampuan kita masa kita sihat. Dan tatkala itu, lahirlah perkataan..."KALAU LAH aku sihat, sudah pasti aku buat begini dan begitu..." Alhamdulillah masih ada second chance untuk membuktikan "kalau lah" itu...
p.ss: i dont know why everytime after i write (baca: post) something, i feel like there's no structure for this. and macam keling je bahasa..hmm..sendiri faham cukup la kot. menulis untuk diri sendiri...haha (mungkin ini yang dikatakan penulisan belum matang)
Wallahu'alam
Wednesday, June 26, 2013
When it's nearly time to say goodbye
Bila rak buku tidak lagi dihuni buku-buku,
Bila semua barang-barang telah di ship kan,
Baru terasa sangat yang the farewell is approaching.
Kalau dulu, ketika saya first year, saya pernah tulis post tentang 'tsunami' yang bagaikan menimpa selly oak, kini, saya merasakan, batch saya pula yang menjadi orang-orang yang ditarik tsunami itu.
Banyak yang difikirkan apabila nak balik ni..
Antaranya ialah...
Kita semua tak tahu..
Kerjaya?
Kawan2?
Duit?
Kehidupan?
Tarbiyyah?
Tsabat?
Futur? Nauzubillahi min dzalik..
Itu baru kita..
Bagaimana dengan kehidupan kawan2 yang lain pula? Housemates saya? Batchmates? Usrahmates?
Pastinya saya mahukan yang terbaik juga untuk mereka.
Tapi, semua ini percaturan Allah. Kita tidak tahu, melainkan terus berdoa kepadaNya. Bagi saya, saya sangat yakin dengan dua perkara ni,
1) Doa untuk ditempatkan di sebaik-baik tempat,
Dan berdoalah dengan berkata: `Wahai Tuhanku, tempatkanlah daku ditempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat."
(surah almukminun: 29)
2) Dan terus berdoa untuk rakan-rakan yang lain,
".......Sesungguhnya do’a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa’a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo’akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’anya. Tatkala dia mendo’akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi............."
(Shohih) Lihat Ash Shohihah (1399): [Muslim: 48-Kitab Adz Dzikr wad Du’aa’, hal. 88]
Bagi saya, walau apa pun yang kita dapat atau tidak dapat, insyaAllah, selagi kita berdoa kepadaNya, Dia akan hadirkan kita ke tempat yang tak di sangka-sangka adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. Dan tidak rugi juga untuk kita berdoa kepada yang lain kerana kita jua akan mendapat semisalnya. Mungkin seseorang itu tampaknya pada luaran, mudah jalannya, tapi kita tak tahu yang mungkin ada suatu yang Allah akan uji padanya. Seperti mana kita tidak tahu bila kita akan teruji, seperti itu jugalah kita tidak tahu bila Dia akan memberi rezki pada kita.
(alfatihah buat adik Sumayyah..)
Sunday, June 09, 2013
Hidup kembali
Terasa gian untuk menulis setelah meninggalkan blog ini beberapa ketika. InsyaAllah akan cuba untuk kembali menterjemah buah2 pemikiran dan pengalaman dalam bentuk penulisan semula. Kadang2 seronok juga bila baca balik post2 lama dan kadang2 tak teringat pun kita pernah menulis sebegitu. Jadi, saya sendiri berharap untuk meneruskan kembali penulisan saya yang mungkin suatu hari nanti dapat menjadi penghibur hati atau pemangkin semangat diri saya yang akan datang.
Wallahu'alam.
