Friday, December 14, 2012

London: saat tautan hati muncul menjelma


Alhamdulillah, baru-baru ini diizinkan Allah untuk berjalan-jalan ke London bersama2 adik2 dan sorang kakak besaqq kawan saya (hehe) 

Walaupun dah beberapa kali sampai ke sana, saya merasakan setiap kali ke sana, pastinya berbeza-beza kemanisannya. Dan kali ini, kemanisannya ialah pada ukhuwah yang terjalin. Kerana inilah kali pertama saya keluar berjalan-jalan dengan mereka ini :) 

Fifi, Liyana, Lina (lulaleloli)

yati :)

pemandangan di luar train. 
terus teringat doa dalam quran al-imran:191 :')


Dan perkara yang paling best dalam trip ni ialah pergi ke whitechapel dan sharing dengan kakak-kakak London. 
Inilah first time ke whitechapel, and banyak coat labuh-labuh, tapi sayang dah final year, tinggal setahun sahaja lagi untuk pakai..hati berkata, "hmm..xberbaloi.." (tapi beli juga sehelai. hehe :P) Tapi seronok melihat diorang yang lain men'try-try' kan jubah dan cardigan di sana. 

Sharing oleh k.ainaa di hening pagi pun sangat2 diingati dan direnungi bersama. Ianya berkisar tentang Palestin dan Israel, sejarah mereka, apa yang berlaku baru-baru ni, dan peranan kita, juga yang paling zas ialah comparison kita dengan mereka. Apabila seseorang itu mengetahui tujuan hidup nya, mengenali dan mendalami agama Islam lagi, menyedari keadaan sekelilingnya di dalam dan luar negara, dan keadaan umat Islam dulu (sahabat-sahabat Nabi, pejuang-pejuang Islam) dan sekarang (orang Palestin, kita, dll) , saya merasakan yang betapa bernilainya hidup kita di muka bumi dan betapa kita ini sangat bernilai di sisi Allah SWT. 

Ada seorang ukhti ni pernah share, Rasulullah berkhulwah di Gua Hira' tempat yang tinggi dan jauh dari jahiliyyah di sekelilingnya. Dalam buku fiqh sirah (kalau xsilap) seolah ianya perlambangan yang Allah tarik baginda keluar dari keadaan sekeliling itu supaya baginda dapat melihat dan merenungi dari jauh, bagaimana berkecamuknya jahiliyyah itu, dan dari situ Allah suntikkan hidayah dan wahyu kepada baginda. 
Dan ukhti itu tambah lagi, kadang-kadang dia merasakan mungkin Allah menariknya keluar dari tempatnya utk ke UK supaya dia dapat melihat dari jauh betapa sebenarnya dia telah berada dalam jahiliyyah yang dia sendiri pun tidak sedar. Islam yang dirasainya bukan pada kehidupan sebagai mana yang Allah kehendaki tapi hanya pada ibadah dan pakaian (tu pun kalau tutup habis).

Saya yang mendengarnya, merasa 'kaget' sebentar. Islam sebagai ad-deen sebagai kehidupan. Seperti mana pemuda kahfi melarikan diri dari kekejaman jahiliyyah pemerintahnya, untuk menjaga kesucian agama, moga begitulah hijrahnya kita ke sini. Bukan hanya pada fizikal dan pelajaran sahaja, malah pada rohani, pemikiran dan kehidupan seluruhnya. InsyaAllah, sama-sama kita lakukannya bersama. 

Ok, back to cerita London. 

Kerana badan rasa kurang sihat, saya memilih untuk tidak pergi ke stadium Chelsea pada hari ketiga kami di sana. Ingin memberi rehat pada badan sebentar. Oh ye, pada hari pertama kami tidak berkesempatan untuk ke mana-mana kerana sampai dah malam, padahal baru pukul 6 petang, inilah yang dikatakan winter. Siang pendek, malam panjang. Dan hari kedua kami ke London eye, river cruise dan Malaysian Hall di bayswater. Rupanya memang semua tengah kempunan nak makanan malaysia dan makan ikan. Ya, ikan mahal di sini, dan jarang-jarang kami beli. Kalau ye pun, fillet sahaja.

to cut short, kami pulang pada hari ketiga, dan dalam makan bekalan yang di beli.


Muka puas hati dapat makanan murah dan sedap..huhu
 25 chicken wings for 5 pound!!

Lina, yang tak henti ambil gambar makanan :P

Dan yang paling best pasal jaulah London ni jugak, ialah dapat barang free. Heheh. Tasbih elektronik, selendang ala-ala 'mafla' (xreti eja. huhu), dan keychain. Terharu betul. Terima kasih yati, fifi dan lina :) Jazakumullahu khayr (Moga Allah mengganjari mu dgn kebaikan).

Demikian sahaja coretan saya. Rasa lamaa sangat tidak menulis pengalaman dalam blog ni. InsyaAllah ada masa time2 cuti ni, boleh la di  update lagi.

Moga dapat ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga akhirnya, insyaAllah.. Ada rezeki, boleh  kita berjaulah lagii. Jika tidak di negara Europe, di Malaysia pun apa salahnya ;)

Sama-sama mengejar keredhaan Allah..

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya AllahSWT akan memberinya kefahaman dalam agama" 
[HR Bukhari dan Muslim]

Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi kefahaman dalam agama kita ini, Islam.


p.s: gambar-gambar ni je yang ada dalam phone saya. sobs~ 

p.ss: teringin sangat nak sambung master, mana tahu boleh jumpa and jalan-jalan kt uk lagi dgn korangg bila korang dah third year. Doakan2 insylh. >.<



Wallahu'alam

4 comments:

Anonymous said...

xde pun gambar tuan empunya blog..?

anonymous 2 said...

betul tu,teringin tgk gambar tuan empunya blog

anonymous 3 said...

itulah. nak tengok jugak gambar tuan blog ni.

Anonymous said...

betul betul betul :)