Aku ingin melihat dunia seperti mana Allah hendak aku melihatnya dan Aku ingin hidup di dalamnya seperti mana Allah hendak aku hidup.
Monday, September 05, 2011
Keadaan dunia perlu jadi pendorong kita..
Setelah reformasi selama lebih kurang 8 tahun, kini, dapat dilihat negara ni, seakan men'divert'kan dirinya daripada regime Kamal Artartuk yang telah mensekularkan agama Islam di negara ini.
*bdasarkan google dictionary, secularism= a doctrine that rejects religion and religious considerations.
Tanpa perlu menyebut pun ideologi yang dibawa melalui reformasi2 tu, seluruh dunia seolah dapat menafsirkan yang mereka sedang menuju ke arah pembangunan negara Islam yang lebih syumul. Ada yang melabelkan ini sbagai kenaikan semula Kerajaan Turki Uthmaniyah (Ottoman Empire), tapi bagi aku, bukanlah 'kerajaan' itu yang mereka kejarkan, tapi, insyallah, misi menegakkan kalimah syahadah itulah yang mereka buru kan, seterusnya menafikan segala sistem2 dunia yang bertentangan dengan apa yang telah Islam ajarkan dalam segala aspek politik, ekonomi, dan sosial. Turki juga membantu negara2 arab yang lain untuk mebangun spt Syria, dan memberi nasihat2 kpd Mesir, Sudan dan negara2 lain yang meminta nasihatnya. Mereka juga bersikap tegas Israel yang degil dan xmghormati orang tu :)
America.. Sesak dalam kemewahan silam.
Kejatuhan demi kejatuhan sedang menimpa negara yang dahulunya merupakan kuasa ekonomi terbesar di dunia ni. Kesakitan yang di rasa, bukanlah kerana hadirnya tentera2 penggempur dari kuasa lain, dan bukan juga kerana ada 'gunting dalam lipatan' yang ingin menggulingkan kerajaannya, tetapi kerana keangkuhan dalam mengendalikan negaranya. Mereka leka dalam kekayaan, dan kemewahan. Hidup di atas pembelian orang lain, membeli tanpa wang yang nyata dan mengaut untung untuk diri sendiri tanpa memberi makan pada fakir miskin. Mereka juga terlalu sibuk melabur dalam militari dan peperangan di negara orang i.e Afghanistan, Palestin, etc.
Kerana kegagalan sistem2 mereka, ekonominya goyah..pelabur2 mula hilang kepercayaan pada kestabilannya. Sedikit demi sedikit aliran wang menyempit..dan aku lihat nya, seakan jatuh ditimpa tangga.
Eropah.. Jatuh juga tempias
Begitu juga dgn eurozone. Recession demi recession terpaksa dihadapi. dan kini, tempias dari US juga, merisaukan meraka. Makcik Merkel dan pakcik Sarkozy ke hulu ke hilir mengusahakan yang terbaik untuk hubungan dan stabiliti eurozone. Agak mengah aku nak baca yang ni, jadi, komentari tentang eurozone xbyk dpt dibuat. huuu~
Mesir.. Menunggu dan berharap dgn doa
Setelah pelbagai liputan berita di uar2 kan mengenai demonstrasi untuk reformasi kerajaan, kini, saudara Islam sedunia menunggu dgn doa, supaya Mesir dapat berdiri sbg negara Islam yang berdikari dan bebas menyebarkan fikrah Islamiyah yang dipelopori oleh Ikhwan Muslimin (IM) dan tidak lagi menjadi boneka US dan Israel.
Apa yang aku kagum dengan uprising di Mesir banding dengan Libya, dan Tunisia ialah, semangat masyarakat Mesir tidaklah dikepalai oleh mana2 ketua atau sentimen perkauman, seperti Libya yang mana ada banyak tribes. Malah, ada sumber yang mengatakan, di Tahrir Square tu, demonstrasinya berlaku secara aman dan teratur, di mana, orang2 IM berusaha menjaga dan mengawal kemasukan masyarakat Mesir ke tahrir squrae dgn memeriksa identity card masing2 bagi elakkan orang asing melakukan kekacauan.
