Aku ingin melihat dunia seperti mana Allah hendak aku melihatnya dan Aku ingin hidup di dalamnya seperti mana Allah hendak aku hidup.
Thursday, November 01, 2012
Birthday
Monday, August 13, 2012
Nenek Facebook!
Friday, February 24, 2012
Adik-beradik
Kadang-kadang saya sendiri terlupa untuk bertanya khabar dengan adik-beradik sendiri.
Bila telefon rumah, cakap dengan mak ayah, sudah rasa macam dah sembang dengan satu keluarga. Padahal tak pun.
Sedangkan adik-adik saya akan pergi jauh lagi. Jauh dari rumah untuk belajar. Bila jauh maka khabar akan semakin jarang ditanya. Sudah berbulan rasanya, xbsembang dgn adik yang di matrik. Saya xmahu adik-adik saya hanya mengenal saya sebagai title 'kakak' sahaja. Sedangkan mereka perlukan kawan, jadi at least saya mahu jadi antara 'kawan rapat' mereka. Tak pun, at least, mereka rasa yang diri ni sebenarnya masih ingat pada mereka. Bak kate org putih 'care' kt diorang. Bak kata org terengganu pula, 'care' ke diorang. (ejaa sama, tapi pronounce lain2. Huhu)
Teringat lagi, beberapa ketika dahulu kala, ketika saya di kolej, apabila abang saya menelefon saya saja2 bertanya khabar sebab lama xbersua saya merasakan seolah...''wah..biar betul ni along.'' huhu..pada saya ketika itu, along hanyalah seorang insan yang merupakan abang yang akan saya bertemu bila balik rumah, dan bersembang tentang cerita2 masa kecil dulu..seorang abang yang suka suruh saya buat itu ini..seorang abang yang sangat2 diperlukan ketika komputer rosak, atau nak format komputer.
Saya sangka, keakraban adik-beradik hanyalah bila berada di rumah. Nampak batang hidung, tegur, sembang, saja2 cari pasal..hehe..dll. Bila ada, ada lah..bila tak dak, xpe lah. Nanti2 jumpa jugak bila balik rumah.
Rupanya, bukan setakat itu sahaja...
Sebab itulah, biasanya, dalam sesebuah family, sesama adik beradik akan rapat time kecik2. Tapi bila masing2 dah besar, membawa haluan sendiri, tambah pula ada keluarga masing2..certain akan jadi kurang rapat. Tapi ada jugak yang semakin rapat. Depends.
Tapi saya tak mahu, 'divergence' berlaku. Biarlah rapat masa kecil hinggaaaa lah ke besar :) insyaAllah. Tak nak la, duk sibuk2 n penat2 'kejar' mad'u atau 'track' balik kawan2 rapat atau kawan2 lama, tapi adik sendiri dilupakan.
Saya tersentuh dengan rakan2 serumah saya yang selalu berbual dengan adik-beradik nya di telefon atau berskype dengan mereka. :') ok, adik2 mereka perempuan. Bolehlaa..huhu
Tapi xpe, wpun adik-adik laki boleh je ikut style mereka. At least tanya khabar..bagi memanifestasikan ingatan kita terhadap mereka. (cewahh..ayat..tapi, dapatkan jis dia? )
P.s: mode: muhasabah
P.ss: mode: homesick tetiba
Wallahu'alam.
Friday, January 20, 2012
Masa kecik-kecik dulu..
tidak kira, nakal tahap mana pun, perkara yang paling penting mereka 'track up' ialah solat lima waktuku, percakapanku, iaitu, tidak berbohong atau menipu atau mencarut, serta sentiasa hormat pada mereka (ummi dah ayah), guru-guru.
Tuesday, July 26, 2011
Si anak kecil
Seminggu kemudian, terpaksa pula ku meninggalkan sekali lagi rumahku untuk menghadiri beberpa program. KIBAR (kursus intensif bahasa arab) di Serdang dan sbg fasi di program pre-departure JOM (journey of a muslim) di Negeri Sembilan. Setelah beberapa hari di Serdang, aku mnelefon ummiku utk btanya khabar sekeluarga.
