Showing posts with label smkak. Show all posts
Showing posts with label smkak. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Rindunya daku pada Bahasa Arab

Kali ni, terasa seperti nak bercerita..bukan. menaip sebuah cerpen. Mungkin menarik, mungkin tidak..tapi, layan je lah..

Seperti hari2 biasa, ketika cuti A-level, aku dan abangku, mengemas rumah dan menyediakan masakan tengahari. Kali ini, menu yang dipilih ialah kari ayam. Namun, disebabkan belum lagi 'master' masakan kari ayam, versi ummi kami, maka, aku memilih untuk hanya menyediakan bahan2 nya, dan masak bersama ummi setelah dia pulang dari mengajar. Setelah siap masak sayur, potong nenas, ready bahan2 untuk kari ayam, aku pun, keluar dari dapur. Jam ketika itu, menunjukkan pukul 10 pagi. Melihat adikku, Irsyad (Ishad) sedang membuat kerjasekolah nya, yang xpernah berkurang, aku pun terus menjenguknya. Kebetulan juga, pada masa itu, dia hendak beransur dari mejanya. Maka, berlakulah perbualan ini:

Aku: Eh Ishad..ni, ade y xbuat lg. nape nak tutup dah buku?

Irsyad: oh..y ni xtahu..

Aku: lah..tanya la una ni..meh nak tengok.

Irsyad: Alaaa…

Aku: habis tuh, nak tiru kawan? Cuba la buat sndri..meh tengok..

Irsyad: Biasa, kawan ishad y tiru ishad..bukan ishad..k la, na..

Aku tahu, dalam kepalanya, hanyalah hendak bermain computer. Matanya, sekali sekala menjeling kearah jam di dinding. Jam 11.15pg perlu bersiap ke sekolah. Sekali dua dia mengeluh. Tapi, kubiarkan kehendaknya, tidak dipenuhi buat sementara waktu, kerana kerja sekolahnya ialah Bahasa Arab. Aku ingin melihatnya berjaya dalam subjek ini dan meneruskannya sekurang-kurangnya sehingga tingakatan 5.

Sambil membaca dan menafsir petikan Bahasa Arab y bertajuk "Tanggang" di dalam buku teks tingakatan dua, aku teringat kembali akan kenangan2 sewaktu belajar Bahasa Arab di alam persekolahan. Sungguh manis. Ustazah Fudhla Suria dan Ustaz Suhaimi Sudin, itulah nama2 y tidak akan kulupa, kerana, merekalah y mengajar aku Bahasa Arab sehingga aku dapat memahami sebahagian maksud Al-Quran. Alhamdulillah.

Ustazah Fudhla, merupakan satu2 nya guru y mengajarku bahasa ini, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Beliau sangat tegas, dan berdisiplin dalam proses Pengajaran dan Pembeljaran (P&P). namun, sifat penyayang nya, masih dapat dirasai oleh setiap anak muridnya. Beliau sangat mementingkan penghafalan perkataan2 bahasa Arab. Sekiranya, tidak dapat hafal dengan lancer, dendanya, ialah berdiri, sekiranya, masih lagi gagap atau tertukar baris walaupun sedikit dendanya, adalah berdiri atas kerusi. Maka, berlumba-lumbalah kami untuk hafal dan 'tasmii' (diperdengarkan penghafalan) kepadanya. Kadang2 bukan xingat, tapi, tiba2 terketar2 bila berdepan dengannya. Gemuruh agaknya. Kadang2 suara2 sumbang dari kawan2 y menyebabkan terganggu penghafalan itu. Macam2 alasan. Tapi, kalau dah kena berdiri, berdiri je la.. Begitu juga, sekiranya nak keluar ,masuk kelas. Haruslah meminta izin dalam bahasa Arab. Biasanya, kami akan tertukar "khuruj" (keluar) dan "dukhul" (masuk). Entah kenapa. Kalau terlupa, alamatnya, permintaan anda tidak akan dilayan. Xkiralah tahan ke xtahan..dan talian hayat dari rakan2 lain adalah tidak dibenarkan.. Terasa geli hati, apabila teringatkan wajah rakan2 y xpernah putus asa untuk tolong ingatkan ayat minta izin itu. Mereka berbisik dengan bersungguh2, niat penuh ikhlas, hati penuh murni, muka berseri2 hendak menolong mereka y ditahan di luar..walaupun ditegah ustazah.

