Showing posts with label sbpikp. Show all posts
Showing posts with label sbpikp. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Rindunya daku pada Bahasa Arab

Kali ni, terasa seperti nak bercerita..bukan. menaip sebuah cerpen. Mungkin menarik, mungkin tidak..tapi, layan je lah..

Seperti hari2 biasa, ketika cuti A-level, aku dan abangku, mengemas rumah dan menyediakan masakan tengahari. Kali ini, menu yang dipilih ialah kari ayam. Namun, disebabkan belum lagi 'master' masakan kari ayam, versi ummi kami, maka, aku memilih untuk hanya menyediakan bahan2 nya, dan masak bersama ummi setelah dia pulang dari mengajar. Setelah siap masak sayur, potong nenas, ready bahan2 untuk kari ayam, aku pun, keluar dari dapur. Jam ketika itu, menunjukkan pukul 10 pagi. Melihat adikku, Irsyad (Ishad) sedang membuat kerjasekolah nya, yang xpernah berkurang, aku pun terus menjenguknya. Kebetulan juga, pada masa itu, dia hendak beransur dari mejanya. Maka, berlakulah perbualan ini:

Aku: Eh Ishad..ni, ade y xbuat lg. nape nak tutup dah buku?

Irsyad: oh..y ni xtahu..

Aku: lah..tanya la una ni..meh nak tengok.

Irsyad: Alaaa…

Aku: habis tuh, nak tiru kawan? Cuba la buat sndri..meh tengok..

Irsyad: Biasa, kawan ishad y tiru ishad..bukan ishad..k la, na..

Aku tahu, dalam kepalanya, hanyalah hendak bermain computer. Matanya, sekali sekala menjeling kearah jam di dinding. Jam 11.15pg perlu bersiap ke sekolah. Sekali dua dia mengeluh. Tapi, kubiarkan kehendaknya, tidak dipenuhi buat sementara waktu, kerana kerja sekolahnya ialah Bahasa Arab. Aku ingin melihatnya berjaya dalam subjek ini dan meneruskannya sekurang-kurangnya sehingga tingakatan 5.

Sambil membaca dan menafsir petikan Bahasa Arab y bertajuk "Tanggang" di dalam buku teks tingakatan dua, aku teringat kembali akan kenangan2 sewaktu belajar Bahasa Arab di alam persekolahan. Sungguh manis. Ustazah Fudhla Suria dan Ustaz Suhaimi Sudin, itulah nama2 y tidak akan kulupa, kerana, merekalah y mengajar aku Bahasa Arab sehingga aku dapat memahami sebahagian maksud Al-Quran. Alhamdulillah.

Ustazah Fudhla, merupakan satu2 nya guru y mengajarku bahasa ini, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Beliau sangat tegas, dan berdisiplin dalam proses Pengajaran dan Pembeljaran (P&P). namun, sifat penyayang nya, masih dapat dirasai oleh setiap anak muridnya. Beliau sangat mementingkan penghafalan perkataan2 bahasa Arab. Sekiranya, tidak dapat hafal dengan lancer, dendanya, ialah berdiri, sekiranya, masih lagi gagap atau tertukar baris walaupun sedikit dendanya, adalah berdiri atas kerusi. Maka, berlumba-lumbalah kami untuk hafal dan 'tasmii' (diperdengarkan penghafalan) kepadanya. Kadang2 bukan xingat, tapi, tiba2 terketar2 bila berdepan dengannya. Gemuruh agaknya. Kadang2 suara2 sumbang dari kawan2 y menyebabkan terganggu penghafalan itu. Macam2 alasan. Tapi, kalau dah kena berdiri, berdiri je la.. Begitu juga, sekiranya nak keluar ,masuk kelas. Haruslah meminta izin dalam bahasa Arab. Biasanya, kami akan tertukar "khuruj" (keluar) dan "dukhul" (masuk). Entah kenapa. Kalau terlupa, alamatnya, permintaan anda tidak akan dilayan. Xkiralah tahan ke xtahan..dan talian hayat dari rakan2 lain adalah tidak dibenarkan.. Terasa geli hati, apabila teringatkan wajah rakan2 y xpernah putus asa untuk tolong ingatkan ayat minta izin itu. Mereka berbisik dengan bersungguh2, niat penuh ikhlas, hati penuh murni, muka berseri2 hendak menolong mereka y ditahan di luar..walaupun ditegah ustazah.

Ustazah juga, terkenal dengan teori "Hantu Mengantuk". Katanya, hantu mengantuk ini akan hinggap di atas pelajar dan hanya beliau boleh melihatnya. Sekiranya, didapati, beliau akan menghalaunya dengan suaranya y dapat menakutkan hantu itu, lalu menyebabkan hantu tersebut lari..atau… hinggap pada pelajar lain. Memang benar. Aku teringat, ketika terasa lali, lalu, disergah ustazah dengan jari telunjuknya pada mukaku dan matanya bulat memandang ke arahku sambil berkata "HHHAAAAHHHHH….ANA NAMPAK DAH HANTU MENGANTUKKK!!! SHUHHH…SHUUUUHHH..!!" huh…ketika itu jugalah, terasa seolah2 beban 1000kg di mata hilang serta-merta…fresh! Sangat FRESH… lebih segar daripada air telaga y sejuk di kampong.

Ketika berada di SMKA Nibong Tebal, untuk pertandingan "Hiwar Bahasa Arab" (Perbualan Bahasa Arab), aku demam. Ustazah lah y berkejar membelikan ku Panadol. Namun, ketika diberikan kepadaku, aku belum lagi makan. Ketika itu jugalah, beliau menyeluk handbag nya dan menjumpai mentos. Katanya, "Anti makanlah mentos dulu. Ana takut demam makin melarat. Nak belanja di kantin, kantin tutup." Aku terharu. Baruku sedar, y garangnya di kelas, adalah kerana sayangnya kepada murid2 nya.

Ustaz Suhaimi Sudin pula, tidak kurang hebatnya. Dendanya, sama seperti y digambarkan di atas. Malah, ada y lebih dari itu. Pernah sekali, kami sekelas diberi tugasan menghafal 14 jenis 'wazan'. Bab ini, ketika itu, dikategorikan, agak sukar, tambah pula, jika disuruh untuk apply pada 'fi'il' (kata kerja) lain. Aku, Khod (khodijah), Mien (syahmin), dan Fadz (fadzliana), diletakkan satu group. Setiap ahli kumpulan, perlu tasmii' secara serentak dan lancar. Malangnya, kumpulan kami, ada ja y slack…tengah2 duk hafal, ada y terdiam..ulang balik.. bila dah ok..ada pulak y terlebih bagi wazan pulak..duk nak hafal sekali lagi, tiba2 tengok muka kawan, nak tergelak.. macam2..akibatnya, kami lah kumpulan terakhir untuk menghabiskan penghafalan tersebut. Jadi, dendanya, ialah, jalan itik dari hujung kelas, masuk ke kelas sebelah (kelas kosong). Memandangkan tiada reaksi dari ahli kelas2 sebelah, kerana khusyuk belajar, ustaz menyuruh kami untuk buat bunyi "quack" sambil jalan itik. Huhu..apalagi.. seperti y diharapkan ustaz, semua memandang kearah kami berempat y berlagak seperti itik2 gergasi tersesat.

Antara kata2 y ustaz suka guna ialah "Huh!! Punggah!! Pi hapai len.." (*hafal lain) . Kena ayat tuh, memang *down*.. Ustaz juga sering menaikkan semangat kami untuk melanjutkan pengajian Bahasa Arab di Jordan. "Hangpa pulun betui2, pastu, pi Jordan. Sana memang best! Tempat lawa.. Makan sedap.. Orang depa..masyaAllah.. cantik2!" begitulah promosi ustaz. Harapan ustaz, supaya at least sorang dari murid2 y diajarnya, akan mengikut jejak langkahnya. Sungguh kebapaan sifatnya.

Begitulah kisah dua insan y sangat memberi kesan dalam pemahaman aku terhadap bahasa Al-Quran. Semoga Allah memberkati usaha mereka dan merahmati mereka. Amin. Terima kasih Ustaz Suhaimi dan Ustazah, insyaAllah, jika diberi ruang dan peluang untuk teruskan pengajian Bahasa Arab, tidak akan aku sia-siakannya.

Wallahua'lam.

Sunday, July 12, 2009

Tidakku Duga..

Demand, Supply...Deficit, surplus.. aku kini bermain dengan wang, berinteraksi dgn sikap manusia yang tiada henti kehendaknya.. benarkah ini msa depan ku???

Bukankah dahulunya aku sentiasa memekakkan telinga ini apbila TV mnyiarkan ttg saham, bisnes, dan..EKONOMI..??!!

Sememangnya aku bercita2 utk memakai kot putih,dengan stereoskop di leher lbih2 lgi dlm operation theatre..itulah menjadi impian ku..iaitu seorang doctor bedah..surgeon..tapi itu tinggal khayalan...aduh...

Mulanya begini...

"Beep, beep," telefonku berbunyi..ade mesej masuk..terhenti sebentar perbualan saya bersama rakan-rakan di kelas 5ikram

"TAHNIAH!! Anda telah terpilih untuk meyertai Program Latihan Khidmat Negara,utk maklumat lanjut, sila layari http://khidmatnegara.gov.my/"

"aaaarrrrgghhh....!!!tidak!!!aku xmau,aku xmau!!"bentak aku. Semua pandangan di kelas itu tertumpu padaku. "kenapa Husna?"soal salah seorang rakanku. Aku sememangnya tidak mahu mengikuti PLKN..aku ingin berada di rumah selepas SPM..sudah puas berada di asrama selama 5tahun.

Sejak dari itulah, aku berhempas pulas mencari sponsorships kerana menurut salah seorg rakanku, kalau ada surat tawaran untuk sambung belajar, maka, akan ditangguh, tapi kemungkinan untuk kita 'join' balik PLKN tuh, amat tipis..pendek kata, boleh la terlepas...! Jadi, aku pon cuba2 la nasib dengan menggunakan keputusan trial...yang diisi hanyalah borang Sime Darby dan MARA (program JAD).

Seminggu selepas tu, tetiba Cikgu Jayyid datang ke kelasku, time tu, xda cikgu.. "Ok...saya nak 10 orang..cepat2.."..tecengang, apesal cikgu tetiba je ni..."utk apa cikgu??"soal kami semua.. "takpa2, ok lah, mcm ni..cikgu nak sapa yang dapat 8A1 dan ke atas utk trial baru2 ni.."

Beberapa orang rakan sekelasku keluar, termasuk aku..cikgu pun cari lagi dari kelas2 lain sampai cukup 10 orang.. kami dibawa ke bilik kaunseling..

Disitulah kami di inform tentang tawaran biasiswa BANK NEGARA MALAYSIA..terkejut aku dan rakan2.."layak ke aku..?"desis hati kecilku.. setahu aku BNM hanya layak utk yang 'betul-betul kaw'.. rupa2 nya tawaran ini dibuka kepada sekolahku kerana telah berjaya mendududk tempat ke 10 dalam ranking SBP bg SPM 2007..

Senarai kos yang ditawarkan dibentangkan oleh Cikgu Jayyid

  • Jurutera kewangan
  • Matematik
  • Kewangan korporat
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Kewangan perbankan
  • Actuarial science
  • Law

Dan beberapa lagi...

"Eeee..ape menda suma nih..?? xpernah dengar.."rungut kitaorang. Semua tu tak langsung menarik minat ku..cikgu kata, sapa tak minat, boleh tarik diri dan buka peluang kepada yang lain..beberapa orang keluar..aku tidak.. mahu mencuba nasib..mana tahu boleh keluuar PLKN..

Aku tak tau nak pilih kos apa.. "Bismillahirrahmanirrahim...." jariku terhenti di kos Ekonomi.

Kebetulan.

Sekali lagi. Kali ini, panjang sikit, kerana ditambah pula selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ekonomi lagi. Kebetulan....

Kali ini, upgrade sikit, guna pen. Dibaca basmalah+selawat+doa sikit+pusingkan pen tu...=EKONOMI lagi!

Cukuplah..aku pon tulis je..dan meletakkan Negara UK sebagai pilihan Negara ku kerana hanya tiga pilihan diberi iaitu:

  • US (xnak..sbb byk crime)
  • Australia (errmm..pernah duk kt sana 2 tahun)
  • UK (the only left...pilih je lah)

Macam tu la ceritanya.. nak dipendekkan cerita, aku terpilih untuk menghadiri temuduga BNM, ada 3 part..essay(2jam), grouping(>1jam), personal interview (1jam) . katanya, dalam bulan 12 atau bulan 1, dia akan contact sekiranya kita terpilih..

Aku menghitung hari..

Disember

Januari

Tiada apa2 berita ku terima... aku lenyapkan harapan ku terhadap tawaran ini.. aku hanya sempat berPLKN selam seminggu dan telah menerima tawaran program MARA JAD kos engineering...kata ayah ku, "cukuplah along yang jadi engineer,una jadi la doctor ke apa2 yang lain"

Setelah 'menanam anggur' selama sebulan lebih..tetiba..pihak BNM telefon, menyatakan aku terpilih..

4 februari-tawaran dimaklum

7 februari-perlu beri jawapan..huh..???!!!apekah?? mana sempat..!!

Hasil istikharah aku, dan ummi ayah, mereka mengatakan eloklah sekiranya aku menerima tawaran itu. Agak sukar untuk percaya..

apa yang memeningkan aku lagi ialah harapan keluarga untuk aku menjadi doktor..

"Doh bakpe g pilih hok pelek2??" ..... "x emboh jadi dokkter ke?? Guane..?? nok keje mende kang nanti??" ..."Doh berahi ke tuh??"

Dush2!! Aku ditalu dengan pelbagai soalan terutama dari tok, tok saudara, mak pak saudara dan sepupu sepapat di TERENGGANU. Ummi ayah pon teragak2 tapi mereka tetap yakin dengan istikharah mereka.. "Insyaallah, Allah lebih mengetahui.. ramai lagi yang boleh jadi doctor,biarlah kita cuba bantu ummah Islam dari segi ekonomi..peluang ni susah dapat.."

Begitulah..

Dan kini, aku berdiri di bumi Kolej Yayasan United Engineering Malaysia (KYUEM), di Lembah Beringin, Tg. Malim. Melanjutkan pengajian dalam bidang EKONOMI..dan

Alhamdulillah banyak perkara yang telah dimudahkan-Nya, dan kini aku merasakan, inilah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui..

Rupa2 nya, hampir semua kawan2 ku yang under BNM, melalui nasib yang sama sepertiku

  • Uya; maths (cita2-doktor, dah siap packing &medical check up untuk ke Intec; medic- Russia)
  • Ili ; ekonomi (cita2-engineer)
  • Amy dan Mira (xde cita2, tapi telah masuk UTP sebelum tu)
  • Haq; ekonomi (berdasarkan majalah sekolahnya..cita2-neurologist)
Sungguh benar ayat-ayat Allah..dan ayat (2:216) ini amat terkesan kepadaku :

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Tuesday, June 30, 2009

Mencari Sponsors??

bPost ini adalah nukilan ikhlas dariku untuk memudahkan calon2 SPM untuk mencari dan mengapply sponsorships. Bukan apa, hasil dari pengalaman lepas, aku dan rakan2 memang sampai satu tahap 'buntu akal', xtau nak apply apa..

Yang ada dlm fikiran, hanyalah MARA dan JPA..kdg kala, terfikir gak...

"calon spm punyalah ramai, takkn suma yang akn dpat JPA n MARA, yang len suma pegi mana?? Jenuh mak ayah nak sponsor"

Tapi, Alhamdulillah, aku skrg dah dpt tajaan (bukan JPA/MARA), dan sekarang sdg buat A-Level kat Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin.

Kat sana, aku terkejut sbb rmai student yang disponsor oleh syarikat2 yang sblom ni aku xpnah dgq..

"uihh..mcm mna la hampa suma leh cari syarikat2 pelik nih...aku xpnah dgq pon..xaci norh..." keluh hatiku.

Jadi, aku xmau la korg share nsib cmni..especially juniors aku (action: senior baik..ehem2)..so bacelah.. ni pun, skadar pa yang kutahu.

Sponsors

  • Khazanah*
  • Bank Negara Malaysia (BNM)*
  • Security commission (SC)
  • Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
  • Employees Provident Fund (EPF)/Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)*
  • Shell
  • Petronas
  • Sime darby*
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • JPA
  • MARA
  • United Engineering Malaysia (UEM)
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Telekom Malaysia (TM)
  • Maxis
  • News Straits Times
  • Yayasan Negeri (Kedah,Terengganu,etc.)
  • Jabatan Zakat Negeri
  • Felda
  • Angkatan Tentera Malaysia (bagi anak-anak tentera)


*open its application utk keputusan trial jugak


Dan ada lagi...InsyaAllah akan ku edit kalau ada lg pnambahan..maybe xsmua penaja di atas menawarkan kos yang anda kehendaki, tapi why not to have a go..

