cuba klik link di atas.
apa anda rasa? kelakar? kesian? etc.
pada mula melihat video ni, memang rasa kelakar yang amat. huhu. manakan tidak. budak yang berumur dalam 7 tahun dah pandai cakap macam tu.
tapi apabila conversation atau lebih tepat, pergaduhan, ini berpanjangan, aku merasakan ini adalah suatu 'torture' bagi si anak kecil.
Kalau dilihat semula, kita, orang2 dewasa ini, seringkali menggelakkan telatah anak2 kecil. Gelak kerana geli hati itu tidak salah. Tapi kalau dalam certain2 situasi, gelak kita tu, boleh jadi seolah 'mentertawakan' dia.
Sikap mentertawakan telatah seorang anak apabila dia benar2 dalam keadaan serious, sama ada dalam memberikan pendapat, atau menafikan sesuatu atau menceritakan sesuatu, adalah tidak patut sama sekali.
"Eh, dah kelakar, xkan xleh gelak sikit kot? serious giler.."
"Chill la..anak aku je pun. Tak ceria la kalau takde senda gurau"
Bagi aku, bukan masalah ceria tak ceria dalam perbualan anak dan ibu atau bapa. Tapi masalah yang ingin aku kemuka kan ialah confidence si anak dalam menyuarakan atau melakukan sesuatu perkara.
Sebagai ibu bapa, (walaupun aku kahwin pun xlagi) mereka haruslah support anak2 dalam proses pembesarannya. Mentertawakan mereka boleh menjatuhkan 'level of confidence' nya, kerana, bagi pihak si anak itu, dia sedang serious dan betul2 menyuarakan hasrat hatinya atau fikirannya. Lalu dia akan merasakan buah fikiran nya atau perasaannya tidak lagi dihargai, dan lama kelamaan, akan sering memendam segala idea dan perasaan yang mana boleh melahirkan personaliti; pendiam dan malu untuk ke hadapan.
Dalam masyarakat kita, berapa ramai ibu bapa atau waris2 di luar sana yang benar2 melayan anak2 kecil dengan layanan yang matang?
Matang yang aku maksudkan di sini ialah seperti:
(yang merah ialah cara yang salah dan biru menandakan cara yang sepatutnya)
(1)
Menjawab pertanyaan2 mereka dengan jawapan yang logik dan benar sungguhpun soalan mereka mungkin tak masuk akal atau terlalu advance.
contoh: "Mak..kenapa monyet tu pandai panjat pokok? adik xpandai panjat pun."
Mak: Haa...kena jadi monyet lah baru pandai. adik nak jadi monyet? Hehe..
Mak: Monyet pandai panjat pokok sebab tangan dia panjaaangg. Kaki dia pun fungsi dia macam tangan. Kita, Allah jadikan untuk berjalan atas tanah. Jadi, kaki sesuai untuk jalan2 bukan untuk panjat2.
(2)
Menyambut cita-cita nya yang baik dan cerita-ceritanya yang mungkin menarik, dan mungkin tak sangat. Huhu
contoh: Ayah..tadi kan.. kat sekolah, tadi adik makan ayam seketul, air sirap. Kawan2 adik makan *bla, bla, bla*...Ayah, adik tengok, semua orang bagi duit kt pakcik kantin tu, bila beli. Banyak la duit dia. Adik nak kerja situ la bila besar. *muka sengihh...yakin je..*
Ayah: Haa, yelah2..dah2. Cepat salin baju sekolah tu. Mandi2. Baru balik sekolah, badan berpeluh tu.
Ayah: Sedapnyaaa makanan kantin tuh. Adik..kalau nak dapat duit banyak, kena belajar rajin-rajin dulu. Dapat kerja besar, duit banyak, pastu boleh derma banyak jugak. Kan?
(3)
Tidak mengajuk-ajuk atau mengikut pelat nya. Bercakaplah dengan benar dan tepat bahasanya.
contoh: Ayong, ayong..buyeh toyong atek butak pintu. atek tak campai.
(maksud: Along, along..boleh tolong adik bukak pintu? adik tak sampai)
Along: Buyeh, buyeh..atek tak campai ye. Kejap ye..
Along: Boleh, boleh..adik tak sampai ye. Kejap ye..
Haaa...untuk masa ni, tiga je contoh yang lahir di benak fikiranku. Ada banyaaakk lag contoh2 yang dapat kita ambil pelajaran kalau perhati betul2 sekeliling anda.
Tapi, pokok pangkal nya.. ialah, cubalah sebaik mungkin untuk melayan mereka dengan matang sungguhpun mereka masih anak-anak. Kerana anak-anak sentiasa memerlukan kasih sayang, rasa keterimaan, rasa dihargai, dan rasa kehadirannya dirasai dalam keluarga itu.
Mereka akan jadi dewasa. Dan basic2 ini lah yang penting untuk melahirkan dan membentukkan personaliti diri dan prinsip kehidupannya.
Kerana bayi itu ibarat kain putih. Dan kita lah yang mencorakkannya dengan berus-berus kelakuan, percakapan, layanan baik secara directly atau indirectly. :)
p.s: emm..rasa byk lagi ni kalau nk ckp pasal parenting ni..huhu..ni bdasarkan observation dan pembacaan je. :)
p.ss: parenting skill = tarbiyyatul aulad :DD
Wallahu'alam.
4 comments:
sebenarnya kan, sebelum ni malas benor nak tngok video tuh, rasa macam useless tgok bendacam tuh. baca post nih baru paksa diri tgok. idk lah.. i didnt find it funny though... :)
salam,first time tgk video cm tu.. at the very first memang macam klakar pastu memang btol la.. trauma jugak kot budak laki tu .. we should handle these fragile children with care and cara yang matang but, kita x boleh la nak layan dorg cm org dewasa.. kerana dorg kan kanak2 hehe..=)
idk camna adult tu boleh rilek je. kesian la.
annemishi + hidayah: wah..korang xgelak. thumbs up la..huu~ kite gelak kot..in reality susah jugak nk apply ape y ditulis nih..huhu..this was just my secong thought aftr watching the vid twice :P
pah: wow pah..konklusi y hebat. dah bsedia nmpk :D huhu
Post a Comment