Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Masa kecik-kecik dulu..

Bila teringat zaman dulu-dulu, sering saja senyuman terukir, mengimbau kenangan-kenangan yang pahit, manis, nakal, lawak dsb. Tapi yang paling membuatkan aku tersenyum syahdu, ialah kesabaran ummi ayah dalam melayan karenah dan membesarkan kami semua, especially diri ini. 

Membesar bersama-sama adik beradik yang semuanya lelaki, (kecuali saya) adalah sangat best. Alhamdulillah. Tapi disebabkan ke-best-an itulah aku juga merasakan tidak mahu untuk membesar menjadi dewasa. Huhu. Sebab sering sahaja, diperingatkan bahawa diri ini haruslah menjadi seorang yang sopan santun, lemah lembut, solehah, dan macam-macam lagi lah yang membuatkan telingaku pada waktu itu meremang, naik bulu roma. Manakan tidak, kalau ada barang pink sikit, semua adik-beradik akan jadi macam.."eee...pinkkkk...". Kalau nak sembang-sembang mesti tentang main badminton, bola, pistol, kartun-kartun, racing kereta, dan macam-macam lagi. Jadi, semakin disuruh, semakin bebal rasanya untuk jadi seorang gadis. Huhu. Kerana itu, aku sangat2 bersyukur kepada Allah, kerana masih memberi jalan-jalan kebaikan di hadapan aku untuk terus menjadi anak yang solehah, insyaAllah.

Masih aku ingat, di zaman sekolah rendah..
Aku suka berkawan. 
Dan merayau petang2. 
Zaman-zaman tu, nasib laa ada basikal je. Petang-petang keluar, ajak kawan round taman. Ummi selalu pesan jangan pergi jauh. Tapi seperti yang dikatakan tadi. Makin dilarang, makin nak buat... Adventure lah, kononnya. Jadi, memang balik cakap round taman je, tapi sebenarnya bukan taman kat rumah ni sahaja, tapi taman-taman yang jauh-jauh yang tak sepatutnya budak perempuan sekolah rendah, seperti aku ini, pergi sendiri. Pergi pulak, bukan saja2..tengok rumah cikgu, rumah PK HEM (penolong kanan hal-ehwal murid), rumah kawan-kawan, dan paling tak leh blah, rumah 'enemy'. Saja cari gaduh, sebab tak puas gaduh kat sekolah. Huhuhu.. memang nakal. Sedangkan adik-beradik yang lain, main kat padang belakang rumah je. Tak de pun nak pergi jauh-jauh, lebih lagi adik saya ni lelaki semuanya.

Cari pasal.. memang hobi nombor 1. Tak kira tempat.. sekolah, tuisyen, and even tempat mengaji! Ada saja orang laki yang saya target nak kena kan. Balik rumah, buat muka innocent.
Mungkin sebab rasa best mengusik adik-adik kat rumah. Usik sampai menangis, baru rasa puas hati. 
Tapi...... kalau menangis, pastu tiba-tiba buka mulut nak panggil ummi ayah, haa.. mula la gelabah, tutup mulut adik dengan tanganku ini,
Tapi last-last, mesti akan kena punya... "adeh!! sakit..janji tak buat dah..wuu~ wuu~"
Tapi nanti, tak sampai seminggu, mula laa,gatal tangan, kaki, mulut..nak kacau orang.
Masih ingat lagi kata-kata ummi ayah..
"Una ni...sebagai adik kena la hormat along. Dengar cakap along. Nape nak lawan sangat??"
Itu... kalau bergaduh dengan along.

Kalau bergaduh dengan adik-adik..
"Una ni... sebagai kakak kena la sayang adik! Asyik buat ke adik je, bila nak sayang adik??"
*Piapp..kena cubit sikit*

Time tu, mesti terpikir..
Errr..habis tu, bila turn aku nak kena backing nya? 
Huhu..

