Friday, February 24, 2012

Adik-beradik

Kadang-kadang saya sendiri terlupa untuk bertanya khabar dengan adik-beradik sendiri.

Bila telefon rumah, cakap dengan mak ayah, sudah rasa macam dah sembang dengan satu keluarga. Padahal tak pun.

Sedangkan adik-adik saya akan pergi jauh lagi. Jauh dari rumah untuk belajar. Bila jauh maka khabar akan semakin jarang ditanya. Sudah berbulan rasanya, xbsembang dgn adik yang di matrik. Saya xmahu adik-adik saya hanya mengenal saya sebagai title 'kakak' sahaja. Sedangkan mereka perlukan kawan, jadi at least saya mahu jadi antara 'kawan rapat' mereka. Tak pun, at least, mereka rasa yang diri ni sebenarnya masih ingat pada mereka. Bak kate org putih 'care' kt diorang. Bak kata org terengganu pula, 'care' ke diorang. (ejaa sama, tapi pronounce lain2. Huhu)

Teringat lagi, beberapa ketika dahulu kala, ketika saya di kolej, apabila abang saya menelefon saya saja2 bertanya khabar sebab lama xbersua saya merasakan seolah...''wah..biar betul ni along.'' huhu..pada saya ketika itu, along hanyalah seorang insan yang merupakan abang yang akan saya bertemu bila balik rumah, dan bersembang tentang cerita2 masa kecil dulu..seorang abang yang suka suruh saya buat itu ini..seorang abang yang sangat2 diperlukan ketika komputer rosak, atau nak format komputer.

Saya sangka, keakraban adik-beradik hanyalah bila berada di rumah. Nampak batang hidung, tegur, sembang, saja2 cari pasal..hehe..dll. Bila ada, ada lah..bila tak dak, xpe lah. Nanti2 jumpa jugak bila balik rumah.

Rupanya, bukan setakat itu sahaja...

Sebab itulah, biasanya, dalam sesebuah family, sesama adik beradik akan rapat time kecik2. Tapi bila masing2 dah besar, membawa haluan sendiri, tambah pula ada keluarga masing2..certain akan jadi kurang rapat. Tapi ada jugak yang semakin rapat. Depends.

Tapi saya tak mahu, 'divergence' berlaku. Biarlah rapat masa kecil hinggaaaa lah ke besar :) insyaAllah. Tak nak la, duk sibuk2 n penat2 'kejar' mad'u atau 'track' balik kawan2 rapat atau kawan2 lama, tapi adik sendiri dilupakan.

Saya tersentuh dengan rakan2 serumah saya yang selalu berbual dengan adik-beradik nya di telefon atau berskype dengan mereka. :') ok, adik2 mereka perempuan. Bolehlaa..huhu

Tapi xpe, wpun adik-adik laki boleh je ikut style mereka. At least tanya khabar..bagi memanifestasikan ingatan kita terhadap mereka. (cewahh..ayat..tapi, dapatkan jis dia? )

P.s: mode: muhasabah
P.ss: mode: homesick tetiba

Wallahu'alam.

3 comments:

Anonymous said...

janganla sedih2..mohonla dari Allah semoga dikuatkan sekuat kuatnya ikatan hati husna sekeluarga. dipelihara semuaNya.

ummi said...

alhamdullillah anak ummi..

Anonymous said...

alhmdlh anak umiayah. :)