***************************
Ini lah nasib sistem2 rekaan manusia. Kesemuanya, akan menemui jalan kebuntuan. Kerana itu, Islam datang membawa risalah panduan untuk hidup di muka bumi ini.
"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [3:54]
Melihat peralihan demi peralihan, aku merasakan kejayaan yang dijanjikan semakin dekat, insyaAllah.
dan aku ingin menjadi dan turut serta dengan mereka yang mengusahakan kejayaan ini, yang mendukung cita-cita untuk melihat Islam sebagai Ustazatul Alam (UA) suatu hari nanti. Mungkin bukan pada zaman aku hidup, tapi insylh, di zaman cucu cicit cecet *cecet=rekaan semata-mata..huhu..* nanti..
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima taubat." [110:1-3]
dan apabila umat Islam berada di tapak kegemilangan semula, bermakna, hari Kiamat, the Day of Judgement, semakin dekat.
Moga kita tidak terlambat untuk bekerja dan tidak ketinggalan dengan usaha2 ini.
Moga Dia sentiasa memberkati usaha kita, walaupun sebesar zarah.
Wallahu'alam.
Thursday, February 04, 2010
Fallin' in Love..
Monday, November 09, 2009
www.facebook.com
Di sekolah (2008):
Si A: weh husna,da facebook x?
Aku: xdak..
Si A: nanti buat erh..pastu add aku taw..
Di kolej (awal 2009):
Aku: hey, what r u doing there?
Kawan A: facebooking..
Aku: oo..so, this is facebook..
Kawan A: uh? U don't have one??
Aku: erm.nope..(is it a must??)
Di rumah tok (tengah 2009):
Sepupu A: una, mung ade facebook dok?
Aku: ada..baru wat..
Sepupu: ok..nanti add erh..
Waaahh.. semua sudah ada facebook. Bermula dari budak menengah rendah hingga yang berpangkat besar, hampir semua ada facebook..it is recognised world-widely..Nasib tok aku, xreti baca dan menulis..kalau x, ntah la.. kini, among teenagers, siapa yang takde, dikira pelik.. aku pun ade jugak. Sebab pa? Sebab.. tertarik dengan suatu iklan (kat mana tah) "facebook..! allows you to connect your friends throughout the world". Terlintas dalam hatiku, "haa..ni lah cara nak contact kawan2 kat Australia tuh..my long lost friends...cari kat friendster xjumpa..nak hantar surat, xberbalas, katanya: xsampai..nak telefon, mahal "
jadi, begitulah niat awal aku buat facebook..begitu suci dan murni (rasa cm niat ni,dah agak tercemar..hu2). Semua dari kita yang ber'facebook' ada niatnya dan tujuannya yang tersendiri. Sehinggakan, dalam majalah TIMES, ada menyatakan, seorang pemimpin WTO, mempunyai facebook kerana ingin lebih dekat dengan rakyat dan supaya dapat memenuhi kehendak dunia, dalam aspek yang dikendalikannya. Ini jelas membuktikan bahawa facebook adalah antara websites yang dikenali ramai. Malah, dalam majalah THE ECONOMIST, menyatakan, up till 13th October 2009, facebook mempunyai seramai 300 million active users dari seluruh dunia.
Jadi, apa interpretasi anda terhadap perkara ini?? ada yang untung, ada yang rugi. Ada yang suka, ada yang benci. Mungkin..
Dari kaca mata seorang saintis; kita semakin maju. Semua di hujung dari.
Dari kaca mata seorang businessman, pelanggan semakin mudah dipancing, pasaran semakin mudah diiklankan.
Dari kaca mata seorang yang gatal, mudah baginya untuk berkenal-kenalan, ramai awek cun, laki nsem..
Dari kaca mata pihak sekolah, facebook perlu di block, supaya, internet lebih laju.
Dari kaca mata seorang Islam, inilah tanda akhir zaman. Dunia semakin sempit...
Bagiku, aku pilih yang paradigm yang terakhir. Tanda akhir zaman. Pemikiran yang kolot?? Biarlah...