Setiap kali cari pasal, mesti ummi ayah akan kata..
"Haihh..hantar sekolah agama la camni..! Jadi elok sikit"
Huu..sekolah agama? no way~
Aku nak sekolah perempuan macam STF (sekolah tun fatimah), TKC (kolej tunku kursiah)..
Habis lekeh pun, SMK Sultanah Asma.
Sebab nanti pergi sekolah, tak payah pakai tudung. Semua perempuan kan..huu...

Dan ditakdirkan Allah,
juga berkat doa ummi ayah,
(agaknya sebab selalu gaduh, so ummi ayah pun selalu cakap nak hantar sekolah agama, last-last termakbul kata-kata tu)
Tawaran lepas UPSR, hanyalah salah sebuah sekolah agama berdekatan dengan rumahku. 
Nothing else.
Even SMK Tanjung Pauh (SMK biasa, bukan cluster, bukan kawalan) pun tak dapat. SMK Jitra. Tak dapat.
Jadinya, masuklah sekolah tu..sebab memang nak duduk asrama pun.

Duduk asrama sekolah agama.
Terkawal la perangai. Sistem study. Dengar ceramah selalu. Kena 'brain wash' selalu.
Tapi..Itu hanya kisah tingkatan satu. 
Bila dah tingkatan dua, dan tiga.
Penyakit gatal kaki, dan tangan dah bermula.
Sembunyi dalam locker, lompat pagar (kononnya jogging), panjat pokok jambu, tuju buah kat pokok mempelam, terbagi pecah pintu office buku teks, subahat bawa barang-barang elektronik, mercun, dsb.
Kalau kantoi, akibatnya?
 Denda.. berdiri waktu ceramah, cuci toilet, isi borang, jumpa guru disiplin, dsb.

Tapi, walaupun berada di asrama.. Ummi dan ayah tak pernah jemu untuk melawat aku setiap minggu di asrama. Kalau aku tidak balik ke rumah, mereka lah yang akan datang ke asrama membawa bekalan makanan minuman, buah rambutan, durian, dan cerita-cerita keluarga di rumah. Tak pernah ada jemu di muka mereka. Tak cukup dengan itu, aku juga disuruh untuk menelefon mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Waktu itu, aku hanya menuruti sahaja suruhan ummi ayah. Belum mengerti kasih sayang mereka. Belum mengerti yang mereka sebenarnya hendak aku tahu yang aku tidak 'ditinggalkan' begitu sahaja di asrama itu, dan mereka sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran dan perangai aku. Dan kini, aku sedar bahawa, ketika itu..tidak kira, nakal tahap mana pun, perkara yang paling penting mereka 'track up' ialah solat lima waktuku, percakapanku, iaitu, tidak berbohong atau menipu atau mencarut, serta sentiasa hormat pada mereka (ummi dah ayah), guru-guru.
tidak kira, nakal tahap mana pun, perkara yang paling penting mereka 'track up' ialah solat lima waktuku, percakapanku, iaitu, tidak berbohong atau menipu atau mencarut, serta sentiasa hormat pada mereka (ummi dah ayah), guru-guru.


Dan apabila masuk ke sekolah menengah atas, aku menerima tawaran SBP (sekolah berasrama penuh) yang juga berdekatan rumahku. Disebabkan itu adalah sekolah baru, dan batch aku adalah 'batch pioneer', iaitu batch pertama sejak tingkatan 1,  maka student-studentnya semua macam 'angel'. Suruh ke prep, semua pergi. Subuh di surau pukul 600pagi, pukul 545pagi semua dah siap, berjalan ke surau. 
Aku pulak...macam... "woahhhh....aku yang jahat ke, korang yang baik sangat nih??"
Nama kena tulis dalam buku pengawas tu, macam suatu benda yang sangat BESAR bagi diorang.

Huhu..  sungguh lurus mereka ini.

Setelah tiga empat bulan di sana.. Tiba-tiba, mukaku ini muncul di kalangan orang-orang yang terpaksa berjogging pagi. Tak pun, lompat lima bintang. Atas sebab lewat ke surau.
Adeh..

Dan sedikit demi sedikit, aku juga mengajak, atau lebih tepat, mengajar kawan-kawan cara-cara sembunyi dalam locker. Point aku ialah, "Kenapa nak bersesak-sesak ke kelas, untuk prep petang, sedangkan nanti sampai kelas, letih sebab panas pakai pakaian prep, dan berakhir dengan tidur di meja, tak pun, bersembang sambil makan-makan biskut di kelas. Baik kita sembunyi-sembunyi duduk dalam dorm, yang mana lebih selesa, untuk study. Kalau letih, boleh tidur dengan baik. Malam nanti boleh study dengan fresh semula."

Adakalanya, aku merasakan, peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, yang sememangnya untuk kebaikan para pelajar, tidak dieksploitasi kebaikannya oleh para pelajar. Sebagai pelajar, sebenarnya, anda sangat rugilah di situ. Namun, tidak aku nafikan, membuat rutin harian yang sama dengan jadual harian study yang sama selama 5 tahun, iaitu; pagi=sekolah, petang=prep petang, riadah, malam=prep malam, adalah sangat membosankan, dan memenatkan, kerana rasa asyik study je. Sedangkan kami, anak-anak kecil,  merasakan kadang-kadang perlukan masa untuk main, tengok tv, berbual dengan ibu bapa, keluar ke pasar malam dengan berbaju biasa, dan perkara-perkara kehidupan yang lain.

Dan di waktu menengah atas ini lah, ummi ku sering berpesan untuk menjadi anak solehah, dan sopan santun. Ketika ini, aku merasakan yang ummi ayahku semakin memerhatikan dan memperbetulkan perangai ini. Disuruhnya memakai baju-baju labuh. 
Disuruhnya memakai tudung yang sempurna. 
Disuruhnya menyukai gelang-gelang emas, dan bukan gelang-gelang getah hitam.
Disuruhnya aku untuk menceritakan dengan siapa aku berkawan, dan diingati nama-nama kawan-kawan itu.

Dan ya, sebagai insan biasa yang bergelar anak, yang belum dapat memahami tindakan mereka, adakalanya merasa sedikit tersempit dalam pemerhatian ini. Apabila diceritakan tenatang kawan, contohnya:

Aku: Ummi..tadi una pergi dorm kawan una ni. Pastu kitorang sembang-sembang... 
(belum habis ayat lagi)
Ummiku: Ooo..siapa nama kawan una tu?
Aku: Emm...alaa..ummi tak kenal kot. Tak pernah jumpa lagi. Dengarla, una nak cerita dulu..
Ummiku: Okay2..
Aku: *disambung cerita, dan lepas habis cerita...
Ummiku: Ooo.. tapi siapa nama kawan una tu. Ummi nak tahu. Ummi suka tahu nama kawan-kawan. Nanti bila jumpa, senangla kenal.
Aku: Okay2.. nama dia Syahira, orang panggil, Syira (nama sebagai contoh)

Dan ternyata ummi mengingati nama kawan-kawanku dan bila dia bertemu mereka akan dia berbual mesra untuk mengetahui bagaimana kawan-kawan aku sebenarnya. Dan kini, baru aku mengerti yang sebenarnya, akhlaq kawan-kawan di sekeliling kita sangatlah penting ketika berjauhan dengan keluarga. Merekalah yang sedikit sebanyak akan influence emosi kita, kelakuan kita, dan pemikiran kita.

Dan aku masih ingat tentang janji-janji aku, yang aku akan menuruti nasihat ummi ayahku..
 untuk memakai baju labuh, setelah masuk pengajian tinggi.
Dan aku akan ikut usrah bila masuk universiti. 
Dan belajar masak bila nak kahwin. (huhu..tapi dah pergi oversea, awal la pulak)
Dan aku menjadi 'lady-like' bila...*xleh bagitau, sebab belum tiba masa.*
First step utk 'lady-like' tukar blog layout pink, aci tak? hehehe ^__^


