Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, December 14, 2012

London: saat tautan hati muncul menjelma


Alhamdulillah, baru-baru ini diizinkan Allah untuk berjalan-jalan ke London bersama2 adik2 dan sorang kakak besaqq kawan saya (hehe) 

Walaupun dah beberapa kali sampai ke sana, saya merasakan setiap kali ke sana, pastinya berbeza-beza kemanisannya. Dan kali ini, kemanisannya ialah pada ukhuwah yang terjalin. Kerana inilah kali pertama saya keluar berjalan-jalan dengan mereka ini :) 

Fifi, Liyana, Lina (lulaleloli)

yati :)

pemandangan di luar train. 
terus teringat doa dalam quran al-imran:191 :')


Dan perkara yang paling best dalam trip ni ialah pergi ke whitechapel dan sharing dengan kakak-kakak London. 
Inilah first time ke whitechapel, and banyak coat labuh-labuh, tapi sayang dah final year, tinggal setahun sahaja lagi untuk pakai..hati berkata, "hmm..xberbaloi.." (tapi beli juga sehelai. hehe :P) Tapi seronok melihat diorang yang lain men'try-try' kan jubah dan cardigan di sana. 

Sharing oleh k.ainaa di hening pagi pun sangat2 diingati dan direnungi bersama. Ianya berkisar tentang Palestin dan Israel, sejarah mereka, apa yang berlaku baru-baru ni, dan peranan kita, juga yang paling zas ialah comparison kita dengan mereka. Apabila seseorang itu mengetahui tujuan hidup nya, mengenali dan mendalami agama Islam lagi, menyedari keadaan sekelilingnya di dalam dan luar negara, dan keadaan umat Islam dulu (sahabat-sahabat Nabi, pejuang-pejuang Islam) dan sekarang (orang Palestin, kita, dll) , saya merasakan yang betapa bernilainya hidup kita di muka bumi dan betapa kita ini sangat bernilai di sisi Allah SWT. 

Ada seorang ukhti ni pernah share, Rasulullah berkhulwah di Gua Hira' tempat yang tinggi dan jauh dari jahiliyyah di sekelilingnya. Dalam buku fiqh sirah (kalau xsilap) seolah ianya perlambangan yang Allah tarik baginda keluar dari keadaan sekeliling itu supaya baginda dapat melihat dan merenungi dari jauh, bagaimana berkecamuknya jahiliyyah itu, dan dari situ Allah suntikkan hidayah dan wahyu kepada baginda. 
Dan ukhti itu tambah lagi, kadang-kadang dia merasakan mungkin Allah menariknya keluar dari tempatnya utk ke UK supaya dia dapat melihat dari jauh betapa sebenarnya dia telah berada dalam jahiliyyah yang dia sendiri pun tidak sedar. Islam yang dirasainya bukan pada kehidupan sebagai mana yang Allah kehendaki tapi hanya pada ibadah dan pakaian (tu pun kalau tutup habis).

Saya yang mendengarnya, merasa 'kaget' sebentar. Islam sebagai ad-deen sebagai kehidupan. Seperti mana pemuda kahfi melarikan diri dari kekejaman jahiliyyah pemerintahnya, untuk menjaga kesucian agama, moga begitulah hijrahnya kita ke sini. Bukan hanya pada fizikal dan pelajaran sahaja, malah pada rohani, pemikiran dan kehidupan seluruhnya. InsyaAllah, sama-sama kita lakukannya bersama. 

Ok, back to cerita London. 

Kerana badan rasa kurang sihat, saya memilih untuk tidak pergi ke stadium Chelsea pada hari ketiga kami di sana. Ingin memberi rehat pada badan sebentar. Oh ye, pada hari pertama kami tidak berkesempatan untuk ke mana-mana kerana sampai dah malam, padahal baru pukul 6 petang, inilah yang dikatakan winter. Siang pendek, malam panjang. Dan hari kedua kami ke London eye, river cruise dan Malaysian Hall di bayswater. Rupanya memang semua tengah kempunan nak makanan malaysia dan makan ikan. Ya, ikan mahal di sini, dan jarang-jarang kami beli. Kalau ye pun, fillet sahaja.

to cut short, kami pulang pada hari ketiga, dan dalam makan bekalan yang di beli.


Muka puas hati dapat makanan murah dan sedap..huhu
 25 chicken wings for 5 pound!!

Lina, yang tak henti ambil gambar makanan :P

Dan yang paling best pasal jaulah London ni jugak, ialah dapat barang free. Heheh. Tasbih elektronik, selendang ala-ala 'mafla' (xreti eja. huhu), dan keychain. Terharu betul. Terima kasih yati, fifi dan lina :) Jazakumullahu khayr (Moga Allah mengganjari mu dgn kebaikan).

Demikian sahaja coretan saya. Rasa lamaa sangat tidak menulis pengalaman dalam blog ni. InsyaAllah ada masa time2 cuti ni, boleh la di  update lagi.

Moga dapat ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga akhirnya, insyaAllah.. Ada rezeki, boleh  kita berjaulah lagii. Jika tidak di negara Europe, di Malaysia pun apa salahnya ;)

Sama-sama mengejar keredhaan Allah..