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. tapi ini hanyalah sekadar perkongsian. Di sini, saya hanya menyatakan yang benar, no offense, dan dituju randomly kepada yang mengguna facebook, dan juga peringatan kepada diriku..
Bukanlah salah untuk ada facebook, dan tidak juga salah untuk menjadi pengguna yang aktif. Cuma, kita perlu menggunakannya mengikut syara' yang benar, kerana sunnguh mudah bagi kita terjerumus ke lembah kelalain dan kealapaan. Bak kata ummiku,
"TAPISLAH FACEBOOK ITU DENGAN IMAN".
Begitu juga dengan penggunaan alat2 teknologi lain, particularly, alat2 komunikasi lain..
Berdasarkan pemerhatianku, alam maya ini membolehkan sesiapa sahaja connect orang yang dikehendakinya. Di sini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan mudah berlaku, di mana, laki dan perempuan bebas berkata-kata, bergaul mesra, melihat gambar2 dsb. Contoh yang kupernah temui ialah kata2 'mengada' yang diucapkan oleh seorg hawa kepada 'adam'nya, "cayang, mayah kat cayang ke.." eiiiuu..mengada kan??kalau nak ikut, ade ke org ckp sepelat itu??biasanya, hanya melalui mesej, atau secara maya sahaja, seseorg itu mmpu berkata2 sedemikian..secara indirectly, remaja kini lebih berani untuk meluahkan apa yang di hati mereka, walaupun nak diikutkan certain of them are pemalu in reality. Kadang2 identiti mereka di facebook amat berbeza dari personaliti yang sebenar. Di hadapan, malu, tapi di internet, lain...pelik, tapi benar..
Perihal gambar pula, ada juga yang letak gambar2 yang xsepatutnya. Aku akur bahawa gambar adalah cara untuk identify milik sebenar profile itu, tapi, memadai lah dgn upload gmbr2 yang bisa menunjukkan siapa kita. Xpyh la nk letak gmbar2 yang xsepatutnya. Tmbh pulak yng letak gmbar dengan kapel2 mereka, posing bukan main. Sweet, konon.. tapi, ketahuilah bahawa ada batasannya, dan sesiapa yang lebihi batasannya, maka, ada balasannya. Jagalah maruah anda. Ingatlah bahawa Dia Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Apatah lagi pakaian, mempertayangkan aurat kepada khalayak. Ntah berapa ramai yang melihat. Gambar2 perlu ditapis. Kadang2 ianya di luar kawalan kita, kerana kawan2 boleh ja nk upload n tag nama kita dlm gmbr, dan jadilah ia, gmbr kita. Jadi, sama2 lah tegur-menegur, supaya dapat dijaga batasan privacy dan aurat kita.
Kuiz facebool pulak. Diharap sangat2 jangan lah ada yang ter percaya pada kuiz2 tuh. Mungkin benar jawapan yang diberi, tapi anggaplah ia sebagai suatu kebetulan semata-mata. Takut syahadah kita ada a slight slip, sebab 'ter' percaya pada 'tok nujum' facebook tuh..
FACEBOOK, BLOG, HANDPHONE dan sekutu2 nya...
Boleh jadi medan amarah atau medan dakwah..
Terletak pada kita untuk memberi penilaian, untuk memanipulasikan penggunaannya,
Tapi satu saja yang ingin diingatkan,
TAPISLAH MEREKA DENGAN IMAN..
Semoga kita sentiasa dalam keredhaannya.
Ingatlah Allah tatkala senang atau susah, insyaAllah Dia akan bantu kita tatkala diperlukan J
Friday, October 09, 2009
ya Allah..selamatkanlah bumi KY...SEDARLAH
Gempa Bumi : Waktu dan Nombor Surah , Kuasa Allah yg saja Mengetahui
"subhanallahh. . waktu2 gempa di indonesia :
di Tasik 15:04 ,
(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"
di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)
"Danjika
Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepadaorang
yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bilamereka
melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnyaberlakulah
terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakansama
sekali(negeri itu)"
di Padang(gempa kedua) 17:58 ,
(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)
"Dantidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kamimembinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengansiksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalamKitab Luh Mahfuz"
gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...
