Thursday, August 11, 2011

menjadi HambaMU yang berSYUKUR

Setiap orang dalam hidupnya, pasti akan diuji dalam hidupnya. Ujian.. Diberi kesenangan, supaya dia bersyukur atau diberi kesusahan supaya dia bersabar.

Kata Hamka:
 Hidup ini, adalah antara Syukur dan Sabar.

**************
Alhamdulillah, pagi ini, di bulan Ramadhan, aku bangun dari lena dalam kecukupan nikmat dariNya.

Namun dalam kecukupan ini, kadang kala membuatkan ku lalai dan mengambil ibadah itu sambil lewa.

Quran..di baca bagi cukup-cukup makan.
Solat sunat..didirikan hanya mengikut kepentingan.
Tahajjud..bangun hanya bila terjaga malam dan xboleh tidur.

Lemah nya aku…lemah…

Apabila melihat sahabat2 di luar sana, berlumba utk berdiri malam, bertadarrus, berdoa sepenuh hati, dan berpesan2 pada kebaikan di bulan Ramadhan ini, aku merasakan betapa aku ini, pemalas. Jauh sekali ku ditinggalkan oleh mereka. Mereka, sepertiku, ummat akhir zaman..

Apatah lagi, ibadah mereka yang terdahulu? Jangan mimpi nak dibandingkan dgnku. Memang teramat rendah nilai yang kuletakkan pada Ramadhanku, selama ini.

Aku berfikir sejenak..

“Apakah kecukupan ini, mebuatkan aku semakin lemah? Semakin di ‘manja’ kan?”

“Apakah aku menunggu saat2 secubit dari nikmat2 ini ditarik, barulah, aku akan menghargai nikmat sujud padaNya? Nikmat penghambaan padaNya?”

“Apakah perlu Dia mencampakkan ujian2 berat padaku, untuk aku meringankan badan beramal padaNya?”

“Apakah aku ingin menjadikan bulan Ramadhan ini, lebih ‘sikit je’ dari bulan2 sebelum ini?”

Aku tersentap dgn pertanyaan2 y bermain di fikiranku.

Ya…aku leka…

Satu juzu’ sehari..ku kira cukup. Sudahku berkira2 dgn helaian yang dibaca. Sedangkan, masa yang berbaki masih banyak. Masih sempat untukku menutur kata2 lara. Sedangkan, di luar sana, ada jiwa2 yang mencari ketenangan melalui ayat2 Nya, hinggakan dibacanya, terus-menerus tanpa dikira.

Tarawih lapan dgn bacaan surah2 makkiyah, seolah sudah extra dari bulan2 lain. Sedangkan, makcik2 terus menggagahkan diri, berdiri untuk rakaat yang ke dua puluh. Kaki yang kebas, dan sakit, diketuk2 nya, dan dipaksa untuk terus bangun. Kalau tak dapat bangun, masih lagi, dia teruskan secara duduk.

Begitu juga, solat malam..Dah 11 hari berpuasa. Berapa kalikah aku bangun untuk menghadapkan wajahku padaNya? Merintih kasih padaNya?

Aku ingin jadi hamba yang bersyukur di kala senang, sabar di kala susah..

Benarlah kata Hamka,
“Adakalanya bersyukur itu lebih tinggi dari bersabar.”

Kerana ramai dari kita yang boleh bersabar, dan terpaksa bersabar, tapi tak ramai yang akan bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

Doa seseorang di zaman Khalifah Umar:
“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang sediikit”

Kerana, dalam Quran, dinyatakan..
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. [Surah Saba' 34:13]

Lagikan, Rasulullah yang dijanjikan syurga itu, solat hingga kaki berlebam, kerana rasa syukur baginda pada Allah. Inikan pula, aku..
T___T

Aku ingin mencari hikmah ramadhan di tahun ini.. Inginku hentikan segala yang mengambil masaku, tiap detik dan saat ramadhan ini, untuk seketika..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buatku. Berpuasa dgn sebenar-benar puasa.

Kini baru ku benar2 mengerti makna; Ramadhan, An Academy.

Moga Kau permudahkan, langkahku yang baru terjaga dan bertatih..


Lagi 19 hari je tinggal!!!!!  :’(




Wallahu’alam.

5 comments:

budak said...

subhanAllah husna.
teruskan semangat!! jzkk for the reminder :)

iA, kehidupan ini sendiri adalah ibadah :)
moga Allah membantu kita menjadikan kualiti hidup kita sebagai seorang abid.

jom, manfaatkan ramadhan! ><

Syahira Ismail said...

salam..
like..thanks husna for the reminder. yang berlalu jgn dibiarkan berlalu. jadikan sebagai titik tolak dan penanda aras untuk lebih maju..jom sama-sama maju mengejar redhaNYA..:)

fieqa said...

jzkk 4da reminderr unaaa..

btoll22 muhasabahh dri jugak y kdg2 momentum tu adakalanya berkurang. uwaaa. x nak kalah ngn nafsu sndiri T.T

jom berusaha insyaAllah


p/s- sy baru baca post awak b4 this y tjuk si anak kecil.
hehe, quotation kita sama, sy pon quote y u.alias nye tu. dgr recording dia. subhanaAllah best sgt dgr sharing u.alis, even x de kt kibar, dgr kt mp3 jee, tp bole merasaii. apatah lagi antunna y dtg kibar. uwaaaaaaaaaaaaaa
sedih pulak. xpe2 iAllah moga Allah terus beri kita kekuatan iAllahh :)

lesslonelygurl said...

take care husna. selagi kita mampu, jom cari keredhaanNya husna.hold hands together and grab what we can grab.:)
BTW jzkk ingat aku jgk!

~HuSnA ZuBiR~ said...

budak + syahira ismail+ fieqa + lesslonelygurl:
jzkk jugak sbb baca..:) huhu...xtau lak post ni, leh jd 'tazkirah' untuk pmbaca..igtkn luahan hati, semata..huu :) alhmdlh..

ok...iA, buat smuanya brsama2..:) 'amal jamaie..(bramal scara bramai2)

ramadhan kareem~