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya AllahSWT akan memberinya kefahaman dalam agama" 
[HR Bukhari dan Muslim]

Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi kefahaman dalam agama kita ini, Islam.


p.s: gambar-gambar ni je yang ada dalam phone saya. sobs~ 

p.ss: teringin sangat nak sambung master, mana tahu boleh jumpa and jalan-jalan kt uk lagi dgn korangg bila korang dah third year. Doakan2 insylh. >.<



Wallahu'alam

Friday, November 18, 2011

expectation

Telefon berdering. Menandakan ada panggilan. Setelah beberapa minit berbincang di telefon, tiba2 satu soalan di ajukan kepadaku..
"Husna, saya ada nak tanya satu soalan"
"Err..soalan apa,kak?"
"Apa expectation awak dalam proses tarbiyyah ni, dalam masa satu academic year ni?"
Perbualan bersambung.........

Expectation. Lidah aku akan terkelu bila orang tanya pasal ni. Yang akan bermain di fikiran ku hanyalah, "zero-expectation", "zero expectation".

************
Peristiwa di suatu kem ketika aku di KY, telah mengajar aku untuk tidak meletakkan expectation, kepada sesuatu outcome especially apabila ianya melibatkan suatu pihak lain.
Letak expectation utk diri sendiri, xpa.

Di kem tersebut, si pengerusi majlis telah memulakan slot pertama dengan menanyakan beberapa soalan tentang niat kita ke tempat tersebut. 
 Expectation tentang aktiviti2 yang akan dilakukan. 
Pengisian yang akan didengari.
Dan macam2 lagi.
Kemudian, disuruhnya kami, para peserta tulis elok2 dalam kertas A4 semua yang kita expect.

Semua orang pun tulis la..Ada yang panjang berjela. 
Entah apa yang dia demand tah
Ada yang tulis pendek. Mungkin malas sikit kot.
Ada yang duk melangut, tengok kiri dan kanan, pastu tulis dua tiga kerat.
Haa..itu aku lah tu. haha

Pastu, si pengerusi majlis tu, suruh kami 'keronyot' kan kertas tu.
Gumpal, gumpal..jadi cam bola kertas, dan disuruhnya untuk baling dengan sekuat hati padanya.
Semua baling sambil dia membuat sound effect "aduh,aduh".."aa..aaa'' etc.

Selesai baling, si pengerusi majlis tu pun berkata..
"Okay..sekarang ni, semua expectation korang semua dah diluahkan keluar dari otak kamu dan dilemparkan pada saya. So, sekarang, sepatutnya korang dah xde expectation apa2 dalam kepala, sebab semuanya dalam kertas2 ni, di kaki saya. Jadi, semua kena zero-expectation. haha."

Ditambahnya lagi..

"Bukan apa..kadang2 kita, manusia ni, terlalu letak expectation pada seseorang atau sesuatu perkara. Nak itu, nak ini. Sedangkan mungkin pihak penganjur dah rancang begini, dan begitu atau sikap orang ini, memang begitu, begini. Dan kalau masing2 masih dengan expectation masing2, dan kalaulah sesuatu itu tak capai apa yang di expect, dia pasti akan balik bersedih, xpuas hati, kata program tu xbest, ni xbest. Semuanya, sebab apa? Sebab dia yang in  the first place letak satu standard level yang tersendiri. Walhal, pihak penganjur ada objektifnya yang tersendiri dan mungkin agak sukar utk satisfy kehendak semua org. Benda2 baik macam ni, boleh nak letak expectation, tapi kenalah at the same time sentiasa berlapang dada..."

************
Slot 15 minit ini cukup membuatkan aku untuk sentiasa cuba menerima suatu keadaan seadanya. Sebab, kita xkan mampu untuk mengubah sesuatu situasi itu, sebaliknya, kita mapu untuk mengubah cara kita menghadapi situasi itu.

*************
Sambungan.............
"Err...akak..saya pun xtau. Apa yang baik saya ambil je, insyaAllah."
"Eh, mana boleh macam tu, kena ada expectation jugak. Kalau boleh, saya nak tau.."
"Emm..saya xreti la, nak letak expectation pada usrah kita"
"Bukan expectation pada usrah, tapi pada diri awak tu sendiri. Itu yang penting, sebenarnya."
"Emm...jap lagi saya kol lah balik. Akak kol2 orang lain dulu, keh? Bagi masa saya fikir jap..."

*************
 Tapi, sebenarnya, dalam masa yang sama, expectation pada diri sendiri itu sangatlah penting supaya dapat dijadikan motivasi dan sentiasa cuba improve ke arah itu.
Kadang-kadang kita terlalu memikirkan tentang orang lain, sehingga kita terlupa tentang diri kita yang masih banyak kelemahan.

So, jom letak a certain standard level utk diri sendiri, bersesuaian dengan kemampuan masing2.
Mudah-mudahan we become the better us.

p.s: yang masih memikirkan expectation diri sendiri =__=''

p.ss: just follow the flow je, xleh? huhu~


Wallahu'alam.

Tuesday, October 18, 2011

Sahabat yang menangis

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: 
"Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Bacakanlah al-Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, apakah saya akan membacakan al-Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain." Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat- yang ertinya: "Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas ummat ini?" - Surat an-Nisa' 41.


Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada baginda s.a.w., tiba-tiba kedua mata baginda itu meleleh airmatanya." (Muttafaq 'alaih)

 Dari Anas r.a., katanya: 
"Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Baginda s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)

Anas r.a. menceritakan; 
Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahi beliau sebagaimana Rasulullah selalu menziarahinya sebelum kewafatan baginda. Sampai di rumahnya, mereka dapati beliau menangis. Mereka berdua bertanya; “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulullah s.a.w..”. Ummu Aiman menjawab; “Aku menangis bukan kerana tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi baginda, akan tetapi aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit (dengan kewafatan baginda)”. Jawapan Ummu Aiman menyebabkan Abu Bakar dan Umar terharu dan turut menangis bersamanya (HR Imam Muslim)

**************************
Betapa banyak kisah sahabat  dan Rasulullah, yang menitiskan air mata apabila salah seorang dari mereka, mengucapkan kata-kata yang dapat menjadi tazkirah (peringatan) kepada mereka. Sungguh mudah air mata mereka keluar kerana Allah dan Rasul.

*************************
Sudah dua sittings (usrah) aku hadiri di sini. Dan sungguh, pada tiap sitting itu, air mata ku seakan sangat murah untuk keluar. Sebak di dada ditahan dan ditahan. Hingga terasa perit di tekak.
Aku tidak tahu mengapa egoku untuk menitiskan air mata sukar sangat dilenturkan dan kata-kata rindu sukar untuk diluahkan terhadap sahabat-sahabatku. 
Bukankah air mata ini keranaNya?
Sejak di kolej, aku melatih diriku untuk menelan kesedihan dan kemarahan. Hinggakan sukar untukku kini, melafakan kata-kata yang tersimpan.

Lama sungguh rasanya diri ini tidak duduk dalam halaqah. Dan apabila, akhirnya, halaqah itu kembali, dan dilihat satu-persatu muka2 yang hadir dan di kanan dan kiriku lutut-lutut yang bertemu adalah rakan2 yang terdekat denganku, terus terasa sebak di dada.
Bukanlah kerana rindu atas persahabatan sangat.
Tapi, yang dirasai ialah,
merekaa...sahabat2 ku yang aku kenal dalam gelak tawa ini lah, yang akan memanduku dalam mencari kebaikan dan mengingatkan aku dalam kealpaan. 
hati-hati inilah yang sama2 akan dididik dengan tarbiyyah.
Aku lebih sukakan; persahabatan yang disaluti dengan tarbiyyah, berbanding tarbiyyah yang disaluti dengan persahabatan. Walaupun pada dasarnya dua-dua adalah bagus.
Dan sebak ini lahir tiap kali mereka mengeluarkan kata-kata hikmah, refleksi mereka terhadapa ayat-ayat quran. 
Setiap kata-kata mereka seolah mencairkan air mataku.
Namun sekali lagi, dan sekali lagi, aku menahan sebak hingga perit rasa tekak ini.

Dan apabila sitting seterusnya membicarakan tentang kematian, dan kiamat.
Terasa diri ini terlalu lemah untuk bertahan.
Akhirnya menitis jua. 
Namun, cepat2 di lapkan dan muka terus merah kerana malu.
Haruskah diri ini sebegitu?
Berperang dengan kesedihan. Apakah egomu terlalu tinggi? Apakah air mata ini terlalu mahal?
Aku rasa tidak salah untuk menangis dalam majlis ilmu.
Bukankah kita duduk bersama, untuk renew iman?
Sedangkan sahabat2 dahulu, tanpa rasa malu dan penuh rendah diri menyatakan kerinduan mereka dan ketakutan mereka dan dikongsi bersama, sebagai tazkirah dan tazkiyatunnafs.

Sekiranya diri ini terlalu sukar untuk menyatakan atau berkongsi kesedihan, maka aku berharap sekurang-kurangnya aku dapat menjadi salah seorang dari golongan yang terakhir yang disebut dalam hadits ini:

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya:
 "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tujuh jenis orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya - yakni hari kiamat, iaitu imam - kepala atau pemimpin - yang adil. Pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya tergantung kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas), juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingati pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu menitislah airmata dari kedua matanya." (Muttafaq 'alaih)

Moga penulisan ini dapat menjadi pengganti kata bicara.
Maaf sekiranya aku tidak menyumbang apa2 dalam perkongsian ilmu kerana menahan sebak di dada.


Wallahu'alam. (And He who knows best.)

Tuesday, October 04, 2011

UK panas?? -Indian Summer-

Indian summer..
Begitulah fenomena yang kini melanda bumi UK. Keadaan yang jarang-jarang berlaku pada musim Autumn (luruh) di mana, suhu pada siang hari lebih dari suhu normal. Suhu normal autumn: lebih kurang 10-15 degree. Pendek kata, sekarang ni, panas dan suhunya sama spt Malaysia. Tapi bahangnya lebih dirasai kerana kurangnya awan di langit.

Suasana panas, di negara mat salleh. Apa yang dapat digambarkan? Ya..kepelbagaian fesyen. 

Setiap kali berjalan ke kelas, pastinya dikelilingi oleh orang2 mereka. Tidakku nafikan, pakaiannya ada yang cantik2 bunganya dan coraknya. Dengan spek mata hitam yang besar dan menawan, serta hidung-hidungnya yang mancung bak kata orang, 'boleh sangkut hanger' (yang mana still aku xdapat figure out betul ke x =.='') dan jugak muka putih, licin dan dengan rambut kuning berterbangan. fuhhh..habis fesyeneble~

Aku...yang bertudung, dan bertutup lengan dan kaki, pula berjalan di tengah2 diorang.

Agak2 apa yang diorang akan fikir ek?