(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)
"(Keadaanmereka)
serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yangsebelum
mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksamereka
disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi kerassiksaNya"
Wallahua'lam
subhanallah....
di petik dari emel yang diterima
Monday, September 07, 2009
Lailatul qadr VS Solat raya
Semalam merupakan antara tarikh2 rakaman sejarah dalam kehidupan baginda, Rasulullah S.A.W.
Nuzul Al-Quran
Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
*********
Selepas dari hari ini, semua umat Islam ternanti2 suatu lagi tarikh keramat..
Sah terlintas kat dalam fikiran para pembaca, tentang...
SOLAT AIDILFITRI
Sabar, sabar, sabar...
Before that, kita patut sambut
LAILATULQADR
Umat Islam kini semakin melupakan malam ini..cuba renungkan, sejauh mana persiapan kita menuju malam ini. Sebenarnya, amat beruntunglah orang2 yang menghidupkan malam ini..
dalam surah al-Qadar:1-5
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Ini adalah kata2 Allah tentang kelebihan Lailatulqadr..
Saya yakin semua tahu perihal ini..
Apatah lagi pabila kumpulan Raihan turut compose lagu tentang malam ini..
Tapi apakah kita betul2 menantikannya??
Sekadar renungan bersama....
“renung2kan dan Selamat Beramal!”
Saturday, August 22, 2009
Perhatian!! Mesej Pemalsuan Hadis ttg RAMADHAN
Friday, July 24, 2009
Cinta ~dilayan atau dilawan
C
I
N
T
A
=cinta..ha...malu nak sebut, tapi memang kena sebut..bukan niat untuk berjiwang, bukan juga untuk tarik perhatian, bukan untuk meluahkan perasaan..tapi sekadar perkongsian ilmu buat teman-teman yang sedang membaca..
Bila saya sebut perkataan lima huruf ini, apakah perasaan anda?seronok?curious?takut?meluat? atau stabil ja...??? ha...tengoklah bagaimana gabungan lima huruf ini dapat memberi suatu impak kepada diri anda..kenapa?? silalah teruskan pembacaan anda..
Perasaan ini tidak dapat dinafikan kehadirannya. Kehadirannya, bagaikan ujian bagi sebahagian kita, tetapi menjadi kesyukuran bagi sebahagian yang lain.
Bagi yang ingin menjauhkannya..pelbagai alasan diberi..study dulu, belum cukup umur, lambat lagi, haram, hilang fokus, geli, mak ayah tak kasi dan macam-macam lagi..
Bagi yang menginginkannya, pelbagai hujah pula dikemukan..motivate untuk study, biar tak cukup umur;taruh dulu,nanti melepas, islam halalkan kasih sayang, menag fitrah manusia, boleh study sama, mak ayah dulu2 bercinta jugak, perasaanku hanya padanya (eeee..), dan macam-macam lagi..
Hendak seribu daya, tak nak seribu alasan...
Cinta (manusia) itu datang dan pergi..setiap yang patah diganti..
Jadi, di alam remaja ini, kita seharusnya berfikiran matang dalam soal ini. hendak dibenci tak boleh juga,-orang kata nanti yang tu kita akan suka, hendak dimeluat-nanti melawan fitrah pulak katanya, hendak dijauhkan-nanti jumpa yang lain dah..............tapi, hendak dilayan-nanti dibawa arus, hendak membalas-takut terhenti sekerat jalan, hendak diterima-takut diperkena, hendak luahkan-takut tak diterima.........
Konfius,konfius,konfius....(gramatical error!hope my english teachers don't read this...tetiba speaking) Kenapa perlu konfius? Tahukah anda, siput babi lambat berjalan kerana konfius dia tu siput, ke..babi ke, siput ke babi ke???
