"Sometimes, you just tend to have that 'old you' in yourself." -Nurulhusna Zubir
*********
9th February 2013.
Pertandingan Nise 2013, bertempat di Leeds, United Kingdom.
8th February 2013.
Saya baru beli tiket train untuk ke Leeds.
Kenapa begitu lambat beli tiket?
- Kerana, harga yang tidak begitu beza kalau beli awal pun.
dan juga, kerana, saya dilemma untuk pergi atau tidak, kerana masih belum meminta kebenaran ummi ayah.
Selalunya, kalau saya hendak ke mana-mana, baik program, berjalan-jalan, atau apa-apa sahaja yang bertempat selain dari kawasan yang saya tinggal, Selly Oak, atau kawasan saya membeli barang-barang, seperti city, coventry road, northfield, dan yang berdekatan, saya akan memberitahu sekurang-kurangnya kepada salah seorang dari mereka. Namun, kerana pada mulanya telah mengatakan weekend ini tidak akan ke mana-mana, saya berasa serba salah untuk memberitahu hajat saya ke Leeds.
Setelah membeli tiket, saya pun cuba menelefon rumah di Malaysia, namun tidak berangkat. Keesokan paginya, terus saya mengorak langkah ke train station untuk ke Leeds.
Ya, ketika itu, saya berseorangan.
Kenapa?
Kerana mereka yang menyertai pertandingan nasyid itu, telah ke sana sehari awal, dan mereka yang lain (supporters) telah bertolak awal. Train mereka pukul 630 pagi. dan saya, 730 pagi dari Selly Oak.
Tidak banyak beza kan, masanya?
Tapi, itulah sebahagian dari perangai lama saya. Saya tidak suka untuk rushing2 awal pagi, apa lagi kalau dah tahu weekend ni free. Jika ada masa, saya lebih suka untuk makan breakfast properly, dengan tenang, khidmat diri dengan tenang dsb.
Jadi, saya pilih untuk travel seorang dengan tenang.
Keesokan paginya,
Tiba-tiba salji. Dan train Selly Oak-New Street delay.
Hati masih tenang, kerana mengikut perkiraan, masih sempat untuk sampai.
Sampai di sana, lagi 5 minit untuk train bergerak. Lantas berlari ke platform 7.
Ya, platform 7.
Tapi, bila dah naik atas train, dan mencari tempat duduk, tiba-tiba terdetik
"eh, kenapa train ni kosong?" kerana setahu saya train yang saya book itu, penuh dan hanya tinggal beberapa seat sahaja lagi.
Destinasi terakhir train ini adalah Edinburgh.
Otak geligat memikirkan peta UK, sambil kaki bergerak ke arah papan info tu.
*Leeds atas dari Birm, so, xmustahil nak ke Edin, dia singgah Leeds*
sampai di papan info, tiada stop yg ke Leeds.
Berdebar.
Lihat platform sebelah. Platform 7!
Ya Allah! aku di platform 6 rupanya!
Train itu belum bergerak. Pintunya baru nak ditutup.
Saya berlari, namun tidak sempat. Ia tertutup di depan mata. Saya menekan2 butang open dan berkata "please let me in" pada pegawai yang nak tiup whistle sebelum train bergerak, namun tiada simpati ditunjukkannya. Terus whistle ditiupnya, dan train mula bergerak.
Hancur hati, sebak, dan tertunduk. Terasa air mata mula berlinangan meski saya tahu semua di situ sedang melihat saya seolah sedang menonton cerita cinta, yang si kekasih tidak dapat mengejar pasangannya yang berada di dalam train.
=.=
Rasa marah juga pada pegawai tiup whistle tu. Lantas, mengorak langkah ke tangga, sambil memikirkan jalan keluar. Mungkin ada cara lain untuk ke sana.
Berjalan ke arah waiting room untuk menenangkan diri.
"istighfar husna, istighfar."
"ada benda yang Allah nak ajar awak, husna"
pujuk diri sendiri.
Setelah berfikir, dan bermuhasabah, saya capai telefon untuk menelefon ummi ayah di rumah.
Panggilan telefon di jawab dengan ceria oleh mereka.
Ummi: Unaa..buat ape tu, unaa..!
Saya: Una kat New Street. tertinggal train, umi
Ummi: Nak gi mana tu?
Saya: Nak ke Leeds, ada pertandingan nasyid Nise.
Ummi: Oo..ummi ayah xtau pun. Dah tertinggal la ni? Itulaa..Mesti sebab una tak bagitau ummiayah, tu yang tertinggal. Kan biasa bagitau kalau nak gi mana2.
Saya: Sorry ummi..(lantas ku menerangkan keadaan dan dilemma ku)
*sebak tidak lagi tertahan*
*perbualan seterusnya, adalah perbualan anak-beranak, bukan untuk siaran*
Begitulah keberkatan.
Bila mana sesuatu itu, tidak ada berkatnya, ikut mana pun kita cuba, pasti Allah ada percaturannya.
Memanglah jika dilihat kembali kisah ini, ianya kerana kecuaian dan kelemahan saya sendiri. Namun, setiap perkara itu, tidak akan terjadi tanpa izinnya. Dan tanggungjawab kita lah untuk melihat setiap perkara yang terjadi itu dalam kaca mata tarbiyyah yang Allah hendak ajarkan pada kita, meski kita telah buat yang sebaiknya. Lagi terbaik usaha yang telah kita lakukan, lagi besar tarbiyyahnya jika Allah tidak izinkannya untuk berlaku.
Namun, sebagai hamba yang lemah dan alpa, jika kesilapan itu diulang-ulang lagi, namun bukanlah hikmah disebaliknya yang ingin dicari, tapi kelemahan diri yang perlu diperbaiki itu yang perlu dicari.
Jadi, last2 duk rumah sambung buat video ni. khas untuk kumpulan nasyid Brummies (budak2 Birm) <3 p="">
http://www.youtube.com/watch?v=usZMiwSdUs43>
Wallahu'alam.
3 comments:
haha
ape haha2?
a'ah..ape haha2? =.=
Post a Comment