"mm..aren't you hot wearing like that?"
"err..why is she wearing like that, on this hot summer day?"

mungkin xsemua yang akan terfikir mcm tu. Tapi, 'kalau aku dalam kasut diorang' (suppose to be english idiom :P ) at least, aku akan terdetik soalan2 tu, jauh di sudut hati aku.

Namun, alhamdulillah atas nikmat Islam ini, aku bukanlah di pihak yang bertanya. tapi di pihak yang menjawab persoalan2 itu.

Dan jawapanku ialah..

"Ya...aku juga panas. aku juga berpeluh. Tapi aku harus bertahan"

***********

Tiap kali aku masuk ke dalam dewan kuliah, dan mata meliar mencari tempat duduk, di saat itu jugalah aku dapat merasakan jantung berdegup laju setelah berjalan dan menaiki tangga, lalu sistem badan ini juga merembeskan beberapa titisan air, yang di namakan peluh.

Biasanya aku akan elak daripada terlalu mengipas2, untuk menjaga imej aku yang bertudung kerana tidak mahu sebahagian mereka beranggapan seperti..
"look..pity her. She's sweating hot. What a religion!"

Malah, aku berharap di hati mereka akan terdetik persoalan seperti..
"How could she stand the heat?? There must be something that motivates her. She won't be holding on to it, for nothing.."

************
Kalau ikutkan nafsu, boleh je aku pakai ikut suka. Lagi cantik, apa..

Kalau ikutkan nafsu, boleh je aku berseronok sesuka hati lelaki perempuan sambil berjemur di bawah sinar matahari.

Tapi aku pilih untuk tidak.

Kerana cara kita lihat dunia ini berbeza.

Cantik padaku bukan hanya pada luaran rupa.
Seronok bagiku bukan hanya pada senda tawa yang seketika.

Kerana melalui Islam, Allah mengajar kita untuk melihat dunia hanya sebagai persinggahan.

Cantik kita berlandas pada akhlak Al-Quran dan bukan santun budaya.
Seronok kita pula, bermatlamatkan kehidupan akhirat.

*************
em.....seems ''dull' to you, huh?

not at all, to me.. :) because I refrain myself for the Bless and Love of You, My Lord, 
The ONE and ONLY
ALLAH..

-Kerana ''kaca mata'' kita, berbeza..-


Wallahu'alam.

Sunday, May 08, 2011

JOM ke MOC? atau JOM ke MOC!


haa..cuba baca tajuk di atas, dgn nada yang betul. Satu, dengan nada pertanyaan, yang lagi satu, dgn nada excited, mengajak orang. Lain kan? :)

Tujuan aku menulis ni, adalah untuk memberi sedikit sebanyak gambaran kelebihan program2 pre-departure tersebut, berdasarkan pengalaman aku sendiri. dan post ini juga ditulis khas utk rakan2 ku di KYUEM, atas penawaranku dan permintaan mereka. :)

Tarikh
Tahun lepas alhamdulillah, sy berkesempatan utk mengikuti dua program pre-departure; JOM dan MOC, kerana perbezaan tarikh program2 itu. Memang ada hasrat nak pergi WOW, tapi mcm 'overdose' je, pergi sampai tiga, itu belum ditambah dgn pre-departure oleh sponsor lagi.
Ape2 pun, ramai yang tertanya, kenapa semua tarikh tu sama, tahun ini? Basically, bila dilihat balik, tarikh2 ini, merupakan, tarikh yang paling ideal utk program pre-departure. Bukanlah hal ini disengajakan oleh mana2 pihak, insylh. Cuba kita lihat balik.. tarikh kepulangan mereka di UK dan Eire..
Ireland: paling awal, seawal end of may
tapi...
UK: paling lewat, dalam first few weeks of july
dan tarikh ramadhan start ialah, awal bulan ogos, in which, agak penat kalau nak diadakan time puasa. dan in between times tu pun, terselit juga, program2 lain, untuk seniors. Jadi, dalam planner, dah penuh dah, dan yang tinggal ialah tarikh ni..:)

ok, itu perihal tarikh

Ini pulak, tentang..

Mana yang Paling Best?
Bagiku, semua best! Huhu..mesti xsuka kan, jawapan ni.. Bukan ape, sebab semua ada kelebihan masing2. dengar sini ekk... (ni bdasarkan pngalaman aku,tahun lepas ke; JOM&MOC)

JOM
Pre-departure ni, sgt2 best! :))) *tripple chin gi, tuh..* sebab, program ni mempertemukan students, dari pelbagai kolej persediaan. Jadi, ini merupakan advantage y sgt besar utk persiapan ke luar negara. Di sepanjang program ni, peserta dibahagi kumpulan bdasarkan universiti yang dipilihnya. Jadi, korang akan dapat kenal dgn bakal uni mates, y korang xpernah kenal! Bakal uni mates tuu..:) Bukan setakat LDK, riadah, aktiviti je, tapi sekali dengan makan,minum, tidur dsb. Jadi, selama 3 hari, korang at least leh cuba suaikan, kenal dgn karakter2 mereka, dan disitulah sebuah persahabtan akan terjalin. Jalinan persahabatan y baik adalah sangat, sangat, sangat penting di negara asing ini, kerana itulah, saya katakan, yang, "this is a BIG advantage of JOM".
Dan bukan setakat peserta shj, malah seniors dari respective Unis pun, akan diberi peluang untuk sebilik dgn mereka. Jadi, ape2 pertanyaan atau perbualan, bolehla di extend sampai ke lewat malam, dan time2 ni lah, persoalan dan cerita y ntah mcm2 jenis akan keluar. huhu.
Dan advantage seterusnya, y masih lagi berkonsepkan 'perkumpulan students dari pelbagai intitusi pengajian' ialah, wakil2 y datang utk share pengalaman uni masing2 adalah sgt pelbagai! Terutama, uni2 y jarang dipilih i.e. Loughborough, Greenwich, Lancaster dll (y ni, y aku ter'klik mind' utk tulis)
Jadi, pre-departure ni, selain dari pengisian, info, dan cara2 survive, dia juga, berperanan untuk membina tautan hati. :)