Sebenarnya, tidak ada apa-apa yang perlu dirunsingkan. It's just a matter of your teen's emotions..kalau kita berbalik kepada sunnatullah (ketentuan Allah), semua akan settle..Jodoh di 'tangan' (kuasa) Nya..jadi, tidak perlu terlalu risau akan masanya..itu kerisauan yang negatif! Cuma buatlah persediaan awal..dari segi aqidah, ibadah, akhlak dan lain-lain..agar dapt seprti mana yang diinginkan kerana pabila bertanya pada orang, inginkan pasangan yang bagaimana..jawapan yang lazimnya diberi..alim, solehah, menjaga perilakunya, pandai kemas rumah, masak sedap, pembersih..tapi, bagaimana pula dengan empunya diri??adakah seperti itu??
Sepertimana juga kematian....Allah telah menetapkannya sejak kita lahir lagi. tetapi ramai yang ber 'diet', bersukan, dan mengamalkan gaya hidup sihat..kenapa??kerana ini persediaan hari2 tua...syurga neraka juga telah ditetapkan,tetapi masih ramai yang tidak putus berusaha melipatgandakan amalan...kenapa??kerana ini persediaan untuk hari2 muka..persediaan tersebut bersifat positif keran hasilnya adalah dari kerisauan yang positif....dengan kerisauan sedemikian sudah pasti kita akan membuat persediaan awal sebelum tiba masanya..dan dapat mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini..
Konklusinya, jika perasaan c**** (segan nak sebut byk kali) itu datang,..biarkan saja ia disitu..tidak layu dan tidak mekar..jangan dilawan dan jangan pula dilayan....anggaplah seolah-olah ia singgah sebentar..cukup sekadar melayannya seperti sahabat-sahabat yang lain.....jika ianya memang milikmu ia akan berkekalan dan takkan lari ke mana, jika tidak, mungkin ada yang lebih baik..
Berdoalah...sesungguhnya Allah mendengar rintihan doa hamba-hambaNya..
Thursday, July 09, 2009
Brownies Recipe...
Errmm..delicious!!! thank you Aiman Arif...for the brownies! That was my first time eating such lovely brownies..
It was during Sapphire's Farewell party, our house's captain, Aiman Ariff, brought his mom's-home-made brownies to all Sapphire's members..and I've decided to google up its recipe..i've tried at home, and...yup! it tastes the same as the one I ate..! so, do try it out..especially to my friends who also loved it too!
Easy Double Chocolate Chip Brownies

Another brownie recipe. I wonder how many zillions of them are out there? Anyway, this one was tasty. Not my favorite but a good one. Enjoy!
----------------------------------------
Easy Double Chocolate Chip Brownies
2 cups (12 ounce package) Semi Sweet Chocolate Chips*
1/2 cup (1 stick) butter or margarine, cut into pieces
3 large eggs
1-1/4 cups all-purpose flour
1 cup granulated sugar
1 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon baking soda
1/2 cup chopped nuts, optional
Preheat oven to 350* F. Grease a 13x9 inch baking pan.
Melt 1 cup of the chocolate chips and butter in a large heavy duty sauce pan over low heat; stir until smooth. Remove from heat. Stir in sugar until combined. Stir in eggs and vanilla. Stir in flour and baking soda. Stir in remaining chocolate chips and nuts. Spread into prepared pan.
Bake for 18-22 minutes or until toothpick inserted in center comes out slightly sticky. Cool completely in pan on a wire rack.
Makes 2 dozen brownies
* Try using half semi sweet chips and half peanut butter chips, white chocolate chips or any other of your favorite flavors. If you can find them try the mint flavored chips. They are very good in brownies!
Pearls=Patience
Most of us can afford to take a lesson from the OYSTER. The most extraordinary thing about the OYSTER is this;Tuesday, June 30, 2009
Mencari Sponsors??
bPost ini adalah nukilan ikhlas dariku untuk memudahkan calon2 SPM untuk mencari dan mengapply sponsorships. Bukan apa, hasil dari pengalaman lepas, aku dan rakan2 memang sampai satu tahap 'buntu akal', xtau nak apply apa..
Yang ada dlm fikiran, hanyalah MARA dan JPA..kdg kala, terfikir gak...
"calon spm punyalah ramai, takkn suma yang akn dpat JPA n MARA, yang len suma pegi mana?? Jenuh mak ayah nak sponsor"
Tapi, Alhamdulillah, aku skrg dah dpt tajaan (bukan JPA/MARA), dan sekarang sdg buat A-Level kat Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin.
