Monday, December 16, 2013

Ada Apa Dengan Jalan Ini?

Ada apa dengan jalan ini?
Sering kali ku mengulangi pada diri ku..
Aku mahu terus tsabat dan istiqamah di jalan ini
Biar masa memamah usia
20an? 30an? 40an? 50an? 60an? 70an? dan yg mendatang, jika umur panjang
Biar generasi demi generasi dilahirkan
sibuk dengan anak2? cucu2 pula? kalau ada rezki, cicit2 pula?
Semakin besar keluarga, semakin ramai yang memerlukan perhatian
Tapi, ku tetap katakan pada diri,
Aku mahu tumpuan ku pada jalan ini, menjadi utama untuk diriku,
Kerana adanya ia, akan mendatang yang lain. Dan tanpanya ia, tidak pasti kudapat menggapai yang lain
Ku cuba selami..
kata-kata sufi:
 Kejar akhirat, pasti dunia akan mengikuti. Jika kejar dunia, maka akhirat anda tergadai
Firman Allah:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampong akhirat dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik padamu.” (Q.S. Al Qashash : 57).

Dan apakah itu dunia?
Bagiku, segala-galanya di depan, di belakang, di tepi dan di dalam kamu. Katakan apa sahaja. Kesihatan? Pasangan? Keluarga? Harta? Pekerjaan? Ya. Semua dunia.
Tapi kan menjadi hasil tuai di akhirat jika kita panjangkan cita2 dan tarbiyah (didikan) terhadapnya semua itu dengan niat untuk ke akhirat.
Anak soleh, doanya adalah bekalan mati kita.
Pasangan soleh dan istiqamah, penguat dan teman di jalan ini.
Harta yang banyak, dikongsi bersama di jalan ini dan bersama yang memerlukan.
Keluarga soleh, sebahagian unit dari kita untuk terus menyebar fikrah islam ke dalam masyarakat.
Pekerjaan, 'alat' untuk mencapai perkara yang lebih besar.

Masih ingatkah kita tentang hadis yang Rasulullah melukis di tanah?
Hadisnya pernahku dengar dan ia berbunyi:

Berkata Ibnu Masu'ud : Rasulullah SAW melukis garisan lurus di atas tanah lalu baginda bersabda : Ini adalah jalan Allah, lalu nabi melukis garisan-garisan yang bersimpang-siur di kiri-kanan garisan lurus di atas tanah, lalu baginda bersabda : Ini adalah jalan-jalan. Dan di atas setiap jalan ada syaitan yang mengajak insan kepadanya. Kemudian Rasulullah membaca ayat surah al-Ana'am ayat ke 153.

[Hadis Hasan. Riwayat Addarimy 1/67; Ahmad bin Hambal 1/435, 456; at-Tobary 14168, al-Hakim 2/318 dan disohihkan oleh Ibnu Hibban (6), (7)]

Ya. Jalan ini bersimpang siur. Banyak cara untuk futur. Apatah lagi, bila banyak perkara 'baik2' yang telah ada di luar sana, semakin kurang lah penghargaan anak2 muda kini pada tarbiyah usrah yang pernah menyentuh mereka. Lahirnya kata2 seperti "tidak ikut usrah xpe, banyak lagi cara nak dapatkan tazkirah kat luar sana. Asalkan ada biah solehah untuk diri dan keluarga" sering membuatkan ku kecewa. Tapi apakan daya, perkara itu tidak salah. Malah menyalahkan statement itu, adalah sgt kontroversial. Ku faham beza wajib qat'ie dan wajib haraki dan tidak patut untuk menilai kata2 seperti itu. Islam itu syumul. Ya. Banyak sudut boleh dilihat. Panjang bicara jika ingin menyokong kata2 itu.

Tapi yang ku ingin di sini adalah jalan perjuangan. Definisi perjuangan itu luas dari perspektif yang berbeza. Yang ku lihat di sini ialah jalan perjuangan dalam menyebarkan agama ini. Adanya perjuangan pada diri sendiri, adanya perjuangan dalam kumpulan itu sendiri, perjuangan sesama kumpulan dan liku2 yang lebih besar. Perasaan, hati, kefahaman, dan the other inner part of ourselves pasti akan diuji. Hanya iman dan amal mampu menguatkan keyakinan kita.

Kerana apa ku katakan semua ini?
Kerana aku yakin 5 perkara ini masih ada padaku
- lapang; masih ada masa untuk ku tidur lena
- kaya; belum lagi papa hingga tidak terdaya untuk makan dan minum
- muda; pemuda, belum warga emas
- sihat; tidak terlantar atas katil
- hidup; masih hidup

Sebelum datang 5 yang lain...

p.s: Bila nikmat sihat ditarik walau sementara. Kita dapat lihat kemampuan kita masa kita sihat. Dan tatkala itu, lahirlah perkataan..."KALAU LAH aku sihat, sudah pasti aku buat begini dan begitu..." Alhamdulillah masih ada second chance untuk membuktikan "kalau lah" itu...

p.ss: i dont know why everytime after i write (baca: post) something, i feel like there's no structure for this. and macam keling je bahasa..hmm..sendiri faham cukup la kot. menulis untuk diri sendiri...haha (mungkin ini yang dikatakan penulisan belum matang)


Wallahu'alam

2 comments:

Unknown said...

Dan dalam langkahmu itu ukhti, usha2 lah kawanmu yg sorang ni.
Tarik tangan dia andai kelihatan terpesong dari jalan yg engkau lalui.
Sebab kita sepatutnya melangkah di atas jalan yg sama, hingga ke akhirnya.

Perghh, was that me? Haha

nurulhusnazubir said...

Totttttt T_____T nak usha kamuu mase di temerlohhhhh..tp tot kt kuantann.
InsyaALlah2 zetot..sama2 ambil beratt

yes. it's something within u..hee