Ialah setiap detik yang ku bertahan dari membuat sesuatu yang tidak Islam ajar, sedang aku mampu melakukannya.
Mujahadah itu..
Ialah suatu perang yang beban dan sakitnya tidak bisa dilihat oleh yang mereka lain, namun hanya di rasai oleh hati itu sendiri.
Mujahadah itu..
Ialah buah daripada cinta kepadaNya, kerana sememangnya dengan cinta lahirlah pengorbanan.
Mujahadah itu..
Adalah untuk mencabut akar-akar hasutan jahiliyyah, untuk menegakkan Islam itu kembali.
Mujahadah itu..
Bisa diteguh kembali bila bertemu dan mendalami ayat-ayatNya bersama kumpulan 'biri2' yang lain, kerana serigala seekor tidak mampu membaham biri-biri segerombolan.
Mujahadah itu..
Lahir, kerana yakinnya hati pada janjiMu, dan kerana yakinnya jiwa pada redhoMu.
Mujahadah itu..
Bukanlah untuk menyusahkan sesuatu yang senang, tetapi untuk memisahkan kesenangan yang melekakan dan kesenangan yang datang kerana rahmat dan redhaNya.
Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Ketika Allah telah mencipta syurga,Allah telah berfirman kepada Jibril:
”pergilah,lalu lihatah kepadanya”.
Kemudian ia datang dan berkata:
” Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-MU,Tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya”.
Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.Dan Allah Berfirman:
”Wahai Jibril,pergilah dan lihatlah kepadanya.”
lalu ia pergi lalu lihat kepadanya,kemudian ia datang dan berkata:
”Wahai Tuhanku,Demi keperkasaan-MU,sungguh aku khuatir tidak seorang pun yang memasukinya.”
Nabi melanjutkan:
ketika Allah menciptakan neraka,Dia berfirman:
”pergilah dan lihatlah kepadanya"
ia pun pergi lalu melihat kepadanya,kemudian ia datang seraya berkata:
”Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-Mu,tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya”.
lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman:
”Wahai malaikat,pergilah dan lihatlah kepadanya,"
lalu ia pun pergi lalu lihat kepadanya,kemudian datang lalu berkata:
”Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-Mu,sungguh aku kuatir,tiada seorang pun yang tersisa melainkan memasukinya”.
(Rawayat abu daud,al-tirmizi,an-nasa’i dan ahmad.)
Sungguh, mujahadah itu pahitt..kerana..ganjaran syurga itu maniss
Moga Allah terus membimbing kita ke arah yang Dia redhai.
"A change, is a challenge. But a bigger challenge of it, is istiqamah"
Milik Allah lah segala kekuatan dan kecukupan ♥
No comments:
Post a Comment