MOC
MOC pula, seronok sbb itulah program kolej y terakhir utk kita pergi, sebelum fly. Ya..antara fly atau tidak. dan kali itulah, kita nak sama2 treasure the last moment sbg pelajar KY.
Dan y aku tertarik ialah, apabila dapat bjumpa balik dgn seniors ky, y kita dulu kenal. Mereka datang dengan membawa perubahan dalam diri masing2. Disebabkan aku kenal mereka, sebelum ini, jadi rasa amat tertarik dengan perubahan y dilakukan. Jadi, disitulah, ramai y eager utk mengetahui "the urge of their changes".
Dan disebabkan para pesertanya terdiri daripada pelajar2 ky, jadi proses ta'aruf (perkenalan) tu, dikurangkan, dan digunakan masa2 itu utk plan2 lain. Disebabkan dah lama kenal each other, jadi, kadang2 keadaan atau aktiviti, lebih riuh laa..huhu
Ketika hari kedua MOC, aku demam panas, dan tak dapat menghadiri beberapa pengisian dan aktiviti2 y dilakukan, jadi, maaf sgt2 sbb xdpt nak bkongsi, bberapa aktiviti y dilakukan di MOC. Tapi, kami semua pulang dgn pengetahuan ttg fiqh luar negara y sama. (sbb part ceramah y sy xdpt pergi, sy dah cover time JOM)
Oh, ye! Tahun lepas, MOC juga ada menyediakan sebuah booklet, y bagi saya, sgt2 mbantu, di mana, ada maklumat tentang pemakanan, shipping, airlines utk travel, dan checklist y complete! Mini booklet ni, kalau aku, aku rating dia 4 out 5 :)

Perkara y sama
Tiga2 tu, dah nama pun, program pre-departure, jadi, insylh, pengisian dia, lebih kurang juga. Tentang menjaga diri di luar negara, fiqh luar negara, kehidupan di sini, cabaran y bakal dihadapi, ape yang perlu dibawa, secara fizikal dan rohani. Kira, insylh, korang akan dapat overview utk sampai ke sini..:)

Harap coretan ini, sedikit sebanyak dapat memberi overview ttg perbezaan kelebihan program masing2..
jadi..
berlapang dadalah, dan selamat mendaftar :) Insylh, mana2 pun okay, asalkan anda dapat me'maximise'kan ape y didapati sepanjang program y diikuti.

selamat memilih..;)

Wallahu'alam.
(and He, who knows best)

Wednesday, March 23, 2011

The Procastinated blogpost:Birthday in UK~


ya... at last, dapat ku tunaikan janjiku, kpd kawan2 y telah sgt beriya mnyamut birthday ku di sini, UK. Alhamdulillah, dikurniakan insan2 y ceria utk dijadikan rakan sepanjang perjalanan hidup di negara orang ini. Jadi, utk itu, sy nak ucapkan jutaan jutaan terimakasih dan jazakumullah kpd semua y telah 'make my day' :) stiap usaha korang, kuhargai sangat dan diabadi dalam kenangan dan doakuu, insyallah :) ya..dan aku sgt3 terharu apabila dgr kisah 'behind the scene' diorg..:') hebatla...tabikk..~

pada malam nak masuk 5.3.2011

tiga orang hamba Allah ini...


ya..tiga orang ni..yang bajet comel ni..


dan seorang lagi coursemate


ya....
yang juga bajet comel..:P

usaha buat sambutan harijadi utkku ^_^

hehe..sambutan y grand tidaklah kupinta, cukupla sekadar doakan kejayaan dunia akhirat. tapi diorang nak buat juga...jadi kita terima jelah ^_^ heheh~

menunya...memang xdisangka sungguh! makanan favouriteku yang jarang sekali dapat dimakan, apetah lagi, kalau di UK ni..hampir mustahil kalau nak yang cukup set...so, apekah dia??

jeng..jeng..jeng...


nasi kerabu!!

ha...susah tu, nak dapat sayur2 dia bagi cukup set. tapi diorang still usaha gak buat, guna sayur y available :') dan part y plg susah, ialah 'resepi legend'...rupanya, Izzah, pi cari kat ummi, through fb..dahsyat2..walaupun part 'air tangan' ummi tu, xde, tpi rase dia, stilll....zaaaasss...:DD dan y plg aku terharu, ialah cara diorang nak dapatkan supply budu..import dari manchester, dan pass2 kat orang tuh..xsilap 4 layer orang, diorang passing..planning y awal sgt..<3>
dan bagi nipa dan yvonne, y first time makan nasi kerabu, ya...ini lah nasi y paling sihat :)) suka bila tgok korang xpernah mkn, tpi terus try tolong masak..<3

aku pula, dikuarintin dalam bilik. nak gi lalu dapur, kena ikat towel kat kepala, tutup mata..=.=" susah benor..time tu, perut dah lappaaarr...bau pulak, mengancam..huuuu..bila semua settle, hasilnya..^_^

