Seminggu kemudian, terpaksa pula ku meninggalkan sekali lagi rumahku untuk menghadiri beberpa program. KIBAR (kursus intensif bahasa arab) di Serdang dan sbg fasi di program pre-departure JOM (journey of a muslim) di Negeri Sembilan. Setelah beberapa hari di Serdang, aku mnelefon ummiku utk btanya khabar sekeluarga.
Ummi: Una..asyid niii…duk tanya, “bile una nk balik..bile una nak balik”. “lamanya seminggu”
Aku: kejap je.. nanti una balik la. Okay? Tak lame dah nak duk sini.. J
Arrasyid, dgn nama manjanya, asyid, ialah adik bongsuku yang berumur 8 tahun. Selalu sahaja dia btanya begitu tatkala ketiadaan ku di rumah. Tapi, bila dah ada kat rumah, macam endah xendah. Tanya sepatah, jawab sepatah, sebab fokusnya lebih kepada cerita di tv, spt Boboi boy, Kappa Mikey, Danny Phantom dan juga bola Man United y baru saja kubeli utknya.
Setibanya ku di rumah setelah seminggu berprogram, dia telah ke sekolah, kerana waktu itu sudah pukul 8:20pagi.
Tepat jam 2:30 petang. Loceng rumah berbunyi..ding dongg….ding dongg..
“tu mesti diorang dah balik” detik hatiku.
Bila dibuka pintu, asyid berdiri di depan pintu rumah sambil menghulurkan plastik , didalamnya, tinggal lagi dua keping keropok lekor yang seolah ‘terendam’ dlm sos cili.
Asyid: Nah ni, na..(sambil tunduk malu-malu)
Aku: ape ni? Asyid beli utk una ehhh….:D yeayy…bestnyeee…:D (nada appreciation)
Asyid: ……..makan laa..(dan berlalu ke arah dapur, sambil menahan senyuman malu-malu)
Selepas tu, aktiviti harian dia pun bermula. Makan, tengok tv…
Nak dipendekkan cerita, petang itu, aku dgn mak aku, diikuti asyid, keluar pergi ke rumah rakanku. Saja2 melawat. Dan banyak la pulak kami bersembang. Dan akhirnya, ibu rakanku ini, mengajakku utk stay sekejap di rumahnya dan malam nanti, ku akan dihantar balik rumah. ‘Ala kulli hal’, aku pun stay di rumahnya, sampai malam.
Setelah pulang ke rumah, asyid telah tidur, dan ummiku menungguku di atas sofa. Di atas meja, kulihat ada beberapa kertas yang telah di potong dan gunting serta pensel.
Setelah bersembang dgn ummiku, tntang beberapa perkara, barulah ummiku memberitahu:
Ummi: Una..ni haaa..asyid nak tunjuk nye lah ke una. Tgok ni..cube teka ape ni
Aku: ape ni..??
Ummi: Asyid tadi tunggu ke una, “mana una ni..” “bila nak balik..” sampai mengantuk2 dan tertidur. Asyid kate, “ummi, nanti tunjuk tau kat una nih..tunjuk bunga ni kembang dalam air. Asyid mengantuk dah ni tunggu una..”
Ketika itu, terasa sangat terharu dan serba salah kerana belum sempat lagi bermain dgn dia, atau membantu dia dalam pelajaran. Bila dilihat di peti, terlekat jadual pepepriksaannya, dan barulah ku tahu yang dia ada test utk minggu ni, dan aku langsung belum membelek buku2 dia, semenjak minggu lepas.
Itu baru sorang adik y sekolah rendah. Tambah pula, ada mak ayah lagi. Kalau anak nanti macam mana? Tambah pula, dengan kerjaya sy di bank negara nanti, insylh, dan sebagai da’ie y perlu bergerak utk masyarakat, dan usrah2 utk penuhi tarbiyyah diri dan keluarga. Mampukah aku?
Sebab itu, kata ust. Alias,
“ana hanya percaya kat antum bila antum dh kahwin, ada anak, bekerja dsb. Waktu itu, baru kita tengok mana betul2 tsabat tak tsabat di jalan dakwah dan tarbiyyah ini”
*************
Si anak kecil, mungkin tak dapat mngungkap kasih sayangnya melalui pertuturan, atau kelakuan. Dia mungkin kekok utk mnunjukkan kasihnya pada seorang kakak atau abangnya, tambah pula bila jarang sekali bertemu dengan abang dan kakaknya, atau beza umur yang sangat jauh. Tapi, jiwa mereka ini masih bersih dan fitrahnya sbg anak kecil masih di situ, sungguhpun dia mungkin telah mencapai berbelas tahun. Fitrah yang menginginkan kasih sayang, concern, dan merasai kehadiran insan2 y tersayang di sisi mereka.
Sungguhpun kamu para ibu bapa, atau bakal ibu bapa, mempunyai tanggungjwb yang besar thadap negara, kerjaya, masyarakat, dakwah dan tarbiyyah, tapi, ingatlah bahawa, keluargamu jua punyai hak mereka dan anak2 mu juga PERLU merasai kehadiran mu sbg ibu ayahnya di rumah.
Wang saku, kereta2 mainan, ucapan2 spt ‘I love u’ itu tak kan bermakna, sekiranya ketiadaan kita di rumah, lebih dirasainya…
Moga Allah membantu kita dalam apa jua keadaan sekalipun, dan menganugerahkan anak2 yang soleh sbg tiket kita ke syurga, dan sbg pengganti kita dlm menegakkan syiar Islam di bumi ini.
Wallahu’alam.
8 comments:
salam husna..! cuti kt mlaysia smpai bila? sempat puasa skali x? raya? huhu jealousnya.. eh nanti nk blik uk transit la kt brisbane dulu.. =)
p/s sweetnya asyid..!
aku macam nak nangis bila baca dia tggu kau balik husna:'(
jadi babysitter pun dah rasa tarbiyah. =). setiap apa yang berlaku, masa yang berlalu, sentiasa akan ada pengajaran bagi mereka yang memerhati. ^^. nanti share sp yg g kibar. jeles. anyway..best post ni. huhuhu.
silent reader~
balik 22sept. iAllah sempat ppose n raya sini..tpi xtau sekali ke x, sbb xtau sape ni..huu..xtau la pulak ad flight k transit brisbane..:)
lesslonelygurl~
kan2...T_T serba slh aku dibuatnya.huuu..
hidayah~
betul..pgjrn bg mereka y bfikir..:)
iAllah, ada je recording kibar klau nak..sy xrekod..maziyah rekod, xsilap..:)
ya Allah..terharunya....
p/s: mcm mana nk wat bunga tu? asyid ada ajar una camne nk wat tak? :)
adila hadi...
ada2! :) cmni..buat bulat kat tgh, then buat kelopak2 bunga tuh, cm dlm gmbr..n lipat kelopak2 tu, ke tengah..bila letak dlm air, kelopak2 tu akan tbuka, seolah bunga tu, mengembang :) try laa
comelnye adik muuuuuu husnaaaaa T__T
teringat kat dia.. hehe
banyaknyaaa hak orang yg nak kene jage.
moga terus kuat dan thabat :)
hehe..
kan..byk kannn.....tu laa..kena start blajar n blatih dari skrg :)
sama2 insylh..:)
Post a Comment