Kat sana, aku terkejut sbb rmai student yang disponsor oleh syarikat2 yang sblom ni aku xpnah dgq..
"uihh..mcm mna la hampa suma leh cari syarikat2 pelik nih...aku xpnah dgq pon..xaci norh..." keluh hatiku.
Jadi, aku xmau la korg share nsib cmni..especially juniors aku (action: senior baik..ehem2)..so bacelah.. ni pun, skadar pa yang kutahu.
Sponsors
- Khazanah*
- Bank Negara Malaysia (BNM)*
- Security commission (SC)
- Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
- Employees Provident Fund (EPF)/Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)*
- Shell
- Petronas
- Sime darby*
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- JPA
- MARA
- United Engineering Malaysia (UEM)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Telekom Malaysia (TM)
- Maxis
- News Straits Times
- Yayasan Negeri (Kedah,Terengganu,etc.)
- Jabatan Zakat Negeri
- Felda
- Angkatan Tentera Malaysia (bagi anak-anak tentera)
*open its application utk keputusan trial jugak
Dan ada lagi...InsyaAllah akan ku edit kalau ada lg pnambahan..maybe xsmua penaja di atas menawarkan kos yang anda kehendaki, tapi why not to have a go..
Aku pon dulu bukan pernah terpikir sal bidang ekonomi nih..tapi bila dah dpat, Alhamdulillah..rupanya selama ni kita yang xpernah terdedah dengan bidang2 pelik sebegini...best gak pa..nk tau crita lanjut klik disini.
Friday, June 26, 2009
Michael Jackson DIED???

Yup. He has now become a legend and his life is a history ..yesterday, on the 25th of June 2009. Reaching the age of 50, he was founded to die due to cardiac arrest at UCLA Medical Center in Los Angeles after his 911 call from Jackson's Holmby Hills home was placed at 12:21 p.m. PST. He was in Los Angeles for his upcoming 50-concert and had been planning to start a series of comeback concerts in London and had been rehearsing there for the past two months. Promoters of the shows said in March that he had passed a lengthy physical examination. By the way, based on Wikipedia, cardiac arrest is the abrupt cessation of normal circulation of the blood due to failure of the heart to contract effectively during systole.
Sinopsis of him...
Michael Joseph Jackson was born Aug. 29, 1958, in Gary. He was 4 years old when he began singing with his brothers — Marlon, Jermaine, Jackie and Tito — in the Jackson 5. After his early success with bubblegum soul, he struck out on his own, generating innovative, explosive, unstoppable music (this is just a copy paste from a website). He was the "King of Pop" during the 90s (not very sure with the year he got the tittle) and had became world's star before hitting the medias with several molestation charges in 1993, at the age of 34. Haaah....bla, bla, bla...boring stuffs...
Lets make it a bit more interesting..
WAS HE REALLY A MUSLIM??
There was report stating that he convert to Islam after seeing that this religion could actually give him the satisfaction of life. His bro, Jamaica Jackson, is already a convert and had explained about Islam to him as well as giving him books on Islam. Like his bro, Michael Jackson had stayed in Bahrain to find the freedom that he couldn't find in America. his Islamic name is Mikaael...But, is this true??? We'll never know till the day of his funeral... Wallahu'alam...
Michael Jackson wore an abaya, a traditional Arab women's veil, in Bahrain Photo: REUTERS
HOW MANY TIMES DID HE CHANGED HIS FACE??
If i'm not mistaken, he did facial surgery about 13 times!! And that doesn't include the minor surgeries that he'd made..such an insane man he is..ever wondered why??well, the most that i knew was because of the depression maybe some kind of inferior complex during his childhood. His father used to call him "big nose"...hurmmm.. he shouldn't suppose to do that..what would you expect from a negro's nose, after all..of course, coloured, and rather flat nose..dreaming of becoming a superstar, at the same time, unconfident with his natural appearance, he tends to make several changes to what he think was beautiful, in order to attract other attention (well, i think so). And below here is a video clip showing his changes he did..watch it! It is very interesting, guaranteed!!