Ummi: Una..asyid niii…duk tanya, “bile una nk balik..bile una nak balik”. “lamanya seminggu”
Aku: kejap je.. nanti una balik la. Okay? Tak lame dah nak duk sini.. J
Arrasyid, dgn nama manjanya, asyid, ialah adik bongsuku yang berumur 8 tahun. Selalu sahaja dia btanya begitu tatkala ketiadaan ku di rumah. Tapi, bila dah ada kat rumah, macam endah xendah. Tanya sepatah, jawab sepatah, sebab fokusnya lebih kepada cerita di tv, spt Boboi boy, Kappa Mikey, Danny Phantom dan juga bola Man United y baru saja kubeli utknya.
Setibanya ku di rumah setelah seminggu berprogram, dia telah ke sekolah, kerana waktu itu sudah pukul 8:20pagi.
Tepat jam 2:30 petang. Loceng rumah berbunyi..ding dongg….ding dongg..
“tu mesti diorang dah balik” detik hatiku.
Bila dibuka pintu, asyid berdiri di depan pintu rumah sambil menghulurkan plastik , didalamnya, tinggal lagi dua keping keropok lekor yang seolah ‘terendam’ dlm sos cili.
Asyid: Nah ni, na..(sambil tunduk malu-malu)
Aku: ape ni? Asyid beli utk una ehhh….:D yeayy…bestnyeee…:D (nada appreciation)
Asyid: ……..makan laa..(dan berlalu ke arah dapur, sambil menahan senyuman malu-malu)
Selepas tu, aktiviti harian dia pun bermula. Makan, tengok tv…
Nak dipendekkan cerita, petang itu, aku dgn mak aku, diikuti asyid, keluar pergi ke rumah rakanku. Saja2 melawat. Dan banyak la pulak kami bersembang. Dan akhirnya, ibu rakanku ini, mengajakku utk stay sekejap di rumahnya dan malam nanti, ku akan dihantar balik rumah. ‘Ala kulli hal’, aku pun stay di rumahnya, sampai malam.
Setelah pulang ke rumah, asyid telah tidur, dan ummiku menungguku di atas sofa. Di atas meja, kulihat ada beberapa kertas yang telah di potong dan gunting serta pensel.
Setelah bersembang dgn ummiku, tntang beberapa perkara, barulah ummiku memberitahu:
Ummi: Una..ni haaa..asyid nak tunjuk nye lah ke una. Tgok ni..cube teka ape ni
Aku: ape ni..??
Ummi: Asyid tadi tunggu ke una, “mana una ni..” “bila nak balik..” sampai mengantuk2 dan tertidur. Asyid kate, “ummi, nanti tunjuk tau kat una nih..tunjuk bunga ni kembang dalam air. Asyid mengantuk dah ni tunggu una..”
Ketika itu, terasa sangat terharu dan serba salah kerana belum sempat lagi bermain dgn dia, atau membantu dia dalam pelajaran. Bila dilihat di peti, terlekat jadual pepepriksaannya, dan barulah ku tahu yang dia ada test utk minggu ni, dan aku langsung belum membelek buku2 dia, semenjak minggu lepas.
Itu baru sorang adik y sekolah rendah. Tambah pula, ada mak ayah lagi. Kalau anak nanti macam mana? Tambah pula, dengan kerjaya sy di bank negara nanti, insylh, dan sebagai da’ie y perlu bergerak utk masyarakat, dan usrah2 utk penuhi tarbiyyah diri dan keluarga. Mampukah aku?