Ustazah juga, terkenal dengan teori "Hantu Mengantuk". Katanya, hantu mengantuk ini akan hinggap di atas pelajar dan hanya beliau boleh melihatnya. Sekiranya, didapati, beliau akan menghalaunya dengan suaranya y dapat menakutkan hantu itu, lalu menyebabkan hantu tersebut lari..atau… hinggap pada pelajar lain. Memang benar. Aku teringat, ketika terasa lali, lalu, disergah ustazah dengan jari telunjuknya pada mukaku dan matanya bulat memandang ke arahku sambil berkata "HHHAAAAHHHHH….ANA NAMPAK DAH HANTU MENGANTUKKK!!! SHUHHH…SHUUUUHHH..!!" huh…ketika itu jugalah, terasa seolah2 beban 1000kg di mata hilang serta-merta…fresh! Sangat FRESH… lebih segar daripada air telaga y sejuk di kampong.

Ketika berada di SMKA Nibong Tebal, untuk pertandingan "Hiwar Bahasa Arab" (Perbualan Bahasa Arab), aku demam. Ustazah lah y berkejar membelikan ku Panadol. Namun, ketika diberikan kepadaku, aku belum lagi makan. Ketika itu jugalah, beliau menyeluk handbag nya dan menjumpai mentos. Katanya, "Anti makanlah mentos dulu. Ana takut demam makin melarat. Nak belanja di kantin, kantin tutup." Aku terharu. Baruku sedar, y garangnya di kelas, adalah kerana sayangnya kepada murid2 nya.

Ustaz Suhaimi Sudin pula, tidak kurang hebatnya. Dendanya, sama seperti y digambarkan di atas. Malah, ada y lebih dari itu. Pernah sekali, kami sekelas diberi tugasan menghafal 14 jenis 'wazan'. Bab ini, ketika itu, dikategorikan, agak sukar, tambah pula, jika disuruh untuk apply pada 'fi'il' (kata kerja) lain. Aku, Khod (khodijah), Mien (syahmin), dan Fadz (fadzliana), diletakkan satu group. Setiap ahli kumpulan, perlu tasmii' secara serentak dan lancar. Malangnya, kumpulan kami, ada ja y slack…tengah2 duk hafal, ada y terdiam..ulang balik.. bila dah ok..ada pulak y terlebih bagi wazan pulak..duk nak hafal sekali lagi, tiba2 tengok muka kawan, nak tergelak.. macam2..akibatnya, kami lah kumpulan terakhir untuk menghabiskan penghafalan tersebut. Jadi, dendanya, ialah, jalan itik dari hujung kelas, masuk ke kelas sebelah (kelas kosong). Memandangkan tiada reaksi dari ahli kelas2 sebelah, kerana khusyuk belajar, ustaz menyuruh kami untuk buat bunyi "quack" sambil jalan itik. Huhu..apalagi.. seperti y diharapkan ustaz, semua memandang kearah kami berempat y berlagak seperti itik2 gergasi tersesat.

Antara kata2 y ustaz suka guna ialah "Huh!! Punggah!! Pi hapai len.." (*hafal lain) . Kena ayat tuh, memang *down*.. Ustaz juga sering menaikkan semangat kami untuk melanjutkan pengajian Bahasa Arab di Jordan. "Hangpa pulun betui2, pastu, pi Jordan. Sana memang best! Tempat lawa.. Makan sedap.. Orang depa..masyaAllah.. cantik2!" begitulah promosi ustaz. Harapan ustaz, supaya at least sorang dari murid2 y diajarnya, akan mengikut jejak langkahnya. Sungguh kebapaan sifatnya.

Begitulah kisah dua insan y sangat memberi kesan dalam pemahaman aku terhadap bahasa Al-Quran. Semoga Allah memberkati usaha mereka dan merahmati mereka. Amin. Terima kasih Ustaz Suhaimi dan Ustazah, insyaAllah, jika diberi ruang dan peluang untuk teruskan pengajian Bahasa Arab, tidak akan aku sia-siakannya.