Tuesday, June 16, 2009
SPECIALLY TO YOU
I Love this song... and coincidently, i found out that the lyrics are very meaningful to me..especially when i started to do my A-level..the lyrics is specially dedicated to my beloved parents...umiayah..
Hope u guys too will like it!!
MIRA E by Kiroro
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
haha ga kureta
takusan no yasashisa
ai wo idaite ayume to kurikaeshita
ano toki wa mada osanakute
imi nado shiranai
sonna watashi no te wo nigiri
issho ni ayundekita
yume wa itsumo
sora takaku aru kara
todokanakute kowai ne
dakedo oitsuzukeru no
jibun no sutoori dakara koso
akirametakunai
fuan ni naru to te wo nigiri
issho ni ayundekita
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
mirai e mukatte
yukkuri to aruite yukoo
[the translation]
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
Mother has given me a lot of kindness
"Embrace love and walk" she repeated
that time when I was childish and didn't understand her meaning
she held my hand
together, walking we came.
dreams are always from high in the sky
it is scary that we might not reach them but continue to try
for this reason I won't abandon my story
when I became anxious she held my hand
together, walking we came.
that kindness was occasionally unpleasant
when I was away from mother I couldn't obey
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
that kindness was occasionally unpleasant
when I was away from mother I couldn't obey
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
slowly towards the future let's walk
Wednesday, June 10, 2009
HE really INSPIRES me...!!!
hurm....guess who???
it is...
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari -

"I've waited so long to know more about this generous person; the way he grew up."
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?? - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah
14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
Ini rahsianya
dalam satu temuramah beliau dengan UTUSAN MALAYSIA; antara kata-kata beliau yang dapat dipetik:
1) ” Saya pun mahu melancong ke seluruh dunia, menaiki pesawat peribadi, makan di restoran mewah, berpakaian mahal-mahal, tetapi saya berfikir; banyak mana sangat saya mahu makan, banyak mana sangat saya nak pakai baju, sampai ke mana sangat saya ingin melancong, akhirnya saya akan pulang kepada asal saya juga”
Sipnopsis: Sikap tamak melampau. Ramai antara orang kita, apabila peroleh sedikit untung sudah mahu berbelanja besar hinggakanperbelanjaan melebihi pendapatan (untung). Itu yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Tidak cukup bulan sudah berhutang ke sana sini. Bukankah begitu? Apa yang dapat saya kaji, sikap ini sukar untuk diperbetulkan. Jika di IPT, biasiswa/pinjaman diterima lebih banyak dihabiskan pada perkara=perkara yang tidak perlu; contohnya-telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit hanya untuk bergaya. Jika dialam pekerjaan, seseorang yang bergaji dalam RM3-5 ribu sudah berangan-angan memakai BMW!!
2) “Apa yang saya dapat; dengan sedikit untung ini; saya pulangkan kembali kepada orang ramai”; merujuk kepada Yayasan Al-Bukhari yang terlibat dalam kerja sosial.
Sipnopsis: Jika sudah berjaya, jangan angkuh dan lupa daratan. Berbaktilah pada masyarakat. Keuntungan yan diperoleh haruslah digunakan sedikit pada kerja-kerja amal. Ia bukan sahaja merujuk pada agama Islam tetapi semua agama secara asasnya mngunjurkan kita beramal kebajikan. Ia sebenar suatu kunci keberkatan perniaagaan kita. Harus diingat, ia juga boleh dikatakan suatu promosi dan pengukuhan penjenamaan. Jangan kita berfikiran negatif apabila terpaksa menyumbang tanpa memikirkan kesan yang lebih baik.
Banyak cotoh boleh diketengahkan; contohnya; Mc Donald- mewujudkan Yayasan Ronald McDonald. ~Dengan perkataan “setiap 10 sen didermakan pada anak-anak yatim”, ia sedikit sebanyak mempromosikan Mc Donald sebagai suatu pembelian sambil beramal. Kebanyakan orang ingin beramal apabila ada ganjaran setimpal. Ibarat Mc Donald, makan ayam goreng pun boleh beramal!!Jelas Mc Donald bijak mengeksploitasi keadaan.