Dan Alhamdulillah, aku masih ingat janji-janjiku ini. Jika tidak ingat, maka merekalah yang akan memperingatkanku. 
Namun, aku tidak mengatakan perubahan ke arah lebih baik ini (insyaAllah) datang dari janji-janjiku pada mereka, atau doaku, atau apa-apa kebaikan dari diriku ini. Seringkali aku merasakan, yang ini semua adalah hasil doa-doa kedua ibu bapaku dan kesabaran mereka dalam meniti hari demi hari untuk mendidik anak-anak. Jika dahulu aku sering tertanya, "Ummi ayah tak mengantuk ke bangun sebelum subuh awal-awal duduk di tikar sejadah menanti subuh, dan prepare makanan untuk keluarga?" Namun sekarang, aku menyedari hakikat doa itu sendiri. Hakikat barakah itu juga. Duduknya mereka di tikar sejadah pada pagi hari, bukanlah untuk menunggu subuh semata-mata, tetapi untuk berdoa dan terus berdoa, kerana di siang hari dan malam hari, belum tentu mereka ada masa untuk kembali berdoa di tikar sejadah lama-lama. Dan menyediakan makanan setiap hari itu, adalah kerana berkat air tangan dan hasil pencarian rezeki yang itulah yang akan menambahkan rasa kasih sayang kami kepada mereka. Mereka mungkin tidak dapat melihat hasil doa dan usaha mereka dalam setahun dua membesarkan anak-anak. Malah mungkin juga bukan dalam masa sepuluh atau belas-belas tahun membesarkan anak-anak ini.
Tapi, insyaAllah, dengan umur doa dan usaha yang hampir mencecah 23 tahun perkahwinan itu, tidak akan pernah sia-sia kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. InsyaAllah, aku ingin menjadi anak yang solehah. Anak yang doanya menjadi bekalan ummi ayah sewaktu di alam sana. Mudah-mudahan begitu juga dengan adik-beradikku yang lain.
Benarlah, perkahwinan itu sangat memerlukan kesabaran, dan pengorbanan. Dan hidup ini masih panjang. Maka teruskanlah berdoa dan berdoa. Jangan dikau sesekali berputus asa.

Kepada para pembaca, 
sekiranya anda adalah seorang anak, perhatikanlah pengorbanan ibu bapamu, sekecil mana pun pengorbanan itu seperti ke kedai/pasar untuk makanan anak-anak di rumah, dan hargailah pengorbanan itu. Pujilah dan hargailah masakan ibumu, sambutlah kepulangan bapamu yang telah penat keluar bekerja...sebelum semua itu terlambat. 
Tetapi jika telah terlepas semua itu. Ingatlah, anda masih seorang anak yang hidup (kalau tak, mesti tak leh dah baca blog ni.) Maka gunakanlah masa hidupmu untuk membuka quran dan memahami maksudnya. Kerana hanya doa anak yang soleh sahaja akan sampai pada kedua ibu bapamu.

Sekiranya yang membaca ini adalah seorang ibu atau bapa,
maka, pesanku, usah dikau berputus asa dalam karenah anakmu. Berdoa lah kepada Allah. Dekatkan dirimu padaNya, dan pujilah Dia di waktu pagi dan petang. Kerana Allah itu tidak pernah lupa dan tidak pernah jemu dengan doa hamba-hambaNya, tetapi, manusialah yang sendiri jemu dengan usaha dan doanya. 

Mungkin ada salah silap kita sewaktu dahulu kala, namun ingatlah bahawa siapakah yang memegang hati-hati manusia selain Allah? dan jika Dia mengkehendaki sesuatu itu berlaku, dengan apa jua caralah Dia akan memberinya. Kapasiti kita sebagai manusia ialah usaha dan doa untuk ditunjukkan jalan-jalan yang baik untuk kita menemui kesudahan yang baik, insyaAllah.

Walau apa pun keadaannya, bersyukur lah kerana kita masih punyai ibu bapa yang memberikan nama-nama yang baik pada kita, dan bagi ibu bapa pula mempunyai anak-anak. Ketahuilah bahawa di luar sana, berapa ramai lagi ibu bapa yang berusaha untuk dapatkan cahaya mata, berapa ramai lagi anak-anak yang masih tercari-cari siapa ibu bapanya. Maka bersyukurlah. Sekurang-kurangnya anda masih lagi mampu membaca. Dan siapakah yang mengajar itu atau sekurang-kurangnya membayar kelas membaca itu?
Maka bersyukurlah. Nescaya Dia akan menambahkan nikmatmu.

