Showing posts with label kyuem. Show all posts
Showing posts with label kyuem. Show all posts

Sunday, May 08, 2011

JOM ke MOC? atau JOM ke MOC!


haa..cuba baca tajuk di atas, dgn nada yang betul. Satu, dengan nada pertanyaan, yang lagi satu, dgn nada excited, mengajak orang. Lain kan? :)

Tujuan aku menulis ni, adalah untuk memberi sedikit sebanyak gambaran kelebihan program2 pre-departure tersebut, berdasarkan pengalaman aku sendiri. dan post ini juga ditulis khas utk rakan2 ku di KYUEM, atas penawaranku dan permintaan mereka. :)

Tarikh
Tahun lepas alhamdulillah, sy berkesempatan utk mengikuti dua program pre-departure; JOM dan MOC, kerana perbezaan tarikh program2 itu. Memang ada hasrat nak pergi WOW, tapi mcm 'overdose' je, pergi sampai tiga, itu belum ditambah dgn pre-departure oleh sponsor lagi.
Ape2 pun, ramai yang tertanya, kenapa semua tarikh tu sama, tahun ini? Basically, bila dilihat balik, tarikh2 ini, merupakan, tarikh yang paling ideal utk program pre-departure. Bukanlah hal ini disengajakan oleh mana2 pihak, insylh. Cuba kita lihat balik.. tarikh kepulangan mereka di UK dan Eire..
Ireland: paling awal, seawal end of may
tapi...
UK: paling lewat, dalam first few weeks of july
dan tarikh ramadhan start ialah, awal bulan ogos, in which, agak penat kalau nak diadakan time puasa. dan in between times tu pun, terselit juga, program2 lain, untuk seniors. Jadi, dalam planner, dah penuh dah, dan yang tinggal ialah tarikh ni..:)

ok, itu perihal tarikh

Ini pulak, tentang..

Mana yang Paling Best?
Bagiku, semua best! Huhu..mesti xsuka kan, jawapan ni.. Bukan ape, sebab semua ada kelebihan masing2. dengar sini ekk... (ni bdasarkan pngalaman aku,tahun lepas ke; JOM&MOC)

JOM
Pre-departure ni, sgt2 best! :))) *tripple chin gi, tuh..* sebab, program ni mempertemukan students, dari pelbagai kolej persediaan. Jadi, ini merupakan advantage y sgt besar utk persiapan ke luar negara. Di sepanjang program ni, peserta dibahagi kumpulan bdasarkan universiti yang dipilihnya. Jadi, korang akan dapat kenal dgn bakal uni mates, y korang xpernah kenal! Bakal uni mates tuu..:) Bukan setakat LDK, riadah, aktiviti je, tapi sekali dengan makan,minum, tidur dsb. Jadi, selama 3 hari, korang at least leh cuba suaikan, kenal dgn karakter2 mereka, dan disitulah sebuah persahabtan akan terjalin. Jalinan persahabatan y baik adalah sangat, sangat, sangat penting di negara asing ini, kerana itulah, saya katakan, yang, "this is a BIG advantage of JOM".
Dan bukan setakat peserta shj, malah seniors dari respective Unis pun, akan diberi peluang untuk sebilik dgn mereka. Jadi, ape2 pertanyaan atau perbualan, bolehla di extend sampai ke lewat malam, dan time2 ni lah, persoalan dan cerita y ntah mcm2 jenis akan keluar. huhu.
Dan advantage seterusnya, y masih lagi berkonsepkan 'perkumpulan students dari pelbagai intitusi pengajian' ialah, wakil2 y datang utk share pengalaman uni masing2 adalah sgt pelbagai! Terutama, uni2 y jarang dipilih i.e. Loughborough, Greenwich, Lancaster dll (y ni, y aku ter'klik mind' utk tulis)
Jadi, pre-departure ni, selain dari pengisian, info, dan cara2 survive, dia juga, berperanan untuk membina tautan hati. :)