ade candle2 lak tuh..fuhh..first time..
belon pun dipasang di merata2 tempat dlm rumah..grand betul~

malam tu jugak, ade sorang hamba Allah ni, katanya nak datang, ke Birm..sorang. mula aku dah suspek something..tapi stelah bbrpa helah dia, mmg sure dia nak datang sorang. habis dia kelentong ku, mula la, risau sbb itu adalah "friday night" di mana omputih nih, biasa akan suka berpesta...so, dgn harapan dia selamat sampai, aku ke stesen keretapi sorg2 utk ambil dia...dan rupa2nya, ada dua lagi manusia teman dia mai..=.= grrrr....mmg 'dush' la, time tu..huuu..mohon maaf~ :D

cehhh...buat muke baik...pd hal, bru pas tipu org..xbaik taw! :P

xcukup dgn itu, disuruh pula, aku tidur awal..dah la, lepas makan..rupanya, hadiah birthday=tiket ke manchester 2hari satu malam..wooo..

dapat masuk stadium Old Trafford (manchester united FC) free..hihi..terimakasih uya, ili, aishah..:D

dan event kedua di manchester..ialah~

MAKAN!
Restoran:
jazeera (nasi arab)
moonlight (ice-cream)
rice (makanan asian)
deena pun ade :DD tq deena..walaupun kamu busy...sempat jugak jumpa :)

balik dari manchester, rumah wardah..buat makan pulak..(makan sokmo, meme korang nk bg aku gemuk nih >.<)

ini pun antara makanan kegemaran aku jugak..makanan utara..


Laksa Kedah!! :D
jazakumullah khairan kpd tukang2 chef: liyana, atikah, maziyah dan jing theng..:))
sedap2~

dan alhamdulillah jugak, dapat macam2 ucapan, doa, dan hadiah dari kwn2 dan y plg penting dari keluarga <3..

hadiah dari kawan macam2, dari kad, album, purse, phone charms, gelang, pokok bunga, hiasan dinding, teddy bear, dan penimbang tepung/gula etc. (utk baking) smua hadiah kusuka..pandai diorg cari kegemaran aku, utk disuaikan dgn hadiah harijadi..

dan special thanks to Afifah Abdulrazak kerana telah buat video khas untuk hari jadi ku..:)
trharu :))

tapi,
ada satu hadiah y paling2 aku suka, tapi kini sudah tiada...
pokok ini....
dicuri orang! >:/ hanya sempat beberapa hari, di alih kedalam pasu itu..
sori uya....t.t xbmksud nk kasi hilang..sgt suka pokok ni..emm..mgkin bleh ganti dgn baru, tahun dpn?? :D hehe

semua hadiah y diberi cantik dan menggembirakan. terimakasih kawan2..:)

tapi.....ada satu hadiah yang menggembirakan bukan hanya hati malah jiwaku sekali..
bukan hanya sehari, malah setiap hari dan masa..
bukan hanya di dunia,, tapi juga utk bekalan akhirat...
iaitu..hadiah dari kedua ibu bapa yang amat kusayangi <3

tafsir quran per kata..:")


masya Allah..sgt2 tharu. sudah lama kuinginkannya. pd program musim sejuk (PMS) aku belek2 namun, xsure nak beli ke x..rupanya, mmg rezki, quran tu, dijadikan hadiah utkku oleh ummi ayah..syg umi ayah! jazakumullah (semoga Allah balas dgn kebaikan)

************
begitulah kehidupan..
sungguhpun bermacam perkara dan benda boleh menggembirakan hati..
namun,
tak semua memberi kegembiraan dan ketenangan y abadi..
hadiah dari kawan.. menggembirakan
tapi, kemesraan dalam persahabatan itu lebih diingati..
makanan.. menggembirakan sang perut
tapi, nikmat kesihatan itulah y menggembirakan perut itu..
ucapan birthday yang bombastic itu kdg2 menggelikan hati
tapi, doa2 mu utk ku itulah y akan lebih bermakna..

dan lain-lain

jadi, ingatlah bahawa kehidupan dunia ini, hanyalah sementara..
dan
apa akan jadi, selepas kehidupan di dunia?
fikir2 kan lah

kerana manusia itu perlu berfikir dan panduan untuk berfikir

****************
Akhir kalam, terima kasih sekali lagi kepada semua kawan2 y kusayangi semua..ku doakan moga persahabatan kita kekal abadi..:)
mintak maaf salah dan silap sepanjang kita mengenali satu sama lain..

‎"Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurang tetapi amalku tidak bertambah': - Ibn Mas'ud-

Wallahu'alam.

Saturday, February 26, 2011

Birthday Wishes.

Tengok ada pula seorang kawanku dari kolej... lagi 10 hari birthday dia, dia buat senarai barang-barang yang agak-agak orang boleh bagi dia.

Aku pun tertarik dengan idea tu. Mungkin la kan, orang yang tengah tak ada idea nak bagi apa untuk birthday saya boleh rujuk je kat entri ni.

Moga bermanfaat kepada semua kan? :)

1) Xbox 360 Elite dengan Kinect



Sebabnya memang aku mmg suka game..tmbh2 klu main dgn adik2 ku y sumenya laki :DD! Walau macam mana pun, tanggungjawab lain tak kan dilupakan. Jangan risau! Sekarang dah besar, pandai bahagi masa dah. :)
If I get one of this, boleh main tembak2! Kinect kot!