'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." 
Surah Ibrahim:7



p.s:  seminggu dua ni, banyak jugak cerita kisah2 waktu kecil dengan housemates, sampai terasa nak tulis dalam blog. huhu

Wallahu'alam (and He who knows best).

Saturday, January 29, 2011

The Message..


Pass on 'The Message..'

Coz we are Ummatan Wasoto (the middle ummah)

********
Islam wouldn't have reached us, if it wasn't because of, Prophet Muhammad's and his companions hardworks on the teachings and spreading of Islam.
********
How have I spent my life?
For I will be questioned one day..
Have I been thinking about them or more on myself?
How did I acknowledge, if those who knew didn't let me know?
Will the world would ever be better, if we let it settle themselves?

*******
Yes.... I call it as the TRUE Call of Duty..
Version: Modern Warfare
And it's not the like game

*******

Knowledge gives you an output..



SEARCH FOR IT..



p/s: Those who don't know, or wants to know on ISLAM...PLEASE ask. For I'll be willing to tell, and pleased to do so..cause you'll make things easier..

Wallahu'alam.

Sunday, January 09, 2011

ANA hanya PROVIDE, tapi, ANTUNNA lah y menCORAKkannya


Ini hadiah.
Hadiah y comel.
Kenapa hadiah ini comel?

(Simple yet significant.
just 3 words to describe it.
yes. three.)

Sebab dia ada ibrah (pengajaran) y diselitkan bersama.

YOU ARE TO PAINT YOUR OWN CHARACTER.

***************************

Dari kecil, aku suka sgt2 pasir warna2 y guna utk colour cartoon, dgn hanya 'lesek' gam atas part y kita nak warna. Tapi aku hanya lihat nya, sbg mainan utk budak2 utk generate creativity.

Ketika dlm circle, sister tanya, "sape suka tumbuhan, sape suka haiwan."
aku pilih, tumbuhan.
haiwan...err.... :)
masing2 pertahan sebab musabab dia suka haiwan/tumbuhan.
rupa2 nya, ada hadiah y menanti setiap sorang...

bila dapat..
aku, teringat zaman budak2...
"comel! ^^ mcm masa dulu2.. main kat planetarium!"
tapi, sebenarnya, apa y nak disampaikan lebih dari itu..

sister tu, tya...
"Agak2 kenapa akak kasi ni?"
"Apa y nak disampaikan?"

***********************************

Dan..
aku ingin kekalkan keadaan hadiah ini seadanya,
di atas almari,
utk ingatkan bhw..

Mereka hanya dapat membekal, tapi terpulang kepada kita utk mencorakkan, dengan bekalan y ada.
dan..
coraklah, dengan seCANTIK2 nya...


Wallahu'alam.

Saturday, January 01, 2011

travel 1: Ireland

Alhamdulillah... telah berlalu suatu pengalaman yang sangat best, iaitu, jaulah ke Ireland (Eire).

Ape tu jaulah??

jaulah- adalah dari perkataan bahasa arab y bmksud merantau, berjalan-jalan, atau bmusafir. Jadi, instead of panggil holiday, boleh panggil jaulah. Tapi, spt mana, adannya kelainan pada nama, bgitu jugalah diharapkan pd pengisian percutian itu.

Jaulah y berlangsung selama 5 hari itu, penuh suka dan duka ujian. Banyak y dpt dipelajari, sehinggakan tidak mmpu terungkap oleh pena mahupun kata2..hanya diri ini saja y bisa merasa.

