Thursday, November 01, 2012

Birthday

Baru-baru ni, birthday abang sulung saya. (the only abang kandung that i have) 

tarikh lahirnya ialah 30 oktober 1988. 

ya. umurnya genap 24 tahun, tahun ni.


*****
malam 31hb tu, jam 12 malam, saya mendapat mesej dari ummi saya

"una, semalam birthday along. any wishes?"

oppss..! ya, saya memang terlupa sangat-sangat. Masa sebulan lepas ingatlah. Tapi, dah masuk oktober dan sampai ke hujung bulannya, tak teringat langsung.

Jadi, saya terus whatsapp ke along saya, mengucapkan selamat hari lahir dan menyampaikan beberapa kuntuman doa buatnya, di samping meminta maaf kerana terlupa.

Esoknya, ketika berbual dengan ummi ayah di telefon, saya pun menceritakan kisah semalam; bagaimana saya terlupa dengan birthday along dan menyatakan sedikit perasaan serba salah. 

Dan ayah mencelah,

"alaa..birthday je pun. takpenya tak ingat.."

Tambahnya lagi,

"Islam xajar untuk ingat birthday2 ni. tarikh2 lahir. Islam ajar untuk ingat kematian. Tarikh kematian."

Tersentap.

Ya, Islam mengajar untuk mengingatkan tentang kematian dan bersedia menghadapinya.

Dan jawabku dengan senda gurau,

"Huhuhu..tapi tak salahkan ayah kan?"

Jawabnya, "tak salah. tapi tak yah la sampai rasa bersalah atau 'melebih-lebih' kannya. Buat susah je"
(ayat last ni telah diringkaskan dan di 'edit' untuk kesesuaian pembaca)

****
Dan ini membuatkan saya terfikir yang lebih molek lah kalau dapat reflect sejauh mana amal kita jika dibandingkan umur.

Apekah ianya masih di tampuk yang sama?


Wallahu'alam.

2 comments:

ummi said...

birthday ummi pun ayah selalu lupa..

nurulhusnazubir said...

ummi~
huhuhu..ayahkuu <3