Monday, April 30, 2012

bagaikan bintang~



Firman Allah s.w.t.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui. 
[Surah Al-An'am: 97]

Allah menceritakan bahawa bintang-bintang di langit dapat dijadikan `compass' untuk menuju destinasi yang kita ingini samada di daratan ataupun lautan.

Maka timbul satu persoalan? Berapa ramai daripada kita apabila melihat bintang-bintang ataupun buruj di langit, yang kelihatan hanyalah cahaya-cahaya bintang yang berselerak dan tak dapatlah kita ketahui daripada bintang-bintang yang berselerak itu di mana arah utara, selatan, timur mahupun barat.

Kita membaca al-Quran dan maksudnya. Akan sampai satu ketika timbul satu satu persoalan mengapa ayat-ayat al-Qur'an ini kadangkala melompat dari satu topik perbincangan kepada topik perbincangan yang lain. Dari satu kisah kepada kisah yang lain. Tidak kelihatan kaitannya antara satu sama lain. Kadang-kadang terasa susah dan payah. Seumpama melihat bintang-bintang di langit.


Menjadi satu kepelikan…
 bagaimana umat zaman silam dapat memahami kedudukan bintang lalu menjadikannya `navigator' perjalanan. Bagaimana pula umat-umat zaman silam dapat mencantumkan cahaya-cahaya bintang di langit lalu membentuk imej-imej tertentu yang dikenali sebagai zodiak. Bagaimana umat terdahu dapat mengira jumlah dari dalam setahun, jarak bumi dan bulan, dan lain-lain lagi tanpa peralatan yang canggih?

Mungkin jawabnya… 
mungkin kerana mereka melakukan `pengamatan' yang mendalam dan `kajian' yang teliti secara konsisten sehingga bintang-bintang yang berselerak itu dilihat ada kaitannya antara satu sama lain dan terhasil satu ilmu iaitulah ilmu falak.

Begitulah al-Qur'an. 
Ia bagaikan bintang. 
Ia perlukan tilawah dan tadabbur. 
Ia perlukan mu'allim (guru) yang mengajar dan muta'allim (murid) yang belajar.
 Ia perlukan kaedah yang betul dalam memahaminya. 
Ia perlukan pengamatan dan pemahaman. 
Ia perlukan kesungguhan dan kesabaran.
 Ia perlukan keikhlasan.

Lalu, menjadilah al-Quran itu `compass' dan `navigator' hidup di kala saat kita gelap dan malap dengan hidayah walau di mana kita berada. Sampailah kita menemui destinasi yang dicari selama ini iatulah syurga yang abadi.

Kerahkanlah keringat kita untuk memahami al-Qur'an! Mulakanlah dengan niat yang suci lagi ikhlas...

75. Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.
76. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.
77. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,
78. pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),
79. tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.
80. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.
[Surah Al-Waqi'ah : 75-80]


Wallahu'alam..

2 comments:

Anonymous said...

subhanallah ya ukhti..
a good entry for a reminder..
(Y)

terkesann sangaatt..!

jzkk.

nurulhusnazubir said...

anony~
alhamdulillah.. moga bermanfaat utk semua. sebar2 kan..mudah2 an lebih ramai y bminat utk belajar dn mendalami Al-Quran
=)

semoga hasil pmbacaan ini dibuahkan melalui amal2, insylh