MOC
MOC pula, seronok sbb itulah program kolej y terakhir utk kita pergi, sebelum fly. Ya..antara fly atau tidak. dan kali itulah, kita nak sama2 treasure the last moment sbg pelajar KY.
Dan y aku tertarik ialah, apabila dapat bjumpa balik dgn seniors ky, y kita dulu kenal. Mereka datang dengan membawa perubahan dalam diri masing2. Disebabkan aku kenal mereka, sebelum ini, jadi rasa amat tertarik dengan perubahan y dilakukan. Jadi, disitulah, ramai y eager utk mengetahui "the urge of their changes".
Dan disebabkan para pesertanya terdiri daripada pelajar2 ky, jadi proses ta'aruf (perkenalan) tu, dikurangkan, dan digunakan masa2 itu utk plan2 lain. Disebabkan dah lama kenal each other, jadi, kadang2 keadaan atau aktiviti, lebih riuh laa..huhu
Ketika hari kedua MOC, aku demam panas, dan tak dapat menghadiri beberapa pengisian dan aktiviti2 y dilakukan, jadi, maaf sgt2 sbb xdpt nak bkongsi, bberapa aktiviti y dilakukan di MOC. Tapi, kami semua pulang dgn pengetahuan ttg fiqh luar negara y sama. (sbb part ceramah y sy xdpt pergi, sy dah cover time JOM)
Oh, ye! Tahun lepas, MOC juga ada menyediakan sebuah booklet, y bagi saya, sgt2 mbantu, di mana, ada maklumat tentang pemakanan, shipping, airlines utk travel, dan checklist y complete! Mini booklet ni, kalau aku, aku rating dia 4 out 5 :)

Perkara y sama
Tiga2 tu, dah nama pun, program pre-departure, jadi, insylh, pengisian dia, lebih kurang juga. Tentang menjaga diri di luar negara, fiqh luar negara, kehidupan di sini, cabaran y bakal dihadapi, ape yang perlu dibawa, secara fizikal dan rohani. Kira, insylh, korang akan dapat overview utk sampai ke sini..:)

Harap coretan ini, sedikit sebanyak dapat memberi overview ttg perbezaan kelebihan program masing2..
jadi..
berlapang dadalah, dan selamat mendaftar :) Insylh, mana2 pun okay, asalkan anda dapat me'maximise'kan ape y didapati sepanjang program y diikuti.

selamat memilih..;)

Wallahu'alam.
(and He, who knows best)

Wednesday, June 23, 2010

Xsangka dah habis..


alhamdulillah..syukur sangat2 sebab dah habis A-level..
SANGAT lama aku tidak meng update blog ini..
dah nak genap seminggu aku dah selesai dgn exam ini..
hari sabtu baru2 ini, graduation day, y juga bermkana, itulah hari last utk kitorg berada di KYUEM sbg seorang pelajar...

Perasaan pada ketika itu:

- seronok; sbb tgok sume pakai baju lawa2..
- lega; sbb bleh balik umah, xpikir psl exam lg dh

- terharu I; bila tengok cikgu2 y mgajar kita.. especially Pn. Mazura, Pn. Jas, Mr. Hanson

- terharu II; bila tgok baju, nampak muka ummi y bsungguh2 mncarikanku baju & menempah jahit manik atasnya..

- terharu III; sbb ummi ayah sggup dtg walaupun bru lps bjaln jauh- balik trgganu..
- kosong; sbb 1st time, aku xmemegang kamera time event y besar..kameraku rosak T.T
( so,penyelesaian: aku 'menempek' dlm gmbr2 org lain )

1 tahun stengah..bukan lah masa y lama jika diimbas kembali..rasa sungguh xpercaya...
tup tup tup, dah habis A-level..woahh..
Tapi ada satu lg benda bsar y mnanti..
RESULT!!
(Ya Allah, bagilah result y cemerlang utk Husna..amin)
thank you doakn :)

di KY,banyak benda aku pelajari
ada time susah, ada time senang...mcm kat tmpat lain lah kn..cuma kat sini, aku byk belajar ttg kehidupan dari aspek2 ttntu..

