Saturday, December 31, 2011

Dah makan belum??

Satu soalan..

Dah makan belum hari ni?
Bagi yang berpuasa..
 dah sahur or at least makan tak semalam?

Itu soalan untuk jasad kita.
kerana itu adalah makanan untuk jasad.
Tapi bukan jasad itu yang akan bertemu dengan Allah nanti.
Yang akan bertemu dengan Allah nanti ialah ruh kita.

Ulang balik soalan di atas..
tapi bukan untuk jasad, tapi untuk ruh.

Ruh..dah makan belum hari ni?
Kenyang ke x? ke 'alas perut' ruh je?

Seperti mana kita ingin mengeyangkan perut fizikal kita yang sentiasa lapar hari-hari..
Seperti itu jualah, kita haru kenyangkan ruh kita yang sebenarnya lapar hari-hari..
Tanpa kita sedari..

Makanan ruh xsecerewet makanan jasad.
Tak perlu pun tukar menu hari2.

Al-quran.

Itulah makanan ruji ruh.
Harus di 'makan' setiap hari.

Bacalah ia beserta maknanya

(Al-Anfaal,8:2)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Emm..macam mana nak bertambah iman/gementar hati kalau ayatNya pun xdibaca?

Renung-renungkan..
dan selamat beramal~
;)


Wallahu'alam

No comments: