Ya. Aku akui telah
lama tidakku update blog ini. Bukan xmahu, bukan xmahu ambil tahu. Tapi setiap
kali ingin aku tulis sesuatu, mesti dua tiga terfikir tentang para pembaca atau
followers. “apakah yang akan aku tulis ini, sesuai dengan pembaca, yang terdiri
dari pelbagai tahapan pemahaman?” , “apakah yang akan aku tulis ini, akan
terkena pada orang2 tertentu, disebabkan dia baru publish post yang hampir sama?atau
pun dia baru bercakap mengenai hal itu? Aku xmahu timbulkan kontroversi”. Begitulah
sedikit sebanyak monolog dalaman aku, hinggakan aku “menulis” di dalam hati dan
mindaku sendiri…
Itulah akibatnya,
kalau ‘terlalu’ memikirkan tentang apa yang tidak patut difikirkan. Ia akan
berakhir dengan zero-konklusi.
***************
Baiklah. Buang segala tanggapanmu, husna. Tulislah dengan
seikhlas hati, dan apa yang lahir darimu secara fitrahnya, kerana aku tidak
mahu menjadi hipokrit dalam penulisanku ini. Supaya dengan niat yang ikhlas
dapat menyentuh hati-hati yang ikhlas membaca.
**************
Selama pemergian aku
jauh dari alam blog ini, kerap aku terfikir tentang ‘tsabat’. Tentang ‘fikrah
yang ‘sebenar’’. Tentang ‘atittude’ daie di kalangan kita, berbanding dengan
mereka yang dah lama. Tentang kepelbagaian sikap para sahabat dahulu. Dan macam2
lagi. Kerap, dan sangat kerap. Hinggakan aku takut, jika Dia menarik nikmat iman
dan pemahaman itu dariku kerana terlalu memikirkan perkara-perkara kecil.
Tapi..itulah aku..i
am an observer, and love to observe. (Tapi takut nak suarakan pendapat)
Aku dapati, semua
orang sukakan kebaikan, dan ingin menjadi lebih baik.
Ramai yang tertarik
dengan pendekatan pertama; qudwah dan ukhuwwah.
Namun,
perlahan-lahan, kita dapat melihat seorang demi seorang, mengambil landasan
sendiri.
Aku? Aku ingin
mengambil ‘pace’ aku yang tersendiri. Mengambil semua yang berlaku di
sekeliling sebagai pengajaran dan pelajaran buatku.
Persoalanku, apakah
yang telah berlaku pada yang ‘meninggalkan’?
Mungkin panjang analisanya.
Lain orang, lain bicaranya. Namun, aku ingin meletakkan hidayah Allah dan
ketentuan Allah, pada tangga analisa yang teratas.
Perkara ini terlalu
kompleks untuk diperkatakan. Kerana ia berkisar dengan kehidupan.
Kehidupan membabitkan
pengalaman. Dan pengalaman semuanya berbeza2.
Dan pengalamanku
hanya setahun jagung, baru.
Tetapi, sekiranya lain kali ada buah fikiran yang inginku lontarkan di sini..aku harus berbuat sedemikian, sekiranya itu dapat memanfaatkan yang lain. Kerana aku tidak ingin lagi berakhir dengan 'zero-konklusi'.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment