Saturday, January 26, 2013

ASAS berdirinya dakwah Ikhwan Muslimin


Rasanya, ini first time nak tulis tentang dakwah dalam blog.
 *fuhh..lap peluh* 
Sungguh takut dan berat rasa walaupun ia sekadar copy paste. Namun atas dasar cinta, ku tegar jua. *cewahh*
Kerana dalam tarbiyyah ada dakwah. Dan dalam dakwah ada tarbiyyah.
Kerana 'mereka' itu saling berkait.

*******


Telah berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna: "Wahai Ikhwan sekalian, dakwah kamu ini berdiri di atas tiga asas:

(1) Makrifah kepada Allah (معرفة الله).
(2) Pembaikan jiwa (صلاح النفس).
(3) Kasih sayang sesama makhluk (محبة الخلق).

Sesungguhnya makrifah itu terlaksana bila diiringi dengan berzikir dan bermuraqobah, pembaikan jiwa terlaksana bila disertai ketaatan dan mujahadah, kasih sayang sesama makhluk terlaksana bilamana disertai dengan nasihat dan ithar.

Perkara utama yang saya tuntut agar kamu melakukannya serta saya akan muhasabah kamu di atas nama fkrah ini, adalah seperti berikut:

1. Hendaklah kamu berusaha membaca dari ayat-ayat Al-Quran (sebahagian) dan berusaha menghafal paling kurang satu ayat sehari.

2. Hendaklah kamu berusaha muhasabah diri sebelum tidur; mengingati kembali kerja buat harian yang telah dilakukan. Jika baik, maka bersyukurlah kepada Allah SWT, sebaliknya jika tidak baik, maka hendaklah kamu berusaha memperbaikinya.

3. Hendaklah kamu memelihara solat lima waktu kamu, memperelokkan pelaksanaannya, mempelajari fiqh hukum hakam berkaitan solat dengan teliti, menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, mengelokkan dan mentadabbur bacaan Quran padanya. Jangan sekali-kali kamu mengabaikan nawafil dan rawatib (solat sunat) dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk menunaikannya di masjid bersama jemaah dan tunaikanlah solat subuh dalam waktunya (وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا).......

********
Rasa sangat best dengan bacaan ini, kerana itu saya post di sini.

Sumbernya dari sini
Jadi, boleh lah follow blog Fikrah & Dakwah ni.
  (eh. sempat pulak promote. padahal bukan selalu baca pun =.=)


Wallahu'alam.


No comments: