Aku ingin melihat dunia seperti mana Allah hendak aku melihatnya dan Aku ingin hidup di dalamnya seperti mana Allah hendak aku hidup.
Saturday, October 20, 2012
Sensitiviti Hati
Monday, April 30, 2012
bagaikan bintang~
Firman Allah s.w.t.
Thursday, February 23, 2012
istikhara..it isn't a magic ball =)
Friday, December 30, 2011
It's a process..
or etc, etc.
contoh:
kata Umar Al-Khattab R.A..
simple x?
Sunday, December 25, 2011
Lukisan hati @PMS '11
Tempat yang sangat indah pemandangannya. Semakin aku melihat lukisan alam yang terbentang,
semakin aku merasakan kehadiranNya,
dan hati ini semakin dirasakan untuk menemuiNya,
seolah jiwa ini ingin keluar dari jasad, pergi menemui Dia, Sang Pencipta,
namun hati ini hanya dapat meronta2 dengan madah kata..
''Take me there (syurga) with you..
A place of no worries and a place of ultimate peace and love..
A place that's much much much more better than the one laid in front of my very eyes..
Take me there with the ones I love,
and..
With the ones that they love..
For I want to see you and me and them of no more worries..
For there, we know that the beauty of Jannah is of ours to own..''
Hati dan mata ini terus menghayati keindahan alam,
Satu persatu tiada cacat celanya,
Sungguh indah ciptaan Allah itu,
Teliti
Halus
Indah
Cukup indah..
Nikmat alam untuk kehidupan kita..
Namun bila satu nikmat ditarik,
Terus dirasakan seolah hilang satu dunia..
Hilang keindahan itu,
Seolah ketelitian ciptaan dan pembahagian rezeki itu tidak lagi ada?
Seolah kehalusan kasihNya telah totally berubah pada kekasaran dan kesukaran ujiannya?
Tidak..
Dia masih di sana..
Menunggu kita..
Menyukai suara2 ini terus dan terus memohon padaNya bukan pada yang lain..
Menanti bilakah air mata itu akan mengalir keranaNya bukan kerana perkara lain..
Lantas tangan bergerak mencapai alQuran,
Lalu memegangnya, dan memeluk surat cinta itu..
Dan perlahan2 hati mula menangis, sungguhpun mata tetap kering..
Aku rindukan perasaan ini..
Mungkin kerana kurangnya tadabbur quran,
Mungkin kerana kurangnya mathurat,
Mungkin kerana kurangnya solat malam,
Jasad terus makan dan makan, namun hati dibiar kelaparan..
Oh Allah terima kasih kerana membentangkan alam ini untuk melahirkan rasa rindu ini..!
Lantas ku mencapai pena untuk melukis alamMu ini, yang kulihat, ketika berseorangan di anak tangga..
@PMS 2011
P.s: lawa gk aku melukis..huhu :P
Tuesday, October 04, 2011
UK panas?? -Indian Summer-
Monday, September 05, 2011
Keadaan dunia perlu jadi pendorong kita..
Setelah reformasi selama lebih kurang 8 tahun, kini, dapat dilihat negara ni, seakan men'divert'kan dirinya daripada regime Kamal Artartuk yang telah mensekularkan agama Islam di negara ini.
*bdasarkan google dictionary, secularism= a doctrine that rejects religion and religious considerations.
Tanpa perlu menyebut pun ideologi yang dibawa melalui reformasi2 tu, seluruh dunia seolah dapat menafsirkan yang mereka sedang menuju ke arah pembangunan negara Islam yang lebih syumul. Ada yang melabelkan ini sbagai kenaikan semula Kerajaan Turki Uthmaniyah (Ottoman Empire), tapi bagi aku, bukanlah 'kerajaan' itu yang mereka kejarkan, tapi, insyallah, misi menegakkan kalimah syahadah itulah yang mereka buru kan, seterusnya menafikan segala sistem2 dunia yang bertentangan dengan apa yang telah Islam ajarkan dalam segala aspek politik, ekonomi, dan sosial. Turki juga membantu negara2 arab yang lain untuk mebangun spt Syria, dan memberi nasihat2 kpd Mesir, Sudan dan negara2 lain yang meminta nasihatnya. Mereka juga bersikap tegas Israel yang degil dan xmghormati orang tu :)
America.. Sesak dalam kemewahan silam.
Kejatuhan demi kejatuhan sedang menimpa negara yang dahulunya merupakan kuasa ekonomi terbesar di dunia ni. Kesakitan yang di rasa, bukanlah kerana hadirnya tentera2 penggempur dari kuasa lain, dan bukan juga kerana ada 'gunting dalam lipatan' yang ingin menggulingkan kerajaannya, tetapi kerana keangkuhan dalam mengendalikan negaranya. Mereka leka dalam kekayaan, dan kemewahan. Hidup di atas pembelian orang lain, membeli tanpa wang yang nyata dan mengaut untung untuk diri sendiri tanpa memberi makan pada fakir miskin. Mereka juga terlalu sibuk melabur dalam militari dan peperangan di negara orang i.e Afghanistan, Palestin, etc.
Kerana kegagalan sistem2 mereka, ekonominya goyah..pelabur2 mula hilang kepercayaan pada kestabilannya. Sedikit demi sedikit aliran wang menyempit..dan aku lihat nya, seakan jatuh ditimpa tangga.
Eropah.. Jatuh juga tempias
Begitu juga dgn eurozone. Recession demi recession terpaksa dihadapi. dan kini, tempias dari US juga, merisaukan meraka. Makcik Merkel dan pakcik Sarkozy ke hulu ke hilir mengusahakan yang terbaik untuk hubungan dan stabiliti eurozone. Agak mengah aku nak baca yang ni, jadi, komentari tentang eurozone xbyk dpt dibuat. huuu~
Mesir.. Menunggu dan berharap dgn doa
Setelah pelbagai liputan berita di uar2 kan mengenai demonstrasi untuk reformasi kerajaan, kini, saudara Islam sedunia menunggu dgn doa, supaya Mesir dapat berdiri sbg negara Islam yang berdikari dan bebas menyebarkan fikrah Islamiyah yang dipelopori oleh Ikhwan Muslimin (IM) dan tidak lagi menjadi boneka US dan Israel.
Apa yang aku kagum dengan uprising di Mesir banding dengan Libya, dan Tunisia ialah, semangat masyarakat Mesir tidaklah dikepalai oleh mana2 ketua atau sentimen perkauman, seperti Libya yang mana ada banyak tribes. Malah, ada sumber yang mengatakan, di Tahrir Square tu, demonstrasinya berlaku secara aman dan teratur, di mana, orang2 IM berusaha menjaga dan mengawal kemasukan masyarakat Mesir ke tahrir squrae dgn memeriksa identity card masing2 bagi elakkan orang asing melakukan kekacauan.
***************************
Ini lah nasib sistem2 rekaan manusia. Kesemuanya, akan menemui jalan kebuntuan. Kerana itu, Islam datang membawa risalah panduan untuk hidup di muka bumi ini.
"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [3:54]
Melihat peralihan demi peralihan, aku merasakan kejayaan yang dijanjikan semakin dekat, insyaAllah.
dan aku ingin menjadi dan turut serta dengan mereka yang mengusahakan kejayaan ini, yang mendukung cita-cita untuk melihat Islam sebagai Ustazatul Alam (UA) suatu hari nanti. Mungkin bukan pada zaman aku hidup, tapi insylh, di zaman cucu cicit cecet *cecet=rekaan semata-mata..huhu..* nanti..
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima taubat." [110:1-3]
dan apabila umat Islam berada di tapak kegemilangan semula, bermakna, hari Kiamat, the Day of Judgement, semakin dekat.
Moga kita tidak terlambat untuk bekerja dan tidak ketinggalan dengan usaha2 ini.
Moga Dia sentiasa memberkati usaha kita, walaupun sebesar zarah.
Wallahu'alam.