Wednesday, March 13, 2013
IAW
This week is islamic awareness week. Jadi ada pasang khemah besaar dan ada beberapa muslims n isoc (islamic society) members akan menceritakan ttg islam kt dalam khemah tu kepada sesiapa yg datang bertanya, berminat dsb. Seronok tengok. Kadang2 bukan IAW pun, the muslims akan berdakwah jugak depan bangunan guild to any passer-by yg berminat. Kagum dengan ke'izzahan diorg, confident diorg dan especially dgn fluency diorang dlm berbahasa inggeris. (even bruneians pun power english dia). Tahu je penghalang utk menyampaikan bukanlah bahasa semata2, tp klau dah nak explain smtg dan org mcm =.= dia ni nak cakap apa, baikla bg kt yg lebih 'arif dlm bahasa tu. Sbb tu nabi, masing2 diutuskan kepada kaum mereka yg sama bahasa, wavelength dsb.
There's a sister said, ''if u come to the stall, speak up. Help the others. Sometimes we dont know which part of our speech that makes ppl love islam'' saya yg berada disitu rasa ter dush skit, tapi hati berontak kate ''hey, but u also got to behave like wt islam thought, bcoz we dont know which part of our akhlaq could make ppl see islam badly or dont see the islam from us.'' err..*suka mberontak eh, sy ni? =.=* Tp, bila difikirkan balik. Yes, both are right. Behaviour and speech. Sbb we live in a society yg dpt melihat, mendengar, bercakap, ada hati.
Tapi syumulnya islam itu, dia tak kan tinggalkan kita ter awang-awang dgn perintah itu ini je. Contoh perintah akhlaq. Allah hadirkan kisah2 nabi, kisah2 sahabat, contoh2 dalam quran utk diteladani. Ada examples. Bukan utk yg baik2 je, jahat pn ada. Firaun, qarun dsb. Syumul tak syumul, islam ni?
Sekian.
P.s: una, no harm right to stop for few minutes and tolong2 dalam tent tu? Hidang makanan ke, susun kerusi ke kt situ will do. It's about niat and not the consequence.
Wallahu'alam
Tuesday, February 26, 2013
tarbiyyah
Mendidik, dan menjaga..
Hati, nurani, perasaan, jiwa, fikiran, ingatan..
Setiap yang kenal tarbiyyah akan kenal jahiliyyah/laghowiyyah..
Maka tipu lah kalau seseorang itu kenal tarbiyyah tapi tiada mujahadah terhadap jahiliyyah dirinya..
Kalau tiada mujahadah tu, maka dia belum kenal tarbiyyah itu lagi.
-quoting myself-
*headshot*
Wallahu'alam
Monday, February 18, 2013
Who moved my cheese? edisi: Pengorbanan
Bila mana Allah ingin memberi sesuatu, Dia hadirkannya, tanpa berkira dan dan boleh jadi bertubi-tubi pemberianNya, sehingga terduduk berfikir adakah semua ini untuk menguji ku? (itu kalau berfikir la, dan mensyukuri. Kalau tak, hidup happy-happy saja~)
Namun, sebelum itu, ada diantara hamba-hambaNya, yang Dia ingin uji. Sejauh mana pengorbanan mereka untukKu, sejauh mana pengharapan mereka untukKu? Kalau dapat happy-happy saja sebab ada Dia dan cukup dgn apa yg Dia beri, maka hati sebegitulah yang hidup untukNya.
Kerana cheese itu sepatutnya adalah Allah yang sifatNya yang Maha Mencukupi.
Mode: [mencuri masa] refleksi setelah hampir habis baca buku "Who Moved My Cheese?" tulisan Dr Spencer Johnson ketika makan lunch tadi.
Wallahu'alam.
Sunday, February 17, 2013
business cycle
sememangnya ia naik dan turun, tapi kita nak la kan, ianya semakin meningkat. macam gambar kat atas tu ha...
*******
ada time, masa yang ada terasa sangat sempit sehingga merasakan terbeban jika nak meluangkan masa untuk ke program seketika.
namun bila xpergi, tidaklah seproduktif yang diharapkan.
tapi, bila masa sangat tak mengiizinkan, memang perlu kembali kepada fiqh awlawiyat seperti yg Yusuf Qardhawi buku kan.
Memang xnafi kadang semangat, kadang malas, kadang xsempat, kadang xsetuju dsb.
Namun..