tapi duk kat kolej ni..lain, dari aku di sekolah...
sini..
aku lebih kepada study dr kokurikulum
aku lebih kepada senyap drpd bising atau pekena org
aku lebih kepada memerhati dan berfikir
aku lebih kepada riadah ringan2 drpd main puas2 (time last sem-sem 3)
perkembangan y baik??
Wallahu'alam..
tapi aku rsa tidak... adakala, rsa tringiiinn, nak kmbali ke sekolah..
di mana, main aku, no.1..study no.2..
tapi nak buat mcm mana..nak fly, kena buatla cara nak fly..kn?

so, skrg..dah habis..Alhamdulillah..
masa di rumah, harus di treasure sebaik mungkin..
setakat ini, banyak aktvt y dibuat di rumah..
sgt seronok..
insylh, blog ini akan di tukar layout dan cuba utk kembali aktif :)

Sunday, May 09, 2010

Ketakutan~


Takut..

Perkataan lima huruf ni, cukup menggambarkan keadaan aku sekarang ni. Dulu, pernah dengar, orang cakap, "Semakin kita besar, semakin banyak pilihan yang harus dibuat, dan semakin penting pilihan itu untuk kita." Aku akui, benar sungguh kata2 itu. Kalau dulu, kena pilih;

Nak belajar ke x,

nak gi sekolah ke x,

nak makan ke tak,

nak beli barang X ke x..

nak kawan dengan dia ke x...


n so on..tapi, sekarang pilihan itu dah jadi semakin 'crucial'..jadi..


nak kos apa?

Nak universiti mana?

nak masak apa?

Cukup x duit nak beli barang X,

Nak KAWIN dgn dia ke x..??? (erkk..apekah...??haha)


Perhatikan, perbezaannya..


Apa2 pun, ingin di'share di sini ialah perihal, universiti yang bakal dipilih. Sepatutnya, aku dah start reply kepada UCAS (Universities & Colleges Admissions Service) universiti mana yang nak dipilih, tapi, aku takut..takut ape??ntah la..macam2 duk pikir..

Ini 'over'... exaggerating..


To start of with, Alhamdulillah, aku dapat reply dari 4/5 universiti yang di apply..

-exeter

-warwick

-birm

-UCL


-Takut untuk hidup di London-

Ini yang paling ku takut. Nak pergi KL pun, kena fikir dua tiga kali. Bandar2 besar la katakan, takut sesat. Baru2 ni, ada tutorial trip ke KL. Suma kena pergi, bawah jagaan Miss Linda. Huh! Bila sampai The Curve, aku mula terbayang, diriku ini di London. Errrkkk.. boleh ke survive ni? Kat The Curve tu, aku melekat je dgn kawan2 ku, xpun, dengan Miss Linda..Diorg ke sana, aku pun gi sana, diorg ke sini, aku ikut je..1st time la, katakan..Kalau bandar Tg. Malim, atau Jitra, xde la aku takut sangat, walaupun 1st time..mungkin sebab bandar kecik kot..ermm..ade penyakit urbanophobia kot..(nama saintifik rekaan semata2)


-Takut untuk berkawan dgn Mat Salleh-

Setakat ni, orang Melayu yang ambil Economics di UCL utk intake 2010, xramai lagi y kudengar. Kalau dari Kolejku ini,KY, ada, 3 orang lagi, sorg laki melayu, dua lagi, my chinese friends-girls. Bila terbayang, nak kena speaking 24jam..huh~ takut..bukan xreti, tapi bayangkan..langsung xckp melayu kat kelas..pastu xley ada, imbuhan "lah" , "ha"...Kalau di Warwick, at least, ramai jugak melayu di sana, so xde la pelik sgt..

(haih..kata nak gi UK..apela -.-")


-Takut nak study di universiti-

Katanya, banyak self-study kalau masuk alam Uni..aku takut, kalau2 x ter 'cope up' dgn pelajaran..ingat dah cukup study, tapi, benda yang penting xtahu..end up, tertinggal..xnak

-Takut terlalai dalam keseronokan-

Duduk sorang2 di negara orang, tanpa ibubapa di sisi..hanya kawan sebagai peneman.. katanya, mudah terhanyut, kalau xpandai jaga diri. aku pun xtau..jadi harap2 seniors spt k.ami, k.aina, dll. and sahabat2 spt najwa (mek wang@wa), herda, mira fasiha, buleh la tlg2 sy ni ye.. ;) insyaAllah, bila kita ada dlm jemaah, sama2 dpt tazkiratunnafs..

-Takut perasaan hati-

Yang ni, paling kutakut..takut kalau2 hati ini, terlupa bahawa ini adalah rezeki dari Nya.. Aku tidak pilih UCl atas sebab namanya. Apa y aku cari ialah, universiti yang terbaik utk ku dunia dan akhirat, yang dapat menjadi platform utk ku menaikkan lagi nama Islam..xkisah la uni mna pun.. Semoga ini adalah y tbaik bagiku..amin..

kenapa xpilih yang lain??

simple.. sebab..

aku pilih ni, kerana, aku xnak pilih yang lain..


Exeter- mak kata jauh, senior xramai..(tapi, insya Allah, KYUEM nak 'bukak kampung' kat sana, taun ni) lgipun, nak dekat sama jugak requirement dia, dgn UCL..

Warwick- ntah..parents kata, xyah la..ramai sangat dah kat sna..lagipun, aku xtrasa nk gi sna..mungkin sbb kos hidup, y smkin tggi, tapi elaun y dapat, tetap banyak tu jugak..so, makin 'worse-off' la kalau nak bershopping di sana :P

Lse- rejected

Tapi, apa2 pun..tawakkal kepada Allah itu penting.. dan insyaAllah, aku akan teruskan perjuangan ini, dengan bimbingan umiayah, dan sokongan kawan2 dan sahabat2 semua..


Ayah pesan:

"Sudah2 la fikir,..una kena buat y tbaik, dan berdoalah spt mana, Nabi Yunus berdoa kepada Allah, ketika dalam perut ikan paus..orang lain boleh, iA, una pon boleh.."


Ummi pesan:

"berdoalah kepada Allah, sesunggunhnya, Kekuasaan Allah itu mengatasi, undang2 manusia.. contoh: Nabi Zakaria masih lagi dikurniakan cahaya mata, walau, di usianya yang tua..yang mana, amat mustahil di sisi pemikran manusia..


Wallahu'alam...(sesungguhnya Allah y Maha Mengetahui)

p/s: insyaAllah, akan reply UCAS ptg ni..Mira fasiha, mek wang, juju..jom wt skli neyh..

Saturday, March 27, 2010

Aku = Imam Nawawi??

OK. cukup, cukup, cukup. 2months more to go. tambah tolak darab bahagi...tinggal 1month je.. Macam blog2 kawan2 aku y lain, aku mohon maaf kepada semua, dan doakanlah kejayaanku..

Masa y berbaki ni, insyallah akan digunakan SEPENUHNYA. ya, SEPENUHNYA..Insyallah..

Ingin dikatakan di sini, bahawa, aku tekad untuk TIDAK meng 'update' status fb, dan blog ini, sehingga habis A-level (akhir bln 6), walau apa yang terjadi..ya Allah, kuatkanlah semangatku..

Jadi, jgnlah letak harapan untuk membaca post2 baru..mohon maaf yer,kawan2..

AKU INGIN JADI SEPERTI IMAM NAWAWI...
(percayalah, insyallah)

Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya bagiku.. Kurniakanlah semangat belajar Imam Nawawi kepadaku, dan seperti mana juga semangat Imam2 lain.. Agar kejayaan yang dikecapi nanti, Insyallah akan dapat menaikkan nama Islam.. Amin.. (terima kasih semua kerana mendoakan)

Pulun + Doa&Amalan + Tawakkal = Kejayaan (dgn izin Allah)

Wassalam.

Monday, January 18, 2010

DoE..I did it!!

Okeh..sekarang tgh free block, so, before going to the RC (resource centre) which definitely means, studying, aku decide nak berblog sekejap..

Post kali ni, tentang DOE yang alhamdulillah, telah berjaya diselesaikan oleh the whole group member 25-amy, uya, mira, iqbal, arif and aku..(mintak maaf kerana guna bahasa cmpur2, xdistandardised sbb pakat tulis ja..)

DOE- Duke of Edinburgh award adalah international co-curiculum yang disediakan oleh kolej ni, which requires us to complete tasks including, expedition, community service, skills, and sports.

Dan, semalam adalah expedition part, where we had to walk approximately, 8km on the first day, and 13km on the second, totalling up to 25 km..huh..penat..

Mungkin, terlintas di fikiran anda, "ala..jalan je pun.."..wooo..no,no,no...ini jalan, bukan sebarang jalan..

Boleh dikatakn, jalan rata yang kitorg lalu, hanyalah about 25%..the rest, are All, rough, grassy, uphill, and downhill..(time trial, xsesusah ni)

Ditambah pula, dengan kesakitan giigitan nyamuk, dan berat beg about 2-3kg..

gotta maintain the stamina

Ok, enough of complaining..

The first day was quite fine, jalan xbyk uphill, Cuma byk nyamuk, sebab masuk rubber plantation..the navigating task was fine, just that, ada tersilap tengok bearing, dan sesat sekejap dlm hutan tuh..which is about 1km from the path we've supposed to take..Perjalanan ambil masa 4 jam,iaitu dari 3pm-7pm..dan alhamdulillah sempat solat Asar di campsite..(nasib asaq masuk lambat) Nma campsite, Kerling..dekat dgn KLK..(dunno what the abbreviation stands for, tapi mengikut Arif, Kerling Ladang Keling..haha..due to the fact that, tempat tuh mmg penduduk dia mostly, Indians)

Then, the dinner..instant food ja..campfire xsebesar y trial, mungkin sebab kayu n ranting xbyk...sambil makan, mcm2 jokes yang arise..termasuk, majlis 'pembatalan air sembahyang' (-.-") haha..

jalan-jalan cari jalan...

The next day, was a bit tough..took us about 7hours, from 850am-3pm, to reach college..[wonder how Shar linn's group managed to finish it at 12pm.. (0.o)?? ] time nih, sesat jugak!! Bukan sebb bc arahan slh, atau tgok bearing slh, tapi, sebb ter'miss' the blue print yang Mr. Hanson cat..huh..at first, things were going just fine..sume bearing yang diukur, ada ja path yang disediakan..tapi, bila arahan tulis:

"This path gently rises for about 400m..."

Hati mula musykil, sebab bukit yang dinaiki bukan gently, instead, rises STEEPLY (45 degree) and MORE than 400m...tapi, perjalanan, masih diteruskan..

Dan..

Bila, jalan2 dan sedar kita arrive kt tempat yang sama..dan we were actually going in circle, huh...memang sah dah sesat...dan telefon berbunyi..ingatkan.wonderpets, dtg menyelamatkan!! Tapi, rupanya, group satu lagi, yang juga tersesat..last2, sama2 patah balik..huh.. 1jam lebih gak sesat..mujur dalam kepenatan, tuh, sume still maintain sporting ditambah pulak dgn crita "mama and papa" y xleh blah tuh..

huh...sesat..!!!

Ok.. so, sekarang, dah sampai kolej dan kena pergi kelas spt biasa..barulah kini, terasa betapa besarnya nikmat sihat yang dikurniaNya..

Antara nikmat2 y dulu ak xbrpa rasa bahawa itu adalah nikmat:

  • Berjalan atas lantai yang rata
  • Menaiki tangga dengan laju (kdg lgkh dua sekaligus)
  • Tilam yang disediakan oleh kerajaan
  • Berat badan yang ideal dan mampu ditanggung oleh kekuatan kaki
  • Memalingkan kepala

Teringat aku akan hadis yang dipelajari time SPM dulu:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda

"dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakan manusia; nikmat sihat dan nikmat waktu lapang"

(Hadis riwayat Imam Bukhariy)

p/s: xjadi pergi RC kerana sedang digunakan oleh budak2 bio..so, save and then, post entry nih pd waktu ptg..