Tapi apa pun, aku cuba y tmampu utk share srba sdikit ttg jaulah ini J

1st sekali,

aku ingin ucap jazakillahu khairan kasira kpd akak2 y arrange jaulah ini. Moga mereka diberkati Allah.

dan

secondly,

ingin dikatakan di sini, bahawa,

pengalaman dan suasana jaulah ini, sedikit sbyk telah mengubati kerinduanku pada keluarga di rumah kerana perasaan pengisian dan rasa persaudaraan spnjang perjalanan.
kerinduanku pada rumah y paling utama ialah pada ummi dan ayah, yg selalu memberi kata2 hikmah dan menceritakan sirah2 serta tafsir quran. dan ketika di eire, aku disirami kembali kebahagiaan rohani ini.

Perjalanan kami, Alhamdulillah, dipemurdahkannya meskipun, flight terpaksa delay hampir 2 jam.

Birm-Ireland--1)Dublin

2) Galway

Di dublin, kami visit.. Dublin Castle, Dublin Mosque dan Dublin City, Trinity College of Dublin (TCD), dan Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI).


Dublin Castle

Kebanyakan mosque di uk eire, adalah hasil pembelian/ ubah suai bangunan church yg dibeli org Islam. Dan di gantikan salib kpd lambang bulan.

Dublin Mosque

***GALWAY***

Lepas 2 hari di dublin kami ke galway utk ke Galway town, Cliff of Moher, Aliwee Cave, dan National Uni of Galway.

pemandangan di Galway, pagi hari


kami- 12 orang akhawat brummies(singkatan utk org birmingham).. di Cliffs of Moher

Memang sgt menakjubkan ciptaan Allah.. Sungguh cantik, pemandangan sepanjang jalan, dan ketika berada di puncak.

pemandangan y cantik..sehinggakan, burung gagak, pun nampak cantik dlm gambar ni,.. :D

Kata kawanku, Cliff of Moher, adalah tempat Westlife, buat penggambaran utk lagu “My Love”. Tapi, aku lupa, lagu mana, dan kuminta dia nyanyikan..dannn…

Erkkk..adeh, la lagi la, xdpt cam y mana :P hehe *joking..

gambar hiasan-westlife dlm lagu My Love (background- cliif)

Cantik.. mmg cantik. Subhanallah. Tapi kecantikan gunugng, awan, batu, laut itu hanya akan tinggal kenangan di mata, dan lens kamera, sekiranya, kita melihat itu sbg hiasan alam semata2.

Sebenarnya, bila tengok deeply balik, bukanlah kecantikan alam itu y mnjadikan percutian ini seronok, bukanlah gelak tawa yg dikongsi brsama, dan bukanlah sbb tmpat ini adalah “oversea”..tapi pengisian dan tautan ukhuwwah, yang dpt dirasa jauh di lubuk hati, melalui kata2 baik dan nasihat, y trucap indah oleh sahabat2, melalui pandangan mata y penuh kasih kerana kita saudara seIslam, dan pertolongan ketika diri ini dihimpit kesusahan… Jaulah ini bukan sebarang jaulah. Jaulah ini telah membuka hati2 baru.. telah mentautkan hati2 kami utk terus thabat di jalan ini.. telah menunjukkan di mana nilainya sahabat y kita cari selama ini…

Kehadiran dua orang kakak dlm jaulah ini, sgt dihargai. Di setiap kelapangan y ada, mesti dikumpulnya bersama, utk sharing. Kata2 penuh hikmah. Dan perbuatan mereka bisa mnjadi contoh teladan. Setiap kesilapan kita, ditegurnya, dgn ayat2 quran/hadith/kata2 tokoh2 Islam. sungguh lain apabila, talian sahabat itu diletakkan atas dasar hubungan kerana Allah. Sangat manis.

Jenakanya, disertai dgn lafaz astaghfirullah.

Gelak tawanya, tidaklah dipanjang2 kan.

Salah silap manusia, ditegur secara direct dan diterima secara terbuka.

Singgung hatinya, disandarkan pd ingatan pada Illahi dan sangka baik.

Perkara2 y ditempuh samada buruk atau baik, disandarkan pd takdirNya.

Dan di jaulah ini jugalah, aku tersentuh dgn keindahan 10 wasiat Hasan al-Bana setelah dikupas oleh ahli2 jaulah. Pernah je, aku mbacanya, tapi, apabila dibawa bincang bersama, isi2 setiap wasiat itu, terasa sgt terkena dan seolah beliau mewasiatkan kpdku..

