Sunday, February 17, 2013

business cycle

disclaimer: post ini tiada kaitan dengan sesiapa, hanya refleksi diri sebelum2 ni dan sepanjang bberapa minggu. makanya ia berkaitan dengan diri saya sahaja.
disclaimer2: saya tidak mengatakan program adalah pengukur keimanan dan ketaqwaan seseorang. ini bab lain. tiada kena mengena dengan yang dalam perhitungan di sisi Allah.

iman kita, yazid wa yanqus. bertambah dan berkurang. naik dan turun. dan seriously macam graf business cycle. (xkisah la kalau budak medik nak kata macam degup jantung manusia, kalau budak engineering nak kata macam amplitude, radiowave, etc2. , kalau budak geology nak kata macam cacing kt tanah. eh? lol) tapi saya sebagai budak ekonomi, mengatakan macam graf business cycle. inflation, masa kat peak. depression masa kat trough. ok, tapi post ni bukan nak cerita pasal graf ni. teaser baru.



sememangnya ia naik dan turun, tapi kita nak la kan, ianya semakin meningkat. macam gambar kat atas tu ha...

*******
ada time, masa yang ada terasa sangat sempit sehingga merasakan terbeban jika nak meluangkan masa untuk ke program seketika.
namun bila xpergi, tidaklah seproduktif yang diharapkan.
tapi, bila masa sangat tak mengiizinkan, memang perlu kembali kepada fiqh awlawiyat seperti yg Yusuf Qardhawi buku kan.
Memang xnafi kadang semangat, kadang malas, kadang xsempat, kadang xsetuju dsb.

Namun..

Begitulah hati. kadang dilapangkan, kadang disempitkan, lalu terjadi lah turun naik nya iman.
Dalam surah al-insyirah, Allah mengatakan "bukankah Kami telah melapangkan dadamu"
Syed Qutb menjelaskan, bukanlah kelapangan hati itu pada keselesaan fizikal Nabi, namun pada kelapangan hatinya yang Allah beri meski dihentam kaum Quraisy di Mekah, lalu dengan ketenangan hati inilah yang menyebabkan Rasulullah masih dapat meneruskan dakwahnya dalam keadaan sebegitu rupa.

*******
Qudama' (jama' qadim, maksud..lama)

Selalu teringat kata-kata qudama' (mereka yg telah lama dalam DnT) esp Ust Alias, "ana 'xpercaya' antum, sehingga lah antum bekerja, kawin, ada anak-anak, dan antum datang program tu wpun penat dari kerja, bawak anak-anak kecik yang berlari bertempiaran, nangis dengan hingus leleh2. baru ana 'percaya' antum, sbb waktu belajar ni memang waktu yang sgt ideal utk antum ke sana ke sini."
Ya, takut juga untuk menempuh ketiga-tiga itu. Namun, insyaAllah doa adalah sebaik-baik bekalan kerana Dia yg mencaturkan segalanya. Moga sama-sama dapat terus tsabat.

******
Sedih

Sedih juga perasaan apabila tidak dapat menemani anak usrah utk ke program. Mendoakan semoga Allah sentiasa menjagamu, enti, yang sanggup ke London wpun sorang-sorang. Kerana perkara ini adalah pilihan setiap individu, moga Allah memandu kita dgn pertimbangan yg baik dalam setiap perkara. Inilah realiti, suatu masa, kita akan tercampak juga 'sorang2' dan di situ, kita lah yang memilih jalan yang terbaik dalam hidup ini. Ya, kita bukan lagi anak-anak kecil yang perlu diteman dan bersama untuk ke sana dan kemari. Namun, setiap mutarabbi itu, ada hak2 mereka yg tersendiri. Dan terpulang pada kita bagaimana memenuhinya. Lagikan Musa mendoakan agar dikurniakan peneman dalam membantunya dalam urusannya, inikan pula kita yang lebih2 lagi fragile. Perlu ada yang mendorong tika kita lemah, perlu ada yang menasihati bila kita keterlaluan.

******
Strategi

Dalam setiap benda ada strategi. Kalau dalam strategi positioning, seperti positioning dalam perang, positioning dalam syarikat, positioning dalam market dsb, setiap orang yang terlibat itu akan diagihkan ke tempat dan tanggungjawab masing-masing, mengikut prioriti masing-masing dan keperluan pada syarikat/battle/market itu. Hak semestinya lain-lain, ada orang yang kena buat itu lebih, ada yang buat ini lebih. Tapi kita tidak kata itu salah, ini salah, selagi mana semuanya buat kerja masing-masing dan masih tahu, faham, dan bergerak ke arah matlamat syarikat/market/battle itu. Jadinya, matlamat hidup ini apa? Ha..buleh fikir la..jadi selagi atas direction itu, tiada salah tiada betulnya. tiada istilah, ''oh ini je caranya''. tiada istilah "salah dia fikir cmtu je" etc. There's give and take here. Apa kata kuncinya? give? take? Pada saya, kata kuncinya ialah "and". Baru lah seimbang.