2) Apple iPad


Benda ni agak bermanfaat la kalau dapat. InsyaAllah boleh la contribute sikit dalam dunia media ni. Mungkin lebih rajin kot kalau nak update atau cari bahan untuk sesuatu perkara tu. Kan? Tak kisah la nak bagi yang ada 3G ke tak. Anda bagi, kuberbesar hati menerima.

3) iPod Touch 4th Generation



Benda ni pun insyaAllah akan jadi bermanfaat untukku supaya tak lah malas nak baca ma'thurat dalam train. Ada teman dalam video at least. Hehe.

4) iPhone 4 White


Ni best jugak. Tapi kalau dapat belikan iPhone 5 yang dikatakan bakal keluar June ni pun bagus jugak. Style sikit. Dah banyak sangat iPhone 4 kat UK ni.

5) TV LCD 32"


Ni untuk compliment permintaanku yang pertama tu. Kurang bermakna Xbox 360 tanpa televisyen dengan paparan HD. Memberikan kepuasan kepada setiap pemain dan pemerhati. :)

***************************

Tak tau sejak bila aku ni menjadi salah seorang daripada Apple freak. But using Apple is so simple and cool though. Sangat senang nak menggunakan softwarenya.

Very user-friendly. Will recommend it to anyone who's planning to buy a new laptop! Currently, Apple is the best! Trust me!

Let's wait until my birthday comes. :)

Hehe....

Wallahu'alam.

Wednesday, June 23, 2010

Xsangka dah habis..


alhamdulillah..syukur sangat2 sebab dah habis A-level..
SANGAT lama aku tidak meng update blog ini..
dah nak genap seminggu aku dah selesai dgn exam ini..
hari sabtu baru2 ini, graduation day, y juga bermkana, itulah hari last utk kitorg berada di KYUEM sbg seorang pelajar...

Perasaan pada ketika itu:

- seronok; sbb tgok sume pakai baju lawa2..
- lega; sbb bleh balik umah, xpikir psl exam lg dh

- terharu I; bila tengok cikgu2 y mgajar kita.. especially Pn. Mazura, Pn. Jas, Mr. Hanson

- terharu II; bila tgok baju, nampak muka ummi y bsungguh2 mncarikanku baju & menempah jahit manik atasnya..

- terharu III; sbb ummi ayah sggup dtg walaupun bru lps bjaln jauh- balik trgganu..
- kosong; sbb 1st time, aku xmemegang kamera time event y besar..kameraku rosak T.T
( so,penyelesaian: aku 'menempek' dlm gmbr2 org lain )

1 tahun stengah..bukan lah masa y lama jika diimbas kembali..rasa sungguh xpercaya...
tup tup tup, dah habis A-level..woahh..
Tapi ada satu lg benda bsar y mnanti..
RESULT!!
(Ya Allah, bagilah result y cemerlang utk Husna..amin)
thank you doakn :)

di KY,banyak benda aku pelajari
ada time susah, ada time senang...mcm kat tmpat lain lah kn..cuma kat sini, aku byk belajar ttg kehidupan dari aspek2 ttntu..

tapi duk kat kolej ni..lain, dari aku di sekolah...
sini..
aku lebih kepada study dr kokurikulum
aku lebih kepada senyap drpd bising atau pekena org
aku lebih kepada memerhati dan berfikir
aku lebih kepada riadah ringan2 drpd main puas2 (time last sem-sem 3)
perkembangan y baik??
Wallahu'alam..
tapi aku rsa tidak... adakala, rsa tringiiinn, nak kmbali ke sekolah..
di mana, main aku, no.1..study no.2..
tapi nak buat mcm mana..nak fly, kena buatla cara nak fly..kn?

so, skrg..dah habis..Alhamdulillah..
masa di rumah, harus di treasure sebaik mungkin..
setakat ini, banyak aktvt y dibuat di rumah..
sgt seronok..
insylh, blog ini akan di tukar layout dan cuba utk kembali aktif :)

Saturday, March 27, 2010

Aku = Imam Nawawi??

OK. cukup, cukup, cukup. 2months more to go. tambah tolak darab bahagi...tinggal 1month je.. Macam blog2 kawan2 aku y lain, aku mohon maaf kepada semua, dan doakanlah kejayaanku..

Masa y berbaki ni, insyallah akan digunakan SEPENUHNYA. ya, SEPENUHNYA..Insyallah..

Ingin dikatakan di sini, bahawa, aku tekad untuk TIDAK meng 'update' status fb, dan blog ini, sehingga habis A-level (akhir bln 6), walau apa yang terjadi..ya Allah, kuatkanlah semangatku..

Jadi, jgnlah letak harapan untuk membaca post2 baru..mohon maaf yer,kawan2..

AKU INGIN JADI SEPERTI IMAM NAWAWI...
(percayalah, insyallah)

Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya bagiku.. Kurniakanlah semangat belajar Imam Nawawi kepadaku, dan seperti mana juga semangat Imam2 lain.. Agar kejayaan yang dikecapi nanti, Insyallah akan dapat menaikkan nama Islam.. Amin.. (terima kasih semua kerana mendoakan)

Pulun + Doa&Amalan + Tawakkal = Kejayaan (dgn izin Allah)

Wassalam.

Saturday, March 20, 2010

Oohh Jitraku...

