Tuesday, October 04, 2011

UK panas?? -Indian Summer-

Indian summer..
Begitulah fenomena yang kini melanda bumi UK. Keadaan yang jarang-jarang berlaku pada musim Autumn (luruh) di mana, suhu pada siang hari lebih dari suhu normal. Suhu normal autumn: lebih kurang 10-15 degree. Pendek kata, sekarang ni, panas dan suhunya sama spt Malaysia. Tapi bahangnya lebih dirasai kerana kurangnya awan di langit.

Suasana panas, di negara mat salleh. Apa yang dapat digambarkan? Ya..kepelbagaian fesyen. 

Setiap kali berjalan ke kelas, pastinya dikelilingi oleh orang2 mereka. Tidakku nafikan, pakaiannya ada yang cantik2 bunganya dan coraknya. Dengan spek mata hitam yang besar dan menawan, serta hidung-hidungnya yang mancung bak kata orang, 'boleh sangkut hanger' (yang mana still aku xdapat figure out betul ke x =.='') dan jugak muka putih, licin dan dengan rambut kuning berterbangan. fuhhh..habis fesyeneble~

Aku...yang bertudung, dan bertutup lengan dan kaki, pula berjalan di tengah2 diorang.

Agak2 apa yang diorang akan fikir ek?

"mm..aren't you hot wearing like that?"
"err..why is she wearing like that, on this hot summer day?"

mungkin xsemua yang akan terfikir mcm tu. Tapi, 'kalau aku dalam kasut diorang' (suppose to be english idiom :P ) at least, aku akan terdetik soalan2 tu, jauh di sudut hati aku.

Namun, alhamdulillah atas nikmat Islam ini, aku bukanlah di pihak yang bertanya. tapi di pihak yang menjawab persoalan2 itu.

Dan jawapanku ialah..

"Ya...aku juga panas. aku juga berpeluh. Tapi aku harus bertahan"

***********

Tiap kali aku masuk ke dalam dewan kuliah, dan mata meliar mencari tempat duduk, di saat itu jugalah aku dapat merasakan jantung berdegup laju setelah berjalan dan menaiki tangga, lalu sistem badan ini juga merembeskan beberapa titisan air, yang di namakan peluh.

Biasanya aku akan elak daripada terlalu mengipas2, untuk menjaga imej aku yang bertudung kerana tidak mahu sebahagian mereka beranggapan seperti..
"look..pity her. She's sweating hot. What a religion!"

Malah, aku berharap di hati mereka akan terdetik persoalan seperti..
"How could she stand the heat?? There must be something that motivates her. She won't be holding on to it, for nothing.."

************
Kalau ikutkan nafsu, boleh je aku pakai ikut suka. Lagi cantik, apa..

Kalau ikutkan nafsu, boleh je aku berseronok sesuka hati lelaki perempuan sambil berjemur di bawah sinar matahari.

Tapi aku pilih untuk tidak.

Kerana cara kita lihat dunia ini berbeza.

Cantik padaku bukan hanya pada luaran rupa.
Seronok bagiku bukan hanya pada senda tawa yang seketika.

Kerana melalui Islam, Allah mengajar kita untuk melihat dunia hanya sebagai persinggahan.

Cantik kita berlandas pada akhlak Al-Quran dan bukan santun budaya.
Seronok kita pula, bermatlamatkan kehidupan akhirat.

*************
em.....seems ''dull' to you, huh?

not at all, to me.. :) because I refrain myself for the Bless and Love of You, My Lord, 
The ONE and ONLY
ALLAH..

-Kerana ''kaca mata'' kita, berbeza..-


Wallahu'alam.

8 comments:

Anonymous said...

nice one...up t0p!

ummi said...

alhamdullillahh..semoga iman tertancap kuat di hatimu..antara perkara menambah iman ialah berkawan dengan org2 yg baik dan soleh kerana kita mempunyai kaca mata dan tanda aras yg sama..

BAKR said...

smart una, subhanallah!

Anonymous said...

alhamdullilah usna..^_^

Anonymous said...

usna..

nurulhusnazubir said...

Alhamdulillah..segala puji hanya untuk Nya
terimakasih kerana membaca :)

SIS said...

husna...awak makin matured.:)

nurulhusnazubir said...

syiraaaaa....mane adeeee T_T dlm penulisan je la kotttt...T_T perangai serupa tu gak..huu~ tapi, insylh sma2 sntiasa brharap hari ini lebih baik dari hari smlm..