Friday, November 18, 2011

expectation

Telefon berdering. Menandakan ada panggilan. Setelah beberapa minit berbincang di telefon, tiba2 satu soalan di ajukan kepadaku..
"Husna, saya ada nak tanya satu soalan"
"Err..soalan apa,kak?"
"Apa expectation awak dalam proses tarbiyyah ni, dalam masa satu academic year ni?"
Perbualan bersambung.........

Expectation. Lidah aku akan terkelu bila orang tanya pasal ni. Yang akan bermain di fikiran ku hanyalah, "zero-expectation", "zero expectation".

************
Peristiwa di suatu kem ketika aku di KY, telah mengajar aku untuk tidak meletakkan expectation, kepada sesuatu outcome especially apabila ianya melibatkan suatu pihak lain.
Letak expectation utk diri sendiri, xpa.

Di kem tersebut, si pengerusi majlis telah memulakan slot pertama dengan menanyakan beberapa soalan tentang niat kita ke tempat tersebut. 
 Expectation tentang aktiviti2 yang akan dilakukan. 
Pengisian yang akan didengari.
Dan macam2 lagi.
Kemudian, disuruhnya kami, para peserta tulis elok2 dalam kertas A4 semua yang kita expect.

Semua orang pun tulis la..Ada yang panjang berjela. 
Entah apa yang dia demand tah
Ada yang tulis pendek. Mungkin malas sikit kot.
Ada yang duk melangut, tengok kiri dan kanan, pastu tulis dua tiga kerat.
Haa..itu aku lah tu. haha

Pastu, si pengerusi majlis tu, suruh kami 'keronyot' kan kertas tu.
Gumpal, gumpal..jadi cam bola kertas, dan disuruhnya untuk baling dengan sekuat hati padanya.
Semua baling sambil dia membuat sound effect "aduh,aduh".."aa..aaa'' etc.

Selesai baling, si pengerusi majlis tu pun berkata..
"Okay..sekarang ni, semua expectation korang semua dah diluahkan keluar dari otak kamu dan dilemparkan pada saya. So, sekarang, sepatutnya korang dah xde expectation apa2 dalam kepala, sebab semuanya dalam kertas2 ni, di kaki saya. Jadi, semua kena zero-expectation. haha."

Ditambahnya lagi..

"Bukan apa..kadang2 kita, manusia ni, terlalu letak expectation pada seseorang atau sesuatu perkara. Nak itu, nak ini. Sedangkan mungkin pihak penganjur dah rancang begini, dan begitu atau sikap orang ini, memang begitu, begini. Dan kalau masing2 masih dengan expectation masing2, dan kalaulah sesuatu itu tak capai apa yang di expect, dia pasti akan balik bersedih, xpuas hati, kata program tu xbest, ni xbest. Semuanya, sebab apa? Sebab dia yang in  the first place letak satu standard level yang tersendiri. Walhal, pihak penganjur ada objektifnya yang tersendiri dan mungkin agak sukar utk satisfy kehendak semua org. Benda2 baik macam ni, boleh nak letak expectation, tapi kenalah at the same time sentiasa berlapang dada..."

************
Slot 15 minit ini cukup membuatkan aku untuk sentiasa cuba menerima suatu keadaan seadanya. Sebab, kita xkan mampu untuk mengubah sesuatu situasi itu, sebaliknya, kita mapu untuk mengubah cara kita menghadapi situasi itu.

*************
Sambungan.............
"Err...akak..saya pun xtau. Apa yang baik saya ambil je, insyaAllah."
"Eh, mana boleh macam tu, kena ada expectation jugak. Kalau boleh, saya nak tau.."
"Emm..saya xreti la, nak letak expectation pada usrah kita"
"Bukan expectation pada usrah, tapi pada diri awak tu sendiri. Itu yang penting, sebenarnya."
"Emm...jap lagi saya kol lah balik. Akak kol2 orang lain dulu, keh? Bagi masa saya fikir jap..."

*************
 Tapi, sebenarnya, dalam masa yang sama, expectation pada diri sendiri itu sangatlah penting supaya dapat dijadikan motivasi dan sentiasa cuba improve ke arah itu.
Kadang-kadang kita terlalu memikirkan tentang orang lain, sehingga kita terlupa tentang diri kita yang masih banyak kelemahan.

So, jom letak a certain standard level utk diri sendiri, bersesuaian dengan kemampuan masing2.
Mudah-mudahan we become the better us.

p.s: yang masih memikirkan expectation diri sendiri =__=''

p.ss: just follow the flow je, xleh? huhu~


Wallahu'alam.

6 comments:

SIS said...

salam..nk jawab soalan bawah tu..xboleh..

nurulhusnazubir said...

syahira ismail:
nak jugak! >__< hehhee~
follow2 dgn tapisan :P

nurliyanasyahirah said...

aku pon kena soalan yg sama smlm :P

nurulhusnazubir said...

yana:
huhuh..haaa..dah agak dah..! :D
*ermm..wondering, ko jwb apa..* huhu :P

ummi ku said...

perlu ke kita bgtau expectation terhadap diri sendiri kpd org lain?sebab nnt kita akan selalu diperingatkan dan akhirnya kita buat semua tu,kerana org lain ,bukan kerana Allah..mgkn pendapat ummi ni against the mainstream.

ummi suka mutabaah amal sebab ia merupakan expectation terhadap amalan kita sendiri..w'alam.

nurulhusnazubir said...

ummi ku:
betul2..una pn tpikir gitu gok. tpi bila fikir2 balik, tgok the other side, mungkin utk mudahkan dia atur nk bagi apa2 pengisian dlm usrah tu, y dirasakan lebih ssuai. sbb y tanya ni, naqibah kami, n dia jugak masulah kwsn. so, mgkin ade perancangan? maybe? dn insylh, una cube betul kan stiap prkara utk dibuat krna Allah, bukan krna org..tq ummi :)
mutabaah amal, best..siap suruh smpai kelas 5-10 minit awal >.<