Sunday, May 08, 2011
JOM ke MOC? atau JOM ke MOC!
Sunday, March 06, 2011
jahiliyyah y melekat..
Untuk lebih lanjut, boleh klik link ini
http://kpidakwah1.blogspot.com/2010/10/definisi-jahiliyah.html
Sgguhpun, aku bukanlah org y ssuai utk mengulas ttg isu ini, tapi rasanya, adlh mjadi tggungjwb kita mengingatkn stu sama lain...
Bismillah..
Setiap org inginkan kbahagiaan dlm hidup. Dan kbykan org, inginkan perubahan dlm hidup-turning point. Namun setakat manakah usaha kita ke arah itu?? Apekah cita2 dan hasrat itu, dipasang hanya ketika jiwa tenang, dan smgt membara?? Sedangkan api y terang menyala akan padam jua suatu hari nnt, inikan pula, jiwa manusia, y penuh dosa..
Namun, aku xkata, smgt itu xpenting..tapi y ingin ditekankan ialah penyusulan gaya hidup kita,stelah dtg nya cahaya hidayah itu.
Sblm mengorak lgkh utk mbuang jahilyah, mengenal pasti jahilyah itu sndiri amat penting spya, kita sedar tujuan prubahan itu.
Ramai org kata susah..tapi dlm ayat-ayat Allah, dikatakan olehNya, bhw tiada apa di dunia ini susah utkNya, kerana Dia lah y Maha Kuasa. Dan Sebesar2 masalah y dihadapi oleh kita, ketahuilah bhw, Allah itu lebih besar dan Maha Besar..maka, pintalah darinya, pertolongan.
Kadangkala, apabila smgt utk mnolak ke tepi sgala jahilyah mningkat, kita tend utk berkata..
''oh, aku xnak dah benda nih, benda tuh..''
''aku dh bersedia nih, nk buang jahiliyah''
''aku tekad, aku tekad, aku tekad''
Dan lain2..
Tapi kita masih dgn gaya hidup kita y lain. Cumanya, kali ini, tidak lah dilakukan prkara2 y dikatakn jahilyah itu. Cara kita melihat dunia, masih sama, cara kita beribadat masih sama, kedalaman ilmu pgtahuan masih di thp sama, kekerapan kita mngingat Allah, masih sama...
Cuma y xsama, kita tekad utk xbuat prkara tu dah..
Jadi, persoalannya, di sini, ialah..selama manakah kita akan bertahan dgn pmbuangan jahiliyah itu??
Jawapannya, ialah..tidak lama..percayalah.
Ini kerana, jiwa kita itu, masih kosong, masih lagi dahagakan makanan rohani. Jika tidak diberi suapan utk rohani, pasti ianya, akan mronta2, dan akhirnya, kembali kpd jahiliyah itu..sikap lama itu..kerana, telah lama sikap itu, ada pd kita..
Sbnrnya, progress pmbuangan jahiliyah perlu dilakukan in a steady rate. Not too drastic neither too relaxing.
Hasrat utk xnak pd jahiliyah itu perlu, disusuli dgn amal2 baik dan soleh spt, pnambahan kekerapan baca quran, zikir, solat sunat, dan kaitan hidup dgn Allah. Walaupn nmpk seolah tidak mberi efek, atau, slow, atau rasa mls mbebani kita, tapi sbnrnya, amalan2 inilah y bisa mgantikan dan mgubah gaya hidup kita.
Suka utk sy selitkan, analogi; cawan y dipenuhi air kotor. Umpamakan hati itu adalah cawan, jahilyah adalah air kotor, dan amal soleh adalah air y bersih. Apabila, air y bersih dituang kedalamnya, secara berterusan, lama2 secara xlgsungnya, air kotor itu akan keluar sbg sesaran dan dgnti dgn air y bersih. Bgitu jualah utk hati kita. Pnambahan pghayatan akidah oleh mata hati dan dsrtai dgn amal soleh dan doa pdNya..insylh akan bisa mmadamkan jahilyah pd diri..