Sebab itu, kata ust. Alias,
“ana hanya percaya kat antum bila antum dh kahwin, ada anak, bekerja dsb. Waktu itu, baru kita tengok mana betul2 tsabat tak tsabat di jalan dakwah dan tarbiyyah ini”
*************
Si anak kecil, mungkin tak dapat mngungkap kasih sayangnya melalui pertuturan, atau kelakuan. Dia mungkin kekok utk mnunjukkan kasihnya pada seorang kakak atau abangnya, tambah pula bila jarang sekali bertemu dengan abang dan kakaknya, atau beza umur yang sangat jauh. Tapi, jiwa mereka ini masih bersih dan fitrahnya sbg anak kecil masih di situ, sungguhpun dia mungkin telah mencapai berbelas tahun. Fitrah yang menginginkan kasih sayang, concern, dan merasai kehadiran insan2 y tersayang di sisi mereka.
Sungguhpun kamu para ibu bapa, atau bakal ibu bapa, mempunyai tanggungjwb yang besar thadap negara, kerjaya, masyarakat, dakwah dan tarbiyyah, tapi, ingatlah bahawa, keluargamu jua punyai hak mereka dan anak2 mu juga PERLU merasai kehadiran mu sbg ibu ayahnya di rumah.
Wang saku, kereta2 mainan, ucapan2 spt ‘I love u’ itu tak kan bermakna, sekiranya ketiadaan kita di rumah, lebih dirasainya…
Moga Allah membantu kita dalam apa jua keadaan sekalipun, dan menganugerahkan anak2 yang soleh sbg tiket kita ke syurga, dan sbg pengganti kita dlm menegakkan syiar Islam di bumi ini.
Wallahu’alam.
Monday, January 24, 2011
Just a short one [didik anak]
Monday, January 10, 2011
Ummi...

Monday, September 06, 2010
Ragam Ramadhan ‘10
Ramadhan-Perang badar-Nuzul Quran-Lailatulqadr..antara peristiwa2 penting dalam bulan mulia ini
Tapi xakan dihuraikan di sini, sebab ada byk lagi website y anda boleh rujuk, y lebih mantop isi nya..
**********
Alhamdulillah, tahun ini, 99% aku berpuasa di rumah..wahhh..setelah 7 tahun xfull puasa di rumah sbb berada di asrama+kolej
Jadi, byk lah ragam adik2 ku y aku dapat kutip utk kenangan hari muka.
***********
Arrasyid ǁ bongsu (stakat ini) ǁ 7 tahun ǁ panggilan-Asyid
1.
Puasanya pd 10 hari pertama, spt, Nabi Daud. Selang sehari. Hari ini puasa, esok x..n so on..lepas 10 pertama, hentam sajala, labu. Ikut kederat.
Aku perasan, kalau ambil dia lewat sikit dari sekolah, mesti hari tu, puasa 'nyangyok' sebab penat main kejar2/lawan2 kat sekolah -.-".
Tengok baju sekolah pun dah tau.. huuhu~ (seronoknya, zaman sekolah).
2.
Kadang2..
Puasa adik kecil ini special..
Sahur- habis pukul 8
Buka- 2.20pm selepas sekolah
Emm..mungkin dia ikut puasa autumn/winter di UK..
Sunat Berbuka dgn- air mineral sejuk di beli di Pustaka Jitra.
3.
Ada suatu hari, perbualan ini berlangsung di talian telefon..
Ummi: Asyid, along dulu masa darjah 1, puasa byyyykkkk hari..nah cakap telefon dgn along
Arrasyid: Along, dulu masa along darjah 1, along puasa, penat x?
Along: hmm..Penat..
Jujur sungguh jawapan abgku.
Arrasyid: Along puasa mcm mna?
Along: Along xmkn, xminum..tapi kan, bila nak buka tuh, along sokmo xtahan..5minit je lagi.. along kata kt ayah " Nak buka..bila lagi nak buka…lambatnya.." Pastu along makan terus.
Riak muka asyid seolah mngatakan, "Yes! Aku ada geng.."
Arrasyid: Along puasa berapa hari?