Wallahua'lam.

Wednesday, June 03, 2009

Bila Masuk,nak Keluar..Dah Keluar Nak Masuk

Kadang-kadang teringat kembali zaman persekolahan dulu2..best nye.... hanya Allah yang tahu betapa hati merindui saat2 di sekolah. Memang tak dapat dinafikan dulu2 teringin saja nak melangkah keluar pagar sekolah tu..terasa seolah2 ada syurga di seberang sana...

huhu..pernah sekali,memang tak dapat tahan dah gelora dalam jiwa remaja (time tu)..so, aku pun turut serta dalam plan member2 aku..untuk terbang tanpa sayap..time tu memang tak piker panjang..dah la exam PMR nak dekat..patutnya study la..tapi 'patut' tu tinggal 'patut'...aku Cuma nak hirup udara luar (cey,bajet udara Alor Setar tu segar sangat..

Plan punya plan, akhirnya, keluar jugak..fuh..tak sangka...time tu terasa cam hebat gila r...padahal..kat kawasan kampong belakang SMKAK tuh banyak ja mata2 yang memandang..time tu petang lagi r menyerlah..ada jugak budak laki nampak tapi,buat dek je.. "ala, diorang pun mcm la xpernah keluar..bajet nak larang orang,"...tu la eksperesi dariku time tu..

Sambil bersiar2 (ayat skema),terlintas gak kat fikiran aku...harapan mak ayah aku, dosa pahala kerja tuh, and consequences yang maybe menimpa kitorg sekiranya kena tangkap..tapi hatiku berbisik, "xpelah, ni first and last time je.." Lagipun, kitorg bkn nya pergi jauh2 pon..xbeli pape pon..saja nak meraa kepuasan melanggar undang2 sekolah.. Rules are made to be broken..

Disebabkan cerita ni dah 3 tahun berlalu, aku pon xbrapa ingat berapa lama keluar..nak dipendek cerita, time kitorg nak balik..tetiba je ada kereta cikgu..fuhh..cikgu tu 'cengiiirr'...ntah kenapa dia duk round2 dgn kereta Avanza kat depan gate yang kita lalu..sedang kitorg duk perhati,tetiba dia kalih..tunduk!!! kita semua mcam main CS plak..undur2...tapi..adduuusss...dia bukak mulut.. "kamu buat apa kat situ..??!!"

kantoi...kita pon keluar la macam semut.. "oo..fly ya....ingat cikgu xtau erk...ingat korg perempuan cikgu x syak la...nih, dengar nih, nasib baik kamu sampai semula kat sekolah..kalau x, macam mana..??!! kamu ingat, kamu keluar nix de org nampak..heh,ade je mata2 yang dok menengok..cikgu terkejut bila orang kampong telepon, bagitau ada pelajar perempuan kat merayau..bukan satu..dua tiga orang telefon" terdiam..xterkata..nak menjawab pa lagi..dah mmg bersalah...orang kampong,orang kampong...tengok pintu terkunci ja..xde yang duduk2 kat luar..tapi rupanya kat dlam tuh...jadi spy...!

 "kamu nak saya buat apa..??pernah buat camni x before nih??" "tak cikgu..ni first time.." tu ja yang boleh jawab.. "ok, sebab saya xrasa nak denda kamu, saya bagi kamu 'chan'..lain kali, kalau kamu buat lagi..xkira la sapa yang tangkap..saya ka, cikgu lain ka,waden lain ka...siap la kamu...tau la apa nak dibuat..0ok??" "ok cikgu..soriii..janji xbuat dah..kitorg mintak maaf sgt2..terima kasih cikgu SURAYA.."

itulah first and last time kitorg buat kerja tuh..memang pikir2 balik...xde maknanya semua tuh..sja..nak 'menerai' (men try)..jiwa remaja memberontak...lagipon...aku kena buat betol2 Pmr sebab memang nak keluar gila2 dari sekolah tu..konon xbest..tapi, bila ingat balik...kat SMKAK la aku banyak mengukir kenangan2 yang sememangnya xdapat dilupakan........