Begitulah hati. kadang dilapangkan, kadang disempitkan, lalu terjadi lah turun naik nya iman.
Dalam surah al-insyirah, Allah mengatakan "bukankah Kami telah melapangkan dadamu"
Syed Qutb menjelaskan, bukanlah kelapangan hati itu pada keselesaan fizikal Nabi, namun pada kelapangan hatinya yang Allah beri meski dihentam kaum Quraisy di Mekah, lalu dengan ketenangan hati inilah yang menyebabkan Rasulullah masih dapat meneruskan dakwahnya dalam keadaan sebegitu rupa.
*******
Qudama' (jama' qadim, maksud..lama)
Selalu teringat kata-kata qudama' (mereka yg telah lama dalam DnT) esp Ust Alias, "ana 'xpercaya' antum, sehingga lah antum bekerja, kawin, ada anak-anak, dan antum datang program tu wpun penat dari kerja, bawak anak-anak kecik yang berlari bertempiaran, nangis dengan hingus leleh2. baru ana 'percaya' antum, sbb waktu belajar ni memang waktu yang sgt ideal utk antum ke sana ke sini."
Ya, takut juga untuk menempuh ketiga-tiga itu. Namun, insyaAllah doa adalah sebaik-baik bekalan kerana Dia yg mencaturkan segalanya. Moga sama-sama dapat terus tsabat.
******
Sedih
Sedih juga perasaan apabila tidak dapat menemani anak usrah utk ke program. Mendoakan semoga Allah sentiasa menjagamu, enti, yang sanggup ke London wpun sorang-sorang. Kerana perkara ini adalah pilihan setiap individu, moga Allah memandu kita dgn pertimbangan yg baik dalam setiap perkara. Inilah realiti, suatu masa, kita akan tercampak juga 'sorang2' dan di situ, kita lah yang memilih jalan yang terbaik dalam hidup ini. Ya, kita bukan lagi anak-anak kecil yang perlu diteman dan bersama untuk ke sana dan kemari. Namun, setiap mutarabbi itu, ada hak2 mereka yg tersendiri. Dan terpulang pada kita bagaimana memenuhinya. Lagikan Musa mendoakan agar dikurniakan peneman dalam membantunya dalam urusannya, inikan pula kita yang lebih2 lagi fragile. Perlu ada yang mendorong tika kita lemah, perlu ada yang menasihati bila kita keterlaluan.
******
Strategi
Dalam setiap benda ada strategi. Kalau dalam strategi positioning, seperti positioning dalam perang, positioning dalam syarikat, positioning dalam market dsb, setiap orang yang terlibat itu akan diagihkan ke tempat dan tanggungjawab masing-masing, mengikut prioriti masing-masing dan keperluan pada syarikat/battle/market itu. Hak semestinya lain-lain, ada orang yang kena buat itu lebih, ada yang buat ini lebih. Tapi kita tidak kata itu salah, ini salah, selagi mana semuanya buat kerja masing-masing dan masih tahu, faham, dan bergerak ke arah matlamat syarikat/market/battle itu. Jadinya, matlamat hidup ini apa? Ha..buleh fikir la..jadi selagi atas direction itu, tiada salah tiada betulnya. tiada istilah, ''oh ini je caranya''. tiada istilah "salah dia fikir cmtu je" etc. There's give and take here. Apa kata kuncinya? give? take? Pada saya, kata kuncinya ialah "and". Baru lah seimbang.
Ok, saya pun dah tak tahu dah ke mana penulisan ini menuju. Memang macam disclaimer la..sekadar mencoret refleksi diri.
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (iaitu) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
(azzumar:17-18)
Dan aku ingin menjadi antara hamba-hambaNya yang mendapat berita gembira itu. bersama-sama dengan ahli keluargaku yang kandung dan yang 'bukan kandung', rakan-rakanku, anak-anak usrahku yang dulu dan kini dan juga bersama dengan pasanganku dan anak-anakku juga, suatu hari nanti, insyaAllah. Mudahkanlah ya Allah..