Thursday, December 31, 2009

"Be de boom" "praaangg"


"Be de boom" "praaangg"

adeh..sakit telinga.
Ledakan bunga2 api kedengaran di belakang rumah..biasanya, jiran2 chinese yang selalu pasang mercun time2 sambutan new year, baik Chinese New Year, maupun New Year..kenapa aku x kata y pasang mercun itu melayu? kerana..malam Ma'al Hijrah xkdgran pulak dentuman2 bunga-bunga api ..huhu

Jadi, post ini adalah dalam mode: xboleh tidur kerana bising..




Sebenarnya, tiada apa yang nak ditulis, cuma terasa gatal untuk menulis post..nak cerita pasal New Year, macam bosan ja..ramai sgt y bckap perihalnya..kalau tulis azam baru, xbest..xprivacy..dan terlalu banyak, walaupun belum diketahui pencapaiannya.

Cuma di sini, ingin diselitkan tentang pengajaran yang dikutip melalui pengalaman pada tahun 2009; 18 tahun..

1) realiti kehidupan.
Dulunya, ketika di sekolah atau asrama, semua diatur.. masa, pergerakan dll. Tapi, bila sudah bebas di kolej, setiap jam y blalu bgaikan xterasa lamanya..ada time kita memang busy, ada time mem'busy'kan diri sendiri..(-.-'')

2) ukhuwah.
Dulu, duduk dalam dorm..rasa bond sgt kuat..bgun pagi, nampak muka 13 orang tu, nak pergi makan, ajak muka 13 orang tu.. nak study, dgn 13 orang tu jugak.. nak tido, nampak muka 13 orang tu lagi...huhu.. P102 memang dalam kenangan~ tapi, selepas sekolah, ukhuwah dirasai bukan kerana melihat muka orang itu hari2, bukan dengan meluangkan masa dgnnya sentiasa.. tapi dengan kehadirannya ketika kita susah dan senang, juga dengan nasihat dan bimbingan darinya, dan secebis ingatan satu sama lain walaupun telah terpisah.. (also thanks to uya and ili for being great chaletmates)^_^


3)kematian.
semakin hari, semakin dekat dengan hari kematian kita, masing2.. rumah kata pergi, kubur kata mari.. semua tau kata2 ini..sgt familiar..tapi, sejauh mana persiapan kita? ketika di bangku sekolah, semua macam akan hidup selamanya..berita kematian, jarang didengari.. semua mak ayah ada.. adik beradik pun.. sungguh seronok~ tapi, semakin usia meningkat, semakin sedar aku terhadap perkara ini.. particularly untuk thun 2009.. seorang demi seorang saudara mara sahabat2 aku pergi dipanggilNya..kakak, mak, ayah, dll. Ada yang mengejut, ada yang memang diduga.. tetapi aku?? Alhamdulillah, setakat ini, semua orang tersayang masih disisiku.. dan didoakan moga panjang umur dan sihat selalu.. (sebak) Aku ingin mereka sempat melihatku berjaya, insyaAllah..membalas jasa ummi ayah, dan bawa mereka ke UK.

4)dakwah.
kalau kat sekolah, ada BADAR.. jadi, sume settle.. xpayah pikir banyak2, ustaz ustazah ada. Diorang boleh bimbing budak2 bermasalah. Tapi, sekarang?? barulah terasa.. tanggungjawab sebagai seorang Islam. Perlu berdakwah, baik sesama Muslim ataupun dgn non-Muslim. sekurang2 nya, terlepas kat akhirat, insyaAllah. Usaha berdakwah, memang susah.. banyak cabaran..perlukan sokongan.. usrah bagaikan peneguh perjuangan, yang bisa menarik kembali diri ini bila tersasar atau terebah..

Baru aku faham kata2 ummi ayahku-"Berdakwahlah sampai akhir hayat", "Ikutlah usrah walau di mana pun berada, sampai ke tua,bukan setakat kat sekolah (masa muda) ja,walaupn kdg kita rasa berat dan malas".. Juga kata2 abang aku-"akhlak kenalah jaga kalau nak bawak Islam"..ya, benar..Rasulullah berdakwah setiap saat.