Along: Ntah la..kdg2 puasa, kdg2 x..
Senyuman di muka Arrasyid semakin lebar.
Perbualan itu dihentikan oleh ummi. "lah..orang suruh bagi semangat..jujur betul la~"
4.
Ummi ayah aku xmemaksanya..
Malah kdg2 galakkannya utk berbuka..
Aku rasa, Inilah Psychology utk budak2.
Tidak memaksa. Bagi pilihan.
Ayahku, mmg pandai main psychology dgn anak2. Kagum
"xpe..sekarang darjah 1. Kecil lagi. Nanti darjah dua kena puasa penuh, ok. Letih eh? Gi bukak"
Xsilap aku, tahun lepas, ayat dia mcm ini..
"xpe..asyid umur 6 tahun baru..Tadika.. Nanti dah masuk sekolah, kena puasa penuh taw. Kawan2 semua puasa"
Lebih kurang..
Tapi, hasilnya, lama2 arrasyid mula utk tetapkan pendirian.
Kalau dia kata, dia nak puasa, dia puasa, sampai habis hari.
Dan sejak, rumah ini cukup kuota, 7 orang, semua berpuasa..dia lagi BERSEMANGAT!
Walaupun, waktu sahurnya, adalah berdasarkan waktu dhuha..bukan imsa'=D
5.
Dan…apabila dia berpuasa penuh, utk dua hari berturut2..ini lah jadinya..
buka peti, jenguk2..tapi, alhamdulillah, xcuri2 makan
rasa kesian sgt..nampak letih..tidur sepetang, termiss asar..tapi, respect.., he's very determined!
huh..makan xtgok dah kat lain dah..
termenung..baru bangun tidur..terus berbuka
"Asyid nak nasik..lapor..xnak puding dah.."
*************
Irsyad ǁ ke-4 ǁ form 2 ǁ panggilan- Ishad
Latar- di belakang rumah, Ayah sedang gunting rambut Ishad.
Cuaca- Nyaman, matahari tidak terik. Tanah basah-malam hujan
Ayah: Una! Una! Mari tengok matahari kat luar nih. Putih2 je kan? Boleh tgok dgn mata.
Aku: Ha ah la..wow..err..Lailatulqadr ke semalam?
Aku rasa, sejak malam ke 20, siang2 hari, cuacanya selalu begini..malam hujan, siang sejuk..xterik
Aku: Alaa..semalam una ngantok sgt..xsempat solat
Ayah: *senyum je*
Ayahku ketuk pintu berkali2. Aku sedar. Bangun. Sengih kat ayah. Tidur balik. 2 3 kali. Kdg2 liat jugak.
Tiba2..
Irsyad: ha..ishad semalam habis satu quran..
Aku: eleh..ye kee..pegang quran pun tidak..
Irsyad: ehhh..yelah. ishad habis khatam 1 quran.. sbb Ishad baca 3 kali "Qul huAllahu Ahad" (al-ikhlas)
Aku: ceh..hebatnye, Ishad..
Biaq la, kat dia..dia pun nak jugakkk~ hehe..
Wallahu'alam
Wednesday, June 23, 2010
Xsangka dah habis..

Saturday, March 27, 2010
Aku = Imam Nawawi??
AKU INGIN JADI SEPERTI IMAM NAWAWI...
Saturday, March 20, 2010
Oohh Jitraku...
