Kali ni, terasa seperti nak bercerita..bukan. menaip sebuah cerpen. Mungkin menarik, mungkin tidak..tapi, layan je lah..
Seperti hari2 biasa, ketika cuti A-level, aku dan abangku, mengemas rumah dan menyediakan masakan tengahari. Kali ini, menu yang dipilih ialah kari ayam. Namun, disebabkan belum lagi 'master' masakan kari ayam, versi ummi kami, maka, aku memilih untuk hanya menyediakan bahan2 nya, dan masak bersama ummi setelah dia pulang dari mengajar. Setelah siap masak sayur, potong nenas, ready bahan2 untuk kari ayam, aku pun, keluar dari dapur. Jam ketika itu, menunjukkan pukul 10 pagi. Melihat adikku, Irsyad (Ishad) sedang membuat kerjasekolah nya, yang xpernah berkurang, aku pun terus menjenguknya. Kebetulan juga, pada masa itu, dia hendak beransur dari mejanya. Maka, berlakulah perbualan ini:
Aku: Eh Ishad..ni, ade y xbuat lg. nape nak tutup dah buku?
Irsyad: oh..y ni xtahu..
Aku: lah..tanya la una ni..meh nak tengok.
Irsyad: Alaaa…
Aku: habis tuh, nak tiru kawan? Cuba la buat sndri..meh tengok..
Irsyad: Biasa, kawan ishad y tiru ishad..bukan ishad..k la, na..
Aku tahu, dalam kepalanya, hanyalah hendak bermain computer. Matanya, sekali sekala menjeling kearah jam di dinding. Jam 11.15pg perlu bersiap ke sekolah. Sekali dua dia mengeluh. Tapi, kubiarkan kehendaknya, tidak dipenuhi buat sementara waktu, kerana kerja sekolahnya ialah Bahasa Arab. Aku ingin melihatnya berjaya dalam subjek ini dan meneruskannya sekurang-kurangnya sehingga tingakatan 5.
Sambil membaca dan menafsir petikan Bahasa Arab y bertajuk "Tanggang" di dalam buku teks tingakatan dua, aku teringat kembali akan kenangan2 sewaktu belajar Bahasa Arab di alam persekolahan. Sungguh manis. Ustazah Fudhla Suria dan Ustaz Suhaimi Sudin, itulah nama2 y tidak akan kulupa, kerana, merekalah y mengajar aku Bahasa Arab sehingga aku dapat memahami sebahagian maksud Al-Quran. Alhamdulillah.
Ustazah Fudhla, merupakan satu2 nya guru y mengajarku bahasa ini, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Beliau sangat tegas, dan berdisiplin dalam proses Pengajaran dan Pembeljaran (P&P). namun, sifat penyayang nya, masih dapat dirasai oleh setiap anak muridnya. Beliau sangat mementingkan penghafalan perkataan2 bahasa Arab. Sekiranya, tidak dapat hafal dengan lancer, dendanya, ialah berdiri, sekiranya, masih lagi gagap atau tertukar baris walaupun sedikit dendanya, adalah berdiri atas kerusi. Maka, berlumba-lumbalah kami untuk hafal dan 'tasmii' (diperdengarkan penghafalan) kepadanya. Kadang2 bukan xingat, tapi, tiba2 terketar2 bila berdepan dengannya. Gemuruh agaknya. Kadang2 suara2 sumbang dari kawan2 y menyebabkan terganggu penghafalan itu. Macam2 alasan. Tapi, kalau dah kena berdiri, berdiri je la.. Begitu juga, sekiranya nak keluar ,masuk kelas. Haruslah meminta izin dalam bahasa Arab. Biasanya, kami akan tertukar "khuruj" (keluar) dan "dukhul" (masuk). Entah kenapa. Kalau terlupa, alamatnya, permintaan anda tidak akan dilayan. Xkiralah tahan ke xtahan..dan talian hayat dari rakan2 lain adalah tidak dibenarkan.. Terasa geli hati, apabila teringatkan wajah rakan2 y xpernah putus asa untuk tolong ingatkan ayat minta izin itu. Mereka berbisik dengan bersungguh2, niat penuh ikhlas, hati penuh murni, muka berseri2 hendak menolong mereka y ditahan di luar..walaupun ditegah ustazah.
