Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya:
"Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Bacakanlah al-Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, apakah saya akan membacakan al-Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain." Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat- yang ertinya: "Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas ummat ini?" - Surat an-Nisa' 41.
Dari Anas r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Baginda s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)
Anas r.a. menceritakan;
Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahi beliau sebagaimana Rasulullah selalu menziarahinya sebelum kewafatan baginda. Sampai di rumahnya, mereka dapati beliau menangis. Mereka berdua bertanya; “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulullah s.a.w..”. Ummu Aiman menjawab; “Aku menangis bukan kerana tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi baginda, akan tetapi aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit (dengan kewafatan baginda)”. Jawapan Ummu Aiman menyebabkan Abu Bakar dan Umar terharu dan turut menangis bersamanya (HR Imam Muslim)
**************************
Betapa banyak kisah sahabat dan Rasulullah, yang menitiskan air mata apabila salah seorang dari mereka, mengucapkan kata-kata yang dapat menjadi tazkirah (peringatan) kepada mereka. Sungguh mudah air mata mereka keluar kerana Allah dan Rasul.
*************************
Sudah dua sittings (usrah) aku hadiri di sini. Dan sungguh, pada tiap sitting itu, air mata ku seakan sangat murah untuk keluar. Sebak di dada ditahan dan ditahan. Hingga terasa perit di tekak.
Aku tidak tahu mengapa egoku untuk menitiskan air mata sukar sangat dilenturkan dan kata-kata rindu sukar untuk diluahkan terhadap sahabat-sahabatku.
Bukankah air mata ini keranaNya?
Sejak di kolej, aku melatih diriku untuk menelan kesedihan dan kemarahan. Hinggakan sukar untukku kini, melafakan kata-kata yang tersimpan.
Lama sungguh rasanya diri ini tidak duduk dalam halaqah. Dan apabila, akhirnya, halaqah itu kembali, dan dilihat satu-persatu muka2 yang hadir dan di kanan dan kiriku lutut-lutut yang bertemu adalah rakan2 yang terdekat denganku, terus terasa sebak di dada.
Bukanlah kerana rindu atas persahabatan sangat.
Tapi, yang dirasai ialah,
merekaa...sahabat2 ku yang aku kenal dalam gelak tawa ini lah, yang akan memanduku dalam mencari kebaikan dan mengingatkan aku dalam kealpaan.
hati-hati inilah yang sama2 akan dididik dengan tarbiyyah.
Aku lebih sukakan; persahabatan yang disaluti dengan tarbiyyah, berbanding tarbiyyah yang disaluti dengan persahabatan. Walaupun pada dasarnya dua-dua adalah bagus.
Dan sebak ini lahir tiap kali mereka mengeluarkan kata-kata hikmah, refleksi mereka terhadapa ayat-ayat quran.
Setiap kata-kata mereka seolah mencairkan air mataku.
Namun sekali lagi, dan sekali lagi, aku menahan sebak hingga perit rasa tekak ini.
Dan apabila sitting seterusnya membicarakan tentang kematian, dan kiamat.
Terasa diri ini terlalu lemah untuk bertahan.
Akhirnya menitis jua.
Namun, cepat2 di lapkan dan muka terus merah kerana malu.
Haruskah diri ini sebegitu?
Berperang dengan kesedihan. Apakah egomu terlalu tinggi? Apakah air mata ini terlalu mahal?
Aku rasa tidak salah untuk menangis dalam majlis ilmu.
Bukankah kita duduk bersama, untuk renew iman?
Sedangkan sahabat2 dahulu, tanpa rasa malu dan penuh rendah diri menyatakan kerinduan mereka dan ketakutan mereka dan dikongsi bersama, sebagai tazkirah dan tazkiyatunnafs.
Sekiranya diri ini terlalu sukar untuk menyatakan atau berkongsi kesedihan, maka aku berharap sekurang-kurangnya aku dapat menjadi salah seorang dari golongan yang terakhir yang disebut dalam hadits ini:
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tujuh jenis orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya - yakni hari kiamat, iaitu imam - kepala atau pemimpin - yang adil. Pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya tergantung kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas), juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingati pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu menitislah airmata dari kedua matanya." (Muttafaq 'alaih)
Moga penulisan ini dapat menjadi pengganti kata bicara.
Maaf sekiranya aku tidak menyumbang apa2 dalam perkongsian ilmu kerana menahan sebak di dada.
Wallahu'alam. (And He who knows best.)
8 comments:
subhanallah.kak husna. Indah sungguh penulisan kamu.
sis-haneii~
alhmdlh..segala puji pada Allah
lama sgguh xdgr khabar, haziqah :)
husna! suke :D
ps : kagum. tarbiyyah akan meruntuhkan ego. jangan telan sedih sorang2 tau. ramai ada di sisi untuk telan bersama. hehe
salam, my husna is still the old her..hehe. 3 taun di bawah bumbung yang sama. menuntut ilmu dari guru yang sama. xpernah sekalipun tgk husna menangis. =). husna, it's ok to cry. menangis bukan bermakna kita lemah.menangis bukti kita tabah. biarkan tangisan tu jadi saksi penyaksianmu nanti tika di padang mahsyar. bahawa cinta husna hanya untukNya.
='(
budak:
tarbiyyahkan school of education ;)
syahira ismail:
wslm. hehe. Kt skolah dulu, alhmdlh xbyk masalah. kwn2 sume baik2. habis kuat nk teriak pun, sbb homesick ja. huhu. tpi of kos lah bukan dpn org. hilangla macho! ahaks..tpi xkan dlm hal tarbiyyah pn ade ke'macho'an gk kan?>.< *emm..wondering*
afifah:
chill2 :) senyumm~
oh my baby *huggggggg*
sayaaannggsss..
eh..cpt g smbung citer ko tuh >___<"
igtkn nk dkt ending dh..aihh~
Post a Comment