Sma2 kita cuba mempraktikkan nya. Moga cita2 utk mlakukan turning point itu tidak disia-siakan dek krna menurut kata hati y xbrlandaskan keimanan pdNya...
Wallahu'alam.
Sunday, February 06, 2011
Ingin berlari bersamamu ke syurga...ya Allah, bantuilah kami..

Monday, January 17, 2011
Moga terus thabat..


Sunday, November 14, 2010
manusia perlukan PRESSURE..
After lecture, knowledge: 10-20%, kalau fokus lebih, buleh la smpai 30%
Sikitnya..kan2??
Kadang2 tpikir, bljr kt uni lgi mendlm+susah..tapi, y mgajar, lagi simple cara dy ajar..abis tu, nak excel mcm mana?
Kalau dekat sekolah dulu, nak bljar pasal respiration ja..cikgu di skolah, terang, bukan main dalam. Siap tanya, paham ke tak. Kalau tak, nak terang lagi. Tak cukup dgn tu, pergi lab, belah katak; nak tgok ape jer..jantung katak bdegup?
Kalau kat uni, budak medik-cikgu ckp:
'ini lungs'
Lepas tu, balik, students kna cari, apa fungsi lungs, urat apa ada kt lungs, size dia apa..bla2.. Simple kan, kerja lecturer?
(ok, contoh y di ats ni, exaggerate sikit)
Tapi, students masih mmpu nak ikut, fhm dan apply pengajian tsebut..kalau org biasa, y sja2 nak blajar ttg medik, mampu ke utk, habiskan pengajian itu dlm tempoh y sama? Mungkin boleh..tpi sukar..knapa ya?
Mungkin Salah satu sbb, ialah students di uni ada PRESSURE nya, y tsendiri iaitu; datelines y wajib utk dipatuhi, tests y wajib diduduki, kuiz2 y wajib di hantar, kelas2 y wajib dihadiri..semua wajib..ya, pressure.
Manusia bila ada something or someone y pressure nya, utk buat sesuatu, dia dapat buat, walaupun kdg2 prkara tu seolah mustahil utk dilakukan.
Sbb itulah, Allah mensyariatkan kita utk beribadat kpdNya; menetapkan waktu olat, tarikh2 bpuasa, dan menciptakan syurga neraka, supaya, kita ada urgent utk beribadat kpdNya.
'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan utk mereka beribadat kpd Ku '(51:56)
So, apa motif aku ckp semua ni??
Motif:
-Update blog
-Isi masa lpg
-Test application blog dlm nfon
Ok husna...ini sgt 'lame' =.="
Motif:
-Sedarkn bhw semua prkara y kita lakukan ini, bgntung kpd thp urgency kita thdp prkara itu
-Urgency itu tletak pd niat
-Pressure itu bukan utk melemahkan, tpi utk kita bgerak lebih ke hadapan
-Pressure itu juga, mbntuk disiplin
Jadi, sama2 lah mgejar iman, ilmu, kjayaan dan kebahagiaan dunia akhirat. Bangun,bangun, bangun..it all starts from u. It's how u priorities things, in order to work them out to the fullest...
P/s: jom start 'reheat' surah y dh hafal. Dan topup lagi..insylh :)
Wallahu'alam.
Sunday, September 19, 2010
Kenduri Raya - Jihad
aku belajar nih, kerana Allah..
Wednesday, July 14, 2010
Rindunya daku pada Bahasa Arab
Kali ni, terasa seperti nak bercerita..bukan. menaip sebuah cerpen. Mungkin menarik, mungkin tidak..tapi, layan je lah..