Akhlak Islamiyah sepatutnya perlu dizahirkan oleh setiap Muslim

Jadi, hidup ini adalah perjuangan..juga suatu pertimbangan, adililah ia sebaiknya~
Marilah sama2 kita kembali kepada kebenaran ajaran Al-quran dan As-Sunnah..


Friday, October 09, 2009

ya Allah..selamatkanlah bumi KY...SEDARLAH

Terlalu banyak dosa yang manusia di muka bumi lakukan..usah lihat jauh2..dekat2 sudah~
Yang empunya diri,
yang di depan mata,
yang di telinga,
yang di mulut...
semua terlibat..

apa khabar Iman di dada?
apa khabar Akhlak di hati?
apa khabar Aqidah di jiwa?
apa khabar panduan kita???

semua sedar..
semua tahu..
antara ingat di hati, atau simpan di kepala saja
antara taat atau turut sebentar saja..

Rasulullah tumpah darah pertahankan Islam..
Kita tumpah air mata pertahankan nafsu..
Seandainya baginda masih lagi di sini..melihat umatnya sebegini..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

*************

Dunia kini makin moden..penuh research untuk prove the a fact..especially on Islam..
.byk input tanpa output..
dulu..sahabat2 Rasulullah s.a.w dan y lain.
.cuma dengar dan patuh.
.xbyk soal..
walaupun at that time, some of the ayatul quran xsampai ke tahap pemikiran manusia


****************

WATCH...


(amalkanlah cara hidup Islam yang sebenar..jangan sampai bala Allah menimpa kita..na'uzubillah)


*********************

FAKTA...

Waktu gempa berdasarkan Al-Quran?
Gempa Bumi : Waktu dan Nombor Surah , Kuasa Allah yg saja Mengetahui

"subhanallahh. . waktu2 gempa di indonesia :

di Tasik 15:04
,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"

di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)

"Danjika
Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepadaorang
yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bilamereka
melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnyaberlakulah
terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakansama
sekali(negeri itu)"

di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)

"Dantidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kamimembinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengansiksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalamKitab Luh Mahfuz"

gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)

"(Keadaanmereka)
serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yangsebelum
mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksamereka
disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi kerassiksaNya"

Wallahua'lam


subhanallah....

di petik dari emel yang diterima

Sunday, October 04, 2009

No idea...

Hi everyone!! I'm back blogging..dunno why, but lately, I haven't got the mood to post anything..but due to the demand from some of my blog readers, I cracked open my brain to think of something to post..but still quite blur...huh..

Maybe the no-idea-mood is due to the delaying of previous ideas..especially when I were at my 'kampung', in Terengganu, since there was no internet connection there..and when I'm back in the college, there was some kind of 'ky kiasu' environment which I had to obey..(but, did I??)

So, I end up with an idea of uploading several pictures which could give a better and more precise storyline on my diary of life, recently.




This is one of the preparation on day before raya..
Pak Andak(my uncle) was our ketupat master..








kids were having fun with bunga api..
but the adults got the 'advanced' ones..huhu








sorry..no raya photos..there r too many of them!!dunno which to choose..
on dat day, too many photos were taken, until i had to say...
"PLEASE, GIMME A BREAK!! NO MORE PICS..THANKS.."
(maybe i'm too photogenic...that's why they love doing so..LOL..hehe)






back in ky..
blood donation was the first event..not all donated theirs..
but, i did..my blood type is AB..special, right??hehe..
I just couldn't forget Mochi, Syuk, Amir, Dai and Opie reactions on that day..
looks brave, but not..
brave enough, but being rejected...haha





and the latest is Cultural Perfomance...
congratz to batch 12..it was a great night..it's the .5's first and last CP ever..
btw, Nan and Gita..u ladies look great in Kebaya! =)
(just that, Gita, u have to 'mend' your hair a bit..Huhu..chill2)





And, that is it....Thanks for being my readers..till then..SALAM..

