Sunday, December 25, 2011

Lukisan hati @PMS '11


Program Musim Sejuk (PMS) kali ini bertempaat di lake district.
Tempat yang sangat indah pemandangannya. Semakin aku melihat lukisan alam yang terbentang,
semakin aku merasakan kehadiranNya,
dan hati ini semakin dirasakan untuk menemuiNya,
seolah jiwa ini ingin keluar dari jasad, pergi menemui Dia, Sang Pencipta,
namun hati ini hanya dapat meronta2 dengan madah kata..

''Take me there (syurga) with you..
A place of no worries and a place of ultimate peace and love..
A place that's much much much more better than the one laid in front of my very eyes..
Take me there with the ones I love,
and..
With the ones that they love..
For I want to see you and me and them of no  more worries..
For there, we know that the beauty of Jannah is of ours to own..''

Hati dan mata ini terus menghayati keindahan alam,
Satu persatu tiada cacat celanya,
Sungguh indah ciptaan Allah itu,
Teliti
Halus
Indah
Cukup indah..
Nikmat alam untuk kehidupan kita..
Namun bila satu nikmat ditarik,
Terus dirasakan seolah hilang satu dunia..
Hilang keindahan itu,
Seolah ketelitian ciptaan dan pembahagian rezeki itu tidak lagi ada?
Seolah kehalusan kasihNya telah totally berubah pada kekasaran dan kesukaran ujiannya?

Tidak..
Dia masih di sana..
Menunggu kita..
Menyukai suara2 ini terus dan terus memohon padaNya bukan pada yang lain..
Menanti bilakah air mata itu akan mengalir keranaNya bukan kerana perkara lain..
Hati ini terus dan terus meronta kerana rindu akan hati yang basah keranaNya..
Lantas tangan bergerak mencapai alQuran,
Lalu memegangnya, dan memeluk surat cinta itu..
Dan perlahan2 hati mula menangis, sungguhpun mata tetap kering..

Aku rindukan perasaan ini..
Mungkin kerana kurangnya tadabbur quran,
Mungkin kerana kurangnya mathurat,
Mungkin kerana kurangnya solat malam,
Jasad terus makan dan makan, namun hati dibiar kelaparan..

Oh Allah terima kasih kerana membentangkan alam ini untuk melahirkan rasa rindu ini..!
Lantas ku mencapai pena untuk melukis alamMu ini, yang kulihat, ketika berseorangan di anak tangga..

@PMS 2011

P.s: lawa gk aku melukis..huhu :P


6 comments:

نور عزتي said...

ouh Una, sayunyaa den baco ..
rindu jugak neh ! T_T

ummi said...

lukisan alam kita terima dengan kegembiraan,ketenangan dan redha.lukisan takdir bagaimana?

~HuSnA ZuBiR~ said...

zetot~

huuu...ari tu dok dang nok cakak dgn tot byk2 =_= busy sokmo..huhuh.

ummi~
emmm3...betul tu. xtfikir la pulak. haruslah sedaya upaya terima dgn kegembiraan, ketenangan, dan redha la kan? :)

Syahira Ismail said...

Husna, kalau ada sayap nk terbang ke sana. Apakan daya sayap tiada.

Cantik!lukisan tu pun.

tanah said...

Salam dik...
beautiful piece...seolah merasa rindu yg sama bila melihat gmbr tu.

-bawak balik ruh PMS and hidupkan di sini yok..=D

~HuSnA ZuBiR~ said...

syira~
huu..kena guna sayap kpl terbang la kot :P huhuh

tanah~
terimakasih :) huhu..