Ustazah juga, terkenal dengan teori "Hantu Mengantuk". Katanya, hantu mengantuk ini akan hinggap di atas pelajar dan hanya beliau boleh melihatnya. Sekiranya, didapati, beliau akan menghalaunya dengan suaranya y dapat menakutkan hantu itu, lalu menyebabkan hantu tersebut lari..atau… hinggap pada pelajar lain. Memang benar. Aku teringat, ketika terasa lali, lalu, disergah ustazah dengan jari telunjuknya pada mukaku dan matanya bulat memandang ke arahku sambil berkata "HHHAAAAHHHHH….ANA NAMPAK DAH HANTU MENGANTUKKK!!! SHUHHH…SHUUUUHHH..!!" huh…ketika itu jugalah, terasa seolah2 beban 1000kg di mata hilang serta-merta…fresh! Sangat FRESH… lebih segar daripada air telaga y sejuk di kampong.
Ketika berada di SMKA Nibong Tebal, untuk pertandingan "Hiwar Bahasa Arab" (Perbualan Bahasa Arab), aku demam. Ustazah lah y berkejar membelikan ku Panadol. Namun, ketika diberikan kepadaku, aku belum lagi makan. Ketika itu jugalah, beliau menyeluk handbag nya dan menjumpai mentos. Katanya, "Anti makanlah mentos dulu. Ana takut demam makin melarat. Nak belanja di kantin, kantin tutup." Aku terharu. Baruku sedar, y garangnya di kelas, adalah kerana sayangnya kepada murid2 nya.
Ustaz Suhaimi Sudin pula, tidak kurang hebatnya. Dendanya, sama seperti y digambarkan di atas. Malah, ada y lebih dari itu. Pernah sekali, kami sekelas diberi tugasan menghafal 14 jenis 'wazan'. Bab ini, ketika itu, dikategorikan, agak sukar, tambah pula, jika disuruh untuk apply pada 'fi'il' (kata kerja) lain. Aku, Khod (khodijah), Mien (syahmin), dan Fadz (fadzliana), diletakkan satu group. Setiap ahli kumpulan, perlu tasmii' secara serentak dan lancar. Malangnya, kumpulan kami, ada ja y slack…tengah2 duk hafal, ada y terdiam..ulang balik.. bila dah ok..ada pulak y terlebih bagi wazan pulak..duk nak hafal sekali lagi, tiba2 tengok muka kawan, nak tergelak.. macam2..akibatnya, kami lah kumpulan terakhir untuk menghabiskan penghafalan tersebut. Jadi, dendanya, ialah, jalan itik dari hujung kelas, masuk ke kelas sebelah (kelas kosong). Memandangkan tiada reaksi dari ahli kelas2 sebelah, kerana khusyuk belajar, ustaz menyuruh kami untuk buat bunyi "quack" sambil jalan itik. Huhu..apalagi.. seperti y diharapkan ustaz, semua memandang kearah kami berempat y berlagak seperti itik2 gergasi tersesat.
Antara kata2 y ustaz suka guna ialah "Huh!! Punggah!! Pi hapai len.." (*hafal lain) . Kena ayat tuh, memang *down*.. Ustaz juga sering menaikkan semangat kami untuk melanjutkan pengajian Bahasa Arab di Jordan. "Hangpa pulun betui2, pastu, pi Jordan. Sana memang best! Tempat lawa.. Makan sedap.. Orang depa..masyaAllah.. cantik2!" begitulah promosi ustaz. Harapan ustaz, supaya at least sorang dari murid2 y diajarnya, akan mengikut jejak langkahnya. Sungguh kebapaan sifatnya.