Aku berpindah rumah. Kali ini ke Kepala Batas, Kedah (take note ye..KEDAH..bukan Penang ye..huhu). Perpindahan kali ini merupakan yang ketiga belas bagi keluargaku. Manakan tidak, ayahku merupakan seorang pegawai tentera, dalam KOR Pendidikan; makna kata, beliau adalah 'cikgu' dalam tentera, untuk mengajar Bahasa Inggeris. Aku yang merupakan anak kedua dalam keluarga, telah bersekolah di 9 buah sekolah berbeza, manakala, abangku, di 10 buah sekolah, berikutan daripada perpindahan2 tersebut. Berikut merupakan sekolah2 yang pernah menjadi tempatku menimba ilmu:

  1. 1) SK Sungai Kantan

    2) SK Saujana Impian, Kajang

    3) SK Sri Rusa, Port Dickson

    4) Werribee Islamic School of Victoria, Australia

    5) SK Pulau Rusa, Terengganu

    6) SK Senawang, Seremban

    7) SK Jitra, Kedah

    8) SMK Agama Kedah

    9) SBPI Kubang Pasu

    Tapi, yang paling lama ku menetap ialah di Jitra, selama 7 tahun (sejak darjah 5), dan di situlah, aku mula merasai kemanisan persahabatan sebab sebelum ini, xsempat nak kenal betul2 kawan sekelas, dah berpindah ke tempat lain. Oh ya, mengapa kali ini aku berpindah, padahal dekat ja? Begini, rumah quarters tentera yang sedia ada, telah penuh, dan perlu dibina lagi, dan alhamdulillah, baru siap dibina. Jadi, perlulah bagi kami untuk masuk rumah ini, lagipun dekat dengan Kolej Tentera Udara (KTU), tempat kerja ayahku.


Baru sehari duduk di sini, aku telah rindukan rumah yang lama walaupun, nak diikutkan, memang jauh beza saiz kedua2 rumah ini. sebenarnya, bukan rumah yang kurindukan, tapi kawasan itu sendiri. JITRA. Kini, sudah tiada Kedai Melayu, kedai India, kedai fotostat murah, Yawata (Aneka- jrg pi sbb sesak/ramai), Pustaka Jitra, tmpat basuh kereta automatik, SKJ, badminton di dewan PJ2, fairy bread, jogging di tasik darul aman, benjo Taman Sri Aman dll. Yang ada di sini, hanyalah bunyi kapal terbang, helikopter, rangka2 jet, sawah padi, kereta lalu-lalang kat Highway dan tempat keja ayahku yang dekat. Kedai2 yang terdekat kena naik kereta dalam dua tiga minit, tapi xsemua ada. Tesco akan menjadi pengganti Yawata, dewan di quarters pengganti dewan PJ2, dan yang paling best, ada Go-kart kat sini..tapi.. bayar RM25 (-.-'')...pokai, em.. tarik balik la..xbest2.. "Kepala Batas is a dead town especially at night time", aku setuju dengan kata2 ummiku ini.

Haih..banyak complain pulak aku nih..maaf, ini bukan complain, ini hanyalah comparison semata2. Kami bersyukur kepada Allah, atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Rumah ini besar, selamat (insya Allah), dan sejuk. Banyak kemudahan yang disediakan, Katil2 dapat yang baru, surau lagi dekat, ada playground kat sebelah rumah, guard ada..xrisau sangat Arrasyid main kat luar sorang2.

Tapi, dalam duk seronok dapat rumah ini, ada suatu yang mengetuk pintu hatiku. Semua ini bersifat sementara sahaja, bukanlah milik kami. Seronok bila rumah besar, tapi suatu hari nanti kena pindah jugak. Seronok dapat katil baru, tapi bila lihat tilam dan kayu dia, ada cop "HAK MILIK KERAJAAN" dan macam2 lagi. Bila difikirkan, ini semua hanyalah pinjaman yang sementara. Begitu juga dengan dunia ini... Biarlah rumah sebesar mahligai, biarlah harta setinggi gunung, biarlah tanaman berekar2 ladangnya, biarlah muka secantik bidadari, biarlah otak segenius Kyle XY, biarlah badan setough popeye, tapi, kalau kita ingat bahawa semua itu bukan kita yang punya, tetapi anugerah Allah yang dikurniakan untuk sementara sahaja di dunia ini, tiada apa yang hendak dibanggakan, cukuplah sekadar mengucap ALHAMDULILLAH "segala PUJIAN HANYALAH bagi Allah". Kita hamba Nya. Hamba=tidak punyai harta, tidak boleh membantah, menggantung kehidupan pada Nya, perlu tunduk, semua barang adalah pinjaman, perlu patuh SETIAP suruhannya.

Semoga nikmat yang kita ada akan lebih mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.

***********

Bagi kawan2 ku yang di Jitra, janganlah dikau merinduiku...Huhuh..susahlah sekarang nak kunjung-mengunjungi rumah eh.. terutamanya bagi, Paan (Farhanis), Khod, Ikin, Una, Ain izati, dan Ain Ishak...Insya Allah (dengan izin Allah), aku akan bawak hampa suma mai sini, suatu hari nanti, kalau boleh tahun ini jugak. Insya Allah.

p/s: Maaf, xdapat upload gambar lagi sebab internet broadband slow sikit. Kena tunggu modem pasang. Nanti tengok blog ni lagi, pada hari Khamis depan, insyaallah, akan ada gambar2 di upload.