Wallahu'alam.
Thursday, February 14, 2013
Doa
When things get too overwhelm,
Forget not the times u're in ease,
Forget not the steadiness u took,
Forget not the gratitude u showed,
For hardships and easyships (ok, ni perkataan kamus sndiri =.=) are there to test u
Let not ur heart and mouth speak on behalf of your emotions,
But let ur iman and rationality judge the doings..
Let the heart pray and the mouth recite the prayers thought in the quran, for they're the prayers of the prophets, and of the acknowledged mukmins by Allah.
And one of the so many verses of doa in the quran that i like..
When mistakenly took a wrong step/feels a bit shaky:
''ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-Orang kafir.'' (3:147)
When in everything turn out right:
''ya tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dgn rahmatMu ke dalam golongan hamba2Mu yang saleh'' (27:19)
It's all back to Allah..
Tapi nak back to Allah pada 'tamparan' pertama ituuu sgt memerlukan kepada keyakinan dan iman yg mantap. Huhh..
Mode: fokus + disiplin
Bismillah..
Wallahu'alam
Sunday, February 10, 2013
Being me..
Jadi, last2 duk rumah sambung buat video ni. khas untuk kumpulan nasyid Brummies (budak2 Birm) <3 p="">
http://www.youtube.com/watch?v=usZMiwSdUs43>
Saturday, January 26, 2013
ASAS berdirinya dakwah Ikhwan Muslimin
(1) Makrifah kepada Allah (معرفة الله).
(2) Pembaikan jiwa (صلاح النفس).
(3) Kasih sayang sesama makhluk (محبة الخلق).
Sesungguhnya makrifah itu terlaksana bila diiringi dengan berzikir dan bermuraqobah, pembaikan jiwa terlaksana bila disertai ketaatan dan mujahadah, kasih sayang sesama makhluk terlaksana bilamana disertai dengan nasihat dan ithar.
Perkara utama yang saya tuntut agar kamu melakukannya serta saya akan muhasabah kamu di atas nama fkrah ini, adalah seperti berikut:
1. Hendaklah kamu berusaha membaca dari ayat-ayat Al-Quran (sebahagian) dan berusaha menghafal paling kurang satu ayat sehari.
2. Hendaklah kamu berusaha muhasabah diri sebelum tidur; mengingati kembali kerja buat harian yang telah dilakukan. Jika baik, maka bersyukurlah kepada Allah SWT, sebaliknya jika tidak baik, maka hendaklah kamu berusaha memperbaikinya.
3. Hendaklah kamu memelihara solat lima waktu kamu, memperelokkan pelaksanaannya, mempelajari fiqh hukum hakam berkaitan solat dengan teliti, menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, mengelokkan dan mentadabbur bacaan Quran padanya. Jangan sekali-kali kamu mengabaikan nawafil dan rawatib (solat sunat) dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk menunaikannya di masjid bersama jemaah dan tunaikanlah solat subuh dalam waktunya (وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا).......
Sunday, January 20, 2013
HatiLagu (baca: Heartsong)
walhumdulilahi
la illaha illallahu
wa Allahu akbar
...Engkaulah pemberi keputusan terbaik (7:89)
********
(2:286)
:')
Friday, January 18, 2013
Salju
sebelum turunnya ia,
perit sejuk melanda,
membuatku tertanya,
apakah ia satu bencana kerna dosa?
dalam sejuk itu,
kulantas berteduh,
agar hangat bisa di rasa,
agar damai jiwa, tiada mengeluh.
kutoleh lihat, jendela di sana,
meratap gigitan sejuk yang menerpa,
seketika itu jua kapas turun menjelma,
membawa seribu makna,
mengungkai seribu pesona.
indahnya ia, putih berseri,
dihembus bayu ke sana ke mari,
persona itu membawa derita pergi,
kerna duka tiada yang abadi,
selagi waktu itu tidak terhenti,
hidup ini milik Ilahi.
♥ sebait puisi, hidangan pagi ♥


