Turki.. Membangun dalam diam.
Setelah reformasi selama lebih kurang 8 tahun, kini, dapat dilihat negara ni, seakan men'divert'kan dirinya daripada regime Kamal Artartuk yang telah mensekularkan agama Islam di negara ini.
*bdasarkan google dictionary, secularism= a doctrine that rejects religion and religious considerations.
Tanpa perlu menyebut pun ideologi yang dibawa melalui reformasi2 tu, seluruh dunia seolah dapat menafsirkan yang mereka sedang menuju ke arah pembangunan negara Islam yang lebih syumul. Ada yang melabelkan ini sbagai kenaikan semula Kerajaan Turki Uthmaniyah (Ottoman Empire), tapi bagi aku, bukanlah 'kerajaan' itu yang mereka kejarkan, tapi, insyallah, misi menegakkan kalimah syahadah itulah yang mereka buru kan, seterusnya menafikan segala sistem2 dunia yang bertentangan dengan apa yang telah Islam ajarkan dalam segala aspek politik, ekonomi, dan sosial. Turki juga membantu negara2 arab yang lain untuk mebangun spt Syria, dan memberi nasihat2 kpd Mesir, Sudan dan negara2 lain yang meminta nasihatnya. Mereka juga bersikap tegas Israel yang degil dan xmghormati orang tu :)
America.. Sesak dalam kemewahan silam.
Kejatuhan demi kejatuhan sedang menimpa negara yang dahulunya merupakan kuasa ekonomi terbesar di dunia ni. Kesakitan yang di rasa, bukanlah kerana hadirnya tentera2 penggempur dari kuasa lain, dan bukan juga kerana ada 'gunting dalam lipatan' yang ingin menggulingkan kerajaannya, tetapi kerana keangkuhan dalam mengendalikan negaranya. Mereka leka dalam kekayaan, dan kemewahan. Hidup di atas pembelian orang lain, membeli tanpa wang yang nyata dan mengaut untung untuk diri sendiri tanpa memberi makan pada fakir miskin. Mereka juga terlalu sibuk melabur dalam militari dan peperangan di negara orang i.e Afghanistan, Palestin, etc.
Kerana kegagalan sistem2 mereka, ekonominya goyah..pelabur2 mula hilang kepercayaan pada kestabilannya. Sedikit demi sedikit aliran wang menyempit..dan aku lihat nya, seakan jatuh ditimpa tangga.
Eropah.. Jatuh juga tempias
Begitu juga dgn eurozone. Recession demi recession terpaksa dihadapi. dan kini, tempias dari US juga, merisaukan meraka. Makcik Merkel dan pakcik Sarkozy ke hulu ke hilir mengusahakan yang terbaik untuk hubungan dan stabiliti eurozone. Agak mengah aku nak baca yang ni, jadi, komentari tentang eurozone xbyk dpt dibuat. huuu~
Mesir.. Menunggu dan berharap dgn doa
Setelah pelbagai liputan berita di uar2 kan mengenai demonstrasi untuk reformasi kerajaan, kini, saudara Islam sedunia menunggu dgn doa, supaya Mesir dapat berdiri sbg negara Islam yang berdikari dan bebas menyebarkan fikrah Islamiyah yang dipelopori oleh Ikhwan Muslimin (IM) dan tidak lagi menjadi boneka US dan Israel.
Apa yang aku kagum dengan uprising di Mesir banding dengan Libya, dan Tunisia ialah, semangat masyarakat Mesir tidaklah dikepalai oleh mana2 ketua atau sentimen perkauman, seperti Libya yang mana ada banyak tribes. Malah, ada sumber yang mengatakan, di Tahrir Square tu, demonstrasinya berlaku secara aman dan teratur, di mana, orang2 IM berusaha menjaga dan mengawal kemasukan masyarakat Mesir ke tahrir squrae dgn memeriksa identity card masing2 bagi elakkan orang asing melakukan kekacauan.
***************************
Ini lah nasib sistem2 rekaan manusia. Kesemuanya, akan menemui jalan kebuntuan. Kerana itu, Islam datang membawa risalah panduan untuk hidup di muka bumi ini.
"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [3:54]
Melihat peralihan demi peralihan, aku merasakan kejayaan yang dijanjikan semakin dekat, insyaAllah.
dan aku ingin menjadi dan turut serta dengan mereka yang mengusahakan kejayaan ini, yang mendukung cita-cita untuk melihat Islam sebagai Ustazatul Alam (UA) suatu hari nanti. Mungkin bukan pada zaman aku hidup, tapi insylh, di zaman cucu cicit cecet *cecet=rekaan semata-mata..huhu..* nanti..
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima taubat." [110:1-3]
dan apabila umat Islam berada di tapak kegemilangan semula, bermakna, hari Kiamat, the Day of Judgement, semakin dekat.
Moga kita tidak terlambat untuk bekerja dan tidak ketinggalan dengan usaha2 ini.
Moga Dia sentiasa memberkati usaha kita, walaupun sebesar zarah.
Wallahu'alam.
1 comment:
AllahhuAkhbar..
Post a Comment