Begitulah kisah dua insan y sangat memberi kesan dalam pemahaman aku terhadap bahasa Al-Quran. Semoga Allah memberkati usaha mereka dan merahmati mereka. Amin. Terima kasih Ustaz Suhaimi dan Ustazah, insyaAllah, jika diberi ruang dan peluang untuk teruskan pengajian Bahasa Arab, tidak akan aku sia-siakannya.
Wallahua'lam.
16 comments:
sebenarnya saya lbh rajin drp yg disanke~ngeee~
kepad semua yang x sbar utk menantikan edisi blog adik husna(ishad si skema)sila layari www.irsyadzubir.blogspot.com.Buat masa ini saya cuma ade kata2 perangsang utk mendalami ilmu pengetahuan sebagai permulaan.
~ngee~
best2..
tringat zman kna hapai dpan ustz..ustz msuk..sjuk tangan .ketaq bdan.klas kul 6.aduyai.kna i'rab..xmasuk g..hafal melalui tingkap..**malu.dan kerana semua 2la..sya adalah syahira n bkan syahirock..:)
irsyad~
baiklah adikku...-.-"
suh komen 1, dia komen lebih2 plak..acecey..mentang2 dh ad blog eh..
shira~
huhu..hapai mlalui tingkap..btui2..tmbh pulak bila kelas2 sains tulen nmpk..adeh..~ SYAHIROCK..hehe
tak betul tu,kari ayam tu una yang masak,umi bgtau prosess and procedure aje.
mi kari untuk 50 org kat kem tu una dah boleh masak,means that u'll become a good cook one day,insyh.
waaahh saayuunyaa dengar cerita kamu husna..............xpa kenangan itu indah^^..............aku rasa dpat feel gila apa yg ank tulis tu..........pandai noo ank tulis ngan feeling wahh bagus2...............
suka crita ni
ummi~
huhu..tq ummi tlg ajar;perencah terbaik=selawat..iA, an iron chef..hoho...(jgn sbut kt sini,umi segan na..)
mad tau~
alhamdulillah,ilham.. ang pn anak murid ustz gak kn..tu dpt feel jugak..
salam..
husna...hehe...mengagmit memori la post husna ni...tringt ustazah fudzla...dia xdak dh kn kat skolah agama kedah..sedey..walau pn dia xajaq,..tp kak madihah yg dia ngajq slalu cita sai ustzh..haha,,ank murid ksygan dia 2...
ustaz..huhu...mmg pekat kedah...asyk2 promote jordan dia..haha...rindunya semua cekgu..T_T
k.yana~
ustzah ada lg la, kt smkak..ari tu pi, jumpak dy :DD
ha ah la..k.yana mcm husna gk kan..dr smkak ke sbpi :)
Bernafas dalam roh bahasa arab...
Roh dan jiwa Muhammad SAW...
Rindu!
Punggah !!
haha, senyum sorang2 aku baca cita ni ~~
nnti aku nk promote mesir pulak, haha makan murah , tempat cantik , org pn cantik2 ~ dah x sampy Jordan, mesir pn jadi la ,,
muiz~ true..
hanzalah~ okeh..nnti ak nak tgok sikit post sal mesir..
gila ar weh!! menusuk ke kalbu weh!! huhu.. rasa cam nk nges pon ad gak.. haha.. tp ang telah membuatkn ak rindu kat bhasa arab gak weh!! =)
imagine~
igt2! :D blajar kat drjah tiga..ok r tuh..ada gak basic kn..:) huhu..alhmdlh..klu x, aku jadi cmni..btul..tpi mcm mna cmni tuh..?hehe
nizam~
uiih..llaki nangis..?! :P xsgka pnulisan aku nni power gk ea~ :D
nak trgelak pon ada bila kenang balik time tuh..tp ak ingat lg perasaan time hafal tue..ketaq sangat2...
hmm~rindu zaman skolah
Post a Comment