Aku pon dulu bukan pernah terpikir sal bidang ekonomi nih..tapi bila dah dpat, Alhamdulillah..rupanya selama ni kita yang xpernah terdedah dengan bidang2 pelik sebegini...best gak pa..nk tau crita lanjut klik disini.


Sunday, June 07, 2009

Tawaran Rakan2 SBPI...(Oversea only)

Alhamdulillah aku panjat kesyukuran kepada Allah S.W.T atas kurniaan nikmatNya kepada kita sebagai hambaNya. Sedar atu tidak, telah kita dipanjangkan umur olehNya untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini bagi menegakkan syiar Islam yang kian pupus ditelan arus pemodenan Barat.

Dia (Allah) telah menetapkan jalan2 yang terbaik bagi hamba2nya; setiap satunya mempunyai kelebihan2 tertentu kepada yang tertentu. Firman Allah, "Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan Karunia Nya kepadamu, sehingga kau menjadi puas,"(Adduha:5), dan dalam surah yang sma, turut dinyatakanNya , "Dan terhadap nikmat Tuhanmu,hendaklah engkau nyatakan".

Dalam melangkah masuk ke alam dewasa, di mana, pekerjaan merupakan antara saluran penyebaran dakwah Islam, kesemua rakan2 ku,Alhamdulillah telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian mereka ke institusi2 yang telah ditetapkan Nya.

Oleh itu, inginku berkongsi dengan anda twaran2 yang telah diterima oleh mereka. Sebelum itu, inginku nyatakan bahawa perkongsian di bawah, merupakan tawaran ke LUAR NEGARA sahaja kerana saudara Hanzalah telah 'post' senarai IPT yang diterima di blognya.

Nama

Negara

Kos

Persediaan

Sponsor

Aizat (pak long)

Jepun

Engineering

Uni Malaya

JPA

Aliyyah Munawar

New Zealand @ Australia

Engineering

Kolej Mara Seremban

MARA

Aliya Afnan

Alwani

Mesir

Ireland

Medic

Medic

UKM

Intec

(MAS-mak ayah support)

MARA

Amirul Amin (amin)

Russia

Medic

Intec

JPA

Anis Syafina

USA

Sains

Kolej Inti

JPA

Aqilah

-USA


-(depends on preparation's result)

-Chem Engineering


-Medic

-UniTen

-Kolej Mara Banting

-Sime Darby


-MARA

Fiq

New Zealand @ Australia

Engineering

Kolej Mara Seremban

MARA

Hafizi

German

Engineering

Hasrul Rafandi (hasrul)

Jepun

Engineering

Intec

JPA

Hidayatul Aqmar (aqmar)

France

Engineering

M'sian France Institution (MFI)

JPA

Isnizam (Is)

Korea

Engineering

Intec

JPA

Khairul Nizam (k'un/nizam)

France

Engineering

M'sian France Institution

Petronas

Mohd. Fahmi b Hamid (fahmi)

Jepun

Engineering

Intec

JPA

Najmi

USA

Sains pertanian

JPA

Nurain Izzati bt Saidi (ain)

Australia

Biotech


intec

JPA

Nurul Zawani bt Ibrahim (zawani)

Australia

Farmasi

intec

JPA

Nurulhusna bt Zubir (aku!)

United Kingdom

Ekonomi

Kolej Yayasan UEM

Bank Negara M'sia

Safwan (pak ya)

German

Engineering

Siti Fairuz Hasan (SMKAK)

Canada

Biotech

Kolej Taylors

JPA

Suhaira (su)

Jepun

Engineering

UniSel

MARA (JAD)

Syahir Radzi

Jordan

Medic

intec

MARA

Wan Nabilah (wan nab)

Medic

Intec

Zikrilhalim b Md Akhir (zikril/halim)

Mesir

Medic

Quran medic/JPA

Itu yang setakat saya tahu, kalau ada lagi, insya Allah akan saya update. Walaubagaimapun, tidak semua yang di atas menerima tawaran masing2. Ada yang memilihi untuk melanjutkan dalm Negara. Terpulanglah kepada stiap individu, tapi apa yang penting, kita hendaklah sma2 menjadikan ini sebagai stau platform untuk memonopoli kejayaan dalam bidang masing2 supaya dapat mengalahkan kaum bukan muslim agar Islam yang sebenar dapat kembali memerintah dan menerajui ketamadunan generasi akan datang.... INSYA ALLAH!!!