Buku ini sangat bagus untuk memahami konsep kewangan dalam Islam serta pengharaman riba. Jadi, saya fikir, elok juga kalau dikongsi di blog ini, sebahagian daripada apa yang telah di baca.
Ingin saya mulakan perkongsian dari buku ini, dengan menerangkan beberapa dalil yang menunjukkan betapa besarnya dosa riba.
*****************
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya."
(al-Baqarah: 278-279)
Dari ayat di atas..
- Ibn Abbas r.a mentafsirkan:
"Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat, "Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT"
- Imam Abu Hanifah berkata:
"Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan."
Imam Malik berkata:
"Telahku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah SWT dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya."
Imam Qutadah berkata:
"Allah SWT menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkanyya di mana sahaja mereka berada."
"Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah"
(albaqarah: 276)
Sabda Nabi SAW daripada Ibn Mas'ud r.a:
"Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ianya akan membawa kepada sedikit dan papa.
****************
Demikianlah beberapa dalil yang diketengahkan dalam buku ini.
Seperti hadis di atas, riba itu membawa kepada sedikit dan papa. Benarlah janji Allah ini. Apabila kita melihat kejatuhan sistem ekonomi Barat sejak 2008, ia sebenarnya berpunca daripada pengamalan riba, dan kepincangan sistem buatan manusia ini semakin jelas kelihatan dari hari ke hari. Kalau lah, semua ini tidak terjadi, mampukah akal manusia meramalkan yang sistem sebegini akan collapse? Sebahagian besar pastinya akan menjawab yang mereka tidak percaya 'pinjaman bunga' (interest loan) itu akan membawa kepada sedikit dan papa. Kerana itu, Allah Maha Mengetahui telah menetapkan suruhan dan larangan sedemikian rupa.
Dulu-dulu, ketika zaman ayah dan mak kita muda dulu.. sangat susah untuk mencari bank-bank yang mengamalkan Islamic Banking. Jadi, sebahagian mereka terpaksa berjimat untuk menyimpan wang bagi membolehkan mereka membeli kereta secara cash! atas sebab, untuk mengelakkan dari riba' ( 'pinjaman bunga') itu kerana dosanya ditanggung oleh pemakan dan pemberi riba itu. Namun, sentiasa kita panjatkan doa minta ampunan dariNya sekiranya kita pernah terlibat, ketika masih dalam tidak tahu hukumnya ini. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Penerima taubat.
Tetapi, sekarang..alhamdulillah. Semakin banyak bank-bank yang mengamalkan Islamic Banking, dan dunia telah mengiktirafnya. Cuma, terpulang kepada kita, untuk memilihnya atau tidak...:)
Wallahu'alam
p.s: Insylh, akan cuba utk teruskan perkongsian dari buku ini, di post-post lain yang akan datang..
p.ss: sangat disyorkan untuk membeli dan membaca buku ini, bagi sesiapa yang akan masuk ke bidang perbankan dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya.
No comments:
Post a Comment