Friday, September 11, 2009

Bye Trial, Hye Bazar


*perhatian-post kali ini agak panjang. Harap sabar membacanya..gambar2 disertakn untuk mengelak kebosanan yang melampau*

Alhamdulillah..trial dah lepas. Tapi kali ni, xrasa relief cam exam2 before2 ni..kenapa?? sebab..ni bermakna, exam yang lagi besar semakin dekat..15october.. erm..sebulan lagi..tapi tolak raya, tolak time tidur (malam), tolak time riadah, tolak time itu, ini, it

u, ini..tup2 tinggal..huh..berapa minggu ja...........

Pape pun.. yang ni dah lepas ok la....time exam..fuhhh..sume jadi rajin. Semua buku bukak, gambar di bawah sebagai bukti..









sebelum..







selepas..kembali seperti sedia kala..


Habis ja exam..meja study 'spick and span'!! (ade ke patut).. tapi patut jugak kan..xkan la nak biar bersepah ja.

Habis exam, aku explore hard disk. Fikir nak tengok kartun avatar, tapi terhenti kat cerita favourite Uya (chaletmate), House M.D..best gak.. cerita tu macam angan2 aku dulu2..

jadi doktor, dianose orang, then, bedah...

habis dua siri.. ili tetiba ajak aku

ili: husna, bazar..nak?

aku: erm..on je..ko?

ili: aku ok je..mira n opie yang ajak...

so, itulah first time pergi bazar kat Tanjung Malim..

sampai sana, mula la..mengidam itu, ini..

nak beli yong tau fu, tapi..pikir bajet...xjadi..

Tetiba, teringin roti john and tau fu fa..feveret tuh..!! jalan2..tengok2 stall roti john and tau fu fa, opposite to one another je.. erm..aku kat tgh2..xtau nak pilih..beli dua2, tu nafsu..baik beli salah satu ja..

Aku pilih tau fu fa..lepas beli..jalan2 4-5 meter, tetiba, ntah macam mana, plastik taufufa tu terlucut dari tangan aku, then..

GEDEBUKKKK (bunyi lebih..)

jatuh ke tanah..habis hancur dalam plastik..aduh..dah la aku teringin lama dah..

Alhamdulillah, ili tolong aku,

Ili: takpe2 husna..kite tuang balik dalam bekas dia.

Aku: xgeli ke...

Ili: xpe nye..plastik ni bukan kotor pun...lgipun, ko bukan teringin ke..?

Aku: ha ah..

Jadi, Tuang la balik ke dalam bekas..rupa pun dah xde dah..harap rasa je la..sekali sekala aku tengok,macam muntah baby pulak..

lebih teruk dari yang ni~gambar hiasan

Jalan, jalan, jalan lagi..

Ili: husna, tu putu mayam..ko cakap ko nak kan??

aku memang teringin putu mayam..balik rumah ari tu pun, xdpat makan sebab xdijual..

bukan nya teringin sangat..Cuma teringat Along (abg aku yang kini berada di negara Sudan) kalau sebut putu mayam..

tu kuih favourite dia..selalu aku dgn dia ja yang suka sebab tu makanan kitorg time kecik2 dulu..adik2 yang lain sekadar masuk mulut ja....

teringat jugak, macam mana aku dgn abg aku, masa kecik2 gi bazar/pasar malam..

aku and along..mase kecik2~comel kan??

(gmbr hiasan)

aku: along, putu mayam long..sedapnye..

along: una nok ke??Along pun suke jugak..jom..

husna: ha ah..aku nak beli..

pendek cerita...aku at last beli..tau fu fa, putu mayam and laici kang..

malam tuh, aku rasa sangat ngantok..nasi goreng bukak puasa dari natural history club belum dijamah..kenyang+mengantok..air laici kang tinggal separuh, putu mayam belum sentuh..baru makan sosej dan kuih2 dah kenyang..

after gi surau, balik..tido..bangun sahur, bajet nak makan nasi tu, tengok2...

BASI !!!!

klik pada gambar ini untuk nampak lendir di sudu dgn lebih jelas

laicikang macam air telur katak pulak...

So, tinggal putu mayam ja...erm...makan je lah..alhamdulillah..bersyukur dgn apa yang ada..