Thursday, November 24, 2011

Jutsu Naruto; jalan pintas..

Autumn term, ataupun dalam kata lain, Semester 1, sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Jadi ni bermakna, semua akan melekat kat meja study, busy dengan assignment, assessment, problem sheet, test, exam dan sebagainya.

Dan of course lah, termasuk juga diri ini.

Dan dalam kesibukan yang macam ni, terdetik kat hati aku..
"emm...best gak kalau leh buat macam Naruto. Ada jutsu utk split and cloning badan dia! Terbaiklah!"

Dan nama jutsu ni, ialah Bunshinjutsu. Bahasa Inggeris sebut Cloning technique.

Xfaham lagi? Mai nak terang sikit...Dia macam ni..


Asalnya dia seorang..


Kemudian dia buat jutsu dengan gerak tangan dia.. dan keluar seorang..


dan seorang lagi..


sehinggalah dirasakan cukup bilangannya..



tapi..untuk apa clone ramai2 ni??

mestilah untuk gabung tenaga dan kuasa...


supaya, jadi kuat, dan dapat kalahkan lawan..! 
atau menang dalam persaingan..!

tapi...itu hanya angan2 kosong, husna..

haha..

mana mungkin dalam dunia ni, perkara macam ini akan berlaku..
kalau ye pun, jadi sihir kot? 

dunia ini penuh cabaran..
diri kita sendiri yang kita duk jaga, duk sayang...
 tak kasi luka, bagi kenyang selalu..
ada cabaran dia di dalam..
jauuhhh di sudut hati tu..

Nak buat jutsu supaya semua kerja aku boleh buat?
Sorang Husna study,
 sorang Husna lagi baca buku ilmiah,
 sorang Husna lagi gi skype dgn family,
 sorang Husna lagi makan, 
sorang Husna lagi masak,
 sorang Husna lagi gi basuh toilet,
 sorang Husna lagi gi tukar phone yang rosak,
sorang Husna lagi tulis blog..=__=''

oh, oh..
senanglah hidup kalau macam tuh!
Habis semua orang nak berguru dengan aku tentang jutsu ni..

Apa yang Allah pesan dalam Surah Ar-Ra'ad,ayat 11??
tak ingat, sila buka quran. check kejap..

Dan apa pengajaran dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5?
Allah ulang lagi sekali dalam ayat 6 pulak..

Oh..
mengapa engkau masih mengharapkan keajaiban berlaku?
Tunggu mood? Masa semakin suntuk, husna..=__=
Sudah2 la berangan nak jutsu ni..
Kerana Allah itu Maha Adil
Dia memberikan kepada sesiapa yang menunjukkan usahanya
Dan Allah itu Maha Penyanyang, Mendengar
 mohon keampunan dan kejayaan
Dan Dialah pemilik segala kejayaan dan kekayaan,
maka rintihlah, dan pintalah dariNya
engkau berhak meminta pada Nya
selagi engkau tidak menyekutukanNya..

Namun, haruslah di ingatkan..
 Islam itu bukanlah agama yang ajaib
yang mana bila berdoa, terus makbul
tanpa ada usaha..

Mana mungkin begitu..
sebab sesungguhnya, tidaklah hadir keadilan di situ
sedangkan Allah itu Maha Adil


Berimanlah dengan nama-nama Allah, dan anda akan temui keindahanNya dan keindahan hidup di situ :)



p.s: jutsu ni cam sihir la pulak. huhu

p.ss: smart gak video jutsu nih...http://www.youtube.com/watch?v=tdPtMuGJXpo (konon-konon je tuh) huhu..


Wallahu'alam.






6 comments:

Anonymous said...

Lol. terbaek punya post.

nurulhusnazubir said...

berapa star? :P

Anonymous said...

sebab post ni dah jadi macam komik. n komik x best!

so, 2 stars (and a half sebab kesian). :p

nurulhusnazubir said...

=_________________________=''

yui said...

menusuk jiwa betol =p

nurulhusnazubir said...

haha. menusuk la sangatt..-.-''