Ok, saya pun dah tak tahu dah ke mana penulisan ini menuju. Memang macam disclaimer la..sekadar mencoret refleksi diri.

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (iaitu) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
(azzumar:17-18)

Dan aku ingin menjadi antara hamba-hambaNya yang mendapat berita gembira itu. bersama-sama dengan ahli keluargaku yang kandung dan yang 'bukan kandung', rakan-rakanku, anak-anak usrahku yang dulu dan kini dan juga bersama dengan pasanganku dan anak-anakku juga, suatu hari nanti, insyaAllah. Mudahkanlah ya Allah..


Wallahu'alam.

6 comments:

Azureen Azlan said...

Una jazakillahu khayr for having this shared. graph ni somehow resembles our level of iman jugak..teringat kata2 Ada; iman manusia akan naik turun itu memang pasti..yg xpastinya apa yg kita buat masa naik dan turunnya iman tu..apa yg kita buat saat iman naik akan determine our recovery time dalam saat2 kejatuhan iman kita but in the end, utk org yg betul2 strive for Him, iman dia akan terus ascend wlupun ada up and down waves mcm dlm graph tu..and oh rindu sgt2 akhawat bila baca post ni..may eveyrthing be ease for u, me and everyone una insyaAllah:)

Anonymous said...

love this post!

lamanya tak nampak business cycle. have been a long time.

tapi memang macam tu laa kan? memang manusia ni xkan selamanya iman dia, perasaan dia, naik je sokmo. of course at one point, rasa down etc.

tapi apa yg lg penting, (dan buat business cycle ni sangat disukai) walaupun kadang jatuh, kadang naik, average tetap meningkat. =)

Anonymous said...

it took a while for me to understand. =)

husna..i just wanna share something.

it's related to the 'and'.

dalam kehidupan sebenarnya kita kena hapuskan 'or'. 'and' akan membuktikan kita mampu.

contohnya; dakwah dan pelajaran. kita boleh memilih tapi jika kita celik, pilihlah dakwah.

keduanya harus selari. tiada yang terkemudian dan terkebelakang. kita inginkan yang terbaik untuk pelajaran sebab inginkan markah tinggi daripada lecturer. dalam dakwah n tarbiah, we must aim high too coz our judge is Allah.

............

semoga Allah kuatkan hati mutarabbi awak tu. chayok!

............

tips dari seorang pak cik,

i found it interesting to put into our daily practice.

dia kata. hari-hari selepas bangun dari tidur, cuba tanya diri kita,

'Benarkah aku hidup untuk islam?'

kenapa anonymous banyak sangat? said...

rasanya lebih tepat "adakah aku benar-benar bekerja untuk islam?"..
sebab memang kita kena iktiqadkan kita hidup dan mati untuk islam,bertuhankan Allah dan bersyariat mengikut RasulNya.itu akidah kita dan sesekali tidak akan kita berpaling ,insyaallah

itu pendapat pakcik,boleh didebatkan,tak gitu?

nurulhusnazubir said...

azureen azlan~

zue! yup..setuju2 dgn zue =) ttg apa yg kita buat bila di atas dan di bawah. kerana itu, hadits ni smbungan dia, iman itu bertambah dan berkurang. bertambahnya ia dengan amalan soleh, dan berkurangnya ia dengan maksiat. kadang kala, perbuatan kita menentukan iman kita dan di mana, dan result nya perbuatan kita yang seterusnya *mudahnya mulut berkata, tangan menaip.....* T___T


anony1~
tq =) a'ah..mmg fitrahnya begitu, naik dan turun. itulah manusia. moga sama2 dapat istiqamah dgn amalan2 yg dpt mningkatkan average tu.insylh, moga Allah permudahkan jalan2 para soleh solehin utk kita..


anony2~
tq atas sharing itu. insylh, dakwah yg akan dipilih kerana dgn destinasi kita lebih dari sekadar dunia. tapi, insylh akan struggle juga untuk pelajaran, kerana antara dunia dan akhirat tiada yg boleh ditnggalkan, sebaliknya perlu diseimbangkan, biiznillah..


kenapa byk sgt anony?~
tq atas arguement tu. make sense. adakah benar2 bekerja untuk Islam? hidup dan bekerja saling berkait rapat. kerana itu, kita tanya, apa matlamat hidup? maka lahirlah dua jwpn 2:30, 51:56 dan mengamatinya akan menggerakkan anggota2 ini utk 'bekerja'. xkisah la apa pun, kerana ikhlas itu rahsia Allah. moga Allah menghitung setiap perbuatan itu..

nurulhusnazubir said...

p.s: dah lama xreply komen2