Seperti hari2 biasa, ketika cuti A-level, aku dan abangku, mengemas rumah dan menyediakan masakan tengahari. Kali ini, menu yang dipilih ialah kari ayam. Namun, disebabkan belum lagi 'master' masakan kari ayam, versi ummi kami, maka, aku memilih untuk hanya menyediakan bahan2 nya, dan masak bersama ummi setelah dia pulang dari mengajar. Setelah siap masak sayur, potong nenas, ready bahan2 untuk kari ayam, aku pun, keluar dari dapur. Jam ketika itu, menunjukkan pukul 10 pagi. Melihat adikku, Irsyad (Ishad) sedang membuat kerjasekolah nya, yang xpernah berkurang, aku pun terus menjenguknya. Kebetulan juga, pada masa itu, dia hendak beransur dari mejanya. Maka, berlakulah perbualan ini:
Aku: Eh Ishad..ni, ade y xbuat lg. nape nak tutup dah buku?
Irsyad: oh..y ni xtahu..
Aku: lah..tanya la una ni..meh nak tengok.
Irsyad: Alaaa…
Aku: habis tuh, nak tiru kawan? Cuba la buat sndri..meh tengok..
Irsyad: Biasa, kawan ishad y tiru ishad..bukan ishad..k la, na..
Aku tahu, dalam kepalanya, hanyalah hendak bermain computer. Matanya, sekali sekala menjeling kearah jam di dinding. Jam 11.15pg perlu bersiap ke sekolah. Sekali dua dia mengeluh. Tapi, kubiarkan kehendaknya, tidak dipenuhi buat sementara waktu, kerana kerja sekolahnya ialah Bahasa Arab. Aku ingin melihatnya berjaya dalam subjek ini dan meneruskannya sekurang-kurangnya sehingga tingakatan 5.
Sambil membaca dan menafsir petikan Bahasa Arab y bertajuk "Tanggang" di dalam buku teks tingakatan dua, aku teringat kembali akan kenangan2 sewaktu belajar Bahasa Arab di alam persekolahan. Sungguh manis. Ustazah Fudhla Suria dan Ustaz Suhaimi Sudin, itulah nama2 y tidak akan kulupa, kerana, merekalah y mengajar aku Bahasa Arab sehingga aku dapat memahami sebahagian maksud Al-Quran. Alhamdulillah.
Ustazah Fudhla, merupakan satu2 nya guru y mengajarku bahasa ini, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Beliau sangat tegas, dan berdisiplin dalam proses Pengajaran dan Pembeljaran (P&P). namun, sifat penyayang nya, masih dapat dirasai oleh setiap anak muridnya. Beliau sangat mementingkan penghafalan perkataan2 bahasa Arab. Sekiranya, tidak dapat hafal dengan lancer, dendanya, ialah berdiri, sekiranya, masih lagi gagap atau tertukar baris walaupun sedikit dendanya, adalah berdiri atas kerusi. Maka, berlumba-lumbalah kami untuk hafal dan 'tasmii' (diperdengarkan penghafalan) kepadanya. Kadang2 bukan xingat, tapi, tiba2 terketar2 bila berdepan dengannya. Gemuruh agaknya. Kadang2 suara2 sumbang dari kawan2 y menyebabkan terganggu penghafalan itu. Macam2 alasan. Tapi, kalau dah kena berdiri, berdiri je la.. Begitu juga, sekiranya nak keluar ,masuk kelas. Haruslah meminta izin dalam bahasa Arab. Biasanya, kami akan tertukar "khuruj" (keluar) dan "dukhul" (masuk). Entah kenapa. Kalau terlupa, alamatnya, permintaan anda tidak akan dilayan. Xkiralah tahan ke xtahan..dan talian hayat dari rakan2 lain adalah tidak dibenarkan.. Terasa geli hati, apabila teringatkan wajah rakan2 y xpernah putus asa untuk tolong ingatkan ayat minta izin itu. Mereka berbisik dengan bersungguh2, niat penuh ikhlas, hati penuh murni, muka berseri2 hendak menolong mereka y ditahan di luar..walaupun ditegah ustazah.