Aku berpindah rumah. Kali ini ke Kepala Batas, Kedah (take note ye..KEDAH..bukan Penang ye..huhu). Perpindahan kali ini merupakan yang ketiga belas bagi keluargaku. Manakan tidak, ayahku merupakan seorang pegawai tentera, dalam KOR Pendidikan; makna kata, beliau adalah 'cikgu' dalam tentera, untuk mengajar Bahasa Inggeris. Aku yang merupakan anak kedua dalam keluarga, telah bersekolah di 9 buah sekolah berbeza, manakala, abangku, di 10 buah sekolah, berikutan daripada perpindahan2 tersebut. Berikut merupakan sekolah2 yang pernah menjadi tempatku menimba ilmu:
1) SK Sungai Kantan
2) SK Saujana Impian, Kajang
3) SK Sri Rusa, Port Dickson
4) Werribee Islamic School of Victoria, Australia
5) SK Pulau Rusa, Terengganu
6) SK Senawang, Seremban
7) SK Jitra, Kedah
8) SMK Agama Kedah
9) SBPI Kubang PasuTapi, yang paling lama ku menetap ialah di Jitra, selama 7 tahun (sejak darjah 5), dan di situlah, aku mula merasai kemanisan persahabatan sebab sebelum ini, xsempat nak kenal betul2 kawan sekelas, dah berpindah ke tempat lain. Oh ya, mengapa kali ini aku berpindah, padahal dekat ja? Begini, rumah quarters tentera yang sedia ada, telah penuh, dan perlu dibina lagi, dan alhamdulillah, baru siap dibina. Jadi, perlulah bagi kami untuk masuk rumah ini, lagipun dekat dengan Kolej Tentera Udara (KTU), tempat kerja ayahku.
Haih..banyak complain pulak aku nih..maaf, ini bukan complain, ini hanyalah comparison semata2. Kami bersyukur kepada Allah, atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Rumah ini besar, selamat (insya Allah), dan sejuk. Banyak kemudahan yang disediakan, Katil2 dapat yang baru, surau lagi dekat, ada playground kat sebelah rumah, guard ada..xrisau sangat Arrasyid main kat luar sorang2.
Tapi, dalam duk seronok dapat rumah ini, ada suatu yang mengetuk pintu hatiku. Semua ini bersifat sementara sahaja, bukanlah milik kami. Seronok bila rumah besar, tapi suatu hari nanti kena pindah jugak. Seronok dapat katil baru, tapi bila lihat tilam dan kayu dia, ada cop "HAK MILIK KERAJAAN" dan macam2 lagi. Bila difikirkan, ini semua hanyalah pinjaman yang sementara. Begitu juga dengan dunia ini... Biarlah rumah sebesar mahligai, biarlah harta setinggi gunung, biarlah tanaman berekar2 ladangnya, biarlah muka secantik bidadari, biarlah otak segenius Kyle XY, biarlah badan setough popeye, tapi, kalau kita ingat bahawa semua itu bukan kita yang punya, tetapi anugerah Allah yang dikurniakan untuk sementara sahaja di dunia ini, tiada apa yang hendak dibanggakan, cukuplah sekadar mengucap ALHAMDULILLAH "segala PUJIAN HANYALAH bagi Allah". Kita hamba Nya. Hamba=tidak punyai harta, tidak boleh membantah, menggantung kehidupan pada Nya, perlu tunduk, semua barang adalah pinjaman, perlu patuh SETIAP suruhannya.
Semoga nikmat yang kita ada akan lebih mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.
***********
Bagi kawan2 ku yang di Jitra, janganlah dikau merinduiku...Huhuh..susahlah sekarang nak kunjung-mengunjungi rumah eh.. terutamanya bagi, Paan (Farhanis), Khod, Ikin, Una, Ain izati, dan Ain Ishak...Insya Allah (dengan izin Allah), aku akan bawak hampa suma mai sini, suatu hari nanti, kalau boleh tahun ini jugak. Insya Allah.
p/s: Maaf, xdapat upload gambar lagi sebab internet broadband slow sikit. Kena tunggu modem pasang. Nanti tengok blog ni lagi, pada hari Khamis depan, insyaallah, akan ada gambar2 di upload.
Thursday, February 04, 2010
Fallin' in Love..
Friday, December 11, 2009
Safe driving!