Dan kini, gmbr ini, mnjadi, desktop background ku…



melihat pada wajahnya, mengingatkan aku ttg prjuangannya..
siapakah penggati beliau y seterusnya?


sungguhpun jaulah ini, telah berakhir, diharap dapat meneruskan dgn ape y telah kita kutip.. teruskanlah semangat ini, walau di mana berada. bagi sahabat2 ku, jgnlah dilupakan aku y seorang ini. sungguhpun, kita tidak sebumbung, namun, harap sgt, ukhuwwah y tbina ini, dapat mentautkan hati2 kita supya terus kuat dan thabat..insyaAllah..

kata seorang sister..
"jaulah ini, bukanlah sebarang jaulah.. jaulah ini, kita jadikan jaulah tarbawi"
jaulah tarbawi=percutian y mendidik (hati)

Wallahu'alam.

p/s: sori shira, sbb xtepati jnji..post lmbt sikit (lebih 2, 3 hari)..ada masalah sikit before ni.J

Sunday, November 14, 2010

manusia perlukan PRESSURE..

Bfore lect, knowledge: 0-10%
After lecture, knowledge: 10-20%, kalau fokus lebih, buleh la smpai 30%

Sikitnya..kan2??
Kadang2 tpikir, bljr kt uni lgi mendlm+susah..tapi, y mgajar, lagi simple cara dy ajar..abis tu, nak excel mcm mana?
Kalau dekat sekolah dulu, nak bljar pasal respiration ja..cikgu di skolah, terang, bukan main dalam. Siap tanya, paham ke tak. Kalau tak, nak terang lagi. Tak cukup dgn tu, pergi lab, belah katak; nak tgok ape jer..jantung katak bdegup?

Kalau kat uni, budak medik-cikgu ckp:
'ini lungs'
Lepas tu, balik, students kna cari, apa fungsi lungs, urat apa ada kt lungs, size dia apa..bla2.. Simple kan, kerja lecturer?
(ok, contoh y di ats ni, exaggerate sikit)

Tapi, students masih mmpu nak ikut, fhm dan apply pengajian tsebut..kalau org biasa, y sja2 nak blajar ttg medik, mampu ke utk, habiskan pengajian itu dlm tempoh y sama? Mungkin boleh..tpi sukar..knapa ya?

Mungkin Salah satu sbb, ialah students di uni ada PRESSURE nya, y tsendiri iaitu; datelines y wajib utk dipatuhi, tests y wajib diduduki, kuiz2 y wajib di hantar, kelas2 y wajib dihadiri..semua wajib..ya, pressure.

Manusia bila ada something or someone y pressure nya, utk buat sesuatu, dia dapat buat, walaupun kdg2 prkara tu seolah mustahil utk dilakukan.

Sbb itulah, Allah mensyariatkan kita utk beribadat kpdNya; menetapkan waktu olat, tarikh2 bpuasa, dan menciptakan syurga neraka, supaya, kita ada urgent utk beribadat kpdNya.

'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan utk mereka beribadat kpd Ku '(51:56)

So, apa motif aku ckp semua ni??

Motif:
-Update blog
-Isi masa lpg
-Test application blog dlm nfon

Ok husna...ini sgt 'lame' =.="

Motif:
-Sedarkn bhw semua prkara y kita lakukan ini, bgntung kpd thp urgency kita thdp prkara itu
-Urgency itu tletak pd niat
-Pressure itu bukan utk melemahkan, tpi utk kita bgerak lebih ke hadapan
-Pressure itu juga, mbntuk disiplin

Jadi, sama2 lah mgejar iman, ilmu, kjayaan dan kebahagiaan dunia akhirat. Bangun,bangun, bangun..it all starts from u. It's how u priorities things, in order to work them out to the fullest...

P/s: jom start 'reheat' surah y dh hafal. Dan topup lagi..insylh :)


Wallahu'alam.
Published with Blogger-droid v1.6.5