Ustazah juga, terkenal dengan teori "Hantu Mengantuk". Katanya, hantu mengantuk ini akan hinggap di atas pelajar dan hanya beliau boleh melihatnya. Sekiranya, didapati, beliau akan menghalaunya dengan suaranya y dapat menakutkan hantu itu, lalu menyebabkan hantu tersebut lari..atau… hinggap pada pelajar lain. Memang benar. Aku teringat, ketika terasa lali, lalu, disergah ustazah dengan jari telunjuknya pada mukaku dan matanya bulat memandang ke arahku sambil berkata "HHHAAAAHHHHH….ANA NAMPAK DAH HANTU MENGANTUKKK!!! SHUHHH…SHUUUUHHH..!!" huh…ketika itu jugalah, terasa seolah2 beban 1000kg di mata hilang serta-merta…fresh! Sangat FRESH… lebih segar daripada air telaga y sejuk di kampong.
Ketika berada di SMKA Nibong Tebal, untuk pertandingan "Hiwar Bahasa Arab" (Perbualan Bahasa Arab), aku demam. Ustazah lah y berkejar membelikan ku Panadol. Namun, ketika diberikan kepadaku, aku belum lagi makan. Ketika itu jugalah, beliau menyeluk handbag nya dan menjumpai mentos. Katanya, "Anti makanlah mentos dulu. Ana takut demam makin melarat. Nak belanja di kantin, kantin tutup." Aku terharu. Baruku sedar, y garangnya di kelas, adalah kerana sayangnya kepada murid2 nya.
Ustaz Suhaimi Sudin pula, tidak kurang hebatnya. Dendanya, sama seperti y digambarkan di atas. Malah, ada y lebih dari itu. Pernah sekali, kami sekelas diberi tugasan menghafal 14 jenis 'wazan'. Bab ini, ketika itu, dikategorikan, agak sukar, tambah pula, jika disuruh untuk apply pada 'fi'il' (kata kerja) lain. Aku, Khod (khodijah), Mien (syahmin), dan Fadz (fadzliana), diletakkan satu group. Setiap ahli kumpulan, perlu tasmii' secara serentak dan lancar. Malangnya, kumpulan kami, ada ja y slack…tengah2 duk hafal, ada y terdiam..ulang balik.. bila dah ok..ada pulak y terlebih bagi wazan pulak..duk nak hafal sekali lagi, tiba2 tengok muka kawan, nak tergelak.. macam2..akibatnya, kami lah kumpulan terakhir untuk menghabiskan penghafalan tersebut. Jadi, dendanya, ialah, jalan itik dari hujung kelas, masuk ke kelas sebelah (kelas kosong). Memandangkan tiada reaksi dari ahli kelas2 sebelah, kerana khusyuk belajar, ustaz menyuruh kami untuk buat bunyi "quack" sambil jalan itik. Huhu..apalagi.. seperti y diharapkan ustaz, semua memandang kearah kami berempat y berlagak seperti itik2 gergasi tersesat.
Antara kata2 y ustaz suka guna ialah "Huh!! Punggah!! Pi hapai len.." (*hafal lain) . Kena ayat tuh, memang *down*.. Ustaz juga sering menaikkan semangat kami untuk melanjutkan pengajian Bahasa Arab di Jordan. "Hangpa pulun betui2, pastu, pi Jordan. Sana memang best! Tempat lawa.. Makan sedap.. Orang depa..masyaAllah.. cantik2!" begitulah promosi ustaz. Harapan ustaz, supaya at least sorang dari murid2 y diajarnya, akan mengikut jejak langkahnya. Sungguh kebapaan sifatnya.
Begitulah kisah dua insan y sangat memberi kesan dalam pemahaman aku terhadap bahasa Al-Quran. Semoga Allah memberkati usaha mereka dan merahmati mereka. Amin. Terima kasih Ustaz Suhaimi dan Ustazah, insyaAllah, jika diberi ruang dan peluang untuk teruskan pengajian Bahasa Arab, tidak akan aku sia-siakannya.
Wallahua'lam.
Thursday, February 04, 2010
Fallin' in Love..
Thursday, December 31, 2009
"Be de boom" "praaangg"


Akhlak Islamiyah sepatutnya perlu dizahirkan oleh setiap Muslim





.jpg)