**********************
Dulu2, kalau tengok citer action movie ja dgn family, mesti kejap lagi tuh, kami adik-beradik pakat duk berangan nak jadi cam hero tuh la, nak jadi orang jahat tuh la..pastu, mula lah, pelbagai aksi ditayangkan..masing2 cakap yang diri depa tuh terer..(padahal xpun..bajet ja..except aku...huhuu) bukan setakat lawan2 ja, bila naik kereta pun, mesti komplen ummi ayah bawak kereta. " Ummi, bawak lar laju sikit..." , "Ayah, potong jer lori tuh...dok pun, "pinngk" (horn) kat dia..", "hai.. kalau lah kereta nih ada nos cam dalam NFS (Need For Speed- Game kereta)" ... nih lah antara komen2 kitorg..kesian ummi ayah..(sori..)
Pernah jugak time, abang nak ambik lesen, dia cakap (dialog trengganu sikit), "Huh..along nok ambik leseng. Nanti2 buleh r nok wat drift cam dalam NFS tuh..ha..jgn jeles..hehe"
Aku pun reply, "ala, tunggu r una ambik leseng gok.. nanti lagi power dari Bull, Top 1st NFS, hah...xkan pernah 'busted' punya..." (dgn bangganya).
Pastu, ada la yang menambah..
Udin: Eleh, kata hebat sangat..tengok r nanti drive..ntah ke mana2..
Irsyad: Along una, ok..kalau camtu, irsyad cabor drive mcm Irsyad main dlm Driver..sure xbley beat nya...ha..
Camtu lah lebih kurang dialog time tuh.. ingat2 lupa jgak...tapi yang pasti semua berangan nak bawak kereta macam stuntman dalam movie..huhu...
agak2 cam ni la~
Tetapi, apabila kita menghadapi dunia realiti, segala2 nya tak seperti yang disangkakan..huhu.. semua benda perlu di consider... bawak kereta, juga bermakna, membawa nyawa manusia di tangan anda.. Apa yang dimimpi2 kan tinggal angan2 saja bila...
- Uncle: Ok, awak bawak slow2, jaga kereta belakang, tepi kiri kanan. Pastikan u maintain lane sebelah kiri aja..
Aku : err..ok..(kira xley melulu xtaw hala)
- Uncle : Aiyoo...apa mau jadi? U pusing cepat2 la..mana mau pergi?? Aih...kalau x, fail..uncle cakap pusing kanan, pusing ja..
Aku: ....la, ni U turn la, uncle...ingatkan kanan belah sana tuh..tuh yang x pusing habih..
- Uncle: haih2...slow2..awak jangan bawak laju2..nanti susah control..xpasai kita dua naik ambulan pergi hospital..
Aku: ...laju eh?
Uncle: ini kawasan sekolah, kena bagi slow..
Aku: (la..mana ada budak sekolah...cuti kot) kira kena buat2 macam ada budak lar?
Uncle: mesti2...
4. Uncle: Aiyooo...kalau ini macam ar, Uncle kena pergi cari tok bomoh..kasi jampi bagi berani sikit..u takut2 xpi mana punya..
Aku: err..hehe..tak cukup berani lagi erh..takpe2 nanti2 sikit.. (buat berani, nanti salah..erm..perlukan pengalaman nih)
Hari ini, genaplah aku kelas memandu 8 jamku. Erm..agak2 kena tambah jam lagi ker? Rasa macam nak terus QTI, then test, kalau sempatlah..and moga2 sekali ambik ja..xnak lah dua tiga kali test..
Mungkin sebab bawak 3 hari berturut 2jam, tanganku dah mula rasa macam nak blister, akibat terlalu kuat memegang stereng.. kaki kiri yang duk selalu tekan clash pun kadang2 cam nak cramp time naik bukit..
Jadi, mungkin, bye2 je lar NFS, Driver...tunggu nanti2 ambik lesen memandu kereta VIP...xpun, pi main 'go-cart' kalau nak bawak gila2 punya style..
P/S: Patuhilah peraturan jalan raya..Ingatlah orang yang tersayang..


.jpg)