Saturday, January 01, 2011

travel 1: Ireland

Alhamdulillah... telah berlalu suatu pengalaman yang sangat best, iaitu, jaulah ke Ireland (Eire).

Ape tu jaulah??

jaulah- adalah dari perkataan bahasa arab y bmksud merantau, berjalan-jalan, atau bmusafir. Jadi, instead of panggil holiday, boleh panggil jaulah. Tapi, spt mana, adannya kelainan pada nama, bgitu jugalah diharapkan pd pengisian percutian itu.

Jaulah y berlangsung selama 5 hari itu, penuh suka dan duka ujian. Banyak y dpt dipelajari, sehinggakan tidak mmpu terungkap oleh pena mahupun kata2..hanya diri ini saja y bisa merasa.

Tapi apa pun, aku cuba y tmampu utk share srba sdikit ttg jaulah ini J

1st sekali,

aku ingin ucap jazakillahu khairan kasira kpd akak2 y arrange jaulah ini. Moga mereka diberkati Allah.

dan

secondly,

ingin dikatakan di sini, bahawa,

pengalaman dan suasana jaulah ini, sedikit sbyk telah mengubati kerinduanku pada keluarga di rumah kerana perasaan pengisian dan rasa persaudaraan spnjang perjalanan.
kerinduanku pada rumah y paling utama ialah pada ummi dan ayah, yg selalu memberi kata2 hikmah dan menceritakan sirah2 serta tafsir quran. dan ketika di eire, aku disirami kembali kebahagiaan rohani ini.

Perjalanan kami, Alhamdulillah, dipemurdahkannya meskipun, flight terpaksa delay hampir 2 jam.

Birm-Ireland--1)Dublin

2) Galway

Di dublin, kami visit.. Dublin Castle, Dublin Mosque dan Dublin City, Trinity College of Dublin (TCD), dan Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI).


Dublin Castle

Kebanyakan mosque di uk eire, adalah hasil pembelian/ ubah suai bangunan church yg dibeli org Islam. Dan di gantikan salib kpd lambang bulan.

Dublin Mosque

***GALWAY***

Lepas 2 hari di dublin kami ke galway utk ke Galway town, Cliff of Moher, Aliwee Cave, dan National Uni of Galway.

pemandangan di Galway, pagi hari


kami- 12 orang akhawat brummies(singkatan utk org birmingham).. di Cliffs of Moher

Memang sgt menakjubkan ciptaan Allah.. Sungguh cantik, pemandangan sepanjang jalan, dan ketika berada di puncak.

pemandangan y cantik..sehinggakan, burung gagak, pun nampak cantik dlm gambar ni,.. :D

Kata kawanku, Cliff of Moher, adalah tempat Westlife, buat penggambaran utk lagu “My Love”. Tapi, aku lupa, lagu mana, dan kuminta dia nyanyikan..dannn…

Erkkk..adeh, la lagi la, xdpt cam y mana :P hehe *joking..

gambar hiasan-westlife dlm lagu My Love (background- cliif)

Cantik.. mmg cantik. Subhanallah. Tapi kecantikan gunugng, awan, batu, laut itu hanya akan tinggal kenangan di mata, dan lens kamera, sekiranya, kita melihat itu sbg hiasan alam semata2.

Sebenarnya, bila tengok deeply balik, bukanlah kecantikan alam itu y mnjadikan percutian ini seronok, bukanlah gelak tawa yg dikongsi brsama, dan bukanlah sbb tmpat ini adalah “oversea”..tapi pengisian dan tautan ukhuwwah, yang dpt dirasa jauh di lubuk hati, melalui kata2 baik dan nasihat, y trucap indah oleh sahabat2, melalui pandangan mata y penuh kasih kerana kita saudara seIslam, dan pertolongan ketika diri ini dihimpit kesusahan… Jaulah ini bukan sebarang jaulah. Jaulah ini telah membuka hati2 baru.. telah mentautkan hati2 kami utk terus thabat di jalan ini.. telah menunjukkan di mana nilainya sahabat y kita cari selama ini…

Kehadiran dua orang kakak dlm jaulah ini, sgt dihargai. Di setiap kelapangan y ada, mesti dikumpulnya bersama, utk sharing. Kata2 penuh hikmah. Dan perbuatan mereka bisa mnjadi contoh teladan. Setiap kesilapan kita, ditegurnya, dgn ayat2 quran/hadith/kata2 tokoh2 Islam. sungguh lain apabila, talian sahabat itu diletakkan atas dasar hubungan kerana Allah. Sangat manis.

