Saturday, April 28, 2012

yang paling ajaib imannya


‎"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.


"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

*******************

Terasa diri sangat jauh dengan status itu..

Status membaca al-Quran dan status mengimani dan mencintai baginda sehinggakan keimanan itu membuatkan baginda rindu untuk menemui orang-orang itu.

Apatah lagi, bila diri ini terlintas dengan hadis ini, ketika sedang asyik melayan lagu Westlife, sambil-sambil melihat skema jawapan soalan-soalan tutorial untuk persediaan exam.

(gambar hiasan)

sungguh papa bekalan amalan diri ini..

terus....
perbaharui niat belajar kerana Allah,
untuk kemajuan ummah,
dan tukar lagu jadi al-Quran
takpun..
habis kurang pun yang kurang lagha (kelalaian) nya..
>______<'

apa-apa pun,
sama-samalah kita berusaha mencapai redho Nya..

Wallahu'alam.

3 comments:

Unknown said...

awak, jgn tinggalkan sy dalam perjuangan awk tu ye?

^_^

Anonymous said...

(Y)
:D

nurulhusnazubir said...

zetot~

awak pun..jgn tinggalkan kami semua taw.. xD


anony~

alhmdlh :)