Jenakanya, disertai dgn lafaz astaghfirullah.

Gelak tawanya, tidaklah dipanjang2 kan.

Salah silap manusia, ditegur secara direct dan diterima secara terbuka.

Singgung hatinya, disandarkan pd ingatan pada Illahi dan sangka baik.

Perkara2 y ditempuh samada buruk atau baik, disandarkan pd takdirNya.

Dan di jaulah ini jugalah, aku tersentuh dgn keindahan 10 wasiat Hasan al-Bana setelah dikupas oleh ahli2 jaulah. Pernah je, aku mbacanya, tapi, apabila dibawa bincang bersama, isi2 setiap wasiat itu, terasa sgt terkena dan seolah beliau mewasiatkan kpdku..

Dan kini, gmbr ini, mnjadi, desktop background ku…



melihat pada wajahnya, mengingatkan aku ttg prjuangannya..
siapakah penggati beliau y seterusnya?


sungguhpun jaulah ini, telah berakhir, diharap dapat meneruskan dgn ape y telah kita kutip.. teruskanlah semangat ini, walau di mana berada. bagi sahabat2 ku, jgnlah dilupakan aku y seorang ini. sungguhpun, kita tidak sebumbung, namun, harap sgt, ukhuwwah y tbina ini, dapat mentautkan hati2 kita supya terus kuat dan thabat..insyaAllah..

kata seorang sister..
"jaulah ini, bukanlah sebarang jaulah.. jaulah ini, kita jadikan jaulah tarbawi"
jaulah tarbawi=percutian y mendidik (hati)

Wallahu'alam.

p/s: sori shira, sbb xtepati jnji..post lmbt sikit (lebih 2, 3 hari)..ada masalah sikit before ni.J

9 comments:

SIS said...

salam,
its ok dear..ni dah ad. dh baca dh.siap dah tngok gambar yang diupload.haha.seronoknya kan..cantik.t'sangat cantik.sampai 2 3 kali tgk gambar2 una upload.xde perkataan lain yang boleh describe cantiknya alam ciptaan Allah untuk kita terokai kan selain Subhanallah..sangat cantik.malam ni nak mimpi sampai sana.btw, i love ur writing style.it sucks me in.

umi said...

alhamdullilah..melihat sesuatu dari kacamata tarbawi-ia mendidik hati dan memberikan ketenangan jiwa.

alhamdulliah,Allah mengurniakan una sahabat2 yg dpt membimbing.

jaulah kami ke tgnu dan ngri sembilan best jugak-bincang kisah imam abu hanifah,hafal dan tafsir surah as soff.

Afie Superb said...

simple yet powerfull..
sememangnya kata2 rasululullah itu benar spertimana sabda Nabi s.a.w perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak.

tp makan minum tdo ok kan?! hehe

nurulhusnazubir said...

shira~
alhmdlh..cntik ksn? ukiran Allah y Maha Halus..:) mcm mana? dh mimpi smpai sana blum? hehe..

nurulhusnazubir said...

umi~
alhmdlh..bestnya, jaulah ke tgnu..hehe :) una byk tlepas kan, session2 y best2 y umiayah adakan..:( byk kena catch up nih..buat catch up kt bumi uk, insylh..

nurulhusnazubir said...

afifah~
makan minum tido? uih...sgt3 ok..terutama makan..akak2 senior kt eire ni, suka buat mkn2..kita pulak..suka mkn2 =.="

Anonymous said...

LIKE.. :)

Hidayah Bani said...

salam husna
sy pun ingt nak buat entry eire ni
tp tu a sy ne ada gambar:P..he..nti sy delivery sy pya pdrive eh...awak,ltk la nm sy dalam list blog hidayah bani..baru ada makna:)..

jazakillah khair,best entry ni:)
teruskan menulis.

nurulhusnazubir said...

hidayah~
okies..nnti sy kasi gmbr2 :)
insylh...akan diubah ..betul..barula ada maksud... :)
anda pun..teruskan menulis..!